P. 1
arkanul bai’ah wa ushul isyrin

arkanul bai’ah wa ushul isyrin

|Views: 1,972|Likes:
Published by Mohd Najib

More info:

Published by: Mohd Najib on Nov 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

Arkanul Bai’ah wa Ushul ‘Isyrin

Presented in : Mukhayyam Intensif Zon Utara (MIZU) Perlis - Malaysia 17hb Jun 2007

Definisi Bai’at
Etimologi (lughah) Bai’at berasal dari ‫ بيع‬yang berarti “jual” )275 :‫وأحل ال البيع وحرم الربوأ (البقرة‬ “Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba” (QS Al
Baqarah: 275)

Dalam asal kata bai’ah, terkandung makna: - Adanya dua pihak yang saling berakad secara damai - Adanya dua barang / sarana yang saling dipertukarkan oleh dua pihak dalam akad - Adanya kerelaan yang sempurna dari dua belah pihak yang berakal, di mana masing-masing mereka mengambil sesuatu yang lebih berharga, sementara yang lainnya mengambil harga. Adapun bai’ah, maka ia berjabatan tangan untuk menjawab akad transaksi. Bai’at juga berarti berjabatan tangan untuk bersedia taat kepada ulil amri (pemimpin).

Definisi
• Terminologi (istilah) Tidak ditemukan pendapat ulama muslim yang dapat dikatakan sebagai pengertian istilah dari kata bai’at. Berikut beberapa pendapat ulama mengenai bai’at, diantaranya: Ibnu Khaldun Bai’at adalah perjanjian untuk taat, di mana orang yang berbai’at bersumpah setia kepada pemimpinnya, bahwa ia akan menyelamatkan pandangan-pandangan yang diembannya dari pemimpin, baik berupa perintah yang disenangi maupun yang tidak disenangi. Dr. Shalahuddin Basyuni Bai’at adalah akad antara dua belah pihak, seolah-olah seperti yang terjadi antara penjual dan pembeli. Imamnya di satu pihak dan jamaah Islam di pihak lain, dan khalifah merupakan “komoditas” bai’at. Janji yang ditegaskan oleh khalifah pada dirinya ibarat harga yang dikeluarkan oleh pembeli untuk (memperoleh) barang dagangan. Sedang hak memilih pemimpin yang ada di tangan orang Islam merupakan komoditi yang akan diserahkan kepada pembeli saat dia menerima harga (nilai) tukar. Dr. Muhammad Abdul Qadir Abu Faris Bai’at adalah menyatakan janji dari orang yang berbai’at untuk mendengar, taat kepada pemimpin, baik dalam hal yang menyenangkan maupun pada hal yang tidak disukai, kesulitan, kemudahan, loyal kepada pemimpin, dan mempercayakan segala urusan kepadanya.

Arkanul Bai’at
• Arkanul bai’ah yang disusun oleh Imam Hasan Al- Banna merupakan sebuah pengantar ke dalam pergaulan jama’ah dakwah. • Di tengah permasalahan umat Islam yang cukup dilematis, antara keharusan berbaiát sebagaimana ketentuan syar’í dengan kesulitan dan permasalahan kepada siapa baiát dalam kondisi seperti ini harus diberikan, muncul gagasan cerdas dan mulham (dianugerahi inspirasi oleh Allah). Solusi yang tidak mengandalkan formalitas tanpa memperhatikan esensi. Jabat tangan adalah folmal baiát yang dapat dilakukan dalam beberapa menit, sementara komitmen kethaatan dan kepatuhan merupakan esensi yang tidak bisa muncul begitu saja. Apalagi dalam proses cepat dengan pendekatan emosional yang digugah dalam waktu satu malam. • Jika kesepuluh rukun ini terwujud dalam diri seseorang, maka dia laik menempati posisi dan menyandang atribut kader ummat terbaik.

Arkanul Bai’at

Interaksi dengan arkanul bai’ah sangat berpengaruh terhadap kualitas komitmen kepada dakwah dan kepada jama’ah. Begitu interaksi dengan rukun-rukun itu tertinggal dan terhenti pada pada satu titik, maka komitmen yang dihasilkannya tidak mumpuni lagi untuk menyambut ekspansi dakwah yang terus-menerus berkembang.

