You are on page 1of 14

ANALISIS TEKS

ANALISIS DARI ASPEK JENIS AYAT &


AYAT MAJMUK
















Menurut Raminah dan Rahim (1984: 182) sintaksis ialah mengkaji hubungan antara
perkataan dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat
iaitu unit-unit yang membentuk ayat.

ANALISIS TEKS MENTERJEMAHKAN TRANSFORMASI DEMI WARGA PERTIWI
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
ANALISIS DARI ASPEK JENIS AYAT
JENIS
AYAT
Ayat dalam Teks CATATAN
Ayat
Penyata
i. Kita telah melalui tempoh pelaksanaan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2035 yang penuh warna dan cabaran.
Perenggan 1
Baris 1
ii. Penggabungan semula dua kementerian terbesar
dalam perkhidmatan awam- Kementerian Pelajaran
dan Kementerian Pengajian Tinggi merupakan satu
langkah berani kerajaan untuk menyelaraskan usaha
memartabatkan sistem pendidikan negara ke peringkat
yang lebih tinggi.
Perenggan 1
Baris 6
iii. Dalam mentransformasikan pengajian tinggi untuk
kelestarian hari esok, pelibatan ahli akademik, pihak
industri, komuniti serta masyarakat secara amnya
haruslah berjalan seiring.
Perenggan 3
Baris 45

Kesalahan ejaan
pelibatan =
penglibatan
iv. Tahun pertama Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia merupakan tahun yang cukup mencabar.
Perenggan 5
v. Namun begitu, satu lagi usaha yang patut kita fikir-
fikirkan bersama-sama kalau kita benar-benar ingin
menjadikan bahasa kita sebagai bahasa ilmu yang
tinggi seperti negara Jepun, Korea, China malahan
Indonesia ialah usaha penterjemahan.
Perenggan 7
vi. Saya melihat kita masih jauh ketinggalan dalam usaha
menterjemah karya bermutu dari luar ke bahasa kita,
bahasa Melayu.
Perenggan 7
vii. Kita sedar bahawa betapa pentingnya peranan
Kementerian bagi menentukan hala tuju modal insan
negara pada masa depan.
Perenggan 8
viii. Warga pendidik perlu sedar bahawa kerjaya yang akan
dihadapi oleh mereka belum lagi wujud pada masa ini.
Perenggan 8
ix. Teknologi yang akan ditempuhi oleh mereka tidak
dapat dibayangkan pada waktu ini.
Perenggan 8
x. Saya amat sedar, pelbagai kritikan telah dilontarkan
kepada Kementerian tentang prestasi pendidikan di
negra ini.
Perenggan 11
Ayat Tanya
i. Apakah pengetahuan yang dan kemahiran yang perlu
kita sediakan untuk mereka pada 2025 nanti?

Ayat tanya tanpa kata
tanya
Perenggan 8
Ayat
Perintah
i. Oleh hal yang demikian, saya ingin melihat agar usaha
penterjemahan penerbitan dan karya dari bahasa
asing, khususnya bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia
dapat dilipatgandakan.
Ayat Permintaan
Perenggan 7
ii. Selain itu, saya juga menggesa pensyarah dan
penyelidik di universiti menerbitkan hasil kajian dan
menyampaikan kuliah dalam bahasa Malaysia sebagai
usaha memperkasakan bahasa Malaysia sebagai
bahasa ilmu.
Ayat Permintaan
Perenggan 7
Ayat
Seruan
TIADA







Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada lebih satu ayat tunggal atau dalam erti
kata lain dua ayat tunggal yang digabungkan untuk membentuk ayat majmuk. Ayat-ayat tersebut
dicantumkan mengikut peraturan-peraturan serta hukum-hukum yang telah ditetapkan sehingga
menjadikannya satu ayat baharu yang mempunyai makna yang berbeza. Ayat majmuk terbahagi
kepada tiga jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk
campuran.
Ayat majmuk gabungan mengandungi lebih daripada satu jenis ayat yang terbina
daripada gabungan ayat tunggal dengan ayat majmuk atau cantuman beberapa ayat majmuk oleh
kata hubung seperti dan, atau, sambil dan sebagainya. Ayat majmuk pancangan merupakan ayat
yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara dan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu ayat
relatif, komplemen dan ayat keterangan. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi
lebih daripada satu jenis ayat di mana ayat tersebut terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk
gabungan serta ayat majmuk pancangan.
ANALISIS DARI ASPEK AYAT MAJMUK
AYAT
MAJMUK
Ayat dalam Teks CATATAN
Ayat
Majmuk
Gabungan
i. Di bawah PPPM, Kementerian Pendidikan telah
menunjukkan iltizam dan komitmen yang tidak berbelah
bagi untuk melaksanakan insiatif yang telah ditetapkan.
(Perenggan 1, Baris 15)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
ii. Menyedari hakikat bahawa anak-anak generasi akan
datang ini ialah modal insan yang bakal menerajui
negara dan menjadi pesaing global serta penyumbang
pada peringkat dunia, oleh itu PPPM komited dalam
menyuntik pelbagai aspek kemahiran, pengetahuan,
etika serta jati diri tanpa melupakan aspek kerohanian
yang terangkum dalam enam aspirasi murid.
(Perenggan 2, Baris 21)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan, serta

iii. Saya sedar bahawa antara kita sendiri, keluarga di
Kementerian, sudah pasti terdapat perbezaan
pandangan dan pendapat dalam melaksanakan inisiatif
PPPM walaupun bergerak ke arah yang sama melalui
1Agenda KPM.
(Perenggan 5, Baris 93)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan

iv. Janganlah kita menjadikan perbezaan ini sebagai
kekangan untuk bergerak ke hadapan dan mencapai
keberhasilan yang disasarkan.
(Perenggan 5, Baris100)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
v. Agenda memartabatkan bahasa Melayu telah bermula
sejak Penyata Razak 1956 lagi dan telah berterusan
sehingga kini.
(Perenggan 6, Baris 111)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
vi. Pelbagai usaha, dasar dan program telah kita
laksanakan bagi memartabatkan bahasa Melayu.
(Perenggan 6, Baris 115)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
vii. Sepanjang tahun ini, pelaksana inisiatif PPPM telah
melalui pelbagai ranjau, onak dan duri untuk
merealisasikan aspirasi pendidikan negara.
(Perenggan 8, Baris 161)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
viii. Jawapan dan langkah pelaksanaannya sudahpun kita
sediakan dalam PPPM 2013-2025 dan Pelan Strategik
Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) 2007-2020.
(Perenggan 8, Baris 190)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
ix. Cara dan kaedah ke arah itu sudah diteliti dan sedang
dilaksanakan pada masa ini.
(Perenggan 12, Baris 270)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
x. Segala cabaran dan rintangan perlulah kita tangani
dengan bijaksana.
(Perenggan 14, Baris 299)
Penggunaan kata
hubung gabungan
dan
Ayat
Majmuk
Pancangan
i. Program Pemindahan Ilmu ataupun Knowledge Transfer
Programme menjadi sebahagian daripada proses
merealisasikan hasrat tersebut secara terus yang sekali
gus akan memberikan kesan yang besar dalam
menterjemahkan ilmu pengetahuan kepada orang ramai.
(Perenggan 3, Baris 50)
Kata Hubungan
Pancangan Relatif
yang

ii. Hari ini dalam era transformasi, pemindahan dan
perkongsian ilmu memainkan peranan yang penting
dalam mencapai hasrat pembangunan ekonomi ke arah
negara maju menjelang tahun 2020.
(Perenggan 4, Baris 66)
Kata Hubungan
Pancangan Relatif
yang

