PENCEMARAN AIR

PENDAHULUAN
Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting kepada semua
kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman,tujuan
pembersihan,pertanian,kegunaan industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika tidak ada air
di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada sekarang ini.Air perlu
diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan perkembangan industri akan sentiasa
mempertingkatkan permintaan air.


KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI

71% dari permukaan dunia.
-97% air masin (laut)
-3% air tawar
- 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.
- 13% air permukaan (0.4% jumlah air).

Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada air. 97%
daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang terdiri daripada ais
kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan sungai air tawar dan di atmosfera.

PENCEMARAN AIR


Kita menggunakan air dalam kehidupan seharian,pencemaran air telah berlaku.Pencemaran air
berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak
sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

JENIS PENCEMARAN AIR


Limpahan Minyak Ke Dalam Laut




Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran
air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat minyak mentah dan letupan
tangki minyak menyumbang kepada keadaan ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia
akan mengakibatkan air tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan
air,lapisan minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air keranalapisan
tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen terlarut akan
berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya sinaran matahari ke dalam air,
sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak
dapat mengembang lagi dan tidak dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan
akhirnya mati kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk
Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk Mexico
terganggu.


Sisa Buangan Dari Kilang

Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan boleh terus
disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam
sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai.Kebanyakan
kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik
ialah sejenis pencemaran berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh
menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam hidupan
akuatik


Bahan Buangan Domestik Dan Organik


Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan kumbahan
dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada individu yang tidak
bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang dalam sungai,maka air sungai
akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan menyebabkan organisma aquatik tidak dapat
menyesuai dalam air yang begitu keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah seperti baja.


Pertanian


Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam sayur-sayuran
dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke dalam sungai-
sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur untuk membunuh haiwan
perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan pengaliran sisa-sisa racun perosak ke
dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan
kesihatan manusia apabila digunakan.


Kesan Pencemaran Air


Kesan Kepada Manusia


Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang mengandungi
bakteria,virus,parasit dan bahan kimia yang lain.Sesetengah bahan pencemaran boleh
menyebabkan barah.DDT (racun serangga) adalah toksik kepada manusia dan boleh mengubah
kromosom.Yang menjadi mangsa adalah penduduk asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila
mereka menggunakan air sungai untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.


Kesan Kepada Organisma Aquatik

Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari tanah.Air yang
tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari kilang-kilang,dan minyak
mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai
jenis ikan dan udang mati.Jika pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai
jenis hidupan air akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber
makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma aquatik akan
mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang tidak dapat melihat jenis-
jenis organisma aquatik.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air adalah
seperti berikut:
(i) Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat pencemaran
dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu dirawat terlebih dahulu dan
mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke dalam sungai.Kemudian,Kerajaan
Tempatan mensyaratkan semua premis makanan dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang
penapis sisa makanan untuk menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki
sungai dan mencemarkannya.
(ii) Melaksanakan program‘Peningkatan Kualiti Air Sungai’untuk mempertingkatkan kualiti air
sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.
(iii) Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti meningkatkan
kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan orang ramai harus
dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah pencemaran sungai.Pada masa yang
sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika
disabit kesalahan terus dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu isu yang memerlukan kerjasama daripada
semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa persekitaran kita bersih dan
selamat untuk hidup.Dengan alam sekitar yang bersih,maka lahirlah manusia yang sihat.

BERSAMA-SAMALAH CINTAI ALAM SEKITAR KITA!!!!