You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Sekolah selamat membawa pengertian yang simple tetapi penting iaitu mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan menyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Stephens (1996) mendefinisikan sekolah selamat ialah tempat pelajarpelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young, 1999).

Menurut The National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkah laku pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih bermakna. Sekolah yang selamat juga adalah sekolah di mana guru, staf dan pelajar-pelajarnya selamat daripada sebarang keganasan dari segi fizikal, mental dan psikologi. Keganasan yang dimaksudkan ialah sebarang tingkah laku bermasalah yang serius serta emosi yang ditunjukkan oleh pelajar. Ini termasuklah tingkah laku agresif yang serius, serangan berbentuk fizikal, membunuh diri, penggunaan dadah dan lain-lain tingkah laku personal yang berbahaya. Jika kita mengharapkan sesebuah sekolah itu selamat, kita mestilah merujuk kepada keselamatan dalam masyarakat dan keluarga. Ini adalah kerana sekolah merupakan tempat di mana para pelajar berkumpul untuk belajar, bersosial serta berdepan dengan pelbagai masalah yang mereka bawa ke sekolah daripada masyarakat dan keluarga mereka sendiri.

Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek perundangan tidak harus diabaikan.

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan warganya terhindar daripada segala bahaya dan ancaman yang bersifat fizikal, mental, emosi, dan psikologikal yang boleh menggugat keberkesanan proses pendidikan di sekolah. Aspek keselamatan ini pula meliputi struktur fizikal, trafik, makanan, bangunan, padang, kesihatan, disiplin, dan tingkah laku.

2.0 Tatacara Penggunaan Stor Sukan

Stor sukan digunakan sebagai tempat menyimpan alat-alat sukan supaya ianya selamat dan tidak mudah rosak. Ini disebabkan alat-alat tersebut boleh mencecah harga ribuan ringgit. Antara pengurusan setor sukan yang baik ialah ia perlu ada rekod inventori, rekod keluar dan masuk peralatan (bila dan siapa yang guna serta kelulusan oleh siapa). Peralatan sukan yang merbahaya seperti lembing, cakera, tukul besi, tiang lompat tinggi, panah dan sebagainya tidak boleh digunakan tanpa pengawasan atau penyeliaan daripada guru sukan yang terlatih. Ia hendaklah disimpan dan dijaga dengan rapi di tempat yang selamat. 2.1 Tatacara Penggunaan Am.

Sentiasa menjaga kebersihan stor. Stor Sukan sentiasa berkunci selepas mengeluarkan atau mengembalikan peralatan sukan. Memastikan semua suis dipadamkan sebelum keluar dari stor sukan. Mematuhi peraturan stor sukan yang telah ditetapkan. Pengawasan yang rapi semasa mengeluarkan dan mengembalikan peralatan sukan. Meletakkan peralatan sukan di tempat yang ditetapkan.

Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam guru keluar masuk-alat-alat sukan. Pengeluaran alat sukan hanya boleh dibuat oleh jurulatih atau guru penasihat sahaja. Membuat laporan tentang peralatan sukan yang rosak, hilang dan yang pelu diperbaiki. Peralatan berbahaya harus disimpan di tempat khas yang selamat. Memasdtikan semua peralatan yang belum dan sudah digunakan berada dalam keadaan selamat.

2.2

Tatacara Penggunaan Murid.

Dilarang masuk ke dalam stor sukan tanpa kebenaran guru. Melaporkan kepada guru jika terdapat sebarang kerosakan pada peralatan yang digunakan. Sentiasa berwaspada menggunakan peralatan. Memakai pakaian sukan atau seragam yang lengkap. Mendengar talklimat keselamatan daripada guru tentang pelan keselamatan, operaturan dan tatacarta penggunaan peralatan yang betul.

2.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Menjaga kebersihan stor sukan. Memastikan pintu stor sukan sentiasa berkunci. Memadamkan suis apabila keluar dari stor. Mempunyai pelan keselamatan. Mengisi borang keluar masuk peralatan sukan dalam buku keluar masuk. Membuat pengawasan yang rapi dalam pengeluaran dan pengembalian peralatan. Menyimpan peralatan di tempat yang telah ditetapkan.

