You are on page 1of 6

Soalan perbincangan (Guru Pembimbing) 1. Berapa lamakah pengalaman guru dalam mengajar subjek bahasa cina ? 2.

Sepanjang proses pengajaran guru, apa kekangan yang dihadapi oleh guru ? 3. Apakah pandangan guru terhadap tahap kefahaman pembacaan pelajar ? 4. Apakah kaedah yang diambil oleh guru meningkatkan tahap kefahaman pembacaan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran ? 5. Pada pendapat guru, adakah kaedah penyoalan berkesan dalam membantu pelajar dalam aspek kefahaman membaca ?

Pelan/langkah tindakan untuk penambahbaikan Masalah yang dihadapi: Pengawalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

Langkah/tindakan untuk penambahbaikan: 1. Saya akan mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing ataupun rakan guru pelatih berkaitan dengan masalah ini bagi mendapat nasihat tentang bagaimana mengatasi masalah ini. 2. Saya akan memberikan arahan dengan ringkas dan jelas 3. Saya akan menyaringkan suara saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran 4. Saya akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang melanggar peraturan kelas sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan

Pelaksanaan penambahbaikan Masalah yang dihadapi: Pengawalan kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan

Pelaksanaan penambahbaikan: Berkenaan masalah ini, saya telah mencuba beberapa kaedah dalam menangani masalah ini. Saya telah menyaringkan suara saya semasa berkomunikasi dengan pelajar, selain itu saya juga memberi arahan saya secara ringkas dan jelas. Dengan ini, saya mendapati bahawa tahap pengawalan kelas adalah meningkat berbanding dengan keadaan sebelumnya. Walaupun masih terdapat masalah dalam proses mengajar tetapi sekurang-kurangnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Di samping itu, saya juga meminta bantuan nasihat daripada guru pembimbing dan rakan guru pelatih tentang bagaimana mengatasi masalah ini. Atas nasihat mereka saya telah mengambil tindakan terhadap masalah ini seperti mengambil tindakan yang tegas terhadap pelajar yang melanggar peraturan dalam kelas seperti mendenda mereka berdiri di depan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Inovasi pedagogi Kaedah membaca dan menghafal sajak mengurangkan kebisingan murid ketika memasang LCD Semasa praktikum fasa III ini, saya mendapati semasa saya memasang LCD sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, murid akan membuat bising kerana tidia perkara yang perlu dibuat malah saya tidak dapat tumpu perhatian dalam memasang LCD. Secara tidak langsung saya melambatkan masa untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran, kelas juga tidak dapat tamat tepat pada masanya. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menjalankan kaedah pelajar mengimbas kembali apa sajak yang dipelajari sebelum ini. Pelajar akan membaca sajak yang ditunjukkan pada papan hitam dan mengimbas kembali apa maksud yang terdapat pada sajak. Dengan menjalankan kaedah ini, masalah kebisingan kelas dapat diselesaikan malah saya boleh tumpu perhatian dalam memasang LCD dengan cepat. Selain itu, pelajar juga mendapat manfaat dengan mengibas kembali apa yang telah dipelajari sebelum ini.

Inovasi pedagogi Kad imbasan Inovasi pedagogi yang saya gunakan ialah kad putih yang dinamakan kad imbasan. Saya membeli kad ini daripada kedai buku. Guru terpaksa menulis dengan banyak semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran. Kadang-kala tindakan ini menggunakan masa yang banyak dan semasa guru menulis perkataan pada papan hitam, guru perlu membelakangkan pelajar. Ini menyebabkan guru tidak dapat memerhati apa tindakan yang dilakukan oelh pelajar. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan menulis perkataan dahulu pada kad imbasan yang saya beli sebelum memasukkan kelas. Begini semasa manjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya dapat terus menunjukkan kepada pelajar. Secara tidak langsung masa yang digunakan untuk menulis perkataan dapat dijimatkan. Secara tidak langsung pelajar, juga lebih menarik kepada perkataan yang ditulis pada kad imbasan berbanding dengan ditulis pada papan hitam walaupun kedua-dua perkataan adalah sama. Secara kesimpulannya, saya mendapati kaedah ini lebih efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Apa yang paling penting ialah, kos pembelian white board ini adalh rendah dan murah.

Inovasi pedagogi Mini papan hitam Inovasi pedagogi yang saya gunakan ialah mini papan hitam yang telah diinovasikan dan dinamankan mini papan hitam. Semasa saya mengajarkan topik menulis, saya mendapati saya tidak dapat menilai sama ada semua pelajar telah menguasai struktur tulisan yang betul semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah menghasilkan mini papan hitam yang mana kosnya rendah dan mesra pengguna. Dengan ada alat ini, saya dapat menilai prestasi pelajar dengan lebih menyeluruh. Mini papan hitam ini menggunakan kapur untuk menulis dan boleh dilap dengan bersih dengan pemadam, fungsinya adalah sama dengan papan hitam yang sedia ada. Saiznya yang lebih kecil juga memudahkan saya untuk mengisikannya dalam beg dan membawanya ke kelas. Kesimpulannya saya berpendapat mini papan hitam ini amat sesuai digunakan dalam mengajar topik mengenal huruf. Penggunaannya boleh mengubah suai mengikut keperluan topik yang diajarkan.