1.

0 PENGENALAN Malaysia sememangnya dikenali sebagai sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk serta kaya dengan budaya dan adat resam. Setiap orang daripada masyarakat di Malaysia mempunyai latar belakang sosial yang berbeza sama ada dari segi, kaum, agama, dan kelas sosial. Walaubagaimanapun, Sekolah merupakan sebuah institusi social yang lahir daripada keperluan masyarakat, maka tidak hairanlah budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat. Budaya sekolah merupakan sesuatu yang unik, tiada sekolah mempunyai budaya yang sama. Budaya sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pencapaian murid-murid.

Gabungan perkataan “budhi” dan “daya” maka boleh ditafsirkan bahawa budaya ialah kebolehan individu untuk menggunakan kekuatan. tenaga dan akal fikiran mereka ke arah meningkatkan kecergasan akal fikiran supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. tenaga dan pengaruh semula jadi yang akan digunakan oleh seseorang individu bagi membantu menjana pemikiran. . Daya bermaksud kekuatan kuasa. Hal ini bermakna bahawa budaya akan mendorong kecerdasan akal fikiran individu supaya tahap pemikiran mereka dapat menangani sesuatu maslah dan seterusnya mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Perkataan Melayu yang telah bercantum dan seterusnya membentuk istilah budaya ialah kata “daya”. berkelakuan dan berfikir Norhayati Ismail (2001) menyatakan bahawa secara umumnya budaya merupakan perilaku yang secara keseluruhannya datang dari suatu yang dipelajari manusia.0 KONSEP BUDAYA DAN KEPELBAGAIAN KELOMPOK MALAYSIA Kamus Dewan Edisi keempat (2005) pula telah mendefinisikan budaya sebagai tamadun. kemudiannya berlaku proses akumulasi dari pengalaman yang dialihkan secara sosial melalui pembelajaran. budaya ini boleh ditafsirkan sebagai satu norma dan cara hidup masyarakat dalam menangani permasalahan dalam kehidupan seharian mereka. peradaban. budaya turut bermaksud satu pandangan hidup dari sekelompok orang dalam bentuk perilaku. kemajuan fikiran dan akal budi yang secara keseluruhannya merujuk kepada cara hidup yang merangkumi cara bertindak. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012). Dalam erti kata lain. budaya terbentuk hasil gabungan dua perkataan iaitu perkataan “budhi” yang wujud dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud kecergasan fikiran dan akal. nilai dan simbol-simbol yang mereka terima tanpa sedar yang semuanya diwariskan melalui proses komunikasi dan peniruan dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Zaid Ahmad (2006) pula menyatakan bahawa budaya ialah cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakat dan budaya boleh dipelajari dan dikongsi sesama masyarakat. Seterusnya.2. kepercayaan.

3. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA GURU MURID SEKOLAH KURIKULUM TERSIRAT      Memberi layanan yang sama adil Pilih kaedah yang sesuai degan jenis murid Pengurusan bilik darjah Penggunaan bahan sumber bantu murid bina keyakinan kendiri    Harus bersosial sesama murid Sentiasa berkomunika si Menggunaka n satu bahasa standard    Wujud pelbagai jenis sekolah Kedudukan sekolah Kepelbagai aktiviti sekolah    Budaya akademik Pembelajaran nilai dan etika Kepercayaan .0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Bukan sahaja guru perlu sedar dan memainkan peranan dalam berhadapan dengan kepelbagaian budaya di dalam bilik darjah malah perkara ini turut memberikan kesan kepada murid itu sendiri bahkan pihak sekolah dan kurikulum tersirat turut terkena tempiasnya.

berkongsi maklumat dan pendapat dan secara tidak langsung mengenali budaya lain. Berdasarkan kaedah ini. murid daripada pelbagai latar belakang. taraf sosioekonomi.0.Hal ini demikian kerana. Perbezaan sebegini akan menimbulkan keadaan dimana murid berasa dipinggirkan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana semua murid berhak menerima layanan yang adil dan sama rata. latar belakang keluarga. . Guru tuidak boleh menganggap bahawa setiap murid mengalami proses belajar yang sama. taraf sosial dan pencapaian dapat bersama-sama mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. tempat tinggal. taraf sosioekonomi.3. Lantaran itu. Kepelbagaian etnik. Guru seharusnya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan dapat membantu murid berkongsi pengalaman serta pengetahuan sedia ada mereka khususnya melalui kaedah pengajaran koperatif. Faktor-faktor yang membantu pembelajaran perlu diambil kira oleh guru dalam menyediakan pembelajaran yang berkesan mengikut kemampuan murid. adat resam. etnik. kawasan petempatan. budaya. Keberkesanan pembelajaran pada suatu kumpulan murid tidak bermakna sesuai untuk kumpulan murid yang lain. Guru tidak boleh berat sebelah semasa mengajar seperti murid yang datang dari kelas sosial atasan dilayan lebih daripada murid kelas bawahan. Setiap kumpulan murid mempunyai cara belajar masing-masing.1 Implikasi Kepada Guru Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) terletak pada kecekapan guru mengendalikan dan menguruskan suatu bilik darjah. guru tidak seharusnya menggunakan cara yang sama untuk melayani dan memberikan perhatian kepada murid. Guru adalah tunggak utama yang dapat memastikan bahawa murid-murid sentiasa mengambil bahagian dalam setiap aktivitiaktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan.budaya dan adat resam murid didalam bilik darjah adalah berbeza-beza. perbezaan kelas sosial murid tidak boleh dijadikan alasan oleh guru dalam memberikan layanan dan kesaksamaan pendidikan kepada semua murid. Pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua jenis murid perlu dipertimbangkan supaya semua murid dapat menerima isi kandungan pelajaran dengan baik dan berkesan. Kesannya. keadaaan ini akan membuatkan murid tidak berpeluang untuk mengambil bahagian secara aktif dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Guru harus sedar bahawa setiap murid terdiri daripada latar belakang. kepercayaan dan agama yang berbeza. Kesedaran tentang budaya mikro kumpulan etnik yang berbeza dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dan toleransi yang diperlukan dalam membina integrasi.

Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan menjadikan guru sebagai idola mereka. guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang. Semasa menguruskan bilik darjah.Seterusnya. sebelum menyediakan sebarang bahan sumber. Guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri dalam membentuk nilai. Contohnya guru datang awal ke bilik darjah. guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. kewujudan kepelbagaian sosiobudaya turut mempengaruhi pengurusan guru di dalam bilik darjah. Keberkesanan pembelajaran juga turut bergantung kepada penggunaan bahan sumber. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Pengurusan bilik darjah yang baik akan dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk belajar dan dapat menyelesaikan banyak masalah disiplin di sekolah. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan akan terbentuk dan ini dapat membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik darjah dengan berkesan. Lantaran itu. Bahan sumber yang dipilih mestilah sesuai dengan murid dan tiada unsur negatif serta menyentuh sensitiviti mana-mana etnik. Contohnya. minat dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Hubungan rapat dapat dijalinkan di antara guru dengan murid. Murid dibimbing untuk memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid lain. Justeru. Bilik darjah merupakan tempat berlakunya sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Guru seharusnya peka dan prihatin serta mempunyai pengetahuan luas tentang . sikap dan tingkah laku yang sesuai. sentiasa bersikap adil dan sentiasa berdisiplin dalam apa jua hal. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi akademik dan sebagainya. penggunaan bahan sumber yang sesuai dengan pengetahuan dan budaya serta pengalaman pelajar akan dapat meningkatkan motivasi. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid. guru hendaklah mendapatkan sebarang maklumat yang tepat tentang budaya sesuatu etnik. Ini akan memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan masyarakat. kewujudan kepelbagaian etnik di Malaysia memberikan pelbagai implikasi kepada guru dari pelbagai aspek terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Cina dan India. murid-murid ini perlulah diberi kesedaran batasan pergaulan dan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. 3. Setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain. suatu proses pembelajaran tidak akan dapat dijalankan.Sepatutnya murid digalakkan berinteraksi dan saling berkomunikasi dengan mereka yang berlainan jantina. Tanpa murid. Mahu tidak mahu. Segala aktiviti dalam pembelajaran yang murid ikuti mestilah melibatkan penglibatan berlainan jantina dan bersesuai dengan jenis tugasan yang diberikan guru. murid perlu meneruskan pembelajaran mereka bersama-sama selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat.0. Salah satu kesan kepelbagaian sosiobudaya terhadap murid ialah dari aspek penggunaan bahasa. Murid sudah semestinya datang dari pelbagai kaum seperti kaum Melayu.kepelbagaian budaya murid supaya proses pengajran dan pelbelajaran menjadi bermakna dan dapat mencapai objektif yang sepatutnya. meskipun terdapat pergaulan antara lelaki dan perempuan. Semangat saling mempercayai dapat dipupuk dan disemai ke dalam diri murid melalui aktiviti yang dijalankan. Terdapat sesetengah guru yang mengasingkan kedudukan murid dan mengelompokkan murid di dalam bilik darjah mengikut jantina. terdapat satu kumpulan besar yang mengikuti segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung. aktiviti yang dilaksanakan memastilah menuju kepada pembentukan kendiri murid supaya proses sosialisasi anatara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan. Matlamat ini dapat direalisasikan sekiranya sikap prejudis murid terhadap latar belakang murid lain dibuang dan seterusnya mereka dapat berinteraksi antara satu sama lain. Perbezaan di antara satu sama lain seringkali mendesak guru untuk merancang dan menguruskan bilik darjah dengan baik supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan mengikut kaedah yang tepat dan betul. Ketiga-tiga kaum majoriti ini mempunyai bahasa yang berbeza dan .2 Implikasi Kepada Murid Di dalam bilik darjah. Oleh itu. Setiap murid mempunyai amalan agama dan kepercayaan yang dianuti dan setiap daripada mereka perlu menghormati agama dan kepercayaan masing-masing tanpa mempertikaikan sesama mereka. Dalam masa yang sama.Murid harus bersosial di antara satu sama lain dalam melakukan aktiviti bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai. Perbezaan antara jantina sering berlaku di dalam bilik darjah. Kumpulan yang dimaksudkan ialah kumpulan murid. Murid merupakan pelanggan keapada guru di dalam bilik darjah.

Murid perlu berusaha untuk menggunakan bahasa yang betul dalam interaksi dengan individu lain. satu penggunaan bahasa sahaja diperlukan supaya interaksi dan komunikasi dapat terlaksana. .jika kaum-kaum ini ditempatkan di dalam satu bilik darjah. Penggunaan dan pengamalan bahasa standard akan menambahkan tahap penguasaan bahasa murid selain daripada mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid turut melibatkan aspek komunikasi. Lantaran itu. Guru juga boleh menggunakan pendekatan penyayang dalam komunikasi. menegur kesilapan murid dengan cara yang berhemah dan sebagainya. satu penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid dan unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. hormat dan sebagainya di antara satu sama lain. . Budaya bilik darjah yang dibentuk oleh guru hendaklah budaya yang boleh menarik minat murid supaya murid berusaha untuk mengembangkan potensi diri ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Pelakuan ini akan ditiru dan digunapakai oleh murid dalam komunikasinya dengan orang lain. Dorongan dan bimbingan guru dan rakan sebaya perlu bagi mendisiplinkan diri untuk memberi peluang kepada diri sendiri untuk berusaha. bercakap dengan lembut dan sopan. Interaksi yang berterusan di antara murid akan menimbulkan rasa sayang. Guru yang berwibawa sentiasa melihat pembelajaran sosial yang melibatkan murid satu aspek penting dalam bilik darjah. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyanyang.