3.0 Tatacara Penggunaan Kantin

Kantin dan dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan pelajar semasa waktu rehat dan perhimpunan sekolah. Kesesakan boleh berlaku apabila sesuatu lokasi

menjadi tumpuan pelajar pada satu-satu masa, lebih-lebih lagi jika kawalan terhadap disiplin pelajar adalah longgar. Bayangkan jenis-jenis kemalangan yang boleh berlaku dalam keadaan kesesakan. Antaranya ialah terjatuh dan bergaduh. Dalam keadaan kesesakan, pelajar yang saiz badannya lebih kecil berkemungkinan ditolak oleh pelajar yang lebih besar saiz badannya. Pengawasan daripada guru dan pengawas sekolah amatlah penting dalam memastikan pelajar dapat begerak dan berbaris secara teratur semasa membeli makanan di kantin dan semasa perhimpunan sekolah. 3.1 Tatacara Penggunaan Am. Pengusaha berbincang dengan chef untuk memilih menu yang bersesuaian yang diperlukan untuk pelajar dan guru dan jumlah masakan yang mencukupi untuk pada satusatu masa. Menghitung keperluan bekalan masakan yang mencukupi untuk menu harian yang telah di tetapkan . Memeriksa bekalan yang dihantar oleh pembekal untuk kuantiti,kesegaran dan kualiti bahan bekalan. Mengaturkan jadual baik-pulih dan penyenggaraan peralatan kantin Hubungi segera kontraktor untuk baik pulih peralatan yang rosak. Menyelia selia dapur dan kawasan kaunter luar untuk mentukan penyediaan makanan dilakukan secara bersih, betul dan cukup kuantitinya. Menentukan semua peralatan hidangan makanan seperti talam (tray) ,cawan ,pinggan dan sudu-garpu sentiasa mencukupi dan dalam keadaan bersih. Menyelesaikan segala masalah dan rungutan pelanggan dengan cara professional.tentukan prinsip dan polisiCustomers Always Right. Mengawal selia semua pekerja bawahannya menjalankan tugas dengan sempurna.

3.2 Tatacara Penggunaan Murid. Ikut arahan guru dan pengawas bertugas. Gunakan sabun dan tuala yang disediakan. Buang sisa makanan dalam plastik dan tong sampah yang disediakan.
4

Jangan guna sinki yang rosak dan tersumbat. Dibenarkan makan dan minum pada waktu rehat sahaja. Murid-murid tidak boleh berada di kantin sekolah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid tidak boleh membawa makanan atau minuman keluar dari kawasan kantin. Murid-murid hendaklah makan dan minum dalam keadaan tertib semasa berada di kantin sekolah. Murid-murid harus beratur semasa membeli makanan / minuman, tidak membuat bising dan berebut-rebut. Murid-murid dilarang meninggalkan sisa makanan dan pembalut makanan di atas meja makan. Murid-murid dikehendaki membuang sisa makanan dan pembalut makanan ke dalam tong sampah yang disediakan. Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur dan tempat menjual makanan di kantin.

3.3 Tatacara Pengurusan Guru.

Berrtanggungjawab memastikan kebersihan kantin terjaga. Memastikan suasana kantin dalam keadaan terkawal. Memastikan kemudahan kantin terpelihara dan melaporkannya jika terdapat kerosakan. Masukkan bekas makanan dan minuman dalam bekas yang disediakan. Guru disiplin menyediakan pengawas bertugas semasa rehat. Guru kantin menyediakan peraturan penggunaan kantin dan paparkan di kantin.

4.0 Tatacara Penggunaan Dewan/Foyer

Dewan sekolah merupakan salah satu tempat yang dapat menempatkan jumlah pelajar yang ramai pada satu-satu masa. Oleh itu, aspek keselamatan dalam mencegah kebakaran hendaklah sentiasa diutamakan. Kecederaan dan kehilangan nyawa boleh berlaku semasa
5

kebakaran akibat pintu kecemasan terkunci dan laluan kecemasan terhalang oleh barang-barang dan perabot. Dewan sekolah seperti lain-lain bangunan awam tertakluk kepada peraturan pembinaan yang memerlukan pintu dan laluan kecemasan dibina untuk kegunaan menyelamatkan diri semasa kebakaran. Pihak sekolah mestilah memastikan pintu dan laluan kecemasan tidak dikunci dan dihalang. Ia juga hendaklah ditanda dengan arahan yang jelas dan mudah dilihat. Ruang yang selamat untuk berkumpul semasa kebakaran juga hendaklah dikenal pasti oleh pihak sekolah. Penyediaan alat pemadam api yang sesuai dan loceng kecemasan hendaklah sentiasa diselenggara. Warga sekolah juga hendaklah dilatih berkaitan fire drill supaya mengetahui langkah-langkah dan tindakan yang perlu dilakukan semasa kebakaran.

