RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 8 November 2013
Masa : 9.40 pagi – 10.40 pagi
Kelas : 4 Mullai
BilanganMurid : 20 orang
Topik : Memahami ukuran panjang
ObjektifPembelajaran : Murid dapat menyatakan pelbagai cara mengukur panjang
Murid menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang dalam sistem metrik.
HasilPembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat :
i. Menyatakan pelbagai cara mengukur panjang sekurang-kurangnya tiga daripada empat cara
pengukuran.
ii. Menyatakan unit piawai untuk ukuran panjang menggunakan sistem metric iaitu mm,cm,m dan km.
iii. Menyenaraikan secara lisan sekurang-kurangnya tiga daripada lima alatan pengukuran.
Strategi Pengajaran : Menerang
PengetahuanSedia Ada : Murid mengetahui alatan pengukuran yang digunakan dalam kehidupan seharian seperti pembaris, pita
pengukur dan penimbang.
Kemahiran Proses Sains : Mendefinisi secara operasi tentang apakah pengukuran
Berkomunikasi tentang alatan pengukuran yang biasa digunakan.

Kemahiran Berfikir : Menghubungkait
Sikapdan Nilai Saintifik : Berani, yakin, dan berdikari.
Sumber Pengajaran : Alat pengukuran, lembaran kerja, kepingan gambar.
Dan Pembelajaran














Langkah /
Masa

Isi pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Set Induksi
(10 minit)
Pengukuran yang digunakan pada
zaman purba.


 Guru memulakan pengajaran dengan mempamerkan
beberapa kepingan gambar zaman purba kepada murid.
 Seterusnya guru meminta pandangan murid mengenai
gambar yang dipamerkan.
 Kemudian, guru menyoal murid-murid sekiranya mereka
mengetahui cara pengukuran semasa zaman dahulu.
 Contoh soalan:
Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk mengukur
membina piramid?
 Guru memulakan pelajaran dengan mengaitkan gambar
yang ditunjukkan dengan tajuk yang akan dipelajari.


Langkah 1
(15minit)
Definisi pengukuran -

Jarak diantara dua titik / tempat /
kedudukan.












 Guru memberikan penerangan mengenai tajuk yang
dipelajari di papan hitam.
 Guru meminta murid untuk memberikan perhatian dan
membuat catatan ringkas berdasarkan penerangan guru.
 Guru mengaitkan gambar dengan pengukuran yang
digunakan semasa zaman purba.
 Contohnya :
Depa
Hasta
Jengkal
Kaki
 Guru meminta murid untuk menunjukkan pengukuran
tersebut.
 Seterusnya, guru mengarahkan murid untuk mencuba
dengan mengira panjang meja, pensel, buku dan pemadam.
 Guru meneruskan pengajaran dengan menerangakan
pengukuran terkini.

Sikap
saintifik dan
nilai murni:
Penglibatan
aktif
Menghargai
masa

Langkah 2
(20 minit)

Cara pengukuran dilakukan adalah
dengan menggunakan penyedut
minuman,depa,tali,pembaris dan pita
pengukur.

 Guru meneruskan pengajaran dengan menunjukkan alat-alat
pengukuran terlebih dahulu.
 Guru memperkenalkan setiap alat yang ditunjukkan kepada
murid.
 Guru member peluang kepada murid untuk melihat dengan
lebih dekat alat yang diberi.






Milimiter

Sentimeter










Meter
Kilometer









 Guru menerangkan unit piawai untuk panjang dalam sistem
metrik.
 Antaranya :
 Milimiter
 Sentimeter
 Meter
 Kilometer
 Guru menyoal murid unit piawai yang digunakan bagi alat
yang ditunjukkan.
 Contoh soalan:
Apakah unit piawai bagi pembaris?








Apakah unit piawai bagi pita pengukur?


Langkah 3
(10 minit)

Alat pengukuran
 Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
 Murid perlu menamakan alat pengukuran di lembaran kerja.

Penutup
(5 minit)
Terdapat pelbagai cara mengukur
panjang seperti minuman,depa,tali,
pembaris,dan pita pengukur.