0. sekolah jenis kebangsaan untuk kaum Cina dan India.3.3 Implikasi kepada Sekolah Kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat digambarkan oleh komposisi kaum dan etnik warga sekolah. Jenis-jenis sekolah yang berbeza mempunyai fokus yang berbeza serta turut mengamalkan budaya yang berbeza. Selain daripada meningkatkan pengetahuan murid. serta mengekalkan identiti etnik mereka sendiri. Masyarakat di Negara ini memerlukan sebuah masyarakat yang aman. dalam sistem pendidikan kebangsaan khususnya di sekolah. Murid juga haruslah sentiasa diingatkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. sekolah-sekolah luar bandar menghadapi masalah kekurangan guru. aktiviti-aktiviti di sekolah hendaklah dirancang dengan teliti bagi mengatasi kepelbagaian sosiobudaya ini. Kebiasaannya. Perkara ini menyebabkan budaya sekolah yang dipengaruhi aspek budaya setempat terbatas. berbudaya. harmonis. setiap murid berpeluang menilai pelbagai budaya yang diwujudkan. Kebanyakan sekolah-sekolah yang kedudukannya terletak di bandar akan disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya yang terdiri daripada kelas sosial dan etnik. guru kerap membuat pertukaran sekolah. hubungan di antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. sistem pendidikan negara telah mewujudkan pelbagai jenis sekolah yang boleh diikuti murid. Budaya luar dari setiap murid akan dibawa masuk ke sekolah dan sedikit sebanyak mempengaruhi sosiobudaya sekolah. dan prestasi pencapaian yaang rendah. Oleh itu. Di Malaysia. Pembudayaan yang diadakan di sekolah terutama dari segi belajar. Manakala sekolah-sekolah luar bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau kaum etnik yang mempunyai taraf sisioekonomi yang rendah. Selain itu. . Perbezaan lokaliti sekolah juga turut memberikan implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada pihak sekolah. murid diajar berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakat. cara bekerja dan kepimpinan di dalam persekitaran akan dapat menjadi cermin kepada setiap individu. saling menghormati. Melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Sekolah merupakan ruang untuk guru menerapkan keparcayaan dan nilai dalam masyarakat. Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah kebangsaan untuk semua kaum. murid perlu diterapkan dengan nilai-nilai yang baik tanpa mengira latar sosiobudaya mereka. Oleh itu.

dan struktur kewibawaan. peraturan. Nilai. interaksi dan komunikasi memainkan peranan penting menjadikan murid itu lebih matang daripada segi ilmu dan pengalaman. . prosedur. kemahiran dan seterusnya menguasai ilmu tersebut. norma.al (2007). hubungan rapat di antara warga sekolah dan sebagainya. kegiatan panitia dan sebagainya. Kurikulum tersirat biasanya dikaitkan dengan budaya akademik di sekolah. 2005). Kurikulum tersirat merangkumi nilainilai yang dibentuk oleh warga sekolah sendiri seperti amalan.3. Kurikulum tersirat adalah pengalaman yang dikecapi oleh murid semasa di sekolah (Ishak Ramly.4 Implikasi kepada Kurikulum Tersirat Kurikulum bermaksud suatu ciri rancangan pengajaran yang disusun bertujuan membolehkan murid menguasai ilmu pengetahuan. Semasa murid melalui pembelajaran terancang. Kurikulum tersirat juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti berpersatuan. guru mempamerkan akhlak budi pekerti. Kurikulum tersirat memberi penekanan kepada persekitaran yang wujud dalam kalangan warga sekolah. Dalam konteks ini. Namun demikian. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya pada kepercayaan agama iIslam shaja. Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi dalam kelas sosial murid.. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Ianya dijalankan secara tidak langsung seperti murid mempelajari tingkah laku baik guru. sesetengah kurikulum tersirat kadang-kadang mempunyai konotasi negatif kerana nilai-nilai yang disebarkan mungkin menjurus kepada hal-hal seperti . pertalian dan struktur di sekolah. daya intelek dan apa juga yang dibawa di dalam persekitaran sekolah akan memberi kesan secara tidak langsung tetapi amat bermakna terhadap amalan hidup murid. Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercanggah dengan hukum agama Islam bileh diterapkan kepada murid. Menurut Shahabuddin Hashim et. Penggalakan interaksi dalam kelas sosial juga boleh terbina melalui kurikulum tersirat.0. Murid-murid mengikut pembelajaran isi kandungan mata pelajaran dan pembelajaran nilai dan etika hidup bermasyarakat walaupun elemen ini tidak disenaraikan dalam objektif pengajaran tetapi unsurnya sudah ada dalam keselarian kurikulum dan pengajaran. murid akan memperoleh nilai-nilai sampingan seperti arahan. nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan masyarakat Malaysia. peraturan. kurikulum merupakan suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Guru juga diingatkan kepada hasilan pembelajaran. Pengembangan bakat murid tanpa bersikap prejudis terhadap mana-mana kaum boleh dilakukan melalui pengetahuan kepelbagaian sosiobudaya ini. guru sebagai penggerak dan pendidik di dalam bilik darjah seharusnya memainkan peranan yang sangat penting dan disarankan untuk membentuk interaksi sosial yang baik dalam kalangan murid. Secara kesimpulannya. kaum dan jantina dan ini akan menjurus kepada pengagihan modal pendidikan secara tidak sekata. Dalam hal ini. Kejayaan bukan sekadar dilihat kepada pencapaian akademik semata-mata tetapi guru harus menerapkan nila-nilai murni kepada murid supaya mereka dapat berkembang secara seimbang dari segi intelek dan rohani. guru perlu memainkan peranan dan memberikan perhatian kepada kurikulum tersirat sewajarnya supaya bersifat positif ke arah membina keadilan sosial berlandaskan kepada kepelbagaian sosiobudaya. .menyokong perbezaan kelas di mana murid dibahagikan kelas mengikut tahap kepandaian.