4.1

Tatacara Penggunaan Am. Sila jaga keselamatan harta benda di dalam dewan ini. Sila kendalikan peralatan dengan cermat dan berhati-hati. Sila laporkan sebarang kehilangan atau kerosakan bahan atau peralatan dewan kepada guru yang bertanggungjawab secepat mungkin untuk tindakan sewajarnya. Sila kembalikan bahan-bahan atau peralatan yang telah digunakan ke tempat asal selepas menggunakannya. Dilarang membawa keluar sebarang bahan atau peralatan milik dewan tanpa kebenaran. Sila pastikan semua suis (lampu, kipas dll) ditutup sebelum meninggalkan dewan ini. Sila pastikan semua tingkap, pintu dan grill ditutup dan dikunci selepas menggunakannya untuk tujuan keselamatan. Sila serahkan kunci dewan ke pejabat sekolah sebaik sahaja selepas menggunakannya. Guru / pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa pulang kunci dewan atau pun membuat kunci pendua (duplicate) dewan.

4.2

Tatacara Penggunaan Murid.

Murid-murid mesti diiringi dan diawasi oleh guru sepanjang masa ketika dewan itu digunakan. Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan dan memastikan dewan berada dalam keadaan yang kemas selepas digunakan.

Semua peralatan dan kelengkapan dalam dewan hendaklah berada pada kedudukan yang asal. Murid-murid dilarang makan atau minum di bilik khas dan dewan. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam dewan ini tanpa kebenaran dan pengawasan oleh guru. Dilarang membuat bising yang melampau di dalam dewan. Sila jaga kebersihan di dalam dan di luar dewan Dilarang menconteng meja, kerusi dan bahan-bahan lain di dalam dewan ini. Tidak dibenarkan makan dan minum di dalam dewan ini. Tidak dibenarkan merosak sebarang harta benda di dalam dewan ini.

4.3

Tatacara Pengurusan Guru.

Guru yang berhasrat menggunakan dewan mestilah memaklumkan dan membuat tempahan 2 (dua) hari lebih awal dengan penyelaras bilik tersebut. Guru yang menggunakan dewan mestilah mengisi buku Rekod Penggunaan Dewan setiap kali menggunakannya. Setiap guru yang menggunakan dewan ini adalah bertanggungjawab mengawal pelajar.

5.0 Tatacara Penggunaan Bilik Komputer

Dalam pengurusan makmal komputer , beberapa aspek perlu di di ambil kira supaya penubuhan makmal komputer dapat direalisasikan secara berkesan. Antara aspek yang paling ialah mengenai kemudahan fizikal dan perkakasan. Bilik mestilah selesa dan keluasannya mencukupi untuk menampung bilangan komputer, ini pula bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh Kementerian Pendidikan , Syarikat Swasta atau orang perseorangan. Bilik komputer sesuai dan boleh dihubungkan secara "Local Area Networking" menggunakan Windos Nt untuk program pembelajaran berbantukan komputer boleh dijalankan.Peralatan untuk pengajaran komputer seperti perisian, panel LCD, OHP dan skrin tayangan perlu diadakan.

