Pendahuluan Pada masa kini, pendidikan dilihat sebagai sesuatu yang amat diperlukan oleh setiap insan.

Tanpa pendidikan seseorang itu dinilai sebagai orang yang ketinggalan dalam semua hal. Untuk berada dalam arus pendidikan seseorang itu akan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pendidikan berlaku di sekeliling kita. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru biasanya berusaha sedaya upaya mengajar muridnya supaya menguasai isi pelajaran bagi mencapai sesuatu objektif yang telah ditentukannya sebelum memulakan sesi pembelajaran. Guru juga berusaha untuk memudahkan pembelajaran muridnya kerana pembelajaran merupakan proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan

suasana pembelajaran yang dapat meransang minat mereka di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan mereka. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru sentiasa berhadapan dengan murid-murid yang berbeza dari segi kebolehan dan gaya pembelajaran mereka. Keadaan ini memerlukan kemahiran guru untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran guru pula dikatakan amat bergantung kepada bagaimana murid mempelajari kandungan sesuatu mata pelajaran. Ahli-ahli psikologi telah mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku dan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Bagi guru, untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mencapai objektif yang diharapkan, mereka hendaklah menggunakan teori-teori pembelajaran dalam menyelami psikologi murid-murid. Dengan penggunaan teori-teori pembelajaran, proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Diantara teori yang sesuai digunakan dalam pengajaran ialah Teori Pembelajaran Behaviorisme. Teori ini berfokus kepada tingkahlaku dan persekitaran dan menegaskan bahawa pembelajaran adalah perubahan tingakahlaku yang berlaku dalam diri individu yang disebabkan oleh pengalaman.

1

i) Latarbelakang teori yang dipilih. Teori Pembelajaran Behaviorisme Psikologi berasal dari perkataan greek iaitu psyhe yang membawa erti roh dan logos bererti mengkaji sesuatu perkara. Dua perkataan asal ini digabungkan untuk mendeginisikan sesuatu topic kajian. Dalam abad ke-16 Psycho digunakan untuk merujuk kepada roh dan minda yang berbeza dengan jasad. Hanya dalam abad ke- 18, perkataan psikologi menjadi sesuatu yang tidak asing kepada cendekiawan masa itu. Pada abad itu juga, psikologi membawa erti kajian tentang minda. Pada masa kini psikologi bererti kajian tentang tingkahlaku, proses mental dan intraksi organisme dengan persekitaran. Dalam tahun 1950-an, ramai ahli teori psikiligi mula memberi khidmat professional kepada umun. mengfokus kepada masalah praktikal harian. Psikologi pembelajaran adalah ilmu yang kaji bagaimana teori-teori psikologi boleh diaplikasikan dalam bilik darjah. Proses pengajaran dan pembelajaran dalam seting pendidikan adalah fokus utama kajian ahli-ahli psikologi pendidikan. Mereka memerhati, mengkaji dan membina teori tentang bagaimana menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. (HBEF2103, 2007) Psikologi pembelajaran merupakan satu sains yang masih baru, dan ahliahli psikologi tidak mula mengkaji fenomena yang dinamakan pembelajaran sehingga kira-kira seratus tahun yang lalu. (Ruhil Mahyudin, 2002) Maka, bermulalah psikologi gunaan yang merujuk kepada cabang psikologi yang lebih

2

Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisme. Pavlov mengasaskan kajiannya pada 'hukum perkaitan' (Law of Association) yang di utarakan oleh ahli falsafah Yunani awal seperti Aristotle. Menurut pendapat ini, sesuatu organisme akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisme berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan. Contohnya, apabila kita melihat sebuah kereta mewah, kita mungkin membuat andaian pemandu itu adalah seorang kaya atau seorang terkemuka. Andaian ini bergantung kepada pengalaman kita yang lampau. Pavlov mencadangkan bahawa proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan sesuatu gerak balas . Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing . Dia mendapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar. Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu ransangan. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian Pavlov. 1) Penguasaan Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.

