You are on page 1of 6

SMK WANGSA MELAWATI

JALAN GENTING KLANG 53300 KUALA LUMPUR




PROGRAM ORIENTASI
PELAJAR PRAUNIVERSITI
TAHUN 2014


ANJURAN :
UNIT KEMANUSIAAN TINGKATAN ENAM DENGAN
KERJASAMA UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK WANGSA MELAWATI
KUALA LUMPUR
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR PRAUNIVERSITI
SMK WANGSA MELAWATI
KUALA LUMPUR
TAHUN 2014

1.0 PENDAHULUAN
Adalah menjadi dasar Kementerian Pelajaran Malaysia menggalakkan pelajar lepasan
SPM untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, sama ada peringkat Diploma,
Matrikulasi dan TIngkatan enam. Selaras dengan itu, Kementerian akan menjenamakan semula
Tingkatan 6 dan STPM bagi menggalakkan lebih ramai murid mengikuti pilihan kelayakan
tersebut. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan Enam setanding dengan program
prauniversiti lain seperti di Kolej Matrikulasi dan Pusat Asasi Sains.
Program Orientasi Tingkatan Enam ini dilaksanakan bertujuan untuk mendedahkan
kepada pelajar situasi pembelajaran baru di peringkat Prauniversiti. Menjadi satu tanggung
jawab sekolah untuk menerangkan kepada murid-murid ini tentang pakej mata pelajaran yang
dipilih serta faham kemampuan mereka sendiri.Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini
berupaya mencungkil kekuatan diri dan membina matlamat baru dalam pembelajaran
seterusnya dalam usaha menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan STPM nanti.

2.0 RASIONAL
Secara umumnya matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk mendedahkan dan
mendidik pelajar-pelajar tingkatan enam agar memahami kekuatan dan kelemahan diri, di
samping memberi sokongan kepada mereka untuk terus membaiki kualiti akademik pada masa
akan datang. Oleh itu, adalah menjadi harapan semua guru agar pelajar-pelajar mampu
merancang strategi pembelajaran di peringkat prauniversiti malah berpotensi mencatat
kejayaan yang cemerlang pada masa depan.

3.0 OBJEKTIF
Pendedahan tentang hala tuju dan Penjenamaan Semula Tingkatan Enam
Mewujudkan hubungan rapat antara rakan-rakan dan guru-guru Tingkatan Enam
Mengetahui tatacara dan budaya pembelajaran di peringkat Prauniversiti
Pendedahan tentang pakej mata pelajaran di Tingkatan Enam
Membina sikap positif para pelajar ke arah transformasi pendidikan Tingkatan Enam
Memberi pendedahan mengenai budaya sekolah

4.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
4.1 Tarikh : 5 16 Mei 2013
4.2 Masa : Waktu Persekolahan
4.3 Tempat : Kelas 6 Beta dan Dewan Terbuka

5.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid Tingkatan Enam Bawah Tahun 2014

6.0 ANJURAN
Unit Kemanusiaan Tingkatan Enam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling

7.0 PENGISIAN
Taklimat/Ceramah
Soal jawab/Pembentangan
Inventori
Latihan Dalam Kumpulan







8.0 STRUKTUR ORGANISASI DAN JAWATAN KUASA PENGELOLA
Pengerusi : Pn Hasniah binti Ali
NaibPengerusi :Pn Fazidah Ani binti Ab Rahman
Penyelaras : Datin Rokiah binti Abas
Setiausaha : Pn. Wan Sabrina binti Wan Hamzah
AJK :
Buku Program :Pn Rashda Hanim binti Othman
Jamuan : Pn Hjh Roslina binti Abu Bakar
Laporan dan Dokumentasi : Pn Hjh Ros Azizan binti Mohd Taha
Fotografi : Pn Rohana binti Ahmad Bashah
LDK : Pn Nor Izani binti Zainol
En. Ahmad Faiza @ Muhamad Syarif bin Amir
Penceramah Jemputan : Pn. Aiza Suhaila binti Alias
Pn Sohana binti Selamat
En. Mohd Burhan bin Ramli
Pn. Salmah binti Mohamed Noor