Kemudahan perabut yang mencukupi termasuk meja, kerusi, almari, rak, papan tulis (white board) dan perkakasan lain seperti penyedut hampagas dan penyapu. Sistem pendawaian elektrik pula mestilah selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pendawaian Jabatan Kerja Raya atau pengesahan dari pihak swasta yang bertauliah. Alat bantuan kebakaran seharusnya disediakan sebagai langkah persediaan untuk kebakaran. Lokasi makmal komputer sebaik-baiknya hendaklah berhampiran dengan bilik guru atau pejabat sekolah. Ini kerana dari segi keselamatan ia mudah dikawal selia juga memudahkan guru dan pelajar berulang-alik. Elakkan bilik komputer yang berjauhan dan terpencil, ini akan memudahkan berlakunya pecah masuk terutamanya pada masa cuti sekolah. 5.1 Tatacara Penggunaan Am. Semua peralatan rangkaian ( switch, modem, hub, router dll) hendaklah diletakkan di tempat yang dikhaskan contohnya dalam rak atau di bilik server. Setiap sekolah bertanggungjawab menjaga bilik server dalam keadaan baik. Pastikan bilik server mempunyai penghawa dingin atau kipas di dalam suhu yang bersesuaian. Sila pastikan bahawa peralatan rangkaian tersebut bebas dari risiko atau gangguan elektrik, habuk, kilat, banjir atau kecurian. Pastikan bilik server atau komputer server hanya boleh dimasuki atau digunakan oleh Guru Akses yang dipertanggungjawabkan sahaja. Jika komputer server rosak, guru-guru dibenarkan masuk dan diawasi bersama Guru Akses di sekolahtersebut. Semua kabel rangkaian hendaklah dipasang dengan kemas seperti di bawah lantai atau melalui conduit, yang mana bersesuaian. Sebarang pemasangan point tambahan yang dibuat oleh sekolah dan hendak

disambungkan ke rangkaian yang disediakan oleh pihak Unit ICT hendaklah mendapat kebenaran / dimakluman terlebih dahulu. Rack, Switch, Router, Modem, Kabel rangkaian atau Komputer Server yang

diletakkan oleh Guru Akses tidak boleh dialihkan kedudukannya melainkan diberitahu

dahulu kepada pihak sekolah dan mestilah mendapatkan pengesahan untuk mengubah kedudukan berhubung perkara tersebut. Penggunaan aktiviti internet seperti melayar laman web (surfing) atau membuat kerjakerja pejabat di komputer Server adalah dilarang sama sekali ini. Aktiviti internet seperti melayari laman web lucah, perjudian, dan laman-laman web yang negatif juga adalah dilarang sama sekali di setiap komputer jabatan. Semua aktiviti penggunaan internet direkodkan dari masa ke semasa. Aktiviti memuat turun (download) file Aplikasi (.EXE) juga adalah dilarang . Ini adalah kerana majoriti Aplikasi berbahaya seperti virus, worms, spyware berada di dalam setiap komputer yang memuat turun (download) free screen saver, wall paper dan sebagainya. 5.2 Tatacara Penggunaan Murid.

Murid-murid tidak dibenarkan berebut-rebut masuk ke bilik komputer. Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk membawa makanan dan minuman ke dalam Makmal Komputer. Tanggalkan kasut sebelum masuk ke bilik computer dan susun dengan teratur di bahagian luar makmal komputer sekolah. Murid-murid tidak dibenarkan memasuki makmal komputer tanpa kehadiran guru mereka. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan bilik komputer dengan sesuka hati. Murid-murid tidak dibenarkan membuka dan menutup komputer sendiri tanpa kebenaran Guru Komputer. Murid-murid dilarang mencalar komputer. Murid-murid dilarang membuat bising dalam bilik komputer. Murid-murid dikehendaki menjaga kebersihan bilik komputer sepanjang masa. Sekiranya komputer anda berlaku gangguan, laporkan kepada Guru Komputer dengan segera. Tidak dibenar menggunakan kemudahan internet tanpa pengetahuan guru. Kebenaran daripada guru mestilah diperolehi sebelum melaksanakan urusan cetakan.

Murid-murid dilarang sama sekali memasuki Bilik Pelayan (server). Murid-murid adalah dilarang berada di dalam makmal tanpa kebenaran, pengetahuan dan pengawasan daripada guru. Murid-murid hendaklah mencatatkan nama di dalam Buku Kehadiran / Buku Log Penggunaan Komputer. Murid-murid hendaklah berpakaian sesuai, kemas, sopan dan tidak mencolok mata ketika berada di dalam makmal. Murid-murid hanya dibenarkan menggunakan terminal stesen kerja yang telah ditetapkan oleh guru. Murid-murid tidak dibenarkan membuat bising dan mengganggu ketenteraman pelajar lain ketika berada di dalam makmal. Murid-murid tidak digalakkan membawa disket atau thumb drive yang tidak ada kenamengena dengan proses pembelajaran di dalam makmal untuk mengelakkan serangan virus.

