kaedah

3.1.1 Kaedah

Pada umumnya, kaedah ialah cara atau peraturan digunakan untuk melaksanakan sesuatu. Berlainan
dengan pendekatan, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Dengan perkataan lain, kaedah
mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun.

Menurut Edward M.Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki
dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Huraian
ini bermakna kaedah-kaedah yang dipilih untuk proses pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan
kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan model, prinsip atau teori pembelajaran. Misalnya,
didalam pendekatan daripada spesifik kepada umum, iaitu pendekatan induktif, guru boleh
menggunakan kaedah inkuiri-penemuan yang mengandungi lima prosedur yang tersusun seperti
berikut:-

1. Prosedur Pertama : Mengenal pasti masalah
2. Prosedur Kedua : Merancang penyelesaian
3. Prosedur Ketiga : Mengumpul maklumat
4. Prosedur Keempat : Membuat tafsiran
5. Prosedur Kelima : Membuat kesimpulan

Di dalam sesuatu pendekatan pula, terdapat beberapa kaedah mengajar yang boleh digunakan. Oleh itu,
selain kaedah inkuiri penemuan, guru juga boleh menggunakan kaedah Socrates, iaitu; Kaedah Induktif,
Kaedah Penyiasatan, Kaedah Kerja Praktis, Kaedah Dapatan dan sebagainya dalam pendekatan daripada
spesifik kepada umum.

3.1.2 Teknik
Menurut Edward M.Anthony (1963), teknik mengajar merujuk kepada satu muslihat, atau strategi, atau
satu kemahiran yang digunakan oleh guru dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran secara
optimum. Di antara teknik-teknik mengajar yang biasa digunakan oleh guru ialah; Teknik bercerita,
bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi dan hafalan, penyoalan, sosiodrama, main peranan,
simulasi, penyelesaian masalah, pemudahcara, sumbangsaran, permainan dan sebagainya.

Tujuan menggunakan variasi teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk menarik perhatian
pelajar, mengekalkan perhatian serta membangkitkan minat serta rasa ingin tahu seterusnya bagi
mencapai objektif pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.

Oleh itu, teknik mengajar yang dipilh haruslah berdasarkan kepada peringkat umur, kecerdasan,
kebolehan dan minat pelajar. Contohnya, mengikut kajian Piaget, dalam perkembangan kognitif kanak-
kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun, teknik mengajar yang sesuai digunakan untuk menyampaikan
konsep ialah bercerita dan permainan dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit.






Berikut adalah contoh antara teknik yang sesuai dengan aras kemahiran objektif pelajaran :-
Aras Kemahiran
Teknik Mengajar
Pengetahuan
Latih Tubi
Kefahaman
Syarahan
Aplikasi
Tunjukcara (Demonstrasi)
Analisis
Penyoalan
Sintesis
Perbincangan
Penilaian
Sumbangsaran
Jadual 3.1: Perhubungan Aras Kemahiran Objektif Pengajaran dengan Teknik Mengajar

3.2 Kaedah individu dan kumpulan dalam PSV

Kaedah Individu
• Menumpukan perhatian kepada seorang individu atau murid.
• Berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain.
• Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta
kadar kepantasan murid.
• Murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri.
• Dijalankan dalam dua matlamat mengikut tujuan dan objektifnya.
• Pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh individu-individu tertentu.
• Sesuai untuk pengajaran pemulihan
• Memperkaya pengalaman pembelajaran individu.
• Belajar tanpa bergantung pada bantu guru tetapi memerlukan bimbingan guru.
Sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji/memahami objektif
pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini.
• Hubungan guru dan murid paling minima.
• Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya
sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing.
• Kaedah ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan,
pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya.
• media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman
video, dan lain-lain boleh digunakan.
• Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

Kaedah Kumpulan
• Menurut Gibb (1969) ia didefinisikan, “beberapa orang individu yang mempunyai tujuan yang
sama, saling berhubungan dan bertukar‐tukar pendapat serta fikiran dan bergantung di antara satu
sama lain atau berganding bahu dalam apa juga aktiviti untuk mencapai objektif mereka.”
• L.M.Smith (1969) pula menyatakan; “unit sosial yang terdiri daripada beberapa individu yang
berinteraksi di antara satu sama lain, mempunyai nilai nilai yang sama dan saling bergantung di antara
mereka.
• Berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berorientasikan guru kepada berpusatkan
pelajar.
• Ianya bertujuan supaya pelajar dapat menguasai kemahiran yang tertentu.
• mengikut kadar pembelajaran yang sepadan dengan kebolehan mereka .


3.3 Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Simulasi
• Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.
• Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian
melakonkannya tanpa sebarang skrip.
• Disebut juga sebagai ‘ambil peranan’ atau ‘sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu
serta kumpulan.
• Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.
• Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.
• Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang
disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.
• Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat
berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.
• Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial
yang berlaku seharian di luar bilik darjah.
• Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian
meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.
• Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan dalam situasi
yang diberi oleh guru.
• Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.
• Dirancang oleh guru dengan teliti.
• Menekankan perkara berikut;
- Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.
- Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar
daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru menamatkannya.
- Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.

Sumbangsaran
— Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi
perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.
— Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang
menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah,
universiti dan latihan profesional.
— Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara
analitis.
— Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
— Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.
— Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.
— Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.
— Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.
— Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
— Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.
— Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.
— Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? + How? )
— Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.
— Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

Projek
• Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.
• Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.
• Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.
• Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam
menghasilkan sesuatu projek.
• Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan
aktiviti.
• Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
• Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.
• Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
• Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan
jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

Akses Kendiri
• Seseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat
yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.
• Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap
unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam
“folder” yang berasingan.
• Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.
• Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa Jadual
• Setiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.
• Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses
kendiri, pemudahcara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat
komen.
• Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,
Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa pengawasan.


Kembara Visual
• Kembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang
mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
• Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak
boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
• Tujuan lawatan ialah meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsung.
• Tujuan lawatan ialah menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada
pembelajaran.
• Tujuan lawatan ialah ia memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan
maujud dan proses-proses yang berlaku.
• Kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan
pembelajaran kandungan di sekolah.
• Ia juga menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan
bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.
• Kaedah lawatan juga dapat memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan
mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.
• Garis panduan teknik membuat lawatan:

Sebelum
Persediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan.
-Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.

Semasa
Perlaksanaan aktiviti – ikut jadual, kawal semua murid, memberikan makluman

Selepas

Tindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan kesesuatu
tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah.
Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.