You are on page 1of 3

REFLEKSI

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat
saya menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya. Begitu juga dengan
keberkatan sebagai umat baginda nabi Muhammad SAW dapat saya melaksanakan
kerja kursus ini dengan bantuan daripada hadis-hadis yang disampaikan oleh
baginda melalui para sahabat seterusnya hinggalah kepada kita. Tidak lupa juga
kepada Ustazah Saadiah yang banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar serta
bimbingan yang baik sehingga dapat menyelesaikan kerka kursus ini dengan
jayanya. Tambahan lagi sahabat-sahabat yang banyak membantu dan memberi
kerjasama serta pertolongan idea dan tenaga bagi mengemaskinikan lagi apa yang
diminta daripada kerja kursus ini.

Banyak sekali kebaikan yang diperoleh daripada kerja kursus ini.Pertamanya,
Tarannum Al-Quran merupakan satu disiplin ilmu yang menentukan kaedah bagi
menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan dalam mengalunkan ayat-ayat
suci Al-Quran. Sekiranya disiplin ini dapat dikuasai dengan baik, ia mampu
mempesonakan para pendengar terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Menguasai
disiplin ilmu ini bagi dipraktikkan dalam membaca ayat-ayat suci Al-Quran
merupakan satu tuntutan di dalam Islam. Menurut Islam membaca ayat-ayat suci Al-
Quran dengan tarannum yang betul merupakan satu sunnah. Mereka akan diberi
ganjaran besar di sisi Allah Taala.
Ini selaras dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seseorang yang mahir membaca Al-Quran akan ditempatkan di syurga bersama
para malaikat. Oleh itu hiasilah Al-Quran dengan suaramu.

Rasulullah SAW amat mementingkan agar ayat-ayat suci Al-Quran dibaca dengan
bertarannum.. Ia amat jelas melalui sabda baginda yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari di dalam Sahihnya, Rasullullah SAW telah bersabda:
Bukanlah umat kami mereka yang tidak bertaranum dengan Al-Quran.
Rasulullah SAW turut mengatakan bahawa membaca Al-Quran dengan suara
yang baik boleh menghiasi lagi keindahan Al-Quran. Ini sebagaimana sabda baginda
yang diriwayatkan oleh Hakim, Rasulullah SAW bersabda:

Hiasilah Al-Quran dengan suaramu, kerana suara yang baik akan menambah
keelokan Al-Quran.

Baginda sendiri mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang
amat sedap didengar. Dalam sebuah hadith Rasullah SAW yang diriwayatkan oleh
Imam Bukhari dan Imam Muslim, daripada Al-Bara Ibn Azib r.a, beliau menyatakan:
Aku mendengar Nabi SAW membaca Surah At-Tin ketika solat Isya dan aku tidak
pernah mendengar suara semerdu suaranya. Selain daripada itu Rasulullah SAW
turut memuji para sahabat yang mengalunkan bacaan Al-Quran dengan suara yang
merdu. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam
Muslim menceritakan pernah satu ketika baginda mendengar Abu Musa Al-Asyari
membaca Al-Quran dengan suara yang merdu lalu baginda bersabda:
Sesungguhnya kamu dianugerahkan seruling dari seruling keluarga Daud a.s.
Menurut Imam Ibn Battal di dalam Kitab Syarah Al-Bukhari, beliau menyatakan
bahawa Saidina Umar r.a pernah meminta kepada Abu Musa Al-Asyari r.a
membaca Al-Quran di hadapannya. Abu Musa r.a membaca sambil bertarannum.
Kemudia Umar r.a berkata: Sesiapa yang mampu bertaranum seperti Abu Musa,
silalah!. Riwayat ini menggambarkan betawa sahabat rasullullah SAW yang
bernama Umar Al-Khattab ini amat memuliakan mereka yang mampu membaca Al-
Quran dengan baik dan bertarannum.

Selain itu, banyak lagi yang saya dapat manfaat daripada kerja kursus ini
iaitu juga berkaitan dengan kelebihan membaca Al-quran. Antara kelebihan
membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan bacaan yang betul dan merdu mampu
menarik perhatian manusia kepadanya. Sebagai contoh, Umar Al-Khattab r.a telah
memeluk Islam dengan sebab tertarik dan terpesona mendengar bacaan ayat-ayat
Al-Quran yang dibacakan oleh adiknya.
Walaupun pada ketika itu, beliau amat benci dengan Islam, akan tetapi keindahan
ayat-ayat Al-Quran yang dibaca dengan merdu telah menyejukkan hatinya dan
memberikan kepadanya hidayah Allah SWT. Maka sebagai umat Islam kita perlulah
berusaha untuk memperbaiki bacaan Al-Quran dan sedaya upaya menguasai
disiplin ilmu tarannumnya. Selagi masih ada umur dan asa, usaha untuk
meningkatkan kemahiran itu perlulah dilakukan. Serlahkanlah keindahan ayat-ayat
suci Al-Quran yang merupakan mukjizat agung Rasulullah SAW. Buktikanlah
keindahan ayat-ayat suci Al-Quran yang tiada tandingan dan sudah terbukti di
seantero dunia.
Ketiganya, renung kembalilah cabaran yang pernah Allah Taala berikan
kepada golongan yang ingkar bagi mendatangkan satu surah yang mampu
menandingi ayat-ayat suci Al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Ia masih lagi tidak
ada yang mampu menyahut. Mereka yang ingkar terus bungkam dan membisu
kerana tidak mampu mencari kecacatan daripada keindahan ayat-ayat suci Al-
Quran. Hanya fitnah dan tohmahan yang mampu diberikan
tanpa berjayamendatangkan bukti dan fakta benar. Keindahan ayat-ayat suci Al-
Quran tetap tidak mampu dipertikaikan. Tetapi apa yang amat mendukacitakan pada
hari ini, kebanyakan umat Islam sudah tidak merasa keindahan ayat-ayat suci Al-
Quran. Tidak juga menjadi satu kehairanan, ramai golongan yang tidak celik Al-
Quran. Kekurangan ini sebenarnya merupakan satu malapetaka yang amat besar.
Akhir kalam, sepanjang melaksanakan program ini, banyaklah yang telah
saya dapati tentang kepentingan ilmu tarannum bagi mengekalkan kelangsungan
dan keindahan Al-Quran. Sebagai golongan yang mendambakan syafaat Rasulullah
SAW di hari pembalasan nanti, perlulah kita berusaha untuk menjadi umat yang
terbaik dengan melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan
RasulNya. Oleh itu, marilah kita berusaha dan terus berusaha agar kita mampu
membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik dan dapat berinteraksi serta
memahaminya dengan amat cemerlang.

You might also like