Definisi Seni dan Kebudayaan

Seni berasal dari perkataan sani (Sanskrit) yang bererti pemujaan, persembahan dan
pelayanan. kata tersebut bekait dengan upacara keagamaan yang disebut kesenian. menurut
Padmapusphita, kata seni berasal dari bahasa Belanda “genie” dalam bahasa Latin disebut
“genius” yakni ertinya kemampuan luar biasa yang dibawa sejak dari lahir. Menurut kajian di
Eropah, mereka mengatakan bahawa “Art” yang bererti visual ialah suatu media yang melakukan
satu kegiatan tertentu. seiring dengan perkembangan waktu, banyak definisi seni diungkapkan
oleh beberapa ahli terkemuka.
Menurut Aristoteles, seni ialah peniruan terhadapalam tetapi sifatnya perlulah ideal.
Tambahan lagi, menurut Plato dan Rousseau, seni merupakan hasil peniruan alam dengan segala
seginya. Dalam Ensiklopedia Indonesia ada mengatakan bahawa seni merupakan satu ciptaan
yang unik kerana manusia amat senang melihat dan mendengarkannya. Selain itu, Ahadiat Karta
Miharja mengatakan seni adalah kegiatan rohani manusia yang merefleksikan kenyataan dalam
satu bentuk karya, bentuk dan isinya mempunyai daya untuk membangkitkan pengalaman
tertentu dalam alam rohani.
Seni merupakan julat yang berlainan untuk aktiviti manusia, produk serta aktiviti mereka.
Artikel ini memfokuskan perkara terutamanya seni visual termasuklah penciptaan imej atau
objek dalam lapangan bidang seperti seni lukis, seni arca, pembuatan percetakan, fotografi dan
media visual yang lain. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling
dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar
ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil
kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium,
untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik
untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih
peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa
seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut,
dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar
dapat menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan
bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa
garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui
simbol dan bentuk.
Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri mengenai apa yang boleh dianggap seni.
Sebagai contoh, adakah seseorang itu boleh menghasilkan seni, sekiranya ia tidak bertujuan
sebagai hasil seni? Adakah seni merupakan bentuk luahan seseorang? Adakah hasil seni
dianggap seni hanya apabila ia sempurna?
Terdapat banyak cabang bidang kesenian. Masa kini, seni merujuk kepada seni yang
dapat dilihat, terutamanya lukisan and ukiran, dan fotografi. Beberapa bidang seni juga dikenali
sebagai seni halus (fine arts), termasuk muzik, penulisan, puisi, tarian, and the teater. Cabang
dari kesenian theater adalah perfileman dan animasi, dan terkini, multimedia. Mereka yang
bergiat dalam bidang theater dan perfileman biasanya dikenali secara amnya sebagai seniman.
Apabila sesuatu itu dilakukan dengan begitu sempurna, ia juga boleh dianggap seni.
Kejayaan kejuruteraan seperti Jambatan Golden Gate (Golden Gate Bridge) boleh dianggap
sebagai hasil seni. Seni reka juga dianggap sebagai satu gaya kesenian seperti Menara Eiffel atau
katedral Notre Dame. Seni reka adalah gabungan antara seni dan sains. Aturcara komputer juga
boleh dianggap seni.
Seni tidak hanya untuk tujuan aesthetik; seni dan pertukangan berkaitan dengan
menghasilkan benda berguna kepada seni. seni perdagangan menggunakan kaedah artistik untuk
menyampaikan maklumat seperti melalui pengiklanan. Kadang-kala orang melihat seni dari
benda rawak yang tidak bertujuan sebagai hasil seni; seni sedemikian dikenali sebagai seni
jumpa.
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah yang bermaksud budi
pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di
dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa atau dikerjakan
oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh
diubah oleh manusia. Di dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang
berasal daripada perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.
Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat. Menurut Melville J.
Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah
masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki
masyarakat itu sendiri. Fahaman ini dikenal di kalangan ahli antropologi (kajian manusia)
sebagai fahaman determinisme (atau penentuan) budaya. Herskovits seterusnya memandang
budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan
konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
Sementara itu, menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,
nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaanselain
penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian
sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep
menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila,
undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh
manusia sebagai anggota masyarakat. Ahli antropologi dari alam Nusantara, iaitu Selo
Soemardjan dan Soelaiman Soemardi pula memegang kebudayaan sebagai alat penghasilan
karya seni, rasa dan penciptaan di dalam masyarakat.
Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan sebagai keseluruhan
cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan dan pemikiran yang sesuai dengan
kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat.