Arkanul Bai’at
1. Al Fahmu 2. Al Ikhlas 3. Al ‘Amal 4. Al Jihad ‫الفهم‬ ‫الخلص‬ ‫العمل‬ ‫الجهاد‬

6. At Thaat 7. Ats Tsabat ‫الثــبات‬ 8. At Tajarrud

‫طـاعة‬

5. At Tadhiyyah ‫التضحية‬ ّ

‫لتــجرد‬ ّ

9. Al Ukhuwwah ‫الخوة‬ ّ

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
1 ،‫السلم نظام شامل يتناول مظاهر الحياة جميعا فهو دولة ووطن أو حكومة وأمة‬ ‫وهو خلق وقوة أو رحمة وعدالة، وهو ثقافة وقانون أو علم وقضاء، وهو مادة أو‬ ‫كسب وغنى، وهو جهاد ودعوة أو جيش وفكرة، كما هو عقيدة صادقة وعبادة‬ ‫.صحيحة سواء بسواء‬ Islam adalah sebuah tatanan yang sempurna yang meliputi seluruh aspek kehidupan; Islam adalah negara, tanah air, hukum , umat. Islam adalah akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, Tsaqafah dan qanun atau Ilmu dan qadha. Materi, usaha dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, sebagaimana ia pula adalah Aqidah yang lurus dan ibadah yang benar.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬ 2 ‫والقرآن الكريم والسنة المطهرة مرجع كل مسلم في تعرف أحكام السلم، ويفهم‬ ‫القرآن طبقا لقواعد اللغة العربية من غير تكلف ول تعسف، ويرجع في فهم السنة‬ ‫المطهرة إلى رجال الحديث الثقات‬ Al Qur’an Al Karim dan sunnah (Rasulullah SAW) yang suci merupakan sumber rujukan bagi setiap muslim dalam memahami hukum-hukum Islam. Al Qur’an hendaklah difahami berdasarkan qawa’id Bahasa Arab tanpa memberatkan dan tidak pula membabi buta. Dalam memahami sunnah ini dengan merujuk kepada Periwayat Hadits yang terpercaya

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
3 ‫ولليمان الصادق والعبادة الصحيحة والمجاهدة نور وحلوة يقذفهما ال في قلب من يشاء من عباده، ولكن اللهام والخواطر‬ ‫.والكشف والرؤى ليست من أدلة الحكام الشرعية ول تعتبر إل بشرط عدم اصطدامها بأحكام الدين ونصوصه‬

Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati siapa saj yang dikehendaki dari hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak bertentangan dengan hukum dan nash agama

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
4 ‫والتمائم والرقي والودع والرمل والمعرفة والكهانة وادعاء معرفة الغيب وكل ما كان من هذا الباب منكر‬ ‫.تجب محاربته إل ما كان آية من قرآن أو رقية مأثورة‬

Tangkal, azimat, Al Wad’, Al ma’rifah, kihanah dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara yang tergolong dalam perkara ini merupakan perkara munkar yang wajib diperangi, melainkan jampi-jampi dari ayat Al Qur’an atau jampi yang ma’tsurat.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
5 ‫ورأي المام ونائبه فيما ل نص فيه، وفيما يحتمل وجوها عدة وفي المصالح المرسلة معمول به ما لم‬ ‫يصطدم بقاعدة شرعية وقد يتغير بحسب الظروف والعرف والعادات و الصل في العبادات التعبد دون‬ ‫.اللتفات إلى المعاني وفي العاديات اللتفات إلى السرار و الحكم و المقاصد‬

Pendapat imam (ketua) dan timbalannya dalam masalah yang tidak dinaskan atau telah dinaskan tetapi nas tersebut boleh ditafsirkan dengan pengertian lain, demikian juga pendapatnya dalam masalah yang berhubung dengan maslahat umum, boleh diterima dan diamalkan sekiranya pendapat tersebut tidak bertentangan dengan kaedah syariat. Pendapat tersebut boleh jadi berubah menurut keadaan, persekitaran dan adat.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
6 ‫وكل أحد يؤخذ من كلمه ويترك إل المعصوم صلى ال عليه وسلم وكل ما جاء عن السلف رضوان ال عليهم‬ ‫موافقا للكتاب والسنة قبلناه و إل فكتاب ال وسنة رسوله أولى بالتباع، ولكنا ل نعرض للشخاص ـ فيما‬ ‫.اختلف فيه ـ بطعن أو تجريح ونكلهم إلى نياتهم وقد أفضوا إلى ما قدموا‬

Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali perkataan Rasulullah (s.a.w) yang bersifat maksum. Perkataan para salihin yang dahulu (salaf soleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan Al-Quran dan hadith. Jika tidak, maka Al-Quran dan Hadithlah ikutan kita yang utama, tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilafiah. Kita serahkan mereka dengan fiat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang mereka telah kemukakan.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
7 ‫ولك مسلم لم يبلغ درجة النظر في أدلة الحكام الفرعية أن يتبع إماما من أئمة الدين، ويحسن به مع هذا التباع أن‬ ‫يجتهد ما استطاع في تعرف أدلته، وان يتقبل كل إرشاد مصحوب بالدليل متى صح عنده صلح من أرشده‬ ‫.وكفايته وأن يستكمل نقصه العلمي إن كان من أهل العلم حتى يبلغ درجة النظر‬

Seorang Islam yang ilmunya belum mencapai darjat nazar (boleh mengeluarkan hukum dan dalil) dalam hukum-hukum furuk (cabang), seyugialah beliau mengikut mana-mana imam. Di simpang ikutannya itu adalah lebih baik jika beliau berusaha mencari dan mengetahui dalil-dalil imamnya. Ia hendaklah menerima tujuk ajar yang disertakan dengan dalil sekiranya beliau yakin orang yang memberikan petunjuk itu benar dan mempunyai keahlian. Sekiranya beliau tergolong dalam golongan ahli ilmu sayugialah beliau meyempurnakan iimunya hingga mencapai peringkat nazar.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
8 ‫والخلف الفقهي في الفروع ل يكون سببا للتفرق في الدين ول يؤدي إلى خصومة ول بغضاء ولكل مجتهد أجره‬ ‫ول مانع من التحقيق العلمي النزيه في مسائل الخلف في ظل الحب في ال والتعاون على الوصول إلى‬ ‫.الحقيقة من غير أن يجر ذلك إلى المراء المذموم والتعصب‬

Perselisihan pendapat dalam masalah cabang hukum fikah tidaklah menjadi sebab perpecahan dalam agama. Ia sepatutnya tidak menjadi sebab perbalahan dan permusuhan, kerana setiap orang yang berijtihad diganjari pahaia. Tidakiah dilarang melakukan penyelidikan (melaui perbincangan) dalam masalah khilafiah jika bertujuan mencapai hakikat, dengan syarat perbincangan itu hendakiah di atas dasar mahabbah dan kasih sayang kerana Allah, serta bekerjasama untuk mencari kebenaran dan hakikat dengan tidak membawa kepada pertengkaran yang tercela dan taasub.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
9 ‫وكل مسألة ل ينبني عليها عمل فالخوض فيها من التكلف الذي نهينا عنه شرعا ومن ذلك كثرة التفريعات للحكام التي لم تقع‬ ‫والخوض في معاني اليات القرآنية الكريمة التي لم يصل إليها العلم بعد، والكلم في المفاضلة بين الصحاب رضوان ال‬ ‫.عليهم وما شجر بينهم من خلف ولكل منهم فضل صحبته وجزاء نيته وفي التأول مندوحة‬

Membincangkan masalah yang tidak berjejak kepada kenyataan (tidak membuahkan amal) adalah tergolong dalam perkara yang memberat-beratkan sesuatu. Memberat-berat sesuatu masalah adalah dilarang oleh syariat. Sebagai contoh: membincang cabangcabang hukum yang masih belum berlaku dengan membuat andaian-andaian, membincang penafsiran ayat-ayat Al-Quran yang belum dicapai oleh ilmu manusia, membincangkan keistimewaan-keistimewaanpara sahabat Rasulullah (s.a.w) atau membincangkan pendapat para sahabat. Kerana para sahabat mempunyai keistimewaan sebagai seorang sahabat. Mereka diganjari menurut fiat mereka, tambahan pula masalah taawil adalah merupakan jalan keluar.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
10 ‫ومعرفة ال تبارك وتعالى وتوحيده وتنزيهه أسمى عقائد السلم، وآيات الصفات وأحاديثها الصحيحة وما يليق بذلك من التشابه‬ ‫نؤمن بها كما جاءت من غير تأويل ول تعطيل ول نتعرض لما جاء فيها من خلف بين العلماء ويسعنا ما وسع رسول ال‬ 7:‫.)صلى ال عليه وسلم وأصحابه )والرا ِخون في العلم يقولون آمنا به كل ِن عند ربنا( )آل عمران‬ َ َّ ِ ْ ِ ْ ‫َ ّ س ُ َ ِ ْ ِْ ِ َ ُ ُ َ َّ ِ ِ ُ ّ م‬