3

2) Generalisasi Dalam eksperimennya, Pavlov juga telah menggunakan bunyi loceng yang berlainan nada, tetapi anjing itu masih mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa sesuatu organisme yang telah terlazim dengan dikemukakan sesuatu rangsangan tak terlazim juga akan menghasilkan gerak balas terlazim walau pun rangsangan itu berlainan atau hampir sama (iaitu, nada loceng yang berlainan). Dengan perkataan lain, organisme itu dapat membuat generalisasi bahawa bunyi yang berlainan atau hampir sama mungkin diikuti dengan gerak balas (makanan). 3) Diskriminasi Pavlov juga dapati bahawa apabila dia menukar nada bunyi loceng, anjing itu masih mengeluarkan air liur. Bila nada bunyi loceng itu jauh berbeza daripada bunyi loceng yang asal, anjing berkenaan tidak mengeluarkan air liur. Ini menunjukkan bahawa organisme berkenaan dapat membezakan atau mendikriminasi antara rangsangan yang dikemukakan dan memilih untuk tidak bertindak atau bergerak balas. Iaitu, sesuatu organisme berkebolehan untuk bergerak balas kepada sesuatu rangsangan tetapi tidak kepada rangsangan yang lain. 4) Penghapusan Sekiranya sesuatu rangsangan terlazim (loceng) tidak diikuti dengan rangsangan tak terlazim (makanan), lama kelamaan organisme itu tidak akan bergerak balas. Iaitu, gerak balas berperingkat-peringkat terhapus.

4

Teori Thorndike E.L Thorndike (1874-1949) ialah pelopor psikologi Amerika yang dikaitkan dengan eksperiman yang digunakan di dalam pelaziman operan. Beliau memperkenalkan pembelajaran cuba jaya dan beberapa hukum tentang perkaitan ransangan dengan gerak balas. Dalam eksperiman beliau, Thorndike meletakkan seekor kucing lapar di dalam sebuah sangkar. Makanan diletakkan di luar sangkar itu. Di dalam sangkar itu terdapat satu selak. terbuka. Apabila selak ditekan, pintu sangkar akan Kucing yang lapar itu melakukan pelbagai pergerakan, lalu terpijak

selak dan pintu terbuka. Kucing dapat keluar untuk mendapatkan makanan. Selepas itu kucing itu dimasukkan ke dalam sangkar semula. Sekali lagi kucing itu mencuba berbagai cara untuk keluar. Kali ini ia lebih cepat dapat menekan selak yang membolehkan keluar. Dengan ini, jelaslah kucing itu dapat mempelajari cara membuka pintu sangkar secara cuba jaya dan pengulangan. Kesimpulan dibuat disini bahawa kucing mempelajari, bahawa gerak balas yang betul akan membolehkannya keluar dan gerak balas yang salah memyebabkannya terkurung. Hasil dikemukakan. 1) Hukum kesediaan Menurut Thorndike, kesediaan merujuk kepada persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu dapat bertindak. menangkap seekor tikus. Misalnya, seekor kucing perlu menyiapkan dirinya, kukunya dan cara mengintip sebelum ia melompat bagi daripada eksperiman Thorndike, tiga hukum utama telah

