Pernyataan Profesional

Apa Yang Diharapkan Melalui Praktikum Ini


APA YANG DIHARAPKAN MELALUI PRAKTIKUM INI.
Gementar, risau, takut, teruja semuanya ada untuk menceritakan tentang
praktikum ini. Ini adalah tahap yang paling sukar dan paling mencabar dalam karier
untuk menjadi seorang guru. Pada masa yang sama tidak dinafikan yang saat ini
juga ditunggu-tunggu oleh semua pelajar guru. Di sinilah diari perjalanan seorang
guru bermula kerana segala pengalaman yang bakal ditimba sewaktu menjalani
praktikum akan digunakan apabila bergelar seorang guru yang bertauliah kelak.
Berdebar juga saya membayangkan kerenah-kerenah yang bakal saya hadapi
sepanjang praktikum nanti. Tambahan pula, pelbagai ragam dan isu-isu yang timbul
untuk kami pelajar guru semester 5 menjalani praktikum buat pertama kalinya.
Perkara-perkara ini membuatkan jantung saya semakin berdegup kencang.
Setelah beberapa kali senarai praktikum dirombak, saya akhirnya dijadualkan
untuk menjalani praktikum 4 minggu di Sekolah Kebangsaan Tan Sri P. Ramlee
bersama rakan-rakan yang lain, iaitu Norhidayah, Siti Fairuz, Faizzul Helmi, Hasnor
dan Arif. Setelah senarai nama praktikum dikeluarkan, saya telah mengambil
langkah-langkah awal sebelum menjalani praktikum. Saya mengetahui lokasi sekolah
tersebut hanya setelah melayari jaringan web ‘Google maps’. Saya kemudiannya
tidak berlengah lagi untuk terus ke sekolah tersebut pada hari minggu untuk
mengenal pasti jalan yang bakal dilalui ke sekolah. Selain itu, saya dan rakan
sepraktikum saya, iaitu Hidayah juga turut berjumpa dengan pensyarah pembimbing
untuk mengetahui selok-belok praktikum yang bakal kami tempuhi. Antara langkah
lain juga, saya dan Hidayah turut membawa pensyarah pembimbing kami, iaitu Puan
Anis Salwa Bt Ahmed@Adnan pergi melihat keadaan sekolah.
Sepanjang 4 minggu saya bakal menjalani praktikum di sekolah nanti, saya
bakal berhadapan dengan situasi sebenar bagaimana suasana sekolah itu sendiri.
Rasa takut, gementar semuanya ada kerana inilah kali pertama saya akan ke
sekolah dan sebagai seorang guru pemulihan. Saya akan berhadapan dengan
pelbagai kerenah dan ragam murid-murid di dalam kelas pemulihan ini. Di samping
itu, saya bakal berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan baru saya yang
Pernyataan Profesional
Apa Yang Diharapkan Melalui Praktikum Ini

sedang mendidik anak-anak bangsa, iaitu guru-guru di Sekolah Kebangsaan Tan Sri
P.Ramlee.
Sepanjang bakal menjalani praktikum ini, apa yang saya harapkan agar saya
dapat menimba pengalaman dan ilmu pendidikan sebanyak yang mungkin serta
tunjuk ajar dan bimbingan yang baik daripada pensyarah pembimbing dan guru
pembimbing bagi memantapkan serta melengkapkan keperluan saya sebagai
seorang guru yang berwibawa kelak. Di samping itu, harapan saya kepada anak-
anak murid saya agar mereka berjaya dipulihkan oleh saya dengan hasil titik peluh
saya sepanjang sebulan dan menjadi insan yang berguna apabila dewasa kelak.
Bagi pihak sekolah, saya berharap agar mereka memberi kerjasama yang baik dan
saya akan berusaha memberi khidmat bantu yang terbaik kepada pihak sekolah.
Saya berharap harapan saya ini akan tercapai setelah selesai praktikum nanti.