You are on page 1of 6

Sembahyang sunat Qudum ialah

sembahyang sunat yang dilakukan sebaik


sahaja seseorang yang bermusafir itu tiba
ditempat yang dituju. Adapun sembahyang
ini dilakukan sebanyak dua raka'at.

Lafaz dan niatnya ialah seperti berikut:

Ushalli sunnatal quduumi rak'ataini lillahita'ala

Ertinya:" Sahaja aku sembahyang sunat Qudum
dua raka'at kerana Allah ta'ala

Bacaan surah selepas Fatihah:

Raka'at pertama : Surah Al-Kafiruun

Raka'at kedua : Surah Al-Ikhlas.

Selepas selesai mengerjakan sembahyang, maka
bacalah doa seperti berikut:

A'uuzu bikalimaa tillaahit taammaatil latii laa
yujaawizuhunna barrun walaa faajirun min
syarrimaa khalaq. Allahumma a'thinaa khaira haazal
manzili wakhairwamaa fiih, wakfinaa syarrahu
wasyarramaa fiih. Rabbi anzilnii munzalan
mubaarakan wa-anta khairul munziliin.

Ertinya:

"Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang
sempurna, yang tidak dapat dilampaui oleh orang yang
baik mahupun orang yang jahat dengan segala
kejahatannya. Ya Allah berilah kami kebaikan ditempat
ini dan kebaikan yang ada didalamnya dan selamatkan
kami daripada keburukannya. Wahai Tuhanku,
turunkanlah kami disini dengan keberkatan, Engkaulah
sebaik-baik yang menurunkan."