dan kemahirann .4.30 pagi hingga 9. Ilmu Nilai : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. sebutan dan intonansi. menghargai dan bersatu padu Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan. ii. Pendidikan Moral : menghormati. murid dapat : i. Murid dapat menyatakan tentang pengalaman mereka menyambut perayaan secara lisan. Kemahiran Sistem Bahasa : Kemahiran bertutur dan mendengar. : Sistem ejaan. menbuat inferens. Membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai perayaan di Malaysia.30 pagi : 22 orang (13 perempuan 9 lelaki) : Kebudayaan : Perayaan di Malaysia Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Mata pelajaran Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tema Tajuk : Bahasa Melayu : 5 Al-Biruni : 2 April 2014 : 8.

meminta kumpulan wakil guru setiap  membaca . Guru mengaitkan aktiviti KP: dengan tajuk pelajaran.mengkategori. lembaran kerja. memproses dan melaporkan. Kemahiran Belajar : Menerima maklumat. Muzik Intrapersonal Nilai : Mendengar arahan fokus Langkah 1 (15 minit) Petikan teks “Perayaan di 1. Bahan Bantu Mengajar : video. Kecerdasan Pelbagai : intrapersonal dan interpersonal Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan pengalaman mereka tentang perayaan yang terdapat di Malaysia. barang maujud. Kemudian. Murid kepada kumpulan 2. 2. kad undian Langkah /masa Seti Induksi (5 minit) Video Isi Pelajaran “Perayaan Aktiviti pengjaran dan pembelajaran di 1. komputer. Guru memberikan teks BBM : Malaysia” “Perayaan di Malaysia” Petikan teks kepada setiap murid. teks “Perayaan di Malaysia”. Murid diminta KBT  Kemahiran membaca Kemahiran mendengar aktif membaca teks tersebut. 3. Guru video dibahagikan BBM : Catatan Malaysia” empat komputer LCD menayangkan KBT bertajuk Kemahiran memproses maklumat “Perayaan di Malaysia” 3.

Setelah Yakin diri melakukan Bekerjasama Kinestetik simulasi. 4. Guru perayaan meminta murid BBM : berada dalam kumpulan Kad undian masing-masing. Murid lain diminta mendengar teliti. Guru memberi murid BBM : yang sebuah tajuk karangan “ Petikan Pengalaman beraya” dikosongkan . 2. Guru murid meminta mencabut wakil KBT undi Kemahiran berbual KP : di dalam Verbal linguistik untuk mewakili setiap kaum. dengan Nilai : Yakin diri bekerjasama Langkah 2 (15 minit) Perbincangan dan simulasi 1. Setiap murid mesti yang mempertahankan kelebihan perayaan masing-masing dengan hujan yang bernas. 3. Murid kumpulan diminta untuk Interpersonal membincangkan perayaan setiap kaum dan melakukan simulasi Nilai : perayaan. guru meminta Berusaha murid bersoal jawab sesama mereka tentang perayaan disimulasikan.teks kuat tersebut dengan KP : menggunakan Verbal linguistik Intrapersonal intonasi yang betul. Langkah 3 (20 minit) Aktiviti Pengayaan Menulis karangan pendek Berdasarkan pengalaman 1. 6. 5. 4. Guru memantau aktiviti murid.

