RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang
berikut;-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA NEGARA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
“ Kita adalah satu bangsa yang ingin maju dan berjaya. Kita ada peranan kita
masing-masing…yang penting utamakan musyawarah kerana itu amalan demokrasi,
kesusilaan dan ketertiban di mana akhirnya perpaduan ditegakkan di atas prinsip-
prinsip inilah yang akan menjamin masa depan yang baik.”
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
HURAIAN LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
Berikut adalah huraian lima prinsip Rukun Negara:
1. Kepercayaan kepada Tuhan
Pegangan agama yang kukuh akan menjadikan Malaysia satu bangsa yang
berdaulat.
Individu yang percaya kepada Tuhan tidak akan melakukan perkara yang tidak baik,
melanggar undang-undang dan menjejaskan kedaulatan negara.
2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Pemerintahan negara bercorak Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berperlembagaan.
Demokrasi Berparlimen bermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem
pemerintahan negara manakala Raja-raja Melayu menjadi lambing taat setia rakyat.
Sistem raja Berperlembagaan adalah sistem pemerintahan yang mengekalkan
sebagai pemerintah tertinggi dan dibantu oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara harus ditaati dan dihormati oleh
rakyat.
3. Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan merupakan prinsip yang ketiga dalam Rukun Negara.
Perlembagaan adalah sumber undang-undang negara tertinggi yang luhur dan suci.
Perlembagaan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
Peraturan atau prinsip asas bagi membentuk sesebuah kerajaan/negara.
Dokumen rasmi yang mengandungi undang-undang utama.
Sumber bagi menggubal undang-undang yang lain.
Panduan pembahagian kuasa antara bidang pemerintahan dan pelaksanaanny
Fungsi Perlembagaan adalah untuk memberi perlindungan kepada rakyat dalam
negara akan hak dan keistimewaan sebagai warganegara.
Rakyat harus mematuhi, menerima dan mempertahankan kemuliaan dan keluhuran
Perlembagaan negara.
4. Kedaulatan Undang-undang
Undang-undang dapat menjamin keamanan, kestabilan, kemakmuran dan
kedaulatan negara. Adanya undang-undang, sistem pemerintahan dapat berjalan
dengan licin dan teratur.
Undang-undang negara berasaskan Perlembagaan Malaysia.
Perlaksanaan undang-undang penting bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman
dalam negara serta menjamin hak-hak rakyat dalam negara.
Tanpa undang-undang, kehidupan dalam masyarakat dan negara akan kucar-kacir,
tidak aman dan tidak selamat
5. Kesopanan dan Kesusilaan
Prinsip ini memberi penekanan kepada pembentukan personality, tingkah laku dan
perlakuan seseorang warganegara yang bersopan, bersusila dan berbudi pekerti
mulia.
Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum perlu mengamalkan prinsip yang kelima
ini bagi menjamin perpaduan dan persefahaman antara kaum.
Masyarakat yang bersopan dan berperibadi mulia ini dapat membentuk sebuah
masyarakat yang aman dan harmoni.
BIBLIOGRAFI
http://mbsskl.edu.my/panitia_sivik/kenegaraan/rukun-negara/