BIL.

1/2008 CARA UNTUK MENGUSAI PRINSIP PERAKAUNAN

BIL. 2/2008

TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN
BIL. 3/2008

KAEDAH-KAEDAH BELAJAR
BIL. 4/2008

KAEDAH BELAJAR BERKESAN
BIL. 5/2008

TEKNIK-TEKNIK BELAJAR
BIL. 6/2008

TEKNIK BELAJAR BERKESAN
BIL. 7/2008

TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR
BIL. 8/2008

RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG
BIL. 9/2008

AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN
BIL. 10/2008

LANGKAH -LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN
BIL.11/2008 35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH



Disediakan Oleh :

MOHD NARZUKI BIN YAACOB
SMK DATO’ MAHMUD PADUKA RAJA 2

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 1/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


CARA UNTUK MENGUASAI PRINSIP PERAKAUNAN
Oleh : Cg Narzuki

Subjek Prinsip Perakaunan merupakan ilmu kemahiran / teknikal. Oleh itu LATIHAN
memainkan peranan yang sangat penting, semakin banyak latihan dibuat semakin
meningkatlah KEMAHIRAN kita, seterusnya KEFAHAMAN bertambah. Sekiranya
ada masalah terus BERTANYA rakan / guru. Sentiasa dapatkan BIMBINGAN
daripada guru.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi menguasi subjek ini :

1. Sebelum kelas :
- baca dahulu topik yang akan diajar oleh guru.
- bersedia untuk belajar dari sedi mental dan fizikal.
- pastikan peralatan (alat tulis, kalkulator dll) ada dan mencukupi.

2. Semasa kelas :
- berikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada apa yang diajar.
- fahami konsep2 dalam topik yang dipelajari
- kuasai kemahiran simpankira (cara-cara merekod atau menyediakannya)
- terus banyakkan bertanya rakan / guru jika tidak faham.

3. Selepas kelas :
- menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru.
- perbanyakkan latihan kendiri, jawab soalan2 format SPM sebenar.
- terus bertanya jika mengahadpi sebarang masalah.
- hantar latihan yang siap kepada guru untuk semakan.

4. Persediaan peperiksaan untuk skor A+ SPM,
- banyakkan menjawab soalan soalan tahun2 lepas dan soalan Trial dari negeri2
lain.
- hadir dalam setiap kelas/ kelas tambahan yang diadakan oleh guru.
- menyertai seminar teknik menjawab soalan.
- kuasai semua topik yang diajar, jangan sekali-kali “spot” topik2 tertentu sahaja.
- bersedia/study awal, jangan tunggu saat akhir.
- menggunakan masa lapang dengan bijak semasa di sekolah.
- hormati kawan2 dan bekerjasama dengan mereka.
- hormati guru dan wujudkan hubungan yang baik dengan mereka.
- sentiasa berhubung dengan guru untuk mendapat nasibat dan bimbingan.

Itu sahaja serba sedikit pandangan dan cadangan yang dapat cikgu berikan untuk
kali ini, semoga ianya dapat membantu.
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 2/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


TEKNIK MENCATAT NOTA BERKESAN

SEBAGAI calon peperiksaan rasmi sama ada STPM, SPM, PMR mahupun UPSR,
kamu tidak seharusnya bersikap tidak kisah terhadap pelajaran. Persediaan awal
perlu dibuat sebaik sahaja sekolah dibuka . Kamu sepatutnya sudah mula membuat
nota.

Nota ialah catatan-catatan yang kita ambil dan kita sediakan daripada pelbagai
sumber untuk tujuan ulang kaji. Sumber-sumber itu boleh diperoleh daripada buku
teks, buku rujukan, perbincangan berkumpulan, pengajaran guru ataupun ceramah.
Dari situ, kita mengambil isi-isi penting untuk diingat atau difahami.

Adakah kamu menyediakan nota sendiri sejak awal lagi ? Bagaimana bentuk nota
kamu ? Banyak sebab mengapa kita mesti mempunyai nota - yang kita tulis sendiri,
kita sediakan sendiri, kita susun sendiri, dan kitalah pengarangnya. Membuat nota
sendiri perlu dilakukan secara berterusan setiap hari, tidak semestinya menjelang
peperiksaan saja.

Cuba kamu ikut contoh Dr. Fazley, seorang penyanyi yang memperoleh 8A1 dalam
SPM. Dengan keputusan yang cemerlang itu telah melayakkannya melanjutkan
pelajaran ke Victoria University, Welllington, New Zealand dalam bidang
Perdagangan dan Pentadbiran. Tentu kamu tertanya-tanya, bagaimana dia boleh
skor A dalam setiap mata pelajaran yang telah diambilnya. Dr. Fazley mula
membuat nota kecil sejak di Tingkatan Empat lagi. Jika kamu mahu mengikuti jejak
langkahnya, ayuh ... jangan bertangguh ... mulakan dari sekarang. Mari ikut teknik
Dr. Fazley.

LANGKAH PERTAMA

Dr. Fazley menggunakan 12 batang pen berlainan warna termasuk beberapa
batang highlighter sebagai persediaan membuat nota kecil. Sebenarnya, kamu boleh
menggunakan kurang atau lebih daripada jumlah pen itu. Terpulang kepada
kemampuan dan keselesaan kamu.

LANGKAH KEDUA

Mula membaca buku teks dan buku rujukan. Sambil membaca, kata kunci atau kata
penting diwarnakan. Pada masa yang sama, fahamkan betul-betul maklumat yang
dibaca . Bacalah mengikut bab atau topik . Tidak perlu baca banyak perkara. Yang
penting kamu faham, kemudian baru buat nota .

LANGKAH KETIGA

Sehelai kertas bersaiz A4 dilipat kepada empat bahagian atau kolum.
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 2/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2
LANGKAH KEEMPAT

Mula menulis nota mengikut kolum. Setiap kolum boleh dibahagikan kepada dua
bahagian (subtopik) untuk satu bab ataupun kamu boleh jadikan keempat-empat
kolum itu untuk satu bab sahaja. Di sebelah belakang kertas itu pula satu bab yang
lain. Gunakan pen yang berlainan warna. Nota dicatat seringkas-ringkasnya agar
dapat meningkatkan tahap ingatan.

LANGKAH KELIMA

Setelah kata kunci ditulis, gunakan highlighter untuk tajuk dan perkara-perkara yang
penting . Pastikan kamu gunakan warna yang selari untuk semua nota supaya fikiran
kamu tidak keliru. Misalnya, jika warna kuning untuk isi-isi penting, maka gunakan
warna yang sama untuk subjek lain pula. Contohnya, tarikh penting - warna merah,
nama tokoh - warna biru.

LANGKAH KEENAM

Setelah nota disiap ditulis, kamu boleh menghafalnya. Jangan lupa untuk
meninggalkan sedikit ruang untuk menambah isi penting apabila guru mula
mengajar.

LANGKAH KETUJUH

Ambil sampul surat panjang. Tuliskan mata pelajaran. Kemudian, masukkan nota itu
mengikut mata pelajaran. Bawalah nota itu ke mana-mana. Jika ada masa terluang,
silalah baca.

Untuk subjek yang melibatkan pengiraan seperti Matematik, Dr. Fazley
menasihatkan pelajar agar menyediakan sebuah buku khas untuk membuat latihan
pengiraan. Latihan perlu dibuat selalu agar pelajar biasa dengan corak soalan. Dr.
Fazley berpendapat bahawa subjek Matematik memerlukan pelajar merangka jalan
penyelesaian yang betul secara sistematik. Jalan penyelesaian yang betul akan
menemukan jawapan yang tepat dan mendapat markah yang baik.

Menurut Dr. Fazley, dia akan membawa nota tersebut ke mana-mana sahaja.
Misalnya, ketika menunggu bas, dia tidak perlu membawa buku tebal , tetapi hanya
membaca nota kecil itu. Dr. Fazley turut mengingatkan para pelajar agar membawa
nota yang dibuat tanpa menunggu hari peperiksaan.

Kaedah di atas adalah berdasarkan pengalaman Dr. Fazley sendiri. Sebenarnya,
ada banyak lagi teknik belajar mengikut keselesaan kamu. Belajar awal dan
membuat nota pada peringkat awal dapat menimbulkan semangat yakin pada
kebolehan diri dan kamu akan merasakan bahawa diri kamu telah cukup bersedia
untuk menghadapi peperiksaan ketika pelajar lain baru hendak membuat
persediaan. Dengan cara ini kamu mempunyai stamina untuk mengulang kaji semua
mata pelajaran yang telah kamu buat mengikut kesesuaian kamu.
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


KAEDAH-KAEDAH BELAJAR

Jarang-jarang diketahui oleh sesetengah pelajar bagaimana kejayaan menyusuli
setiap usaha dan ketekunan mereka.

Tidak diketahui pula bagaimana harus memulakan usaha supaya apa yang
dilakukan itu akan memberi hasil yang baik dan memuaskan. Ya! setiap orang harus
memikirkan soal inI.

Walaupun cara mentelaah pelajaran yang baik tidak sama pada setiap orang dan
mengikut jenis pelajaran tetapi ada prinsip-prinsip umum yang dapat diamalkan.

Sebenarnya kejayaan di dalam pelajaran tidak sahaja bergantung kepada kebolehan
dan kekuatan berusaha. Tetapi ia juga bersandar pada cara atau teknik belajar.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah pelajar itu dapat melakukan sesuatu dengan
mudah dalam masa-masa yang tertentu dengan kebolehan dan kemampuan dirinya.
Tetapi bukanlah faktor yang utama yang menafikan faktor yang lain.

Keterangan-keterangan berikut mengandungi punca-punca yang akan membantu
kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa ............................................. 50-60 %
(b) Kesungguhan, minat dan cara-cara mentelaah yang memberi kesan ... 30-40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran ................................................................ 10-15 %

Kebolehan sebenarnya dapat menolong seseorang ke arah kejayaan itu tetapi
kebolehan sahaja tidaklah memadai. Ramai di antara pelajar yang bijak kecewa
terutama dalam subjek-subjek yang sukar seperti Matematik dan Sains. Sebab
utamanya para pelajar tidak merangkumi keseluruhan teknik yang diperlukan atau
tidak pernah memikirkan cara-cara untuk belajar dengan berkesan . Umpamanya
rancangan dengan jadual belajar.



JAWABLAH SOALAN-SOALAN BERIKUT DENGAN IKHLAS :

1. Adakah kamu mempunyai rancangan jadual melakukan sesuatu
setiap hari ? Ya / Tidak

2. Kalau benar adakah kamu mematuhinya ? Ya / Tidak

3. Adakah kamu menghadapi sebarang masalah apabila hendak
memulakan study kamu ? Ya / Tidak

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2
4. Adakah kamu memulakan pelajaran tepat pada
waktunya ? Ya / Tidak

5. Adakah kamu berasa tugas anda menarik ? Ya / Tidak

6. Adakah kamu berbincang tentang sesuatu perkara yang telah
dibaca bersama-sama orang lain ? Ya / Tidak

7. Pernahkah kamu bertanya apa yang kamu kurang faham atau tidak
mengetahuinya ? Ya / Tidak

8. Pernahkah kamu membuat kajian sepintas lalu dahulu sebelum
membaca dengan teliti ? Ya / Tidak

9. Adakah kamu tidak memberi perhatian kepada jadual dan rajah
semasa membaca ? Ya / Tidak

10. Adakah kamu menyimpan nota-nota mengenai satu pelajaran di
tempat yang sama ? Ya / Tidak

11. Adakah kamu membuat catatan,rajah,jawapan dan sebagainya
daripada apa yang dibaca dalam
perkataan sendiri ? Ya / Tidak

12. Adakah kamu bersedia untuk peperiksaan sehingga
l arut malam ? Ya / Tidak

13. Adakah kamu mendapat tidur atau kerehatan
yang cukup ? Ya / Tidak

14. Adakah kamu dapat markah yang rendah jika ujian dibuat
secara tidak disangka-sangka ? Ya / Tidak

JAWAPAN :
1. Ya 8. Ya
2. Ya 9. Tidak
3. Tidak 10. Ya
4. Ya 11. Ya
5. Ya 12. Tidak
6. Ya 13. Ya
7. Ya 14. Tidak

Kamu dapat membuat kesimpulan yang tersendiri sejauh mana kemajuan yang telah
kamu perolehi. Atau adakah pertanyaan-pertanyaan di atas itu telah terjawab dan
kamu telahpun mengamalkannya ?

Jika anda gagal dalam banyak ujian di atas maka fikirlah segera cara membaikinya .

Adakah hidup kamu benar-benar dirancang? Cuba analisis diri dengan berpandukan
jadual berikut :
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 3/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3
Kegiatan Masa Yang
Sepatutnya
Tidur 6 - 7 jam
Makan 1 jam 15 minit
Mengikuti kelas 6 jam
Belajar 4 jam
Kelab, persatuan, sukan 2 jam
Aktiviti-aktiviti sosial 1 jam
Perjalanan 1 jam
Lain-lain pekerjaan yang perlu 1 jam
Jumlah 24 jam

Masa belajar setiap hari mesti tidak kurang 4 jam. Jika tidak dapat dicapai maka
kamu mesti berfikir secara serius, kenapa ? Munginkah kerana tidur dan berbaring-
baring atas katil melebihi 8 jam ? Atau mungkin juga akiviti sosial dan lain-lain
pekerjaan yang perlu memakan masa lebih daripada 2 jam. Umpamanya berbual-
bual kosong, menonton TV atau mandi yang terlalu lama.

Ingatlah "masa itu emas". Sekiranya ia berlaku kamu tidak dapat memilikinya lagi.
Mengikut kata pujangga "Hari kelmarin sudah pun pergi, hari ini pasti ada ; hai esok
belum tentu bahagia". Jadi kita mesti gunakan masa yang pasti ada ini untuk
menyediakan hari esok yang akan tiba. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya.
Setiap kesempatan mesti digunakan untuk belajar.

Biasakan diri dengan tabiat membaca umpamanya sementara menunggu bas,
semasa di kantin, semasa membuang air besar dan lain-lain .

Pendek kata dunia kamu adalah buku dan kamu mestilah menumpukan sepenuhnya
pada pelajaran.

Kelulusan kamu sama ada peringkat cemerlang (Distinction) kepujian (credit) atau
lulus (pass) bergantung kepada pemusatan fikiran dan perhatian yang diberikan.
Kalau kamu bertekad mendapat Pangkat A1 atau A2, kamu mestilah mencurahkan
tenaga dan masa seperti orang yang mahu mendapatkan pangkat lebih daripada A1.
Dan kalau kamu ingin mendapat kepujian (katakan C6) curahkan tenaga untuk
mendapatkan A2. Ringkasnya curahkan tenaga berkali-kali ganda lebih banyak atau
tinggi daripada apa yang dicita-citakan.

Anda harus mempunyai rasa tanggungjawab dan disiplin diri. Orang yang
bertanggungjawab akan berusaha besungguh-sungguh agar lulus dengan baik. Dia
sedar akan maruahnya.

Masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar ialah godaaan (ancaman)
pengaruh luar seperti kawan, permainan, kelab, hiburan dan seumpamanya. Semua
ini akan berjaya mematahkan semangat dan memesongkan haluan kamu jika azam
kamu tidak kuat, matlamat tidak bulat dan padu .

Segala usaha dan ikhtiar kan dibalas baik jika dilakukan dengan betul dan
bersungguh-sungguh. Ucapkan nama Tuhan sebelum memulakan sesuatu.
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 4/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


KAEDAH BELAJAR BERKESAN
Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru.
Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran.
Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru.
Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan
tambahan dari buku-buku latihan.
Memahami apa yang dibaca.
Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran.
Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan
pembelajaran.
Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan.
Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran.
Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada
buku,majalah, akhbar dan internet.
Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran.
Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu.
Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea.
Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang
pelajaran dan pembelajaran.

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 5/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


TEKNIK-TEKNIK BELAJAR

Teknik-teknik belajar yang kamu mesti praktikkan ialah :

1. Keadaan tempat duduk bilik atau seumpamanya mesti sesuai. Belajar secara
duduk tegak lebih baik daripada berbaring atau bersandar.

2. Semasa membaca, pen mesti ada di tangan bagi mewujudkan suasana yang
serius. Semasa membaca kamu harus mencatat atau melukis sesuatu yang
penting.
3. Sebaik-baiknya baca semua sekali mengenai sesuatu tajuk, bukannya secara
berperingkat-peringkat. Umpamanya sajak, esei dan lain-lain.

4. Cari perkataan kunci (key word) yang terdapat dalam ayat atau perenggan yang
dibaca. Perkataan-perkataan ini harus diulangi sebutannya supaya dapat
dirasakan maknanya dan dengan itu lebih difahami dan melekat dalam ingatan.
Catatan atau nota ringkas amat penting terutama di waktu hampir peperiksaan.
Ia membolehkan ulang kaji dibuat dalam masa yang singkat tetapi meliputi
semua pelajaran yang dipelajari dalam masa 1 tahun.


Kunci kejayaaan dalam menghasilkan catatan yang baik ialah perbendaharaan kata.
Ia akan menolong kamu memahami apa yang dibaca dan menulis semula dalam
bentuk ayat yang pendek, lengkap dan bernas.

Cara-caranya ialah :

1. Gunakan perkataan sendiri bukan menyalin ayat-ayat yang dipetik daripada
karangan asal.

2. Isinya mesti disusun dengan teratur dan mengadungi perkara-perkara yang
penting sahaja.

3. Buat garisan dan tanda-tanda di bahagian yang penting bagi menarik tumpuan
apabila membaca.

4. Gunakan simbol-simbol yang kamu dapat faham.

5. Tinggalkan satu ruangan kosong di tepi sebelah kiri untuk dicatat sebarang
tambahan atau isi penting.

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 6/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


TEKNIK BELAJAR BERKESAN

TEKNIK BELAJAR 5R-STUV

1. Recopy [salin semula]
2. Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
3. Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
4. Recheck [semak semula]
5. Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

S-sumarize [ringkaskan nota penting]
T-test your self [uji diri anda]
U-use [gunakan]
V-visualize [bayangkan selalu]

TEKNIK BELAJAR SECARA PEMBAYANGAN

Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan
pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik,
matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan.

Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan,
ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.

Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan
bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk
menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan
dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-
dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran.

Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk
mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan
dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk
khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

TEKNIK BELAJAR PQ3R

Preview (tinjauan awal)
Question (soal diri)
Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
Recite & write (lafaz dan tulis nota)
Review (tinjauan akhir)
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 7/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


TEKNIK MEMBUAT JADUAL BELAJAR

JADUAL belajar amat perlu. Ia merupakan satu aspek pengurusan masa. Ia adalah
satu ikatan atau disiplin diri, untuk memanfaatkan masa yang terluang. Setelah
ditolak masa di sekolah, masa tidur, masa bersukan, masa makan, masa tuisyen
(atau kelas tambahan) dan lain-lain.

Jadual belajar juga merupakan alat pembahagian di antara semua mata pelajaran
yang perlu diberi perhatian. Pembahagian tersebut berdasarkan kepentingan mata
pelajaran dan juga kelemahan setiap calon. Jadi jumlah masa belajar untuk setiap
mata pelajaran berbeza-beza.

LANGKAH PERTAMA dalam membuat jadual belajar ialah tetapkan masa belajar.

Contohnya

Hari Jumaat - Sabtu :
9.00 pagi - 10.00 pagi
10.30 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 petang - 3.30 petang
3.30 petang - 5.00 petang
8.30 malam - 10.00 malam
10.00 malam - 11.30 malam

Hari Ahad - Khamis :
2.30 petang - 4.00 petang
4.00 petang - 5.30 petang
8.30 petang - 10.00 malam
10.00 malam - 11.30 malam

LANGKAH KEDUA, ialah mengagihkan kekerapan setiap mata pelajaran,
berdasarkan kepentingan dan kelemahan diri.

Contohnya :
Matematik - 4 kali seminggu
Bahasa Inggeris - 2 kali
Sejarah - 4 kali
dan seterusnya

----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 7/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2
LANGKAH KETIGA, ialah menyediakan jadual yang menggabungkan masa belajar
dan agihan mata pelajaran yang disebut di atas.


PERINGATAN :

1. Oleh kerana masa yang boleh digunakan untuk belajar, berbeza mengikut hari,
maka jadual belajar perlu dibuat berasingan. Iaitu setiap hari.

2. Masa untuk tidur malam yang sebaik-baiknya ialah antara 11.30 malam hingga
6.00 pagi.

3. Masa belajar 1 jam 30 minit yang diberi di atas hanya contoh sahaja. Ia boleh
dikurangkan kepada 40 minit atau 75 minit atau sebagainya.

4. Pematuhan kepada jadual, tidak semestinya 100%, kerana pelajar mungkin
terpanggil untuk sesuatu tugasan tertentu sama ada yang diperlukan oleh
sekolah atau keluarga.
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 8/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


RAHSIA PENGURUSAN MASA PELAJAR CEMERLANG

Masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis
atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari
telunjuk di atas tilam.
Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
Masa ke tandas waktu malam
Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Masa ditelipon-pendekan perbualan
Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
----------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 9/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1



AMALAN PENINGKATAN DAYA INGATAN
Faham.
Jarakkan/pecahkan masa belajar.
Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
Percaya pada diri sendiri.
Ulang berkali-kali.
Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
Bayangkan selalu.

CARA CEMERLANGKAN OTAK
Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 10/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


LANGKAH -LANGKAH BIJAK MENJELANG PEPERIKSAAN
Bertenang dan melapangkan fikiran.
Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting.
Tidur yang mencukupi..
Menjaga kesihatan diri.
Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat.
Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat .
Membuat dan membaca nota-nota ringkas.
Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang
cergas akan meransang kecerdasan otak.
Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru.
Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-
rakan.
Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan.
Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag
berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah
menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan
yang dinyatakan.

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 1


35 PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari
Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan
membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a. kita ingat 10 % apayang dibaca
b. kita ingat 20% apa yang didengar
c. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
d. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.

a. pastikan cahaya adalah terang
b. kurangkan gangguan bunyi
c. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat
belajar
d. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e. kerusi dan meja menghadap kiblat
f. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih
otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan
membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan
jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:

a. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
b. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
c. mengingat kembali (recall)
d. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain
(application)
---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 2
9. Sentiasa awal dan mendahului:

a. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi
tanggapan yang positif pada guru.
b. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan
kejayaannya.
c. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
d. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali
sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:

a. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b. memberikan tumpuan sepanuhnya
c. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,
bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum
mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your
biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk
belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan
lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum
peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.





---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 3
22. Tahu petua mengulang kaji :

a. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
c. duduk tegak dikerusi yang selesa
d. baca doa penerang hati
e. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f. fikir dan ingat kembali isi utama
g. catat/lakar
h. semak semula ketepatan maklumat
i. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j. buat rumusan
k. jawab soalan
l. tampal maklumat yang rumit di dinding
m. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca
surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:

a. jangan makan kepala ikan
b. jangan makan organ dalaman
c. jangan minum semasa makan
d. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
e. jangan melihat kemaluan
f. jangan melihat buih
g. jangan membaca nama pada batu nisan
h. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu
dan lain-lain
i. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j. banyakkan makan kekacang
k. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l. jangan makan sehingga terlalu kenyang
m. jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:

a. tampal nota-nota penting di dinding
b. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c. gunakan kaedah akronim
d. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:

a. mempunyai jadual belajar
b. patuh kepada jadual
c. buat jadual yang boleh diikuti

---------------------------------------------------------------- Kemahiran Belajar (Bil. 11/2008)
© Mohd Narzuki bin Yaacob ------------------------------------------------------ 4
27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan
sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara
yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari
dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak
faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting
dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:

a. taat kepada Allah
b. mendirikan sembahyang
c. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
d. hormati & sayangi guru
e. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai
kecemerlangan.
f. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
g. membantu rakan yang memerlukan
h. berdoa dan bersyukur kepada Allah
i. sentiasa bertawakal
j. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak
dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar
bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)