Murid-murid adalah dilarang sama sekali untuk install perisian @ aplikasi lain ke dalam komputer di dalam Makmal Komputer. Murid-murid juga tidak dibenarkan membuat sambungan perkakasan tambahan kepada komputer tanpa mendapat kebenaran / pengesahan guru. Murid-murid hendaklah melaporkan kepada guru dengan segera sekiranya berlaku sebarang masalah dengan sistem komputer.

5.3

Tatacara Pengurusan Guru. Semua pengguna makmal mestilah menerima taklimat keselamatan makmal daripada penyelaras makmal komputer sekolah sebelum menggunakan makmal. Mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan peraturan-peraturan serta arahan yang diberikan dari semasa ke semasa. Mendapatkan kebenaran penyelaras makmal komputer sebelum menggunakan

kemudahan makmal. Membuat tempahan awal/kebenaran bertulis/mengisi jadual penggunaan kemudahan makmal komputer.

10

Menggunakan kemudahan dalam makmal mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Mematuhi panduan yang betul semasa menghidup dan mematikan semua peralatan komputer. Mencatatkan maklumat penggunaan makmal pada buku log penggunaan makmal (guru bertugas) dan buku log penggunaan komputer (pelajar). Melaporkan sebarang kerosakan dan kehilangan terhadap semua peralatan, perkakasan dan perisian dalam makmal komputer kepada penyelaras makmal atau wakilnya dengan SEGERA.

6.0

Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam makmal komputer tanpa kebenaran daripada guru penyelaras. Menggunakan pelan laluan kebakaran sekiranya berlaku kebakaran. Rumusan Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia bagi membendung

masalah disiplin para pelajar. Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang keselamatan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Pendedahan bagi menangani konflik secara berkesan dapat dilaksanakan melalui kursus dan latihan. Ia boleh disampaikan kepada ibu bapa, pelajar dan warga sekolah. Antara kandungannya meliputi kemahiran cara berkomunikasi, penyelesaian masalah, Kemahiran membuat keputusan, empati, mengenalpasti kewujudan gangter, kemahiran perundangan dan lain-lain. Aktiviti berbentuk arahan bermula daripada informal kepada formal dan dari perancangan dan pelaksanaan. Kawalan Keselamatan adalah bermaksud persekitaran yang menunjukkan wujudnya kesedaran dan kawalan terhadap keselamatan serta mewujudkan rasa bebas dari ancaman keselamatan. Iklim yang selamat dan selesa menggambarkan wujudnya perancangan

11

keselamatan sekolah melalui kawalan, sistem komunikasi, pengawasan, lencana pengenalan diri, kad kebenaran, tanda nama pelawat dan kawalan dari pengawal keselamatan. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Tugas utama jawatankuasa ini ialah memantau keperluan keselamatan di sekolah yang bertujuan untuk mengenalpasti masalah, mencadang program/polisi sekolah selamat dan membantu dalam mengurusan sebelum dan selepas krisis berlaku. Jawatankuasa ini juga boleh bertindak sebagai jawatankuasa pemandu untuk penilaian kendiri dan perancangan. Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara bersepadu perlu dilaksanakan bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG, pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah kita.

12

RUJUKAN Akhbar Utusan (Edisi Online). 16 November 2004. Perkenalkan Dasar Keselamatan, Kesihatan Di Sekolah. http://www.utusan online .com.my. Dicapai pada 28 Februari 2012 Akhbar Utusan (Edisi On-Line). 13 Julai 2005. Lebih 100 Pelajar disyaki Keracunan Makanan. http://www.utusan online .com.my Akhbar Berita Harian. 25 September.2003. Pengetua, Pelajar Mesti Kerap Berbincang. Dicapai pada 28 Februari Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999. Halaman 4. Beyer, D. (1997). School Safety and The Legal Rights of Students.No.121. Comer, J.P. (1998). Model of The School Development Program Success. New Haven, CT: Comer School Development Programme, Yale Child Study Center. Hussein Mahmood (1993).Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pendidikan di Malaysia. Memartabat Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000. Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di Sekolah Menengah. Mohd.Ismail Othman (2004).Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besa. Pahang: PTS Publications & Distributions Sdn.Bhd. Mohd Noorazam Abdul Razak, Che Ishak Ismail, dan Albeny Joslyn Pantin (2011). HBHE 3203 Kebersihan dan Keselamatan persekitaran. Selangor. Meteor Doc.Sdn.Bhd. Salleh Buang (1996). Sejarah Undang-Undang Malaysia: Kes dan Material. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

13

You might also like