iii. Kita telah ada dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi
memastikan usaha memartabatkan bahasa Malaysia
pada tempat yang sepatutnya tanpa kita mengabaikan
bahasa Inggeris sebagai bahasa yang tidak kurang
pentingnya.
(Perenggan 6, Baris 118)
Kata Hubungan
Pancangan Relatif
yang

iv. Sejak Majlis Dialog Nasional Pendidikan Negara
diadakan, masyarakat telah menunjukkan keprihatinan
yang tinggi terhadap segala usaha yang dilakukan oleh
Kementerian.
(Perenggan 10, Baris 256)
Kata Hubungan
Pancangan Relatif
yang

v. Marilah kita berikrar, walau apapun rintangan yang
bakal ditempuhi, kita perlu memastikan bahawa segala
perancanaan ini tidak akan gagal di pertengahan jalan.
(Perenggan 14, Baris 294)
Kata Hubungan
Pancangan Relatif
yang
vi. Kita semua mengakui hakikat, sesungguhnya untuk
memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang
tinggi kerana kita perlu berubah daripada amalan yang
biasa kepada amalan yang luar biasa.
(Perenggan 5, Baris 81)
Kata Hubung
Pancangan Keterangan
kerana
vii. Saya amat bersyukur kerana Kementerian tidak
bersendirian dalam usaha merealisasikan aspirasi
PPPM ini.
(Perenggan 11, Baris 238)
Kata Hubung
Pancangan Keterangan
kerana
viii. Tidak ada perkara yang mustahil untuk menjayakan
inisiatif ini sekiranya kita bersatu padu untuk
menjayakannya.
(Perenggan 8, Baris 170)
Kata Hubung
Pancangan Keterangan
sekiranya

Ayat
Majmuk
Campuran
i. Universiti yang hebat pula bukan lagi diukur dengan
hasil sumbangan penemuan bahru penyelidikan yang
hanya diwar-warkan kepada negara dan dunia
sebaliknya mampu dikongsi bersama-sama dengan
pihak industri dan juga sasaran komuniti dalam
memperkukuh ilmu masyarakat umum untuk
dimanfaatkan sepenuhnya secara berterusan.
(Perenggan 3, Baris 33)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk

ii. Setahun ini sepatutunya sudah mengajar kita untuk
lebih bersedia menghadapi cabaran yang mendatang
dan terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan
demi masa depan anak bangsa kita.
(Perenggan 5, 104)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk, yang

iii. Kita ada Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah berjaya
melaksanakan program pengauditan bahasa selain
melonjakkan penerbitan buku ilmiah melalui Program
Berpakej dalam ratusan bidang ilmu untuk manfaat
pelbagai golongan rakyat.
(Perenggan 6, Baris 126)
Ayat Majmuk
Campuran
untuk, yang