Fungsi Seni dan Kebudayaan
Sejajar dengan perkembangan zaman dan peradaban manusia, maka berkembanglah juga
kesenian. Seni mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kehidupan manusia terutamanya fungsi
memenuhi keperluan. Secara umumnya fungsi seni dapat dibahagiakan kepada dua iaitu fungsi
individu dan fungsi sosial.
Fungsi Individu
a) Fungsi memenuhi keperluan fizik
Pada hakikatnya manusia adalah mahkluk homofaber yang mempunyai kecakapan untuk
apresiasi pada keindahan dan pemakaian benda-benda. Seni gunaan memang merujuk pada
pemuasan keperluan fizikal sehingga segi keselesaan menjadi perkara penting . Sebagai contoh
seni bangunan, seni perabot, seni pakaian atau tekstil, seni kerajinan dan lain-lain.
b) Fungsi memenuhi keperluan emosi
Seseorang mempunyai sifat yang berbeza-beza dengan manusia lain. Pengalaman hidup
sesorang sangatlah mempengaruhi sisi emosional atau perasaaanya . Contoh perasaan sedih,
letih, gembira , hiba , kasihan , benci , cinta dan lain-lain lagi. Manusia dapat merasakan semua
itu kerana di dalam dirinya terkandung dorongan emosional yang merupakan situasi kejiwaan
pada setiap manusia normal . Untuk memenuhi keperluan emosiaonal manusia memerlukan
dorongan dari luar dirinya yang bersifat menyenangkan, memuaskan keperluan batinnya.
Sebagai sontoh kerana kegiatan dan rutin sehari-hari maka manusia mengalami keletihan
sehingga memerlukan rekreasi misalnya menonton hiburan teater, menonton filem di pawagam,
konsert, pameran seni rupa dan lain-lain lagi. Seseorang yang mempunyai pengalaman
estetikanya lebih banyak maka ia akan mempunyai kepuasan yang lebih banyak pula. Sedangkan
seniman adalah sesorang yang mampu mengapresiasikan pengalaman dan perasaaannya dalam
sebuah karya seni yang diciptakannya . Hal itu juga diyakini olehnya sebagai cara memuaskan
keperluan emosiaonal dirinya.


Fungsi Sosial
a) Fungsi Sosial Seni di bidang Rekreasi
Tepu sesorang kerana aktivitinya sehari-hari membuat sesorang memerlukan penyegaran
diri misalnya diwaktu hari cuti melawat tempat -tempat rekreasi objek pelancongan (rekreasi
alam). Seni juga boleh dijadikan sebagai benda rekreasi misalnya seni teater , pertunjukan muzik,
pameran lukisan dan pameran bonsai. Seni sebagai benda rekreasi adalah seni yang mampu
mewujudkan suatu keadaan tertentu yang bersifat penyegaran dan pembaharuan dari keadaan
yang telah ada. Di era globalisasi ini, kehadiran seni menadapatkan perhatian yang sangat serius
dari banyak pihak (berkaitan dengan keperluan dan nilai ekonomi atau perniagaan)
b) Fungsi Sosial Seni di bidang Komunikasi
Pada hakikatnya setiap orang berkomunikasi dengan masnusia lain menggunkan bahasa
kerana merupakan cara yang paling berkesan, mudah dan cepat untuk difahami. Namun begitu,
bahasa mempunyai keterbatasan kerana tidaklah mungkin semua orang menghafalkan semua
bahasa yang ada. Oleh sebab itulah diperlukan bahasa yang universal yakni bahasa yang dapat
difahami oleh semua orang. Seni diyakini boleh dipergunakan demi kepentingan tersebut,
misalnya Affandi dapat berkomunikasi dengan orang di seluruh pelosok dunia melalui
lukisannya , Shakespeare boleh berkomuniikasi dengan puisi-puisinya dan sebagainya.
Nampaknya seni menjadi berkesan membantu orang untuk berkomunikasi kerana seni dapat
menembusi batasan-batasan bahasa verbal maupun perbezaan lahiriah setiap orang. Hanya
melalui seni manusia boleh berkomunikasi dengan dunia di luar dirinya serta melalui seni kita
dapat mengenal budaya bangsa lain.
c) Fungsi Sosial Seni di bidang Pendidikan
Pendidikan dalam arti luas difahami sebagai suatu keadaan tertentu yang membolehkan
terjadinya transformasi dan kegiatan sehingga mengakibatkan seseorang mengalami suatu
keadaan tertentu yang lebih maju. Dalam sebuah pertunjukan seni orang sering mendapat
pendidikan secara tidak langsung kerana di dalam setiap karya seni pasti ada mesej dan makna
yang sampaikan. Disedari atau tidak rangsangan-rangsangan yang ditimbulkan oleh seni
merupakan alat pendidikan bagi seseorang. Seni bermanfaat untuk membimbing dan mendidik
mental dan tingkah laku seseorang supaya berubah kepada keadaan yang lebih baik dan maju
dari sebelumnya. Di sinilah seni harus disedari menumbukan pengalaman estetika dan etika.
d) Fungsi Sosial Seni di bidang Rohani
Kepercayaan religi tersebut terdapat dalam karya-karya moko, neraca, dolmen, menhir,
kuil pura, bagunan masjid, gereja, ukiran, relief dan sebagainya. Manakah yang muncul terlebih
dahulu , kepercayaan religi atau seni terlebih dahulu ? Jawabnya tidak tahu secara pasti. Karl
Barth berpendapat bahawa sumber keindahan adalah Tuhan. Agama sering dijadikan juga
sebagai salah satu sumber inspirasi seni yang berfungsi untuk kepentingan keagamaan.
Pengalaman-pengalaman religi tersebut tergambarkan dalam bentuk nilai estetika. Banyak media
yang mereka pergunakan. Ada yang memakai suara, gerak, visual dan sebagainya. Contoh :
Kaligrafi arab , makam , relief candi , gereja dan sebagainya.

Sejak berzaman, seni dan kebudayaan telah memainkan peranan yang amat penting
kepada masyarakat Malaysia. Selain menjadi simbol perpaduan dan sosialisasi, seni dan
kebudayaan juga merupakan aktiviti kesenggangan dan rekreasi yang amat penting dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Rajah di bawah menjelaskan tentang pelbagai fungsi dan peranan
seni dan kebudayaan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Sejak berzaman, aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi salah satu medium riadah
yang amat penting bagi masyarakat Malaysia. Kesibukan hidup masa kinitelah mendorong
pembangunan indsutri seni dan kebudayaan kerana masyarakat semakin dahagakan aktiviti seni
dan kebudayaan sebagai medium escapism dari kesibukan seharian.

Selain itu, seni juga menjadi medium membina kecergasan fizikal dan mental. Aktiviti
seperti tarian contohnya dapat meningkatkan kecergasan kardiovaskular selain membina
kordinasi dan kelenturan tubuh badan. Kelak, penggiat aktiviti ini akan kekal cergas dan
sihat. Aktiviti seni dan kebudayaan juga berperanan sebagai agen pemupukan amalan keagamaan
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Aktiviti seperti nasyid, marhaban dan hadrah merupakan
aktiviti kesenian Islam yang berkait rapat dengan amalan keagamaan. Melalui aktiviti kesenian
sebegini, pemupukan amalan keagamaan dapat dilaksanakan secara berkesan. Sosialisasi
merupakan salah satu amalan terpenting dalam kehidupan masyarakat Malaysia. Sehubungan itu,
aktiviti seni dan kebudayaan telah menjadi salah satu medium yang terpenting dalam kehidupan
masyarakat Malaysia. Melalui aktiviti ini, perpaduan antara kaum serta sikap saling hormat
menghormati dapat dibentuk sekaligus melahirkan masyarakat majmuk yang harmoni.
Masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai upacara ritual yang amat kompleks dan
tersendiri berdasarkan budaya sesuatu kaum tersebut. Sebagai contoh, masyarakat Orang Asli
dengan tarian sewangnya manakala masyarakat Melayu dengan tarian Ulik Mayangnya. Kedua-
dua amalan ini berkait rapat dengan upacara ritual. Sehubungan itu, aktiviti seni dan kebudayaan
telah lama menjadi salah satu medium ritual dalam kalangan masyarakat Malaysia. Identiti
masyarakat merupakan medium seni dan kebudayaan dalam masyarakat Malaysia. Aktiviti seni
dan kebudayaan telah membentuk suatu identiti bangsa Malaysia yang amat unik. Identiti ini
seterusnya menjadi pegangan dan amalan hidup seharian masyarakat negara ini. Keunikan
identiti ini telah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai salah sebuah masyarakat di dunia
yang mempunyai kepelbagaian amalan dan aktiviti seni dan kebudayaan




















Aktiviti Seni dan Kebudayaan dapat Meningkatkan Kecergasan Fizikal.
Bidang Seni Visual
a) Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi
Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian
perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah
untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-
kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b) Berlaku Pembelajaran Secara Tidak Langsung
Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni pada masa akan datang.
c) Aplikasi Dalam Kehidupan Harian Sebenar
Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara. Melalui
seni visual ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang
dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh
diaplikasikan dalam kerja – kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya.
d) Wadah Memupuk dan Menyemai Nilai Murni
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Bidang Seni Muzik
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan
harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni
muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, matapelajaran ini memberi tumpuan
kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang
kesenian. Selaras dengan itu, bidang ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati
dan menikmati muzik secara intelektual. Antara kesan positif yang diperolehi murid melalui
bidang seni muzik ini, ialah :
a) Menggalakkan Perkembangan KAP
Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.
Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi
murid sekolah rendah khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep
muzik yang abstrak.

b) Melatih Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni.
c) Menanam dan Menyemai Nilai Murni dan Jati Diri
Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang
harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai
unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri
murid.
Bidang Seni Pergerakan
Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan. Murid perlu memahami
dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat
mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu
dan amalan teori dan praktikal pergerakan bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi
cabaran hidup. Aktiviti Seni pergerakan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap
optimum. Seni pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui
pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bidang seni pergerakan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan
keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid akan
diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk
perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan
selamat.
Aktiviti Seni dan Kebudayaan dapat Meningkatkan Perpaduan.
Kesenian mampu memperkukuhkan perpaduan sekiranya penglibatan secara serius dan
bersungguh-sungguh dilakukan. Sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur
semangat „kekitaan‟. Semangat perpaduan dan kerjasama dapat dipupuk melalui kejohanan
seumpama ini dan mampu melahirkan atlit yang cergas serta memupuk semangat kental di
kalangan semua peserta.
Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas bukan sahaja dari
segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam
memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan
kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.
Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan
perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip satu Malaysia. Dasar “1
Murid 1 Sukan” telah dilaksanakan bermula dari tahun 2011 untuk memastikan perpaduan kaum
dapat dicapai. Kejayaan dan penyertaan pemain dalam pelbagai pertandingan antarabangsa
terutamanya dalam acara badminton, hoki dan bola sepak telah mewujudkan ikatan perpaduan
antara kaum dan agama.









Penglibatan murid di sekolah dalam aktiviti seni dan kebudayaan
 Drama
Melakukan pergerakan dan melakonkan aksi - Antara hujah yang pernah disebut oleh
Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara
untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun
kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka
boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze,
bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar Melalui pertunjukan
pergerakan kreatif yang dipersembahkan, dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula
memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif
yang telah dipersembahkan di hadapan mereka.
Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan
kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan
ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula
merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak. Melalui
apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang
dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan
mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti
perasaan gembira, marah, keliru dan sedih. Melalui pergerakan kreatif yang telah
dipersembahkan telah dapat memberi banyak perangsang dan peluang kepada kanak-kanak di
dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari
dalam diri kanak-kanak tersebut.
Ini dapat dilihat apabila pelajar di sekolah saya yang berada pada tahap 2 berasa begitu
seronok apabila guru menyuruh mereka melakonkan sesuatu watak dan membuat cerita pendek
dengan memainkan peranan. pelajar sebenarnya seronok untuk melakukan aktiviti ini namun
semuanya bergantung kepada guru yang mengajar sama ada ingin melaksanakannya ataupun
tidak.
 Muzik
Seni kinestetik- Pergerakan kreatif didalam muzik adalah seni kinestatik. Asas muzik
iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini
menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan
ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan
yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam
aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan
psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti
muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan
berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak.
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan member kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat
Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman
mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan
patriotisme pada diri murid.Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR,
pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian
Masa Depan, PembelajaranMasteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran
Belajar.