Unit piawai untuk panjang dalam sistem
metrik ialah mm,cm,m dan km.
 Guru merumuskan isi pelajaran dengan aktiviti soal jawab
dengan murid untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka
terhadap tajuk yang telah dipelajari.
 Contohnya:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ukuran panjang?
2. Apakah alat pengukuran yang digunakan untuk
ukuran panjang?
3. Apakah unit piawai untuk ukuran panjang?


Nama : _____________________________________ Tahun : ____________________________________
Tarikh : ____________________________________

Jawab semua soalan dengan betul.

1. Raju melompat sejauh 150cm manakala Jimmy melompat sejauh 0.95 m. Cari jumlah jarak lompatan mereka dalam m.
A . 145 m
B . 14.5 m
C . 1.45 m
D . 2.45 m



2. En.Tan memerlukan 8 batang tiang untuk membina sebuah bangku. Berapakah jumlah buah bangku yang dapat dibuat
dengan 176 batang tiang?





3. Rajah menunjukkan tinggi dua orang murid, Ahmad dan Siva. Tinggi Chong tidak ditunjukkan



125cm ? 119cm


Ahmad Chong Siva

Chong adalah 33 cm lebih tinggi daripada Ahmad. Cari beza tinggi, dalam cm, antara murid yang tertingi dengan murid yang
terendah



4. 95 cm reben diperlukan untuk mengikat satu bungkusan. Berapakah jumlah panjang, dalam m, reben yang
diperlukan untuk mengikat 6 buah bungkusan yang sama saiz ?



5. Jadual menunjukkan panjang dua utas tali yang dibeli oleh Halim.





Hitung jumlah panjang, dalam cm, kedua-dua tali itu.


6. Zaki menghabiskan larian sejauh 400 m dalam masa 2 minit. Berapa jauhkah lariannya, dalam m, dalam masa ½ minit?







Tali

Panjang
K
1.5 m

L
0.7 m kurang
daripada K

7. Cikgu Mas Joko memberi sehelai reben sepanjang 60 cm kepada Jo. Jo diarah oleh gurunya agar
menggunakan 0.5 daripada reben itu untuk mengikat satu hadiah. Cikgu memberi lagi 6 helai reben yang
sama untuk mengikat 6 kotak hadiah yang serupa. Hitung baki, dalam cm, panjang reben itu.



8. Dorisno naik dari tingkat 2 ke tingkat 6. Kemudian dia turun ke tingkat 3. Dia naik lagi ke tingkat 5 dan
turun semula ke tingkat 4. Jarak antara satu tingkat ialah 6 m. Hitung jarak, dalam m, yang dia lalui




9. Joharo dan keluarganya bertolak dengan kereta dari rumahnya di bandar Kobeq menuju bandar Ziego.
Setibanya di Gone, ayahnya memberitahu, “Kita baru saja daripada perjalanan ke Ziego. Belum sampai
separuh lagi”. 3 8km Manakah peta perjalanan mereka yang sebenar?



10 . Sebuah kereta Proton Perdana memerlukan 10 liter petrol untuk perjalanan sejauh 102 km. Sebuah kereta Kancil hanya
perlukan 6 liter sahaja bagi perjalanan sejauh 120 km. Walau bagaimana pun penggunaan minyak kereta Kancil akan
kurang sebanyak 5% lagi sekiranya perjalanan dalam jarak yang lebih jauh. Hitung pergerakan kereta Kancil dan
Proton Perdana sekiranya penggunaan minyak petrol 7·8 liter.



Sebuah kereta Proton Perdana memerlukan 10 liter petrol untuk perjalanan sejauh 102 km. Sebuah kereta Kancil hanya
perlukan 6 liter sahaja bagi perjalanan sejauh 120 km. Walau bagaimana pun penggunaan minyak kereta Kancil akan
kurang sebanyak 5% lagi sekiranya perjalanan dalam jarak yang lebih jauh. Hitung beza penggunaan minyak petrol
bagi kereta Kancil dan Proton Perdana yang bergerak sejauh 153 km Jawapannya 7·8 liter