You are on page 1of 1

Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur

Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti


pembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa
prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, modul ini
hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yang sering digunakan oleh guru di dalam
bilik darjahLatih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa,
sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz
oleh murid. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem
dalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang
boleh menghasilkan makna yang berbeza. Contoh, Daki - Laki. Latih tubi pemintal lidah
bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu dengan betul dan tepat.
Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid.
Misalnya, kelemahan menyeb ut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid.
Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana
menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang
tertentu. Contoh,
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan pertuturan.
Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-
gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta
bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.
Karangan Lisan
Karangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-murid
berdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahan rangsangan kepada
murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk
menulis
karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang
dibaca ataupun senarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid
dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji. Kemudian,
muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan
perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh
lebih penting daripada menghasilkan karangan bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-
murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul
keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi
tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam konteks
sosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan,
simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada
peringkat yang lebih mencabar.