CARA PENGUMPULAN DATA

Prosedur Tindakan
Bagi mengumpul segala maklumat dan data yang diperlukan, pengkaji menggunakan pelbagai
cara antaranya ialah :
i. Membuat pemerhatian mengenai keterampilan murid dalam kemahiran menjahit
selepas didemonstrasi oleh guru.
ii. Merekod markah untuk setiap langkah amali murid dan hasil kerja murid yang akhir.
iii. Mengadakan temubual mengenai keupayaan dan minat murid dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup.
iv. Mengedarkan borang soal selidik untuk kenal pasti kemahiran menjahit murid dan
minat murid terhadap amali yang dijalankan
Proses Pengumpulan Data
Pemerhatian
Pemerhatian merupakan proses meneliti situasi atau kejadian secara kritikal. Pemerhatian
sesuai digunakan bagi mengamati tingkah laku responden berdasarkan pemboleh ubah atau
aspek yang ingin dikenal pasti.
Bagi kajian yang dijalankan ini, dengan menggunakan kaedah pemerhatian pengkaji telah
menggunakan dua instrumen bagi mengumpul data-data yang dikehendaki. Dua instrumen
tersebut ialah :
1. Senarai semak
Senarai semak pemerhatian merupakan borang pemerhatian atau satu dokumen yang
digunakan pengkaji bagi merekodkan apa yang diperhatikan secara sistematik dan
teratur. Pengkaji telah menggunakan senarai semak ini untuk merekodkan aspek-aspek
yang ingin diperhatikan sepanjang kajian ini dijalankan.

Pengkaji menggunakan senarai semak ini bagi mengukur tingkah laku, kebolehan
kefahaman, pencapaian minat dan keterampilan pelajar semasa amali penghasilan
artikel uncang ini dijalankan. Senarai semak ini boleh dijadikan bukti dapatan oleh
pengkaji.

2. Foto
Foto sesuai dirakam sebagai bukti sesuatu pemerhatian. Menurut Stringer (2004),
fotograf adalah satu rekod yang berguna yang membolehkan penyelidik melihat
peristiwa dan keadaan situasi dengan lebih jelas.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan foto bagi meneliti kembali situasi dan
tingkah laku responden sepanjang sesi amali dijalankan. Selain itu pengkaji juga boleh
menjadikan foto ini sebagai bukti mengenai data yang telah diperolehi.
Penilaian Hasil Kerja
Hasil kerja murid adalah salah satu bukti yang penting untuk memastikan penguasaan
kemahiran murid dalam sesuatu perkara. Dalam hal ini, uncang yang telah dihasilkan oleh
murid menjadi bukti kepada keterampilan mereka dalam kemahiran menjahit. Borang penilaian
hasil kerja murid telah dibina dengan setiap perincian tertentu dalam kemahiran menjahit.

Temu bual
Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka antara
pengkaji dengan responden yang ditemu bual. Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka
dan mendapatkan maklumat daripada responden dengan cara yang lebih mendalam.
Responden perlu ditemu bual untuk mengetahui persepsi dan pendapat terhadap sejauh
manakah minat murid terhadap penghasilan uncang yang dijalankan.

Soal selidik
Soal selidik ini dibina untuk mengetahui persepsi dan pandangan murid terhadap kaedah
demonstrasi saya dan minat murid terhadap projek yang dilaksanakan. Borang ini diedarkan
sebaik sahaja kelas tamat. Pengkaji telah mengambil masa 10 minit untuk memastikan semua
pelajar menjawab soal selidik ini. Mereka dikehendaki menjawab secara individu dan tidak
boleh berbincang. Sebanyak 9 item telah dibina untuk menyemak penguasaan kemahiran murid
dalam kemahiran jahitan dan adakah penghasilan uncang ini menarik minat mereka untuk