You are on page 1of 2

Terima kasih. Tetamu dan hadiirin dipersilakan duduk.

Yang Berusaha ______________________________________, Yang Berusaha ______________________________________ Yang Berusaha ______________________________________ Yang dihormati guru- guru , jurulatih dan peserta pasukan bola sepak __________________________, Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan puan ke kejohanan akhir bola sepak zon ______________________. Sebagai tanda syukur bahawa kejohanan pada hari ini berjalan dengan jayanya, dengan hormatnya dipersilakan al-Fadil Ustaz __________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan . (bacaan doa ) Terima kasih di atas bacaan doa sebentar tadi. Anak muda mengalun qasidah Tiada kekok tampil ke depan Pembuka kata berlalu sudah Mari kita mendengar ucapan Seterusnya Majlis dengan berbesar hati menjemput Yang Berusaha, _______________________________________________________ selaku pengerusi bersama jawatankuasa pengelola kejohanan bola sepak zon ________ tahun 2014 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Rakiah Bt Wasin di atas ucapan sebentar tadi . Tuan-tuan dan puan-puan , kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah . Majlis dengan segala takzim dan hormatnya mempersilakan Yang dihormati ________________ bagi mengiringi Yang Berusaha ___________________________________________ untuk menyampaikan hadiah. Majlis penyampaian hadiah dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para pengadil yang terlibat di dalam kejohanan ini. Dipersilakan: Encik_________________ Encik ________________

Seterusnya ialah penyampaian sijil penyertaan kepada semua psukan yang telah mengambil bahagian. Dipersilakan ketua pasukan daripada : 1. 2. 3. 4. 5. Sekolah______________________ Sekolah______________________ Sekolah ______________________ Sekolah_______________________ Sekolah ______________________

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan. Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Tempat ketiga kejohanan bola sepak zon ____________ bagi tahun 2014. Dipersilakan ketua pasukan bola sepak dari Sekolah Kebangsaan________ dan ketua pasukan bola sepak Sekolah Kebangsaan _____________. Naib Johan Kejohanan Bola Sepak Zon ____________ disandang oleh pasukan dari Sekolah Kebangsaan ____________________. Johan Kejohanan Bola Sepak Zon _______ bagi tahun ini di sandang oleh pasukan bola sepak dari Sekolah Kebangsaan _____________ Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha _____________________________________ di atas penyampaian hadiah sebentar tadi. Tahniah dan syabas kepada pasukan yang Berjaya dan bagi yang kurang Berjaya cuba lagi di tahun hadapan dengan lebih cemerlang. Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah sebentar tadi maka berakhirlah upacara kejohanan Bola Sepak Zon _____ 2014. Harum baunya si bunga cengkih Di bawa orang dari Ambon Buang yang keruh ambil yang jernih Jari di susun di pohon maaf Ku tanam padi seladang Malang nasibku lalang yang jadi Andai ada masa terluang Salam hormat berjumpa lagi