You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN
Lempar cakera ialah lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan. Ia
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek. Cakera yang digunakan adalah jauh
lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini. Acara cakera mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1896. Acara ini telah megalami banyak
perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera.
Individu yang berbadan besar dan tinggi biasanya sesuai untuk menguasai cara
melempar cakera. Kepantasan serta keseimbangan badan juga merupakan kualiti yang
penting bagi seorang pelempar. Melempar cakera memerlukan daya tumpuan yang sangat
tinggi untuk mencapai jarak paling jauh.
Acara lempar cakera dipertandingkan dalam satu kawasan khas yang disediakan untuk
acara ini bertujuan untuk tujuan keselamatan. Dalam kejohanan Sukan Olimpik dan
kejohanan yang lain, kawasan acara ini berpagar dan berjaring besi kecuali di bahagian
hadapannya yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain yang menyerupain
kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah
berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi
dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Ia juga boleh diperbuat tanpa melekatkan
piring besi pada bahagian tengah, asalkan bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat
keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan.
Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera
yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk wanita. Begitu cakera
untuk sekolah. Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
Bil Perkara/ bahagian Lelaki Wanita
1 Berat keseluruhan untuk pertandingan 2.0kg (mininum) 1.0kg (mininum)
2 Ketebalan bahagian tengah cakera 40-46mm 37-39mm
3 Diameter piring atau kawasan rata
pada tengah cakera
50-57mm 50-57mm
4 Diameter keseluruhan cakera 218-221mm 180-182mm
5 Ketebalan logam pada sekeliling
cakera
12.0mm 12.0mm

BULATAN LEMPARAN
Bulatan lemparan bermaksud bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk
peserta lempar cakera membuat lemparannya. Garisan atau bahan yang membentuk
bulatan hendaklah diperbuat daripada besi, logam lain dan kayu dengan bahagian atasnya
hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling.
Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen, atau bahan lain yang
tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5m
diameternya. Bulat lemparan ini dibahagikan kepada 2 bahagian yang sama besar.
Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang
5mm, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya 6mm tebal dan diwarnakan
putih. Garisan lurus setebal 5cm lebar hendaklah dilukiskan diluar bulatan sekurang-
kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan. Permukaan bulatan juga diperbuat
daripada kayu atau bahan lain yang sesuai.

KAWASAN LEMPARAN
Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk daripada garisan separuh bulatan
dengan keluasan sudutnya 40 darjah. Panjang kawasan ini tidak terhad. Bagi peringkat
sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60m panjang, manakala, bagi peringkat
antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100m. Panjang kawasan hendaklah
diukur dari tengah bulatan lemparan cakera.
Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau
penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakah
pada jarak tertentu, umpamanya 30m, 40m dan 50m untuk peringkat sekolah, dan jarak
yang lebih jauh seperti 50m, 60m, 70m dan 80m. Garisan yang menandakan rekod atau
pencapaian yang terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganjur.
Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk membuat lemparan,
setidak-tidaknya untuk mereka mencipta rekod baru.

KURUNGAN KESELAMATAN
Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara
lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Langkah
yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat
lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat
menahan lemparan cakera yang beratnya 2kg serta dilempar pada kelajuan sehingga
melebihi 25m sesaat.
Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum 6 batang tiang yang
menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah 6 meter, terletak 5 meter di hadapan
bulatan lemparan. Setiap kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya 4m tinggi.
Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya.
Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan,
kemungkinnan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan
terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah.
Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang
disediakan.
Walau bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkatan sekolah atau kadang-
kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Ini mungkin kerana teknik
lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan
badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya.
Alasan lain mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan
kurungan keselamatan ini. Akan tetapi, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun
pertandingan hanya pada peringkat sekolah.
PITA PENGUKUR
Oleh sebab dalam acara lontaran termasuk lempar cakera, kejuaraan ditentukan oleh
jarak lemparan yang dibuat, maka sudah tentu jarak ini perlu diukur. Alat yang digunakan
ialah pita pengukur. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh
peserta kecuali lemparannya dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan
oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan. Walaupun pita ditarik
hingga titik tengah bulatan lemparan itu. Akan tetapi dalam kebanyakan perjumpaan
olahraga peringkat antarabangsa, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk
menggantikan penggunaan pita pengukur. Dengan demikian, setiap jarak yang dibuat dapat
diukur dengan lebih cepat dan tepat.
PEGAWAI PERTANDINGAN
Biasanya antara tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan
untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan
itu batal ataupun sah, menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulatan lemparan, atau
cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua
orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan
dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta.

KESILAPAN
Beberapa kesilapan yang biasa dilakukan dalam teknik lempar cakera adalah seperti berikut:
1. Putaran cakera di udara tidak benar, ataupun terbalik.
2. Mengayun cakera tidak pada garisan lurus, menyebabkan lemparan tidak sempurna.
3. Hayunan terakhir tidak kuat, maka lemparan tidak cepat dan kuat.
4. Gerakan melempar cakera dilakukan dengan kaku.

LATIHAN SPESIFIK
Latihan 1
Tujuan: mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.
a) Berdiir dengan kaki dijarakkan. Kaki kanan di belakang. Bengkokkan kaki sedikit.
b) Hayunan cakera berulang kali ke depan dan ke belakang di sisi badan. Diingatkan
supaya tidak menggenggam cakera. Pegangan seperti biasa.
c) Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan
cakera supaya ia bergolek di atas tepinya secara lurus ke depan. Di saat-saat akhir
melepaskan cakera, putarkan cakera dengan pergerakan jari tengah dan telunjuk.
Latihan 2
Tujuan: latihan berdiri dan melempar cakera dengna kilasan badan.
a) Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegangan
cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.
b) Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan.
Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.
c) Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-
dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.
Latihan 3
Tujuan: latihan berpusing selepas menghayun cakera.
a) Berdiri menghadap kawasan belakang arah lemparan. Badan direndahkan sedikit.
Hayun cakera ke belakang dan ke depan bahu kiri.
b) Pada kali kedua sambil hayun cakera ke depan, badan berpusing ke arah lawan jam (ke
sebelah kiri). Cakera masih mengikut dari belakang.
c) Sambil berpusing, kaki kanan digerakkan melepasi kaki kiri yang berpaksi.
d) Lakukannya sehingga badan menghadap semula ke belakang.
e) Garisan dan tandaan boleh ditandakan di atas tanah untuk membantu latihan
memusingkan badan sebagai panduan kedudukan kaki, Buat latihan dengan pergerakan
yang perlahan dan kemudian beransur maju.
Latihan 4:
Tujuan: simulasi peringkat selepas akhir pusingan pertama dan permulaan untuk melempar.
a) Berdiri di tengah-tengah bulatan dan menghadap ke belakang kawasan lemparan dan
hayunkan cakera.
b) Hayunan cakera dari belakang sambil mengangkat kaki kiri dan mula mengilaskan
badan ke depan bulatan.
c) Apabila cakera sampai ke arah bahu, ia dilemparkan ke depan. Pada ketika lemparan,
pastikan kaki kanan menolak kuat atas tanah.