5

Kongsep kesedian ini apabila dipindahkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dikatakan murid akan berpuas hati apabila dia bersedia untuk bertindak dan murid akan berasa kecewa apabila ia terpaksa bertindak walaupun tidak bersedia. 2) Hukum latihan Menurut hukum ini, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan diadakan. Sebaliknya jika tiada latihan, iaitu tiada pengulangan, maka pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah lemah. 3) Hukum kesan Apabila terdapat kesan yang menyeronokkan, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh. Tetapi apabila kesan yang lahir ialah menyakitkan, ia akan melemahkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas. Sebagai contoh, apabila seorang murid menuturkan satu ucapan kepada gurunya, dia dibalas dengan senyuman dan ucapan yang sama. Pengalaman ini akan menyenangkan murid tadi dan ia akan mengulanginya lagi. Murid tadi berkemungkinan tidak akan mengulangi perbuatan memberi ucapan kepada gurunya sekiranya gurunya tidak memberi tindakbalas yang baik seperti tidak mengendahkannya. Teori Pelaziman Operan (Skinner) Teori ini diasaskan oleh Burrhus F. Skinner (1904 – 1990) Skinner bermula pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai

6

kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan . Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu bertindak ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim. Berasaskan pelaziman operan, Skinner (1951) memperkembangkan teknik 'pembentukan' bagi melatih haiwan menguasai tingkahlaku komplek yang juga relevan kepada tingkahlaku manusia. Teknik pembentukan terlibat dengan meneguhkan organisme setiap kali ia bertindak ke arah yang diingini sehingga ia menguasai atau belajar gerak balas berkenaan dan tidak lagi meneguhkan gerak balas itu lagi. Prosedur pembentukan boleh digunakan untuk mengawal tingkahlaku orang. Contoh: Seorang pelajar yang sentiasa berjenaka dan menjadi pelawak dalam kelas. Perakuan rakan sebaya memperkukuhkan kelakuan pelajar berkenaan. Apabila pelajar-pelajar lain ketawa tentang apa yang disebut atau melakukan, dia digalakkan untuk terus berjenaka dalam kelas. Pelajar berkenaan mungkin tidak akan menjadi pelawak jika tiada siapa dalam kelas ketawa apabila dia berjenaka. Contoh: Apabila seorang bagaimana memberi ceramah, reaksi pendengar dapat pelajar mempengaruhi penyampai bertindak. Segolongan

mengangguk kepala mereka dan ini telah menyebabkan pensyarah mereka bergerak dengan lebih cepat dalam kelas. Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a) Peneguhan yang terbahagi kepada : 7

Peneguhan positif dan peneguhan negatif. b) Denda Peneguhan Positif Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku disifatkan sebagai Peneguhan Positif. Contoh:(1) Tikus yang menekan kunci pintu dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlakku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan? Perlu diingat bahawa sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian). Peneguhan Negatif Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Contoh:(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik.

8

Denda Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. Contoh:(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, menghentikan keseronokkan). ii- Pemilihan Teori Pembelajaran Behaviorisme Mengikut pendekatan Teori Pembelajaran Behaviorisme, setiap rangsangan menimbulkan tindakbalas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerakbalas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Tumpuan pembelajaran ialah kepada tingkahlaku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Teori ini juga berlandaskan kepada anggapan bahawa murid akan mengekalkan sesuatu tindakan jika peneguhan yang bersesuaian diberikan kepadanya. Sebagai contoh, ia akan diberi ganjaran selepas menunjukkan sesuatu gerak balas dan akan mengulangi tindakbalas tersebut setiap kali menerima rangsangan yang serupa. Teori ini seiring dengan proses pembelajaran di dalam kelas kerana proses pembelajaran ialah pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Pembelajaran bolehlah dirumuskan bahawa : 1. Pembelajaran adalah sesuatu perubahan tingkah laku manusia. 2. Perubahan tingkah laku agak kekal dan stabil. 3. Perubahan tingkahlaku dihasilkan daripada pengalaman atau latihan dan bukan disebabkan oleh proses pertumbuhan semula jadi atau disebabkan oleh pengaruh dadah atau penyakit. (Mok Soon Sang, 2000)