 Tarian
Pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama- Kanak-kanak mempunyai naluri
terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadap pergerakkan berirama dan mempunyai
kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensi pergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang
melalui ritma dan pelbagai bentuk tari. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan
sentiasa aktif. Salah satu cara untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian.
Kanak-kanak dapat menikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam
tarian. Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. seni tari
sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan jiwa manusia melalui gerak-geri
berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tarian sama ada tarian asli atau pun tarian yang
dipengaruhi oleh unsur-unsur moden. Tarian merupakan gerak tubuh. Melalui gerak tubuh,
kanak-kanak mampu untuk mengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada
orang lain. Tarian mengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur
keindahan. Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggota
tubuh badan yang lain.











Kepentingan penglibatan aktif murid dalam seni dan kebudayaan
Bidang Seni Visual
Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan
seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut
ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan
mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan
menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran
kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan
penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan,
koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.
Dengan mempelajari Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai
beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah
pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni.
Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf
tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil
seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi
komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah
kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara
kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,
menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.
Bidang Seni Visual akan memberikan implikasi atau kesan yang positif dalam pengajaran
dan pembelajaran melalui organisasi pendidikan Seni Visual yang disusun rapi melalui aspek
yang dipentingkan. Antara implikasi atau kesan yang diperolehi melalui bidang seni ini, ialah :
a. Menajamkan Perkembangan Emosi dan Imaginasi
Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain
memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian
perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman
tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid
akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah
untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-
kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah
perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Berlaku Pembelajaran Secara Tidak Langsung
Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam
mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan
manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan
bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang
dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar
secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam
penghasilan seni pada masa akan datang.
c. Aplikasi Dalam Kehidupan Harian Sebenar
Bidang Seni Visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan
seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi.
Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni
melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara. Melalui
seni visual ini juga akan menjadikan murid boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang
dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh
diaplikasikan dalam kerja – kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya.
d. Wadah Memupuk dan Menyemai Nilai Murni
Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga
dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan
kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme,
nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.
Bidang Seni Muzik
Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan
harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik,
memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.
Bidang ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni
muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, matapelajaran ini memberi tumpuan
kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang
kesenian. Selaras dengan itu, bidang ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati
dan menikmati muzik secara intelektual. Antara kesan positif yang diperolehi murid melalui
bidang seni muzik ini, ialah :
a. Menggalakkan Perkembangan KAP
Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan
perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi.
Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi
murid sekolah rendah khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep
muzik yang abstrak.
b. Melatih Kemahiran Komunikasi dan Interaksi Sosial
Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara
berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni.
c. Menanam dan Menyemai Nilai Murni dan Jati Diri
Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang
harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai
unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri
murid.
Bidang Seni Pergerakan
Seni Pergerakan adalah untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan
individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini
dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.
Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat bidang seni pergerakan. Murid perlu memahami
dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat
mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu
dan amalan teori dan praktikal pergerakan bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi
cabaran hidup. Aktiviti Seni pergerakan yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat
menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap
optimum. Seni pergerakan juga bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
Bidang seni pergerakan ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan
keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran
melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai
berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Murid akan
diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk
perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan
selamat.







Rumusan
Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah
untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap
pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak
dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk “Rama-
rama”. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti
lebah sedang terbang.
Semua aktiviti seni dalam pendidikan yang dialami oleh kanak-kanak sangat berkesan
dalam mempengaruhi kehidupan mereka kerana melaluinya akan membolehkan kanak-kanak
meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru
hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila
dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu
dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk.











Rujukan
Mazlan Mohamad. ( 1996 ). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Md. Nasir Hj. Ibrahim. ( 2003 ). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual. ( 2000 ). Kuala Lumpur : AG
Grafik.
Pusat Perkembangan Kurikulum. ( 2002 ). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html
http://carapedia.com/pengertian_definisi_seni_budaya_menurut_para_ahli_info1941.html
http://prpm.dbp.gov.my/
http://www.motac.gov.my/



Sign up to vote on this title
UsefulNot useful