iv. PPPM sudahpun mendapat pengiktirafan antarabangsa
dan negara diberi penghormatan oleh pihak UNESCO
untuk mengadakan pameran pada bulan November
2013.
(Perenggan 9, Baris 197)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk
v. Negara-negara seperti Trinidad dan Tobago, Bhutan
dan beberapa negara Timur sudahpun menyatakan
hasrat untuk mencontohi usaha kita menghasilkan
Pelan Pembangunan Pendidikan.
(Perenggan 9, 202)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk
vi. Ini merupakan satu motivasi kepada kita untuk
memastikan yang kita tidak boleh gagal dalam usaha
transformasi ini.
(Perenggan 9, Baris 208)
Ayat Majmuk
Campuran
untuk, yang
vii. Kita tidak seharusnya lalai dan leka kerana perjalanan
transformasi ini masih panjang dan mencabar.
(Perenggan 10, Baris 213)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, kerana
viii. Sesunggguhnya, jangka masa setahun ini hanyalah
permulaan, namun ini merupakan permulaan yang
memberangsangkan kerana berkat kerjasama daripada
semua warga pendidik, kita diiktiraf pada peringkat
antarabangsa dan menjadi peneraju kepada Program
Transformasi Perkhidmatan Awam.
(Perenggan 10, Baris 216)
Ayat Majmuk
Campuran
yang, kerana, dan
ix. Saya yakin bahawa pengiktirafan yang serupa juga akan
dicapai selepas kita menjajarkan PPPM dengan PSPTN
yang akan memberikan gambaran yang lebih lengkap
kepada aspirasi dan matlamat sistem ekosistem negara
secara keseluruhan.
(Perenggan 10, Baris 225)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang
x. Segala teguran, perbezaan pendapat dan cadangan ini
harus kita terima dengan hati dan fikiran yang terbuka
kerana saya pasti perkara ini terbit daripada niat dan
hasrat yang ikhlas untuk meningkatkan kualiti
pendidikan negara.
(Perenggan 11, Baris 236)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk,
kerana, yang
xi. Saya percaya, setiap individu dalam negara ini mahu
akan sistem pendidikan terbaik demi menghasilkan
modal insan yang mampu menangani cabaran dan
bersaing pada peringkat global tetapi masih lagi
berpegang teguh kepada agama, nilai dan identiti
nasional.
(Perenggan 11, Baris 244)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang, tetapi
xii. PPPM ialah bukti bahawa kerajaan telah meletakkan
aspirasi yang tertinggi dan terbaik untuk anak-anak kita
tidak kira bangsa, agama dan latar belakang.
(Perenggan 12, Baris 262)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang, untuk
xiii. Anak-anak kita berhak untuk menerima pendidikan
terbaik dan ini semua kerajaan telah nyatakan dengan
jelas dalam PPPM.
(Perenggan 12, Baris 266)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, untuk
xiv. Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah wawasan
telah direncanakan, hala tuju telah diperjelaskan, tugas
dan tanggungjawab telah diagihkan dan kini inisiatif
perlu dilaksanakan.
(Perenggan 13, Baris 274)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang
xv. Iltizam dan komitmen warga pendidik telah dibuktikan
dan sasaran yang ditetapkan pada tahun pertama telah
pun dicapai.
(Perenggan 13, Baris 280)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang
xvi. Kita akan terus melaksanakan sasaran yang telah
dimeterai dalam PPPM dan PSPTN demi meningkatkan
kecemerlangan sistem pendidikan negara.
(Perenggan 13, Baris 284)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang
xvii. Transformasi pendidikan ini ialah legasi negara yang
bukan sahaja melibatkan pelajar hari ini tetapi juga
seluruh anak bangsa pada masa akan datang.
(Perenggan 14, Baris 290)
Ayat Majmuk
Campuran
yang, tetapi
xviii. Saya yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama
semua pihak serta niat yang ikhlas, insya-Allah usaha
kita akan diberkati, dan kita boleh mencapai aspirasi
kita.
(Perenggan 14, Baris 301)
Ayat Majmuk
Campuran
dan, yang