Mengenal Allah, mentauhidkanNya dan membersihkanNya dari sesuatu yang menyekutuiNya adalah akidah yang paling tinggi dalam Islam. Ayat Quran dan hadith yang menyentuh sifat-sifat Allah hendaklah kita terima tanpa melakukan tafsiran dan takwilan. Kita jauhi perselisihan ulamak dalam masalah ini. Kita berpada dengan apa yang telah dipadakan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para sahabat

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
11 ‫وكل بدعة في دين ال ل أصل لها ـ استحسنها الناس بأهوائهم سواء بالزيادة فيه أو بالنقص منه ـ ضللة‬ ‫.تجب محاربتها والقضاء عليها بأفضل الوسائل التي ل تؤدي إلى ما هو شر منها‬

Semua bid’ah yang dilakukan dalam agama Islam tanpa sandaran asalnya dan dipandang baik oleh segolongan manusia menurut hawa nafsunya, sama ada dengan menambah atau mengurangkan apa yang telah disyariatkan, adalah termasuk dalam perkara-perkara yang sesat yang wajib diperangi dan dihapuskan. ini hendaklah dilaksanakan dengan cara yang paling baik supaya tidak membawa kepada perkara

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬ 12

‫والبدعة الضافية والتركية واللتزام في العبادات المطلقة خلف فقهي‬ ِ ّ ‫.لكل فيه رأيه ول بأس بتمحيص الحقيقة بالدليل والبرهان‬

Bid’ah yang dilakukan dengan menambah atau mengurangkan, terikat dengan cara-cara tertentu dalam melakukan ibadat yang mutlak adalah termasuk dalam masalah khilafiah. Setiap orang mempunyai pendapat yang tertentu. Tidak menjadi kesalahan mencari hakikat melalui bukti dan dalil.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
13 ‫ومحبة الصالحين و احترامهم والثناء عليهم بما عرف من طيب أعمالهم قربة إلى ال تبارك وتعالى والولياء هم المذكورون بقوله‬ ‫تعالى )الذين آمنوا وكانوا يتقون( والكرامة ثابتة بشرائطها الشرعية مع اعتقاد أنهم رضوان ال عليهم ل يملكون لنفسهم نفعا‬ َ ُ َّ ُ َ َ َُ َ ِ ّ ‫.ول ضرا في حياتهم أو بعد مماتهم فضل عن أن يهبوا شيئا من ذلك لغيرهم‬

Mencintai para salihin dan memuji-muji mereka berdasarkan amal-amal saleh yang mereka lakukan adalah sebahagian daripada taqarrub(menghampirkan diri kepada Allah). Wali-wali Allah ialah mereka yang disebutkan Allah dalam firmanNya: َ ُ ّ َ ْ ُ ََ ْ ُ َ َ ِ ّ ‫الذين آمنوا وآانوا يتقون‬ “Orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa”. (S 10:63) Keramat berlaku kepada mereka dengan syaratsyarat yang telah ditentukan syariat. Di samping itu kita beriktikad bahawa mereka tidak berkuasa melakukan manfaat dan mudarat terhadap diri mereka sewaktu hidup dan sesudah matinya mereka, lebih-lebih lagi terhadap orang lain.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
14 ‫وزيارة القبور أيا كانت سنة مشروعة بالكيفية المأثورة ولكن الستعانة بالمقبورين أيا كانوا ونداؤهم لذلك وطلب‬ ‫قضاء الحاجات منهم عن قرب أو بعد والنذر لهم وتشيد القبور وسترها وأضاءتها والتمسح بها والحلف بغير‬ ‫.ال وما يلحق بذلك من المبتدعات كبائر تجب محاربتها ول نتأول لهذه العمال سدا للذريعة‬

Menziarahi kuburan walaubagaimanapun adalah sunnah yang disyariatkan dan mestilah dengan syarat menurut cara yang diterima dari Rasulullah (s.a.w). Tetapi meminta pertolongan dari si mati, walaubagaimana bentuk sekalipun, demikian juga menyeru mereka supaya memberi pertolongan, meminta mereka menunaikan hajat, dari jauh atau dekat, bernazar kepada mereka, membina perkuburan, mengelambuinya,meneranginya dengan lampu dan memperluaskannya, juga bersumpah dengan nama selain Allah dan perkara -erkara yang seumpamanya, adalah bidaah dan dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak melakukan perkara-perkara tersebut demi menutup punca punca kemungkaran.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
15 ‫والدعاء إذا قرن بالتوسل إلى ال تعالى بأحد من خلقه خلف فرعي في كيفية الدعاء وليس من مسائل‬ ‫.العقيدة‬

Doa yang dilakukan secara bertawassul (perantaraan) kepada Allah melalui makhluknya, adalah termasuk dalam masalah khilafiah pada segi kaifiat berdoa dan tidak termasuk dalam masalah aqidah.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
16 ‫والعرف الخاطئ ل يغير حقائق اللفاظ الشرعية بل يجب التأكد من حدود المعاني المقصود بها والوقوف عندها كما يجب‬ ‫.الحتراز من الخداع اللفظي في كل نواحي الدنيا والدين فالعبرة المسميات ل بالسماء‬

Uruf (kebiasaan) yang salah tidak dapat merubah maknamakna lafaz-lafaz syariat yang hakiki, malah wajiblah kita mempastikan batas makna yang dimaksudkan oleh lafazlafaz itu. Kita haruslah membataskan maknanya pada pengertian yang dimaksudkan itu sahaja. Kita harus berwaspada dan tidak tertipu dengan perkataan-perkataan dalam semua bidang, dunia dan agama. Pengukuran haruslah berdasarkan kepada hakikat sesuatu benda itu, bukan kepada nama yang berikan.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
17 ‫والعقيدة أساس العمل وعمل القلب أهم من عمل الجارحة وتحصيل الكمال في كليهما مطلوب شرعا وإن‬ ّ ‫.اختلفت مرتبتا الطلب‬

Akidah adalah asas kepada amal. Amal hati lebih penting dari anggota. Mencari kesempurnaan dalam kedua-dua bidang ini (amal hati dan amal anggota) adalah dituntut syarat, sekalipun taraf tuntutan itu tidak sama.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
18 ‫والسلم يحرر العقل ويحث على النظر في الكون ويرفع قدر العلم والعلماء ويرحب بالصالح والنافع من‬ ‫.كل شيء، والحكمة ضالة المؤمن أنى وجدها فهو أحق الناس بها‬

Islam membebaskan akal, mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam keliling. Islam menjunjung tinggi kedudukan ilmu dan ulamak. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah merupakan suatu barang yang hilang dari seorang mukmin, di mana saja beliau mendapatinya beliaulah yang lebih berhak memilikinya.

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
19 ‫وقد يتناول كل من النظر الشرعي والنظر العقلي ما ل يدخل في دائرة الخر ولكنهما لن يختلفا في القطعي فلن‬ ‫تصطدم حقيقة علمية صحيحة بقاعدة شرعية ثابتة، ويؤول الظني منهما ليتفق مع القطعي فإن كانا ظنيين‬ ‫.فالنظر الشرعي أولى بالتباع حتى يثبت العقلي أو ينهار‬

Boleh jadi masalah yang dibincangkan oleh syariat berlainan denganmasalah yang dibincangkan oleh akal, namun demikian syariat dan akal tidak akan bercanggah dalam perkara-perkara yang telah menjadi hakikat dan kenyataan. Percanggahan tidak akan berlaku antara hakikat ilmiah yang sah dengan kaedah syariat yang telah sabit. Perkara-perkara yang zanni (belum putus) dari sudut akal dan syariat haruslah ditafsirkan supaya bersesuaian dengan hakikat yang telah putus. Sekiranya pandangan syariat dan akal dalam sesuatu masalah itu masih zanni, maka pandangan syariat haruslah diutamakan untuk diikuti, hinggalah pandangan akal dalam masalah tersebut dapat membuktikan kebenarannya atau gugur dengan

Ushul ‘Isyrin ‫أصول العشرين‬
20 ‫ول نكفر مسلما أقر بالشهادتين وعمل بمقتضاهما وأدى الفرائض ـ برأي أو بمعصية ـ إل إن أقر بكلمة الكفر أو أنكر معلوما‬ ‫من الدين بالضرورة أو كذب صريح القرآن أو فسره على وجه ل تحتمله أساليب اللغة العربية بحال أو عمل عمل ل‬ ‫.يحتمل تأويل غير الكفر‬

Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim berdasarkan pendapat atau maksiat yang dilakukannya sedangkan beliau telah mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan tuntutan syahadahnya iaitu dengan melakukan sesuatu yang telah difardukan kepadanya, kecualilah beliau berikrar dan mengakui kekufurannya, atau beliau mengingkari perkara yang diketahui secara pasti dalam agama, atau beliau mendustakan lafaz dan pengertian AlQuran yang terang dan jelas, atau beliau menafsirkan AlQuran dengan penafsiran yang tidak sesuai dengan aliran bahasa Arab atau beliau melakukan perbuatan yang tidak dapat ditafsirkan dengan tafsiran selain dari kekufuran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->