You are on page 1of 17

Pengenalan

Pada masa kini pendidikan khas di Malaysia bukanlah sesuatu yang dianggap
baharu dalam perkembangan dunia pendidikan. Pada awal tahun 20-an, pendidikan
khas ke arah mencari ruang bagi mewujudkan peluang pendidikan kepada kanak-
kanak berkeperluan khas. Kini selepas melewati usia ke 50 tahun kemerdekaan,
perkembangan pendidikan khas di Malaysia bolehlah dianggap berada pada
peringkat kesedaran dan masih dalam usaha menuju kea rah kesempurnaan.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk
mendapatkan pendidikan yang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En.
Abd Rahim Bin Talib,2007). Oleh itu, Pendidikan Khas adalah pengajaran yang
direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagi kanak-kanak yang
berkeperluan khas. Salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas yang telah
dikenal pasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Salah satu kurikulum dalam Pendidikan Khas adalah asas dalam kemahiran
membaca. (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010). Membaca ialah suatu
kemahiran rumit yang kerap dipandang ringan. Setelah dikaji dengan terperinci
tentang pelbagai kemahiran yang terlibat, barulah kita menyedari bahawa membaca
terangkum dalam dunia operasi yang dipelajari dan proses mental. Menurut John
Everatt (2008), perbuatan membaca dapat dianggap sebagai terbina daripada dua
proses iaitu mentafsir bentuk bertulis dan memahami mesej yang disampaikan oleh
bentuk bertulis tersebut.
Dalam konteks murid bermasalah pembelajaran, kemahiran membaca meliputi
kemahiran membaca suku kata kv, perkataan kvkv, kvkvkv dan seterusnya. Merujuk
Kementerian Pelajaran Malaysia (2010), kemahiran membaca perkataan kvkv
merupakan salah satu fokus utama dalam Bahasa Melayu.
Kebanyakan murid Pendidikan Khas mempunyai masalah dalam kemahiran
membaca. Menurut K.A Razhiyah (2006) murid bermasalah pembelajaran sukar
mengenal huruf, membatangkan huruf, membunyikan huruf dan seterusnya
membaca perkataan ataupun ayat yang ditunjukkan.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat membaca ialah memerhatikan isi sesuatu
yang tertulis dan tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya.
Seterusnya menurut Kamus Dewan edisi keempat perkataan membaca merupakan
bunyi atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa yang disebutkan atau ditulis dan
sebagainya dengan menggunakan huruf-huruf untuk menyampaikan sesuatu
maksud.
Kesimpulannya, kemahiran membaca perkataan kvkv boleh diklasifikasikan sebagai
kemahiran membunyikan huruf-huruf yang bertulis serta memahami makna bunyi
huruf-huruf tersebut. Oleh itu kajian ini akan dijalankan untuk meningkatkan
kemahiran membaca perkataan kvkv.
Tambahan pula, masalah persepsi visual di kalangan murid akan menjejaskan
pembelajaran kemahiran membaca kerana perhubungan beberapa perkara yang
dikesan secara visual sangat diperlukan dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Koordinasi mata tangan diperlukan untuk murid melihat huruf dan mengenalpasti
kedudukan huruf yang dilihat.
Menurut Dlhadi Ismail dalam Noriati A. Rashid(2005) menyatakan kemahiran
koordinasi mata dan tangan harus dibantu. Pelbagai latihan dan permainan boleh
disediakan untuk melatih kanak-kanak mengenal dan membaca perkataan kvkv.











PENGUMPULAN DATA AWAL
Sepanjang saya menjalani praktikum fasa 3 ni, saya telah menjalankan empat kali
pengajaran untuk membaca perkataan kvkv. Murid-murid kelas Delima ini
kesemuanya merupakan murid-murid yang dikategorikan kanak-kanak lewat
pembelajaran. Lewat pembelajaran didefiniskan sebagai beberapa kecelaruan yang
mempunyai cirri-ciri perkembangan yang tidak sempurna, seperti perkembangan
kemahiran akademik, bahasa dan pertuturan. Kanak-kanak yang diklasifikasikan
sebagai bermasalah pembelajaran khusus ini menunjukkan kelemahan di dalam
menguasai membaca, menulis dan mengira dan adakalanya mempamerkan
kecelaruan yang lain seperti masalah tingkah laku dan bersosial (Rathus, 2004).
Setelah saya menjalankan pengajaran ini, saya mendapati murid-murid di dalam
kelas Delima ini telah mengenal huruf A hingga Z dan mereka juga boleh menulis
dengan baik. Namun apabila suku kata kv ini digabungkan menjadi satu perkataan
yang terdiri daripada dua suku kata iaitu gabungan kvkv, murid-murid ini tidak boleh
membatangkan perkataan tersebut. Mereka sering kali melakukan kesilapan dalam
proses membatangkan perkataan kvkv yang diberi sewaktu sesi P&P bagi subtopic
kemahiran membaca berlangsung. Sehubungan denagn itu, saya akan menjalankan
pelbagai cara dan kaedah bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi murid-murid
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini. Saya telah memilih untuk menjalankan
beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal yang dapat ditafsir dalam
beberapa dokumentasi. Antaranya ialah menganalisis hasil lembaran kerja,
pemerhatian dan temubual.
Analisis hasil lembaran kerja murid
Melalui analisis hasil kerja murid yang dilakukan saya dapat melihat sejauh mana
perkembangan murid dalam menguasai kemahiran membaca iaitu membaca
perkataan kvkv. Saya dapat mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh
murid ini. Saya juga dapat mengenalpasti suku kata kv yang menjadi masalah untuk
murid menguasai kemahiran membaca perkataan kvkv. Selepas menyemak hasil
kerja murid saya akan dapat menyimpulkan masalah yang dihadapi oleh murid.


Pemerhatian
Masalah dalam kemahiran membaca dapat juga dikenal pasti melalui pemerhatian.
Oleh yang demikian saya telah menjalankan pemerhatian dengan menggunakan
senarais emak ke atas murid-murid tersebut. Beberapa item telah diberi perhatian
semasa menjalankan pemerhatian tersebut antaranya adalah tentang tahap
penguasaan murid terhadap huruf dan suku kata kv. Hasil pemerhatian saya jelas
membuktikan murid-murid tersebut gagal dalam kemahiran menggabungkan bunyi
suku kata kv menjadi perkataan kvkv. Pemerhatian dilakukan semasa murid diminta
menggabungkan dua suku kata kv dan melekatkannya di hadapan kelas. Hal ini
jelas menunjukkan bahawa mereka tidak berupaya untuk membaca perkataan kvkv.
Temubual
Selain daripada menganalisis dokumen dan senarai semak, saya juga telah
melaksanakan sesi temu bual bersama guru mata pelajaran murid-murid tersebut.
Hal ini kerana, temu bual merupakan satu teknik yang amat berkesan untuk
meninjau persepsi seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya.
Justeru, hasil maklumat yang diperoleh daripada guru mata pelajaran mereka telah
membuktikan bahawa murid-murid ini menghadapi masalah dalam kemahiran
membaca perkataan kvkv.









HURAIAN FOKUS KAJIAN
Melalui beberapa pemerhatian yang telah dilakukan terutamanya menerusi sesi P&P
yang telah dilaksanakan, saya mendapati murid-murid menghadapi masalah dalam
membaca. Kumpulan sasaran tidak mempunyai masalah dalam menulis, mengecam
dan membunyikan huruf serta mengajar suku kata kv, tetapi tidak dapat
membatangkan perkataan yang melibatkan gabungan suku kata kvkv.
Permasalahan dalam menguasai kemahiran membaca ini dapat dikesan sepanjang
peemrhatian dan penilaian pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu yang dilaksanakan setiap minggu. Kemerosotan
pada graf pencapaian kemahiran membacabagi mata pelajaran Bahasa Melayu
yang diperolehi murid agak ketara. Mereka perlu dibantu bagi meningkatkan
kemahiran membaca mereka pada tahap yang lebih tinggi seperti bimbingan dan
interaksi pengajaran yang bereksan. Oleh yang demikian saya bercadang untuk
membantu murid-murid ini dengan memperkenalkan teknik Dadu Putar abgi
membantu murid-murid tersebut dalam meningkatkan kemahiran membaca
perkataan kvkv. Diharapkan teknik Dadu Putar ini dapat membantu murid
mengaplikasikan kemahiran membaca perkataan kvkv dalam kehidupan seharian.
Sebagai langkah awal, saya telah memberi tumpuan kepada beberapa aspek
penting dalam proses pemilihan fokus kajian ini. Pertamanya dari segi
kebolehtadbiran, teknik Dadu Putar ini mudah untuk dikendalikan dengan baik dari
segi masa, tempat dan responden. Perancangan aktiviti juga mengikut jadual
pelaksanaan dan amat membantu saya dalam melaksanakan kajian. Seterusnya,
pelaksaan aktiviti kajian ini dapat dilaksanakan dengan baik kerana responden
memberi kerjasama yang baik dan sesuai dengan fokus kajian. Selain itu peralatan
yang diperlukan sepanjang proses pelaksaan intervensi ini mudah diperoleh.
Teknik Dadu Putar yang akan dilaksanakan ini adalah bertujuan membantu murid
meningkatkan kemahiran membaca mereka yang mana merupakan salah satu
kemahiran yang penting dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kelemahan murid
dalam membatangkan suku kata kv menjadi perkataan kvkv dapat dikurangkan.
Selain daripada itu, teknik Dadu Putar juga mudah dilaksnakan terutamanya kepada
murid-murid yang mempunyai tahap kognitif yang rendah kerana aktiviti yang
dijalanakn tidak melibatkan aras pemikiran yang tinggi. Tambahan pula, aktiviti yang
dilaksanakan adalah melalui kaedah bermain. Menurut Choong Lean Keow(2008)
iaitu aktiviti permainan dapat meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa,
kecekapan sosial, kreativiti, imaginasi dan kemahiran berfikir murid. Pendekatan
belajar melalui bermain secara tidak langsung dalam memberi peluang murid
meneroka dalam keadaan gembira seterusnya memberi maklumat baru berkaitan
kemahiran membaca perkataan kvkv.
Di samping itu, teknik Dadu Putar ini telah meningkatkan tahap kolaborasi antara
saya, guru dan murid. Hal ini dapat dilihat apabila sata telah menjalankan kolaborasi
antara murid-murid untuk mengenalpasti murid yang mempunyai masalah dalam
kemahiran membaca perkataan kvkv. Malah saya telah menjalankan kolaborasi
antara guru pembimbing untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai responden
di samping mendapatkan bimbingan sepanjang saya menjalankan kajian ini.
Pelaksanaan intervensi dalam mengajar kemahiran membaca perkataan kvkv bukan
sahaja kepada murid Pendidikan Khas tapi relevan digunakan oleh guru-guru bagi
pengajaran peringkat pra sekolah dan pemulihan.
Proses pelaksanaan pengajaran menggunakan teknik Dadu Putar ini diharap dapat
membantu murid dalam meningkatkan kemahiran mengeja dan membatangkan
perkataan yang melibatkan gabungan suku kata kvkv seperti mana yang telah
dirancang.