REFLEKSI
NAMA : NUR AZIZAH BINTI DIRMANTO
NO MATRIK : 201006276

Pertama sekali, saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana dengan
limpah kurnia dan rahmat-Nya, dapat saya dan rakan rakan menyiapkan tugasan Sintaksis
(BMM3110) dengan jayanya tepat pada masanya seperti yang ditetapkan oleh pensayarah. Saya
berasa amat bertuah kerana dapat berkolaborasi dengan rakan-rakan sekumpulan yang lain
kerana sepanjang proses menyiapkan tugasan ini mereka sentiasa memberikan kerjasama yang
padu. Ucapan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang membantu
sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada
Pensyarah kami, iaitu Dr. Zainal Abiddin bin Masleh, pensyarah Sintaksis (BMM3110) kerana
banyak membantu serta memberi dorongan kepada kami sepanjang kami menjalankan tugasan
ini. Beliau sentiasa memberikan input-input baru bagi penambahbaikan tugasan kami.
Jika semasa berada di sekolah dahulu, saya hanya mengetahui dan mempelajari mengenai
tatabahasa secara umum. Namun, pada semester ini saya berpeluang untuk mengetahui dengan
lebih lanjut serta mendalami ilmu yang berkaitan dengan sintaksis secara menyeluruh.
Sebenarnya, pertama kali saya menerima tajuk tugasan ini saya berasa amat gusar kerana saya
kurang memahami mengenai kehendak soalan tersebut tetapi, hasil penerangan daripada
pensyarah pembimbing saya dan rakan-rakan sekumpulan saya iaitu Mathew, Mayrone, Syaza
Izzati dan Sofianie berjaya mendapat panduan serta arah tuju untuk menghasilkan tugasan ini
bertepatan dengan kehendak soalan. Di sini, kami telah mengagihkan kepada tugas masing-
masing dan saya ditugaskan untuk membuat berkaitan dengan perbezaan binaan frasa kerja
dengan binaan frasa nama.
Kerja kursus ini memberikan cabaran kepada saya dalam menyelesaikannya kerana saya
perlu betul-betul menguasai bidang sintaksis itu untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.
Pada mulanya, agar sukar untuk saya mencari perbezaan antara binaan frasa kerja dengan
binaan frasa nama, namun saya berusaha dengan mencari maklumat serta membaca buku-buku
berkaitan seperti Sintaksis karya Abdullah Hassan serta buku Open Universiti Malaysia. Buku
Tatabahasa Dewan juga dijadikan sebagai sumber rujukan utama saya dalam menyiapkan
tugasan ini. Berkat pembacaan daripada pelbagai sumber rujukan, akhirnya saya mampu untuk
merungkaikan serta menyenaraikan perbezaan kedua-dua binaan frasa.
Kekuatan
Kekuatan yang saya perolehi sepanjang melaksanakan tugasan ini ialah, saya dapat
memperbaiki kemahiran mencari maklumat yang koheran dan kohesi dengan tugasan. Saya
belajar untuk memperolehi maklumat dengan tidak hanya merujuk kepada satu sumber semata-
mata. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan
dengan sintaksis dari sumber buku dan internet. Saya juga turut berkongsi maklumat serta
sumber-sumber rujukan dengan rakan-rakan sekelas. Perkongsian ini telah memperbaiki
kemahiran mencari maklumat saya kerana saya turut berkongsi maklumat dengan kawan untuk
mengetahui ketepatan intipati maklumat agar bertepatan dengan kehendak soalan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, salah satu kekuatan yang saya sedari sepanjang
menyiapkan kerja kursus ini ialah, rakan-rakan sekumpulan saya sentiasa memberikan kerjasama
yang jitu sepanjang proses menghasilkan tugasan ini. Pada masa yang sama, kami sentiasa
berhubung dari masa ke semasa untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan. Kami
sering berkolaborasi bersama-sama untuk menyiapkan tugasan ini, dan sering bertanya sesama
kami dan raka-rakan sekelas berkaitan dengan tugasan sekiranya terdapat beberapa perkara yang
tidak kami fahami. Daripada tugasan ini, kami mampu untuk mengeratkan lagi perhubungan
persahabatan kami yang terjalin sejak pertama kali menjejakkan kaki ke institut ini.
Antara kekuatan utama yang saya perolehi sepanjang pelaksanaan tugasan ini ialah,
sumber rujukan untuk tugasan ini mudah diperolehi. Di mana, buku-buku yang berkaitan dengan
subjek ini mudah untuk diperolehi di pusat sumber IPG. Pada masa yang sama, saya
menggunakan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga sebagai rujukan utama sepanjang proses
membuat analisis teks kerana buku tersebut memberikan maklumat yang cukup terperinci
berkaitan dengan tugasan yang ingin kami hasilkan. Pada masa yang sama, saya turut merujuk
kepada buku-buku lain dan jurnal untuk mendapatkan gambaran awal mengenai cara-cara
menganalisis teks. Rujukan sebegini memudahkan kami untuk menyiapkan tugasan mengikut
kehendak soalan.
Kelemahan
Tugasan ini sememangnya amat mencabar dan sukar untuk saya menyelesaikannya, hal
ini kerana terdapat banyak kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Kekangan utama yang
saya hadapi ialah kekangan masa. Hal ini kerana, terdpapat banyak tugasan lain yang perlu
dihantar pada masa yang sama. Di sini, saya sebagai seorang guru pelatih hendaklah bijak dalam
menguruskan masa agar tugasan dapat disiapkan pada tempoh masa yang ditetapkan dan tidak
menangguhkan kerja. Oleh yang demikian, semua guru pelatih hendaklah belajar pengurusan
masa yang bijak agar segala tugasan dapat disempurnakan dengan jayanya dan tugasan yang
dilaksanakan tersebut adalah berkualiti.