9

Modifikasi tingkahlaku ialah sesuatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. (Mok Soon Sang, 2003) Teori ini juga dipilih kerana ia mudah digunakan untuk membentuk kesediaan murid untuk belajar, Murid di sekolah rendah masih berada dalam faktor kesediaan belajar dari segi kematangan fizikal. Kematangan fizikal merujuk kepada perubahan-perubahan otot dan tinggi seseorang individu.(Ee Ah Meng, 1994) Misalnya, seseorang murid akan dapat berlari ketika ototnya telah bersedia dan mencapai kekuatan yang diperlukan. iii- Kesesuaian teori yang dipilih dengan topik pengajaran Teori behaviourisme menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila tindakan dilakukan secara berulang dan menjadi kebiasaan. Teori ini berfokus kepada kehendak diri sendiri dan tingkah laku yang disengajakan. Tingkah laku yang berulang itu dapat dikekalkan dengan peneguhan.Teori Pembelajaran Behaviorisme akan digunakan oleh guru untuk mengajar amali bertayamun. Teori ini disesuaikan dengan langkah-langkah pembelajaran sebagaimana berikut: Tiada air – perlu tayammun – Rangsangan tak terlazim. Sediakan tanah menggantikan air – Rangsangan terlazim Perlu ingat rukun, baru boleh amali – hukum kesediaan Sebut tatacara bertayammun – hukum kesediaan Guru menunjukkan cara-cara bertayammun – hukum latihan Amali diulang supaya mahir - hukum latihan Murid dapat buat – peneguhan positif Murid lakukan didepan kelas – peneguhan positif. Murid lain memerhati kawan bertayammun – hukum latihan. Tiada air, tak sembahyang- berdosa – peneguhan negetif

10

Apabila seseorang ingin menunaikan solat, dengan sendirinya ia akan berwuduk terlebih dahulu. Berwuduk merupakan gerak balas terlazim, tetapi sekiranya ia ingin berwuduk tetapi tidak ada air, ketiadaan air merupakan satu ransangan tak terlazim dan setelah mempelajari bertayammun, Wuduk atau tayammun akan menjadi gerak balas terlazim. Hukum kesediaan pula dapat diaplikasikan semasa bersedia untuk melakukan amali tayammun. Murid-murid perlu memahami dan mengingati tatacara bertayammun sebelum dapat melakukan amali. Tanpa melalui proses hukum kesediaan murid tidak tahu bagaimana untuk membuat amali tersebut. Hukum latihan pula berkaitan dengan latihan amali tayammun dilakukan secara pengulangan supaya gerak balas bertambah kukuh. Peneguhan positif akan digunakan untuk memberi pujian kepada murid yang dapat melakukan amali tayammun dengan betul di akhir pembelajaran. iv- Kesesuaian teori pembelajaran yang akan dipraktikkan. Teori Pembelajaran Behaviorisme pada amnya boleh diklasifikasikan dalam dua kategori yang utama, iaitu Teori pelaziman Klasik dan Teori pelaziman operan. Teori pelaziman Klasik menekankan pembelajaran melalui perhubungan rangsangan hendaklah dengan gerak balas manakala mewujudkan Teori proses pelaziman operan dan mementingkan pembelajaran melalui peneguhan. Kedua-dua kategori ini digabungkan untuk pengajaran pembelajaran yang berkesan bagi murid sekolah rendah. Untuk mengajar dengan berkesan, guru harus mengaitkan pengalaman positif dengan tugasan pembelajaran demi mencapai objektif pembelajaran iaitu dengan aktiviti pembelajaran yang memuaskan. Kaitan antara rangsangan dan gerak balas boleh dipelajari kemudian diperkukuhkan dengan latihan sebagai

