Langkah-langkah keselamatan prasekolah

1. Susunatur ruang pembelajaran dalam bilik darjah.
• Pembahagian ruang mestilah seimbang. Susun atur perabut hendaklah memudahkan pergerakan
murid supaya ‘traffic flow’ dalam kelas berjalan lancar.
• Susun atur perabut tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid.
• Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat.
• Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan.
• Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.
• Pastikan lantai sentiasa kering.
• Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap.
• Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaan baik.
• Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan
• Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat.
• Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat.
• Lantai dapur sentiasa kering.
• Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik.

3. Kawasan bilik air
• Lantai bilik air dalam keadaan selamat untuk digunakan.
• Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat.
• Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah
• Ruang di luar prasekolah harus dipagar.
• Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka mesti ditutup.
• Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan ’rubber tiles’ untuk keselamatan murid jika
terjatuh semasa bermain.
• Rumput mestilah dipotong pendek.
• Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekokah.
• Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat.
• Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cecair atau serbuk pecah misalnya termos,
lampu Kalimantan, bersihkan sebersih-bersihnya
• Bahan-bahan sisa logam, paku atau kaca hendaklah dibuang jauh dari kawasan interaksi kanak-
kanak prasekolah.
• Kanak-kanak hendaklah memakai pakaian yang sesuai ketika beraktiviti di padang, di bilik air dan
sebagainya.
• Semasa aktiviti di padang, pastikan alat-alat sukan disusun dengan keadaan tidak merbahaya.
• Pastikan kanak-kanak tidak bermain di bawah talian elektrik atau berhampiran suis elektrik,
terutama ketika hujan. Petir mudah menyambar kawasan tersebut.
• Sekiranya berlaku kebakaran, pastikan kanak-kanak dikeluarkan dari kawasan kebakaran dengan
segera.
• Bunyikan loceng kecemasan sekiranya api marak dengan cepat. Hubungi bomba dan polis jika ada
yang terperangkap.
• Keselamatan kanak-kanak juga dapat dipelihara daripada orang-orang yang tidak dikenali.
Hubungi pihak yang lebih berkuasa di sekolah terlebih dahulu apabila ada tetamu yang tidak
dikenali.