Peluang
Tugasan ini membantu saya untuk memahami konsep sintaksis dalam bahasa Melayu.
Jika sebelum ini saya hanya mengenali apa itu sintaksis namun kini setelah memperolehi input
baru berkaitan bidang ilmu sintaksis, saya memahami bidang sintaksis tersebut dan mampu
mendalaminya terutama dalam bidang yang berkaitan dengan analisis teks-teks bahasa Melayu.
Hal ini kerana, pengetahuan mengenai sintaksis amatlah perlu bagi seorang guru bahasa Melayu
dan pengetahuan yang ada bolah digunakan untuk menyiapkan tugasan ini.
Intipati tugasan bahagian kumpulan mengkehendaki saya mengkaji saya perbezaan
binaan frasa kerja dengan binaan frasa nama telah membolehkan saya untuk meneroka
bidang-bidang berkaitan ilmu berkenaan. Walaupun sukar bagi saya untuk memperolehi
perbezaan yang ketara antara kedua-dua frasa tersebut, namun saya berusaha untuk
merungkaikan perbezaannya. Ini secara tidak langung menambahkan ilmu pengetahuan saya
mengenai binaan frasa bahasa Melayu. Pada masa yang sama, tugasan menganalisis teks turut
menambahkan ilmu saya terutamanya berkaitan dengan ayat majmuk kerana skop-skop dalama
ayat majmuk amatlah luas. Tugasan ini secara tidak langsung membolehkan saya untuk membuat
penerokaan terhadap bidang sintaksis dengan lebih meluas.
Tuntasnya, menerusi tugasan ini banyak perkara baharu yang saya pelajari khususnya
mengenai dengan lebih mendalam mengenai ayat-ayat yang terdapat dalam bidang sintaksis serta
sesebuah petikan bahasa Melayu setelah saya menjalankan tugasan yang berkaitan dengan
pencarian maklumat dan analisis teks ini. Tugasan ini secara tidak langsung mendedahkan kami
untuk lebih mendalami bidang sintaksis kerana sebagai seorang guru bahasa Melayu adalah
penting untuk menguasai bidang ini. Ilmu yang diperolehi sepanjang pengajian boleh dipraktikkan
sewaktu mengajar di sekolah kelak. Tambahan pula, aspek tatabahasa merupakan aspek yang
terselit dalam standard pembelajaran bagi KSSR yang perlu diajar pada setiap minggu. Maka,
tugasan ini sememangnya memberikan pengetahuan berguna terutama dalam perkara yang
melibatkan bidang sintaksis.















RUJUKAN
Nik Safiah Karim, F.M etc al. (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan, Z.O etc al. (2006). Sintaksis Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn.Bhd.

Alif Mahmood, M.B etc al. (2012).HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor :
Open University Malaysia.

Dewan Bahasa Memperkaya Wawasan Pembaca.(2014). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.








































LAMPIRAN TEKS

You might also like