You are on page 1of 4

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TERARAH KEPADA KREATIVITI

DAN INOVASI GURU



Tajuk SUKATAN DAN GEOMETRI
Topik 8 : ISIPADU CECAIR
Standard
Kandungan
8.3 Penyelesaian masalah harian melibatkan Isipadu Cecair
Standard Prestasi
8.3.2 (iii) Menyelesaikan masalah harian, melibatkan operasi
tambah dan tolak Isipadu Cecair.
Masa 60 minit
EMK Keusahawanan dan Nilai Murni
A. Objektif
Pada akhir sesi pdp murid-murid dapat:
1. Mengenalpasti maklumat yang diberi dalam soalan.
2. Menentukan operasi yang sesuai.
3. Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam menyelesaikan masalah
harian.
B. Objektif Pembelajaran:
Memahami dan dapat menyelesaikan masalah harian yang melibatkan operasi
tambah dan tolak.
C. Pendekatan
1. Mudah ke susah
2. Abstrak ke konkrit
C. Kaedah
Simulasi, Latih Tubi, Tunjuk Cara
D. Kemahiran Berfikir
Menyelesaikan Masalah, Menghubungkait
E. Bahan Pengajaran
Lembaran Kerja, Kad Pecahan, Kad Perpuluhan, Garis Nombor, Kad Jalur
F. Alatan
LCD, Komputer, Bekas air,botol susu, sirap dan air gula.
G. Penilaian
1. Interaksi Secara Lisan
2. Hasil Kerja Murid
3. Kerja Kumpulan
H. Rumusan/Refleksi

Fasa Cadangan Aktiviti Cadangan Komunikasi
Persediaan 1. Membancuh air sirap
menggunakan air gula,
sirap dan air masak.

(Menambah isipadu cecair)

1. Tiga orang murid menunjukkan cara
membancuh air sirap.

Imaginasi 1. Menyatakan jumlah
isipadu cecair dalam unit
ml, l dan ml dan l .

Tegasan : Sukatan cecair
adalah sama tetapi unit
berbeza.


1. Guru menunjukkan jug yang berisi
air tadi untuk dibaca oleh murid.

2. Guru meminta murid membuat
perkaitan demonstrasi membancuh
air sirap dengan operasi berkaitan.

3. Guru membimbing murid membina
ayat matematik berdasarkan
operasi yang sesuai.

Perkembangan 1. Menyelesaikan masalah
harian yang melibatkan
operasi tambah dan tolak
isipadu cecair.
( Rujuk Buku Teks )

1. Guru bersoaljawab dengan murid
mengenai maklumat yang terdapat
dalam contoh soalan berdasarkan
dalam buku teks ;
a) Maklumat yang diberi.
b) Operasi yang berkaitan.
c) Ayat matematik.
d) Jawapan.
e) Rumusan.
(Ulang aktiviti 1 dengan soalan yang
berlainan )

Tindakan 1. Menyelesaikan masalah
harian yang melibatkan
operasi tambah dan tolak
isipadu cecair.
( Aktiviti kumpulan
Lampiran 1 )

2. Melengkapkan lembaran
kerja. ( Lampiran 2 )


1. Murid dibahagikan kepada
beberapa kumpulan kecil.

2. Guru memberi kad soalan.

3. Murid menyelesaikan masalah yang
diberi dalam kumpulan

4. Guru bersoaljawab hasil kerja
murid.

5. Setiap ahli kumpulan memberi
respon kepada soalan yang
diberikan.

6. Kumpulan yang dapat menjawab
semua soalan dengan betul adalah
pemenang dan diberi ganjaran.

7. Setiap murid melengkapkan
lembaran kerja sebagai latihan
susulan di rumah.

Pentaksiran


Nilai dan sikap Menghormati tetamu,keadilan


Refleksi









Lampiran S1L1
(Aktiviti kumpulan melibatkan murid-murid)


Selesaikan soalan di bawah.
Irmisa dan adiknya bertandang ke rumah Amira. Ibu Amira
menyediakan air sirap untuk tetamunya. Dia menggunakan 1.5 l air
mineral, 25ml sirap dan 205ml air gula.
Ketika membancuh air tersebut, separuh daripadanya telah tertumpah.
Bakinya telah dituangkan ke dalam 3 cawan yang berbeza saiz, iaitu
masing-masing berisipadu 150ml, 200ml dan cawan yang ketiga tidak
diketahui isipadunya.


Soalan :

1. Berapakah jumlah isipadu air sirap yang dibancuh oleh ibunya?
i. ml
ii. l
iii. l dan ml

2. Berapakah isipadu air sirap yang tumpah dalam l?

3. Berapakah isipadu air dalam cawan ketiga dalam ml?

4. Berapakah jumlah isipadu air yang diminum oleh Amira dan
tetamunya?

You might also like