11

peneguhan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak balas, semakin kukuh pembelajaran. Dalam eksperiman Pavlov, dapat dikesan berkenaan motivasi. Motivasi amat penting dalam proses pembelajaran. Dalam bilik darjah, guru hendaklah menarik minat murid-murid dengan menggunakan alat bantu mengajar yang menarik supaya mereka dapat memberi tumpuan yang teliti. Pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, pembiasaan atau pengalaman. menjalankan Oleh itu guru hendaklah melibatkan murid-murid dalam pengajarannya seperti mengadakan aktiviti kumpulan, perbincangan, latih tubi, projek dan sebagainya. Beri latihan yang cukup untuk mengukuhkan rangsangan terlazim dengan gerak balas terlazim. Semasa pengajaran juga guru hendaklah menggunakan peneguhan untuk mengekalkan gerak balas terlazim atau pembelajaran. Contohnya untuk memotivasikan murid, guru menggunakan rangsangan baru sebagai rangsangan terlazim. Pelaziman, pengulangan dan peneguhan merupakan perkara yang perlu diberi perhatian untuk pembelajaran murid sekolah rendah, Untuk memperolehi objektif yang diharapkan, Teori Pembelajaran Behaviorisme amat sesuai digunakan pengajaran dan pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, pemulihan serta merta dapat membantu meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Proses pemulihan ini bolehlah dikaitkan dengan peneguhan-peneguhan positif agar dapat meningkatkan semula semangat ingin belajar murid-murid.

12

v- Keberkesanan teori hasil perkongsian pengalaman yang diperolehi menerusi perbincangan, pembacaan dan sebagainya. Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gera kbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian ( rangsangan ) setiap kali murid mendapat hasil yang baik ( gerak balas ), maka gerak balas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan. Teori ini mengaitkan rangsangan dengan pembelajaran, oleh itu untuk persediaan rancangan mengajar, guru akan menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat murid sebagai satu rangsangan untuk belajar. Penggunaan Teori Pembelajaran Behaviorisme akan mendorong murid belajar sendiri. Ini kerana mengikut teori ini, pembelajaran boleh berlaku melalui cuba dan ralat (cuba jaya).(Ee Ah Meng,1994). Bagi menjimatkan masa, guru boleh bertindak sebagai pembimbing. Konsep hukum kesediaan yang dipraktikkan dalam pembelajaran akan mempercepatkan murid memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Ini kerana sebelum pembelajaran efektif dapat berlaku, seseorang murid hendaklah bersedia dari segi mental, minat, sikap dan psikomotor. Pendekatan latihan dan pengulangan berasaskan hukum latihan oleh Thorndike akan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Dengan latihan dan pengulangan juga akan meningkatkan lagi kemahiran dan ingatan murid-murid selepas mereka menerima pengajaran pada hari tersebut. Pembelajaran yang menyeronokkan akan menyebabkan murid-murid minat untuk belajar sesuatu mata pelajaran. Keadaan ini juga boleh memberikan

13

kesan pembelajaran yang lama dalam diri murid-murid. Pembelajaran yang menyeronokkan ini ialah hasil dari peneguhan yang pelbagai yang akan disedikan oleh guru yang mengamalkan Teori Pembelajaran Behaviorisme dalam proses pengajaran mereka. Keadaan ini akan memberikan satu motivasi kepada murid-murid. Pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut teori pelaziman operan. Dengan berpandukan teori ini, guru akan membuat perancangan yang teliti terutama pelajaran jenis kemahiran dan amali. Pengajaran yang dijalankan secara berperingkat akan memudahkan murid menguasai kemahiran yang hendak diajar. Disiplin murid-murid dalam bilik darjah semasa proses pembelajaran berlaku amat penting. Keadaan murid yang berdisiplin akan memudahkan guru menjalankan aktiviti pembelajaran sebagaimana yang dirancang. Melalui proses penghapusan murid-murid. dan peneguhan negatif yang terdapat dalam teori ini membolehkan guru mengikis tingkah laku yang tidak diingini bagi mendisiplin Sebagai contoh, murid-murid yang menjeritkan jawapan tanpa terlebih dahulu mengangkat tangan tidak harus dilayan. Dengan cara ini, murid merasakan ia tidak dipedulikan dan tidak akan melakukan tindakan yang sama sekali lagi.

14

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful