You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum, dan etnik.
Kepelbagaian kaum dan etnik inilah wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama
dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh
perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, Semenanjung Tanah Melayu didiami oleh
orang Melayu dan orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi
kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat yang pelbagai
budaya.
Budaya pula merupakan cara hidup manusia yang dibentuk supaya dapat
berinteraksi dan menyesuaikan diri dengan masyarakat dan alam sekitar. Perkataan
budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu budhi dan
daya (Shamsul Amri Baharuddin, 2007: 13). Perkataan budhi yang dipinjam
daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan daya pula
ialah perkataan Melayu Polynesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan
pengaruh (Shamsul Amri Baharuddin, 2007:13). Mengikut Kamus Dewan (2005),
menyatakan budaya membawa maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran, dan
akal budi.
Berdasarkan Kamus Dewan, perkataan Pendidikan berasal daripada kata dasar
didik yang membawa pengertian memelihara dan memberi latihan berupa ajaran
ataupun pimpinan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Pendidikan pula
bermaksud proses mengubah sikap dan tata laku seseorang dalam usaha
mematangkan individu tersebut. Maka, jelasnya pendidikan bolehlah ditakrifkan sebagai
proses penyemaian ilmu secara berterusan kepada seseorang. Pada zaman ini, masih
terdapat beberapa golongan yang tidak peka terhadap pendidikan walaupun digalakkan
secara kuat oleh kerajaan.
1.1 ORANG ASLI
Istilah Asli ertinya semulajadi (natural) atau tulen (original). Sejak zaman
penjajah, sebelum merdeka perkataan orang Asli (natural people) merupakan istilah
rasmi kerajaan pemerintah ketika itu, Bahasa Ingeris dan Bahasa Melayu, yang
membawa maksud orang asal atau original people. Menurut Carey (1976), Orang Asli
ialah Orang Asal Semenanjung Malaysia. Orang Asli di negara ini dilindungi di bawah
Perlembagaan Negara di mana sama kedudukannya dengan orang Melayu dan
peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai hak di negara ini di bawah Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan. Di bawah peruntukan ini, hak orang Asli, anak-anak dan
keturunan mereka dijamin oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pelindung mereka tanpa
menafikan hak-hak kaum lain di negara ini.
Orang Asli merujuk kepada masyarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam
atau pinggir hutan. Kadar keciciran pendidikan bagi murid-murid orang Asli adalah amat
tinggi berbanding dengan murid-murid di bandar. Masalah keciciran orang Asli
merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar
dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Mereka merupakan komuniti yang terbukti
kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula
jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan
mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang
bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati
sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002) Orang Asli
dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito, dan Melayu Asli. Dalam
semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum.
Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh
ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.
Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur
dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka. Kemudahan
seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan.
1.2 INDIGENOUS
Indigenous merujuk kepada penduduk peribumi di pendalaman Sabah dan
Sarawak. Penduduk di Sabah dan Sarawak dibezakan dari segi kawasan tempat
tinggal. ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang
terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum
terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Penan, dan Kelabit.
Masyarakat indigenous merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang
tinggal jauh di pendalaman Sabah dan Sarawak yang masih belum menerima sebarang
perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada sistem kehidupan masyarakat dan
budaya tersendiri yang telah dibina sejak zaman dahulu. Tambahan pula, ketaksamaan
dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana sistem
pendidikan sekolah yang dikembangkan di tanah air belum menyentuh Sistem Belajar
Asli (Indigenious Learning System) masyarakat tradisional.
Selain itu, masyarakat indigenous juga ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Tahap pendidikan mereka lebih kurang setaraf dengan orang Asli dan kawasan
pedalaman. Halangan-halangan yang menyebabkan mereka tidak rapat dengan
pendidikan adalah banyak, misalnya dari segi jarak antara sekolah dengan rumah,
kemudahan sekolah, kaum, jantina, taraf sosioekonomi, dan tahap keupayaan murid.
Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan
kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan
telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada
sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

1.3 KAWASAN PEDALAMAN
Pedalaman bermaksud kawasan yang jauh dimana komunikasi adalah terhad,
kemudahan asas, infrastruktur dan pengangkutan berada ditahap yang
membimbangkan. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman amat ketinggalan
dalan bidang pendidikan.
merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan
luar bandar; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya; jurang digital dan jurang
antara mereka yang bekeperluan khas; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir
dari arus pembangunan negara.

YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ( Perutusan Tahun Baru, 2006 )
Bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman, mengalami pelbagai kekurangan
daripada segi kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masalah jurang
pendidikan ini wujud disebabkan keutamaan pada usaha memastikan lebih ramai
pelajar mendapat peluang pendidikan yang disediakan. Oleh itu, kerajaan berusaha
merapatkan jurang pendidikan antara masyarakat bandar dengan luar bandar melalui
pembahagian sumber dan kemudahan dengan adil dan saksama.
Di samping itu, usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan
sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3), iaitu merapatkan jurang perbezaan dalam
peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang misikin serta antara wilayah dan
antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan
negara dengan lebih saksama. Apabila segala kesulitan ini berlaku, ia akan menjadi
halangan kepada murid untuk menuntut ilmu pengetahuan yang sepatutnya. Hal ini juga
turut mengakibatkan murid-murid kehilangan minat dan motivati untuk menghadiri ke
sekolah bagi memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Sikap ibu bapa
pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri
yang tidak berpelajaran turut memberi kesan secara tidak langsung.












3.0 Budaya Hidup Masyarakat Orang Asli, Indigenous dan Penduduk Kawasan
Pedalaman
3.1 ORANG ASLI
Masyarakat Orang Asli merupakan satu etnik masyarakat Malaysia yang
tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang.
Negeri- negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang
diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya.

Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam
dan kepercayaan animisme. Sistem
kepercayaan mereka adalah peranan dewa-
dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan
hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi
oleh keadaan fizikal alam sekeliling di
persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan
rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya
dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri
bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa
perlakuan- perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan
kepercayaan mereka.
Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan
dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang
ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin

Foto:Kepercayaan Animisme
ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga
berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan
hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh ahli- ahli. Di samping itu, komuniti
mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang
berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka.
Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan
mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada
tahun 1957. Ini kerana gerakan dakwah agama lain termasuk Islam semakin kuat ke
atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur- unsur animisme
dan proses sinkretisme dengan agama- agama lain.
Perkahwinan orang asli adalah berbeza mengikut suku kaum masing-
masing.Adat istiadat nikah kahwin berbeza
antara satu suku kaum dengan suku kaum
yang lain. Bagi suku kaum Orang Asli di
kawasan Selangor misalnya, kedua- dua
pangantin terpaksa mendengar nasihat-
nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja
yang hadir terutamanya yang diberikan
golongan tua mengenai tanggungjawab
seorang isteri atau suami. Nasihat-nasihat ini
kadangkala mangambil masa berjam- jam
lamanya.Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke
majlis- majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya

Foto:Perkahwinan Orang Asli
(adat nikah)
dari kampong- kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi.
Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis.
Bagi adat kematian orang asli ialah,biasanya apabila diketahui ada kematian di
sesebuah kampung kerja- kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah
akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang
meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa
malapetaka ataupun jatuh sakit.
Ketika ada kematian, semua kanak- kanak
dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang
telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada
dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala
hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh
si mati tidak akan mengacau kanak- kanak yang
telah memakai pengandang. Pengandang ini
penting terutamanya di waktu malam. Mayat si mati
selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk
kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan
menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap- tiap hari selama
6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah
rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur -tabur di sekeliling dinding rumah
dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah
tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih
berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu.

Foto:Adat Kematian orang asli
Sebagai penutupnya, masyarakat orang asli berbeza dengan masyarakat yang
lain dari segi budaya. Mereka harus peka terhadap pendidikan serta berkembang pada
masa akan datang.

3.2 INDIGENOUS
Masyarakat indigenous merujuk kepada golongan masyarakat dan etnik yang
tinggal di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.
Mereka masih tetap dengan corak hidup mereka yang ditinggalkan secara turun-
temurun.
Sesungguhnya, masyarakat indigenous seperti suku kaum kadazan telah
memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan
perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik
berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan
kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta
Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.Dalam
aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan
masyarakat indigenous menjelaskan tentang
kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang"
sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran
suku kaum ini ke seluruh masyarakat yang telah
banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut
tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan
corak kehidupan mereka. Dari aspek bahasa, contohnnya masyarakat suku kaum

Foto:Perayaan Pesta
Keamatan
kadazan, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik
tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan suku kaum Kadazandusun dari satu daerah
dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan
makna yang sama. Pakaian tradisi pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya
suku kaum bagi masyarakat indigenous seperti suku kaum bajau berbeza dengan suku
kaum murut walaupun mereka menetap di tempat yang sama. Dalam aspek ini,
tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam
masyarakat indigenous mempunyai pakaian tradisinya sendiri.

Disebabkan masyarakat indigenous ini memiliki pelbagai budaya yang unik
mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat
tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini
dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Adat
resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan
masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan.Dalam
setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian
tradisional suku kaum seperti suluk,murut sering
menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut.
Setiap etnik dalam kawasan tersebut mempunyai
tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini
dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu.
Masyarakat indigenous masih ketinggalan dalam
pendidikan disebabkan mereka tidak perka terhad

Foto:Pakaian
Tradisional Masyarakat
Kadazandusun
pendidikan.Mereka masih mengamalkan cara hidup mereka sepertizaman dahulu.
Tambahan pula,bagi adat kematian,terdapat beberapa adat yang dilakukan
ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, Antaranya ialah
adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus.Bagi pengebumian,pada umumnya
masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau
tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan
diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat
tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang,
letupan mercun atau senapang.Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua
yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau
untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang
tersebut.Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin
dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.
Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau
tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak,
si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang
penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan.
Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa
yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan
kegemaran si mati semasa hidup.Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada
tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat
Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan
makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan
untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan
dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian
dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan
sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati
mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga
wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain
itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.Apabila balik ke rumah masing-
masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih
dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan
yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah
dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang
atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci
sehingga bersih.

Konklusi, masyarakat indigenous memang memiliki warisan budaya yang
sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, masyarakat indigenous harus
berpengetahuan supaya warisan budaya masyarakat mereka agar tetap dipelihara
dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang.


3.3 KAWASAN PEDALAMAN
Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman masih ketinggalan dalam bidang
pendidikan. Mereka masih kekal dengan tradisi turun- temurun. Budaya hidup
masyarakat yang menetap di kawasan pedalaman agar berbeza dari segi budaya, adat
resam, pakaian, dan amalan harian.
Menurut Boeke, 1953 masyarakat dibahagikan kepada dua iaitu masyarakat
tradisional dan masyarakat moden. Masyarakat tradisional merujuk kepada luar bandar,
mundur dan tidak membangun. Manakala mayarakat moden adalah masyarakat
bandar, membangun dan industri. Kedua-dua golongan masyarakat ini mempunyai ciri-
ciri yang tertentu.Modenisasi yang berlaku di dalam masyarakat luar bandar terjadi
apabila penduduk luar bandar mula bersikap liberal dan tidak lagi ketat dan bebas
bergerak. Contohnya dari luar bandar ke bandar, melibatkan diri dalam perdagangan
dan mempunyai pekerja tetap. Modenisasi turut berlaku dalam diri individu masing-
masing apabila seseorang individu boleh berfikir secara bebas, melalui pendidikan,
celik huruf, terdedah kepada media massa dan boleh membuat pilihan sendiri. Melalui
ini, masyarakat luar bandar perlu berubah dari tahap sedia ada ke tahap yang mampu
merubah kehidupan mereka ke arah yang lebih membangun. Mereka jangan terikut
dengan amalan masyarakat nenek moyang dulu. Bagi amalan harian masyarakat yang
menetap di kawasan pedalaman ialah mereka kebanyakkan bertani. Mereka bertani
untuk menyara hidup mereka. Bidang pendidikan pula,bermakna pelajar di sekolah luar
bandar lemah dari segi akademik. Ini menyebabkan mereka tidak peka terhadap
pendidikan. Selain itu, infrakstruktur di sekolah tidak mencukupi. Sebagai contohnnya,
penggunaan komputer sudah biasa dalam amalan harian, tetapi pelajar yang tinggal di
kawasan pedalaman tidak dapat peluang untuk menggunakkan komputer. Sekolah luar
bandar melalui pandangan sosial dan budaya dapat diklasifikasikan kepada tiga sudut
iaitu aspek disiplin, sikap pasif dan kaedah pembelajaran. Terdapat pelbagai masalah
tentang disiplin pelajar contohnya seperti ponteng sekolah, merokok dan terlibat dalam
pergaduhan. Tidak dinafikan bahawa sekolah di kawasan bandar pun turut barlaku
keadaan sedemikian. Manakala sikap pasif boleh dikaitkan dari segi penglibatan pelajar
dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Minat yang ditunjukkan oleh pelajar luar bandar
juga kurang memuaskan. Selain itu, pelajar luar bandar selalunya ramai yang terjejas
dari segi keputusan peperiksaan. Hal ini disebabkan sistem pembelajaran tidak
dilengkapi secukupnya contohnya kemudahan komputer, makmal-makmal dan
sebagainya.

Sebagai kesimpulannya, budaya hidup setiap masyarakat agar berbeza dari segi
adat resam, pakaian, pantang larang, amalan harian dan sebagainya. Bagi kepentingan
pendidikan pada masa kini, semua insan perlu peka terhadap pendidikan. Pendidikan
merupakan hal yang terpenting dalam kehidupan kita, ini bererti bahawa setiap manusia
berhak untuk mendapat dan berharap untuk selalu berkembang dalam pendidikan.
Pendidikan secara umum mempunyai erti suatu proses kehidupan dalam
mengembangkan diri setiap individu untuk dapat hidup dan melangsungkan kehidupan.
Sehingga menjadi seorang yang terdidik itu sangat penting. Maka semua masyarakat
harus menitikberat terhadap kepentingan pendidikannya.

You might also like