Verbal linguistik Nilai : Yakin diri Refleksi pengajaran : . Murid ditanya oleh guru KBT : tentang pelajaran pada Menjana idea hari itu.beraya. Menjana Idea pemulihan BCB : latihan Mengumpul dan pada petikan mengisikan memproses maklumat kosong petikan pada yang Nilai : Berusaha Bersaing Penutup (5 minit) Rumusan dan soalan 1. 3. Murid diminta menulis karangan pendek KBT Aktiviti Pemulihan Mengisi tempat kosong berdasarkan tajuk yang Kemahiran berfikir diberi. Guru membuat rumusan KP: tentang isi pelajaran. Membuat inferens 2. Murid diberikan dengan tempat teks diberi. 2.

undangundang. undang. adat resam kepercayaan. sosial. kesenian. Budaya adalah lambang yang mana merupakan hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan. pekerjaan ibu bapa. Bukan sahaja sekolah menerima tempias kesan kepelbagaian budaya malahan kurikulum tersirat juga menerimanya. pemkiran. falsafah. jantina dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia.0 RUMUSAN Kewujudan kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia sememangnya banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada sistem pendidikan negara namun terdapat juga keburukan yang perlu ditangani supaya sistem pendidikan bertambah mantap dan ditambah baik. etika. bahasa. bahasa. Budaya meliputi setiap aspek yang berikut iaitu lokasi. falsafah. pendidikan yang diterima. Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan keseluruhan aspek yang mengandungi unsur budaya asal. Sebagai kesimpulan. moral. Dalam konteks pendidikan. pemikiran. bahasa. kesenian. Kepelbagaian sosiobudaya disekolah menyebabkan guru seharsnya bertanggungjawab dalam memainkan peranan masing-masing untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai-nilai murni yang sesuai dengan norma masyarakat setempat. Setiap budaya dibentuk dan dikembangkan oleh masyarakat itu sendiri. terdapat perbezaan antara suatu budaya dengan budaya yang lain. . keturunan. kesusasteraan.5. undang. moral. implikasinya menjadikan budaya dalam masyarakat mempengaruhi budaya di sebuah sekolah. budaya di sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Oleh itu. etika. status ekonomi. dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Selain itu juga. Hal ini demikian kerana. setiap kumpulan etnik memiliki ciri-ciri kebudayaan tersendiri seperti dari segi agama. moral. proses integrasi sosial dalam kalangan penduduk pelbagai etnik ini boleh dipupuk melalui sistem pendidikan negara yang berorientasikan perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik.6. Kewujudan pelbagai etnik ini telah melahirkan satu konsep baharu terhadap sistem sosial masyarakat. Pada awalnya. Setiap kumpulan etnik mesti berinteraksi dan berkomunikasi supaya tidak terdapat jurang perbezaan di antara mereka seterusnya dapat menjamin perpaduan negara. kesusasteraan dan cara hidup yang boleh diterima oleh semua. Dapatan juga menunjukkan bahawa budaya tidak terbatas kepada suatu kumpulan etnik saaja kerana budaya boleh berkembang dan dipelajari oleh kumpulan etnik lain.0 REFLEKSI Tugasan EDU 3106 iaitu Budaya dan Pembelajaran ini banyak mendedahkan kepada saya tentang konsep budaya dan kesan kepelbagaian sosiobudaya kepada dunia pendidikan. membina persefahaman antara mereka dan untuk mengenali budaya serta cara hiudp masyarakat lain. bermain. namun setelah membuat kajian tugasan barulah saya faham bahawa budaya merupakan keseluruhan cara hidup yang wujud dalam sesuatu masyarakat. Kepelbagaian sosiobudaya ini memberikan impak dan pelbagai kesan kepada sistem pendidikan khususnya di dalam biik darjah. Pada pendapat saya. peranan guru adalah sesuatu perkara yang sangat penting dan guru perlu memainkan peranan mereka pada setiap masa. Proses ini disebut sebagai proses integrasi. Budaya yang dimaksudkan merangkumi aspek kepercayaan. Hal ini kerana. sekolah merupakan tempat murid-murid berpeluang belajar bersama. budaya yang saya fahami merujuk kepada suatu amalan adat resam yang diamalkan oleh sekumpulan etnik sahaja. bahasa atau politik yang membezakan mereka dengan kumpulan individu yang lain dalam suatu masyarakat. pemikiran. Pendidikan merupakan wadah penting dalam menyemai dan memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan kepelbagaian sosiobudaya. etika. Dapatan kajian juga membuatkan saya lebih memahami yang setiap budaya wujud dan hadir dalam setiap kumpulan etnik. Jurang kepelbagaian sosiobudaya masyarakat kita ini memerlukan satu proses penyatuan yang dapat mengurangkan sikap prasangka dan diskriminasi terhadap kumpulan etnik yang lain. Integrasi wujud dalam sesuatu masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal-usul ras mereka. pekerjaan. Saya merasakan sekolah ialah tempat yang paling sesuai untuk murid-murid mengenali diri mereka dan masyarakat sekeliling. falsafah. bahasa. Saya berfikiran sebegitu kerana guru adalah perancang pembelajaran di bilik darjah dan mereka adalah orang yang paling hampir . mencari kawan baharu.

