You are on page 1of 10

TAKRIF SINTAKSIS DAN KOMPONENNYA

Jika ditinjau asal-usul perkataan sintaksis, kata ini berasal daripada perkataan
Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti menempatkan kata-
kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat. Kata suntattein ini
kemudian menjadi istilah syntaxis dalam bahasa Belanda, dan Syntax dalam bahasa
inggeris. Menurut Nik Safiah Karim et al., 1993: 317, sintaksis ditakrifkan sebagai
bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat. Bagi
Abdullah Hassan (1980:164), sintaksis merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan
ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi klausa dan ayat merupakan
unit terbesar.
Contohnya : Aminah baru pulang dari sekolah.
Daripada contoh, binaan tersebut ialah ayat. Ayat tersebut mengandungi satu klausa
yang terdiri daripada subjek iaitu Aminah, dan predikatnya baru pulang dari sekolah.
Dalam klausa tersebut pula mengandungi satuan yang disebut frasa, iaitu frasa
Aminah, baru pulang dari sekolah. Dengan kata lain, ayat tersebut terdiri daripada
konstituen frasa dan konstituen klausa. Daripada pelbagai definisi tersebut, dapat
dirumuskan bahawa sintaksis sebagai kajian tentang bagaimana ayat-ayat dibentuk
bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa, dan ayat.
Dalam pembahasan sintaksis, yang dibincangkan ialah struktur frasa, klausa dan ayat.
Hal ini bermakna bahawa satuan yang paling kecil dikaji dalam sintaksis ialah frasa,
manakala satuan yang paling besar ialah ayat.

Ayat merupakan unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mempunyai makna yang lengkap. Jumlah ayat dalam 15 sesuatu
bahasa tidak terhad tetapi dapat digolongkan kepada ayat dasar dan ayat terbitan.
Dalam ayat dasar, unsur yang menjadi konstituen subjek ialah frasa nama manakala
unsur predikatnya boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama. Berdasarakan konstituen subjek dan predikat, pola ayat dasar
bahasa Melayu terdiri daripada empat pola ayat iaitu FN+ FN, FN+ FK, FN+ FA dan
FN+ FSN.
TAKRIF MORFOLOGI DAN KOMPONENNYA

Menurut Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu (Perkataan), 1996 : m/s 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi
satu cabang daripada ilmu linguistic yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada
perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik
atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi
adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk
ayat.

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya dalam buku Tatabahasa
Dewan Edisi Baharu, 2004 : m/s 43 berpendapat, morfologi ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata
dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit
bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem
ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan
tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi
makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.




Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar,
misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi
dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi lebih daripada
dua morfem. Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem
yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya
wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah
morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan
ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata
dasar.


Morfem Bebas Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya:
minum, cuti, sekolah, periksa
Bentuk imbuhan, misalnya:
mem, per, kan, ber
Mempunyai maksud sendiri. Tidak mempunyai makna tetapi
mempunyai fungsi tatabahasa atau
nahu. Boleh mengubah makna
sesuatu kata dan seterusnya makna
ayat.



Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses
penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam
kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.





PENGANALISISAN KATA

BIL PERKATAAN KELAS KATA
1 Namun Kata hubung
2 Begitu Kata keterangan
3 Pelbagai Kata bilangan
4 masalah Kata nama
5 Dihadapi Kata kerja
6 Oleh Kata sendi nama
7 Kerajaan Kata nama
8 Untuk Kata hubung pancangan
9 Menyediakan Kata kerja
10 Kemudahan Kata nama
11 Kesihatan Kata nama
12 Kepada Kata sendi nama
13 Rakyat Kata nama
14 Apabila Kata hubung/ kata majmuk
15 Meluaskan Kata kerja
16 Perkhidmatan Kata nama
17 Ke Kata sendi nama
18 Kawasan Kata nama
19 Luar Kata nama arah
20 Bandar Kata nama
21 Masalah Kata nama
22 Utama Kata adjektif
23 Yang Kata pancangan relatif
24 Dihadapi Kata kerja
25 Ialah Kata pemeri/kata hubung


BIL PERKATAAN KELAS KATA
26 Kekurangan Kata nama
27 Tenaga Kata nama
28 Kerja Kata nama
29 Professional Kata adjektif
30 Seperti Kata sendi nama
31 Doctor Kata nama
32 dan Kata hubung gabungan
33 Jururawat Kata nama
34 kekurangan Kata nama
35 Wujud Kata kerja
36 kerana Kata hubung pancangan keterangan
37 Permintaan Kata nama
38 Terhadap Kata sendi nama
39 Jawatan Kata nama
40 Melebihi Kata kerja
41 Tenaga Kata nama
42 Kerja Kata nama
43 Yang Kata hubung pancangan relatif
44 Sedia Kata kerja
45 Ada Kata kerja
46 Di Kata sendi nama
47 Samping Kata keterangan arah
48 Itu Kata ganti tunjuk
49 Latihan Kata nama
50 Professional Kata adjektif
51 Misalnya Kata tugas/penanda wacana
52 Doctor Kata nama
53 mengambil Kata kerja

BIL PERKATAAN KELAS KATA
54 Masa Kata nama
55 Yang Kata hubung pancangan relatif
56 Lama Kata adjektif
57 Dan Kata hubung gabungan
58 Memerlukan Kata kerja
59 Perbelanjaan Kata nama
60 Yang Kata hubung pancangan relatif
61 Tinggi Kata adjektif
62 Kekurangan Kata nama
63 Tenaga Kata nama
64 Kerja Kata nama
65 Mahir Kata adjektif
66 Telah Kata bantu
67 Menyebabkan Kata kerja
68 Pusat Kata nama
69 Tidak Kata keterangan nafi
70 Dapat Kata bantu
71 Berfungsi Kata kerja
72 Dengan Kata sendi nama
73 Sempurna Kata adjektif
74 Keadaan Kata nama
75 Ini Kata ganti tunjuk/penentu
76 Menjadi Kata kerja
77 Tidak Kata keterangan nafi
78 Seimbang Kata adjektif
79 Apabila Kata hubung
80 Permintaan Kata nama


BIL PERKATAAN KELAS KATA
81 Yang Kata pancangan relatif
82 Tinggi Kata adjektif
83 Terhadap Kata sendi nama
84 Tenaga Kata nama
85 Professional Kata adjektif
86 Yang Kata pancangan relatif
87 Menjanjikan Kata kerja
88 Pulangan Kata nama
89 Lumayan Kata adjektif
90 Factor Kata nama
91 Tersebut Kata penentu/kata kerja
92 Mendorong Kata kerja
93 Perpindahan Kata nama
94 Tenaga Kata nama
95 Kerja Kata nama
96 Professional Kata adjektif
97 daripada Kata sendi nama
98 Perkhidmatan Kata nama
99 Awam Kata nama
100 Yang Kata hubung pancangan relatif
101 Kepada Kata sendi nama
102 Swasta Kata nama
103 Ini Kata ganti tunjuk/penentu
104 Menyebabkan Kata kerja
105 Taburan Kata nama
106 Perkhidmatan Kata nama
107 Kesihatan Kata nama
108 menjadi Kata kerja
BIL PERKATAAN KELAS KATA
109 Tidak Kata keterangan nafi
110 Seimbang Kata adjektif
111 Hal Kata nama
112 Ini Kata ganti tunjuk/penentu
113 Demikian Kata keterangan cara
114 Kerana Kata hubung pancangan keterangan
115 Kebanyakan Kata nama
116 Pusat Kata nama
117 Perkhidmatan Kata nama
118 swasta Kata nama
119 Terletak Kata kerja
120 Di Kata sendi nama
121 Kawasan Kata nama
122 Bandar Kata nama
123 Dengan Kata sendi nama
124 Ini Kata ganti tunjuk/penentu
125 Kawasan Kata nama
126 Bandar Kata nama
127 Mempunyai Kata kerja
128 Perkhidmatan Kata nama
129 Kesihatan Kata nama
130 Yang Kata hubung pancangan relatif
131 Lebih Kata bantu/penguat
132 Banyak Kata bilangan
133 Manakala Kata hubung pancangan/penanda
wacana
134 Di Kata sendi nama
135 Kawasan Kata nama
136 Luar Kata nama arah











BIL PERKATAAN KELAS KATA
137 Bandar Kata nama
138 Pula Katu bantu
139 Untuk Kata hubung pancangan komplemen
140 Mendapatkan Kata kerja
141 Tenaga Kata nama
142 Kerja Kata nama
143 Professional Kata adjektif
144 Bagi Kata hubung
145 Pusat Kata nama
146 Kesihatan Kata nama
147 Awam Kata nama
148 Amat Kata keterangan darjah/kata penguat
149 Sukar Kata adjektif
150 Diperoleh Kata kerja pasif