You are on page 1of 2

V3:15/02/2013

4. Tiada had umur, walau bagaimanapun Penjaga yang sah hendaklah dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun. Penjaga yang sah mestilah terdiri daripada ibu, bapa, datuk, nenek, abang, kakak atau mana-mana pihak yang dipersetujui oleh ASNB. 5. Penerima adalah penerima mutlak Harta-harta Amanah. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENGISYTIHARAN AMANAH 1. Pemilik Harta boleh mengamanahkan salah satu atau kesemua tabung unit amanah yang dimilikinya. 2. Unit-unit amanah yang diamanahkan mestilah bukan masih dalam pinjaman atau hutang sama ada keseluruhan atau sebahagian. 3. Baki unit Pemilik Harta dalam tabung unit yang diamanahkan mestilah dikekalkan 1,000 unit dan ke atas tidak termasuk unit-unit amanah dari Skim Pelaburan Ahli KWSP. 4. Penerima adalah terhad kepada sepuluh (10) orang bagi setiap Suratikatan Amanah. PEMBATALAN PENGISYTIHARAN AMANAH Pembatalan boleh dilakukan pada bila-bila masa oleh Pemilik Harta. KELEBIHAN PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB 1. Diuruskan di bawah satu syarikat iaitu ASNB. 2. Pendaftaran boleh dilakukan di semua cawangan ASNB seluruh negara, tertakluk kepada pindaan. 3. Caj yuran adalah rendah dan kompetitif. 4. Proses pengagihan harta pusaka yang melibatkan unit amanah di ASNB yang lebih pantas dan efisien berbanding kaedah biasa. 5. Hak-hak Penerima dilindungi Pengisytiharan Amanah. berdasarkan konsep
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Penafian: Brosur/risalah ini dihasilkan bagi tujuan penyampaian maklumat berkenaan produk dan perkhidmatan semata-mata dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu perjanjian atau kontrak oleh mana-mana pihak sekalipun. Terma-terma dan syarat-syarat berkenaan dengan perkhidmatan Pengisytiharan Amanah yang disediakan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah seperti yang dinyatakan di dalam Suratikatan Amanah dan borang-borang yang disediakan. Maklumat-maklumat yang diberikan adalah hasil daripada rujukan sumber-sumber yang dipercayai kebenarannya. ASNB tidak bertanggung jawab terhadap ketiadaan representasi mahupun menanggung sebarang liabiliti terhadap ketidaktepatan atau ketidaklengkapan brosur/risalah ini. Brosur/risalah ini dihasilkan bagi tujuan penyampaian maklumat semata-mata serta tidak boleh ditafsirkan atau digunakan sebagai keseluruhan atau sebahagian daripada kontrak perjanjian yang melibatkan penawaran pembelian mahupun penerimaan penjualan balik unit-unit amanah. Brosur/risalah ini juga tidak dibenarkan untuk dicetak atau diedarkan semula untuk apa jua tujuan sekalipun. ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa hal, tindakan, tuntutan, kerugian, kehilangan mahupun kerosakan dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang bersetuju menerima perkhidmatan Pengisytiharan Amanah ke atas pelaburan unit-unit amanah mereka.

6. Penerima tidak perlu lagi membayar kos-kos pentadbiran harta pusaka selepas Pemilik Harta meninggal dunia.

Jabatan Perhubungan Pelanggan & Ejen ASNB Tel: 03-2057 3000 / 3111 Faks: 03-2050 5220 E-mel: asnbcare@pnb.com.my

www.asnb.com.my

www.asnb.com.my

Sebelum menandatangani sebarang dokumen, Pemegang Unit adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami segala terma-terma dan syarat-syarat Pengisytiharan Amanah yang terkandung di dalam Suratikatan Amanah, borang-borang dan semua dokumen Pengisytiharan Amanah yang berkaitan terlebih dahulu.

PENGISYTIHARAN AMANAH
PELABURAN UNIT AMANAH SELEPAS KEMATIAN Apabila seseorang meninggal dunia, semua asetnya termasuk pelaburan dalam unit amanah akan dibekukan sehingga semua proses pentadbiran harta pusaka selesai dan harta-harta dapat diagihkan kepada waris-waris. Tanpa sebarang perancangan harta pusaka, proses pentadbiran dan pengagihan harta pusaka ini sangat rumit dan memakan masa yang panjang. Di ASNB, kami boleh membantu anda merancang dengan bijak bagaimana pelaburan anda dapat di agihkan kepada waris dengan lebih cepat setelah anda meninggal dunia melalui perkhidmatan terbaru kami iaitu Pengisytiharan Amanah. Ini bagi memastikan anda juga bebas daripada kebimbangan kewangan kerana anda telah merancang pewarisan harta pusaka anda bagi memastikan waris anda mempunyai aliran tunai yang berterusan setelah kematian anda bagi tujuan kegunaan harian serta membayar sebarang hutang piutang.

semua baki pelaburan unit amanah anda di ASNB akan terus dipindahmilik kepada Penerima. Maka, segala urusan pentadbiran harta pusaka yang melibatkan unit amanah anda di ASNB setelah kematian anda, dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan tidak perlu melalui proses pentadbiran harta pusaka yang rumit dan panjang. KONSEP PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB Sebelum anda (Pemegang Unit) mendaftar di dalam perkhidmatan Pengisytiharan Amanah ini, adalah penting anda mengetahui bagaimana Pengisytiharan Amanah ASNB ini dilaksanakan. Carta di bawah boleh membantu anda memahami konsep Pengisytiharan Amanah yang dilaksanakan di ASNB:
PEMBENTUKAN PENGISYTIHARAN AMANAH DAN PROSES PEMBAHAGIAN HARTA
PENTADBIRAN HARTA

(ii)

ASNB bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk mentadbir dan mengurus Harta-harta Amanah apabila berlaku kematian Pemilik Harta demi manfaat Penerima.

(iii) Tanggungjawab Pemegang Amanah dan Pemilik Harta dinyatakan di dalam Suratikatan Amanah, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat. (iv) Apabila berlaku kematian Pemilik Harta, ASNB akan terus mentadbir Harta-harta Amanah tersebut berdasarkan Suratikatan Amanah yang telah dimeterai sehingga kesemua Harta-harta Amanah diagihkan. (v) Sewaktu proses tuntutan, ASNB telah memperuntukan tempoh bertenang selama dua puluh satu (21) hari dari tarikh tuntutan pertama di buat ("Tempoh Bertenang"). Sekiranya ASNB tidak menerima sebarang bantahan bertulis daripada mana-mana pihak dalam Tempoh Bertenang tersebut, proses pembayaran ke atas tuntutan akan dilaksanakan. ASNB tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa jua bantahan yang dibuat selepas Tempoh Bertenang tersebut. (vi) Proses pindahmilik adalah melalui pindahan ke dalam tabung unit amanah ASNB Penerima, pindahan ke akaun bank atau melalui cek. (vii) Penerima yang dilantik adalah penerima mutlak seperti yang termaktub di dalam Suratikatan Amanah. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN a. Pemilik Harta 1. Berumur 18 tahun dan ke atas 2. Warganegara Malaysia 3. Waras 4. Bukan beragama Islam 5. Pemegang unit ASNB dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat sebagai Pemegang Unit berdaftar di bawah Suratikatan tabung unit amanah ASNB. b. Penerima 1. Warganegara dan bukan warganegara 2. Terbuka kepada orang Islam dan bukan Islam 3. Terdiri daripada waris terdekat Pemilik Harta dan Penerima yang dibenarkan oleh ASNB.

PEMILIK HARTA
SURATIKATAN AMANAH

PEMEGANG AMANAH (ASNB)

PENERIMA

KEMATIAN PEMILIK HARTA

SEMASA HIDUP

SELEPAS KEMATIAN

1
Pemilik Harta memberikan hartanya di dalam tabung unit amanah ASNB kepada Penerima.

2
Pemilik Harta bersetuju melantik ASNB sebagai Pemegang Amanah untuk mentadbir harta tersebut berdasarkan Suratikatan Amanah.

3
Apabila dimaklumkan kematian Pemilik Harta, ASNB mentadbir harta tersebut berdasarkan Suratikatan Amanah.

Petikan akhbar Utusan Malaysia 31 Mac 2011.

(i)

PENGISYTIHARAN AMANAH ASNB Pengisytiharan Amanah adalah kemudahan alternatif yang disediakan oleh ASNB untuk mempercepatkan proses pentadbiran harta pusaka anda yang berbentuk pelaburan unit amanah di ASNB. Pengisytiharan Amanah adalah perkhidmatan yang menerapkan konsep amanah dalam pengurusan harta. Apabila anda mendaftar di dalam perkhidmatan Pengisytiharan Amanah ini,

Sewaktu hayat, Pemegang Unit (Pemilik Harta) bersetuju untuk memberikan harta-harta Pemilik Harta berupa baki unit tabung unit amanah (Harta-harta Amanah) yang berdaftar di bawah namanya di ASNB kepada Penerima. Oleh yang sedemikian, Penerima mestilah bersetuju dan membenarkan Pemilik Harta menggunakan Harta-harta Amanah untuk faedah dirinya, membuat semua urusniaga dan mendapat manfaat yang berkaitan dengan Harta-harta Amanah selama mana Pemilik Harta masih hidup.

You might also like