9.0 TENTATIF PROGRAM
MINGGU 1
HARI 7:30 -10:10
pagi
10:10-
10:30
10:30 12:30 tgh 12:30-1:50 tgh 1:50-
2:10
2.:10 3:30 ptg
Isnin
5/5/14

Pendaftaran Taklimat
Pengetua
Taklimat PK T6
(HEM/Hala Tuju/
Penjenamaan Semula)

Selasa
6/5/14
Ice Breaking Kemahiran
Berfikir
Taklimat kerjaya
selepas T6 (Kaunselor)
Taklimat
Kokurikulum
(Pn Rashda)
Rabu
7/5/14
Taklimat Disiplin
(Pn. Aiza
Suhaila)
Inventori Minat
Kerjaya
(Kaunselor)
Taklimat Pengurusan
PSS (Pn. Salmah)
Taklimat Majlis
Perwakilan
Pelajar PraU
Khamis
8/5/14
Taklimat
Biasiswa
Kemahiran Cara
Belajar
(Kaunselor)
Sesi Kongsi
Pengalaman Super
Seniors n Juniors

Jumaat
9/5/14
Pengurusan
Peperiksaan
STPM/MUET
(Datin Rokiah)
Taklimat Mata
Pelajaran/ Kerja
KUrsus 1:
Pengajian AM


Minggu 2
HARI 7:30 -10:10
pagi
10:10-
10:30
10:30 12:30 tgh 12:30-1:50 tgh 1:50-
2:10
2.:10 3:30 ptg
Isnin
12/5/14
Taklimat Mata
Pelajaran /Kerja
Kursus 2 :
B.Melayu
Taklimat Mata
Pelajaran/Kerja
Kursus 3 :
P.Perniagaan
Taklimat Mata
Pelajaran/Kerja
Kursus 4 : Sejarah

Selasa
13/5/14
CUTIHARI WESAK
Rabu
14/5/14
Program Jalinan Mesra SMKWM VS SMKDTHO (TEAM BUILDING)
Khamis
15/5/14
Pengurusan
Kelas (Datin
Rokiah)
Taklimat Mata
Pelajaran 5 : MUET
Taklimat Mata
Pelajaran/Kerja
Kursus 6: Seni Visual

Jumaat
16/5/14
Solat Hajat dan
Bacaan Yassin
Majlis Penutupan
dan Penyampaian
Hadiah (Kaunselor)









10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA UNIT/KOS JUMLAH CATATAN
1 Banner/Bunting RM 70.00 RM 70.00 PCG BNK
2 Hadiah untuk Pelajar Johan - RM 30.00 X 1
Kedua RM 25.00 X 1
Ketiga RM 20.00 X 1
RM 30.00
RM 25.00
RM 20.00
3 Pennant 2 - Sekolah
Jumlah Besar RM 145.00

11.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat berlangsung dengan lancar, serta dapat
membantu pelajar mendapat pendedahan yang mendalam tentang situasi prauniversiti serta
mengetahui hala tuju Tingkatan Enam bagi membina matlamat yang jitu untuk Berjaya pada
masa hadapan.Seterusnya dapat melatih diri pelajar untuk membina kematangan berfikir dan
bersosial yang lebih baik melalui program yang dirancang.

Disediakan oleh: Disemak oleh :

PN WAN SABRINA BINTI W. HAMZAH PN FAZIDAH ANI BINTI AB RAHMAN
Guru Bimbingan dan Kaunseling PK Tingkatan 6
SMK Wangsa Melawati SMK Wangsa Melawati
Kuala Lumpur Kuala Lumpur


Disahkan oleh,


PN HASNIAH BINTI HJ ALI
Pengetua
SMK Wangsa Melawati
Kuala Lumpur

You might also like