You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) BATU CAVES

68100 BATU CAVES SELANGOR

LAPORAN DAN

DOKUMENTASI

LAWATAN KERJAYA KIDZANIA MUTIARA DAMANSARA


PADA 30 OKTOBER 2013 (RABU)

DISEDIAKAN OLEH:
PN. ________________________

ISI KANDUNGAN
Perkara
1.0 Pendahuluan 2.0 Objektif 3.0 Sasaran 4.0 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan 5.0 Impak 6.0 Kekangan dan Penambahbaikan 7.0 Penutup 8.0 Laporan bergambar

LAPORAN LAWATAN KERJAYA Nama Program Tarikh Masa Tempat 1.0 : Lawatan ke Kidzania, Mutiara Damansara : 30 Oktober 2012 (Selasa) : 7.30 pagi 5:30 petang : Kidzania

PENDAHULUAN Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada murid dalam pelbagai bidang kerjaya serta memberi peluang kepada murid untuk mengenali peranan dan tugas bidang pelbagai kerjaya. OBJEKTIF 2.1 2.2 2.3 Menambah pengetahuan murid mengenai bidang tugas pelbagai kerjaya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Memberi peluang kepada murid dalam menerokai peluang-peluang kerjaya dalam pelbagai bidang profesional. Menerokai minat dan mengalakkan murid-murid membina cita-cita dan merancang kursus-kursus yang wajar diikuti selepas tamat persekolahan selari dengan bidang yang ingin diceburi.

2.0

3.0

SASARAN Murid Tahun 6

4.0

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN Pada 30 Oktober 2012 seramai 40 orang murid dan 4 orang guru pengiring menyertai lawatan tersebut. Pada jam 7.30 pagi, semua murid berkumpul di dewan sekolah sebelum bertolak ke kilang kicap. Selepas melawat ke kilang kicap. Lawatan seterusnya ialah ke Kidzania. Semua murid dan guru makan tengah hari di Kidzania. Pada jam 4:30pm bertolak balik ke sekolah. 5.0 IMPAK Lawatan ini berjalan dengan lancar. Murid-murid mendapat pelbagai pengalaman dan pengetahuan semasa lawatan tersebut diadakan. Murid-murid dapat berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan dan boleh dijadikan inspirasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pilihan kerjaya mereka pada masa akan datang. 6.0 PENAMBAHBAIKAN Guru pengiring perlu memastikan murid-murid memahtuhi arahan dan menjaga disiplin semasa lawatan diadakan.

7.0

PENUTUP Walaupun terdapat sedikit kekurangan di sepanjang perjalanan lawatan, secara keseluruhannya, program lawatan ini berjalan dengan lancar dan berjaya serta mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Secara keseluruhan, muridmurid berasa gembira dan seronok sepanjang aktiviti lawatan dijalankan.

8.0

LAPORAN BERGAMBAR