You are on page 1of 12

Disediakan Oleh : Mohamad Sofian bin Haji Husin

Pengenalan
Tujuan
Menetapkan jenis pakaian yang sesuai dan kemas dipakai semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi bagi pegawai awam

Pakaian-pakaian yang ditetapkan pada masa bekerja


Pakaian lelaki Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B, "lounge suite atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau, pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang; pakaian baju Melayu dengan kain sarong tidak dibenarkan.

Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari, pegawai-pegawai awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang dipakai Itu adalah buatan Malaysia. Jeans" atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja. Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping. Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

Pakaian Wanita
Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. "Jeans", "slacks", seluar pendek dan apaapa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja. Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja

Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)


Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya

Pakaian Batik (lelaki dan Wanita)


Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negeri atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam adalah juga digaIakkan memakai batik buatan Malaysia Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara,perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)


Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)


Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata

Pakaian Pakaian Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi


Pakaian Rasmi/Formal Untuk Lelaki Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas, hendaklah memakai uniform tersebut Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki) Ketika menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan daripada luar negeri, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa (international), maka pakaian "lounge suit" hendaklah dipakai

Fesyen Pakaian Alternatif Pegawai Lelaki


1. Baju kemeja berlengan panjang:(a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga, (b) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima, (c) berkolar Nehru berbutang terselindung, (d) berkolar Mandarin berbutang tiga

Fesyen Pakaian Batik Malaysia Alternatif Pegawai Lelaki


Pakaian batik Malaysia hendaklah dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja pada 1 hb. dan 15 hb. setiap bulan atau semasa menghadiri upacara rasmi yang mensyaratkan pemakaiannya. Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang:(a) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga, (b) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima, (c) berkolar Nehru butang terselindung, (d) berkolar Mandarin berbutang tiga.

Pakaian Wanita
Pegawai wanita boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaianpakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sekarang. Pengecualian
Pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam dan dibekalkan dengan pakaian berkenaan hendaklah sentiasa memakainya semasa bekerja seperti yang ditetapkan dalam peraturan sekarang.

Gambar Pakaian Alternatif Lelaki dan Wanita

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2008


PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM PADA HARI KHAMIS
1. Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia
a. Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis b. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternative pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006

2. Pengecualian
1. Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi