You are on page 1of 4

ANAK CEMERLANG 2013 Sayalah permata Anak kesayangan Kebanggaan ayah dan ib !

Saya dibesarkan "engan kasih sayang #anya yang terbaik $nt kk ! Men%adi harapan "i masa hadapan Sayalah anak yang &emerlang
PENGENALAN Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
1

belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Tujuan Program :

1. 2.

Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk dating kese kolah tanpa banyak masalah.

3.

Objektif : 1. 2. 3. 4. 5. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan persekitaran pembelajaran yang formal. diri kepada

Memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1. Men capai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Menyesuaikan diri di kelas Tahun 1. Bermotivasi dan bersemangat untuk belajar

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA Minda Cerdas Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan

mengaplikasikan kemahiran berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal lagi menunjukkan minda cerdas. Dalam masa yang sama, murid-murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di samping dapat memantapkan pemupukan nilainilai murni yang ada atau yang dibawa dari prasekolah. Mata Bercahaya Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama-sama dengan kawankawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat
3

dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.