kepercayaan. saya tidak boleh sekadar “ hentam krono” sesuka hati. Guru sepatutnya menjadi suri teladan kepada murid berikutan murid selalunya akan menjadikan guru sebagai ikon mereka di sekolah. Dalam erti kata lain. rancangan pengajaran yang ingin dirancang mestilah sesuai dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. semasa merancang rancangan pengajaran. Aktiviti pengajaran yang dirancang juga seharusnya mampu menggalakkan interaksi dan penglibatan aktif murid. (2012). Setiap murid mempunyai latar belakang yang berbeza yang guru perlu ketahui dan perlu disesuaikan mengikut situasi. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi sebaliknya guru perlu memastikan murid-murid mendapat perhatian yang sepatutnya dimana murid pandai dibimbing dan murid lemah dibantu. guru mestilah memahami latar belakang budaya murid dan menggunakaannya secara bermanfaat untuk membina strategi pengajaran dan pembelajaran. Kesedaran ini penting kerana murid di dalam sesebuah bilik darjah datang daripada pelbagai latar belakang. murid lemah akan merasa terpinggir dan akan memberikan implikasi kepada proses pengajaran guru. saya berharap supaya setiap guru faham akan kepentingan kepelbagai sosiobudaya khususnya kewujudan pelbagai etnik di dalam bilik darjah. Setiap guru perlu mempunyai keperibadian yang baik kerana penerapan nilai-nilai murni bermula daripada guru itu sendiri. budaya. Daripada tugasan ini. dalam merancang rancangan pengajaran saya seharusnya melihat kepada kemampuan murid dan latar belakang murid. Lantaran itu. yang efektif. Shah Alam : Penerbitan Multimedia Sdn. adat resam dan jantina. Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kemampuan murid haruslah dipilih dan dilaksanakan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Penghasilan tugasan ini juga mengingatkan kepada diri saya bahawa setiap murid adalah berbeza. Murid pandai sentiasa dipuji dan murid lemah dipinggirkan. Oleh sebab itu. Budaya dan Pembelajaran. RUJUKAN Ahmad Subki Maskon & Syed Ismail Syed Mustapa. Saya juga merasakan setiap murid perlu untuk mendapat layanan yang sama adil di dalam bilik darjah. Saya mengatakan sedemikian rupa kerana masih terdapat segelintir guru yang sentiasa membandingbezakan murid-murid mereka di dalam kelas.dengan murid. Bhd . Oleh itu. Seandainya situasi sedemikian masih berlaku.

Bhd . Bhd Ting Len Siong (2013). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Noriati A. Rashid (2011). Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Zaid Ahmad (2006). Budaya dan Pembelajaran.Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful