INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS BAHASA MELAYU

,
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR.
Bilangan Jurnal : Ketiga
Minggu Praktikum : Ketiga
Tarikh Peristiwa : 10 – 14 Februari 2014
TajukJurnal : Penggunaan Bahan Bantu Belajar & Aktiviti P&P

1. Masalah / Peristiwa
Saya merasakan bahawa saya telah mengadakan suatu aktiviti yang
dapat menarik minat murid-murid. Hal ini menyebabkan saya mula berfikir
bahawa saya sepatutnya mengadakan aktiviti sebegini dengan lebih kerap agar
penglibatan murid menjadi lebih aktif. Saya sedar bahawa pada sebelum ini,
saya lebih banyak membuat aktiviti yang agak membosankan bagi murid yang
boleh menyebabkan mereka menjadi kurang berminat untuk melakukan sesuatu
aktiviti semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga akui
penggunaan BBB saya lebih banyak kepada lembaran-lembaran kerja serta
petikan-petikan yang boleh membosankan murid.

2. Analisis
Masalah ini wujud apabila pelajar tidak sepenuhnya menghayati tajuk dan
isi pelajaran semasa P&P sedang dijalankan semasa saya menggunakan
lembaran kerja atau petikan-petikan teks. Berbanding pula dengan semasa saya
mengadakan aktiviti berbentu permainan, murid-murid kelihatan sangat teruja
dan gembira untuk melakukan aktiviti tersebut. Penggunaan BBM yang mudah
tidak dapat menarik perhatian pelajar-pelajar. Kesannya pelajar mudah hilang
fokus dan apabila membentangkan sesuatu aktiviti, pelajar tidak dapat
menghayati tugasan secara mendalam apabila BBM yang digunakan lebih
kepada teks-teks dan lembaran-lembaran kerja.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a- Saya perlu lebih kerap melihat penggunaan BBM daripada rakan-rakan lain
bagi menjana idea dan membuka pemikiran saya dengan lebih luas.
b- Saya perlu meneroka tentang permainan bahasa dan berfikir di luar kotak
untuk melahirkan idea yang lebih menarik untuk penggunaan BBM.
c- Saya perlu berkolaborasi dengan guru-guru berpengalaman termasuk guru
pembimbing dan juga pensyarah pembimbing saya bagi mendapat idea yang
bersesuaian terhadap pengunaan BBB yang sesuai digunakan berkaitan
penglibatan murid.


4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Masalah ini akan saya cuba untuk atasi menjelang sesi pengajaran dan
pembelajaran pada minggu hadapan.


Disemak Oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful