You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT BIL 04/2009

MAJLIS PENUTUPAN RASMI MINGGU KOKURIKULUM


TARIKH: 10 MAC 2009
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

KEHADIRAN:
1) Muhammad Fudhail Bin Razak (Guru Besar)
2) Mohd Fitri Bin Ismail (Setiausaha)
3) Isma Hazwani bt Ismail
4) Osman Bin Daud
5) Mohd Zaki Bin Mohamed Som
6) Dzul Azizuddin Bin Dzulkifli
7) Nurul Nadia Binti Murad
8) Nur Shakirin Binti Ramli
9) Hamizan Bin Harun
10) Ahmad Arham Bin Omar
11) Siti Atiqah Binti Ali
12) Irma Binti Abdul Rahman
13) Nor Hidayah Binti Mohd Azam
14) Siti Nuraisyah Binti Khairul Fahmi
15) Norhasiswana Binti Jamhuri
16) Norliyana Binti Masri
17) Mohd Azman Bin Azahar
18) Syafiqah Izwah Bint Ishak
19) Marlia Arnida Binti Marrudzuki
20) Hasnul Huda Binti Yaaacob

21) Noorazila Binti Seman


22) Siti Hajar Binti Musa

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1

Pengerusi

memulakan

mesyuarat

dengan

bacaan

al-

Fatihah

dan

mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.


1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan kepada ahli mesyuarat.
1.3 Pengerusi meminta minit mesyuarat bil 03/ 2009 diedarkan kepada semua ahli
mesyuarat.
1.4 Pengerusi meminta setiausaha membentangkan minit mesyuarat yang lepas.
1.5 Pengerusi meminta seorang ahli mesyuarat untuk mengesahkan minit
mesyuarat yang lepas.
1.6 Pengerusi bertanya perkara-perkara berbangkit yang ingin dibangkitkan.
1.7 Pengerusi

berharap agar semua ahli mesyuarat menjalankan tugas yang

diberikan.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


2.1 Setelah diteliti minit mesyuarat yang lalu, En. Osman b. Mat Daud telah
mnecadangkan supaya , minit mesyuarat bil 03/2009 disahkan tanpa pindaan dan
disokong oleh semua ahli mesyuarat.

3. PERKARA BERBANGKIT
3.1 Merujuk kepada Perkara 4.3 iaitu pertandingan keceriaan papan kenyataan.
Tempoh pertandingan perlu dipanjangkan selama seminggu untuk memastikan
semua kelas terlibat dalam pertandingan ini.
(Tindakan : Syafiqah Izwah)

4. MAJLIS PENUTUPAN RASMI MINGGU KOKURIKULUM


4.1 Mesyuarat telah membincangkan atucara program semasa majlis minggu
penutupan rasmi minggu kokurikulum. Atucara program yang telah dipersetujui
dalam mesyuarat adalah :
i.

Majlis dimulakan pada jam 7.30 pagi

ii.

Pemeriksaan perbarisan akan dilakukan sebelum tetamu masuk ke


dalam dewan

iii.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, diikuti nyayian asmaul- husna,


lagu negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah.

iv.

Ucapan guru besar

v.

Ucapan perasmian penutup

vi.

Persembahan drama

vii.

Persembahan multimedia

viii.

Penyampaian hadiah

ix.

Majlis bersurai

x.

Jamuan

(Tindakan : Semua)

4.2 Mesyuarat turut membincangkan sumber kewangan bagi menampung kos


majlis. Sumber kewangan yang diperoleh adalah daripada :
I.

Peruntukan koperasi sebanyak rm500.00

II.

Sumbangan murid sebanyak rm 3.00 seorang

(Tindakan : Siti Nuraisyah)

4.3 Pemilihan VIP


Nurul Nadia mencadangkan Ketua pegawai PPD , Encik Masron bin
Samion sebagai tetamu VIP pada majlis penutupan rasmi dan disokong
oleh semua.

4.4 Perlantikan AJK pelaksana.


a) En. Fitri telah mencadangakn En. Arham sebagai Pengerusi AJK
Pelaksana dan disokong oleh semua.
b) En. Dzul mencadangkan En. Hamizan sebagai naib pengerusi AJK
pelaksana dan disokong oleh semua.
c) Cik Aisyah telah mencadangkan En. Fitri sebagai setiausaha dan
disokong oleh semua
d) Cik Hasiswana

telah mencadangkan Cik Syafiqah Izwah sebagai

bendahari dan disokong oleh semua.


e) Cik. Liyana telah mencadangakan Puan Marlia sebagai Ketua AJK
pengacaraan majlis dan disokong oleh semua.
f) Puan Isma telah mencadangkan Cik Shakirin sebagai ketua AJK doa
dan persembahan dan disokong oleh semua.
g) Cik Hajar telah mencadangkan Puan Nadia sebagai ketua AJK seranta
dan disokong oleh semua.
h) Cik Syafiqah telah mencadangkan En. Osman sebagai ketua AJK
publisiti dan penerbitan dan disokong oleh semua.
i) Cik Atiqah telah mencadangkan

En. Azman sebagai ketua AJK

multimedia dan disokong oleh semua.


j) En. Azman telah mencadangkan Puan Irma sebagai ketua AJK
Cenderahati dan disokong oleh semua.

k) Puan Hidayah telah mencadangkan En. Dzul sebagai ketua AJK


protokol dan disokong oleh semua.
l) Cik Azila telah mencadangkan Puan Huda sebagai ketua AJK jamuan
dan disokong oleh semua.
m) Puan Irma telah mencadangkan Cik Azila sebagai Ketua AJK fotografi
dan dokumentasi.
n) En. Fitri telah mencadangkan Puan Isma sebagai ketua AJK
keselamatan dan kebersihan.

5.0 HAL- HAL LAIN


Puan Nadia telah menyatakan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling
akan mengadakan kem jati diri untuk murid tahun 6 pada 27 April 2009 di
padang sekolah.
(Tindakan : semua )

Mesyuarat ditangguhkan pada 4.00 petang. Mesyuarat diakhiri dengan bacaan


tasbih kafarah dan surah al-Asr.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh

.....................................

........................................

Mohd Fitri bin ismail

Mohd Fudhail bin razak

Setiausaha

Guru besar

You might also like