Sorotan literature
Menurut Mok Soon Sang(2010), ingatan merupakan proses kebolehan manusia
untuk menerima maklumat, memproses dan menyimpannya dalam otak, kemudian
mengeluarkannya ketika diperlukan.
Menurut Mohd Sahandri Gani Hamzah penggunaan bahan bantu mengajar
membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan
kreatif manakala pelajar pula dapat dapat memahami pelajaran dengan lebih
berkesan. Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar yang berkesan dapat memberi impak positif terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Menurut K.A. Razhiyah Sesetengah kanak-kanak mempunyai masalah membaca.
Bagi mereka membaca adala perkara yang paling sukar. Mereka benci apabila
disuruh membaca dan tidak dapat membaca walaupun rakan sebaya meraka dapat
berbuat demikian. Mereka mempunyai masalah mengenal huruf dan bunyi sebutan
setiap perkataan.
Menurut Zharulnizam Shah Z.A(2010) masalah kognitif adalah berkaitan dengan
pemikiran yang lambat dan lembam, tidak berkeupyaan untuk membaca atau gagal
dalam pengecaman huruf dan suku kata.









OBJEKTIF KAJIAN DAN SOALAN KAJIAN
Objektif Umum
- Penggunaan teknik Dadu Putar dapat meningkatkan kemahiran membaca
perkataan kvkv
Objektif Khusus
- Meningkatkan kemahiran membaca suku kata kv menggunakan Dadu Putar
- Meningkatkan kemahiran membaca perkataan kvkv menggunakan teknik
Dadu Putar.
Soalan kajian
- Bagaimana murid dapat membaca perkataan kvkv yang terdiri daripada
gabungan suku kata
- Bagaimana murid dapat membaca perkataan kvkv dengan menggunakan
teknik Dadu Putar
Kumpulan sasaran
Kajian ini hanya melibatkan dua orang responden. Responden-responden ini terdiri
daripada seorang lelaki dan seorang perempuan. Antara cirri-ciri persamaan
responden ini ialah mempunyai masalah dalam membaca perkataan kvkv iaitu tidak
dapat membatangkan gabungan suku kata kv menjadi perkataan kvkv.
Responden kajian 1
Jantina : Lelaki
Umur :
Prestasi akademik
Tingkah laku : Penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran namun
kurang memahami arahan aktiviti yang ingin dijalankan.
Tidak dapat memveri tumpuan dalam tempoh masa yang lama

Responden kajian 2
Jantina : Perempuan
Umur :
Prestasi akademik :
Tingkah laku : Suka mengelamun dan kurang fokus
Lambat dalam melakukan sesuatu aktiviti

















PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN
Langkah-langkah tindakan
Teknik Dadu Putar merupakan satu intervensi yang digunakan dalam kajian tindakan
saya. Teknik Dadu Putar ini merupakan intervensi yang melibatkan satu set
permainan menggunakan dadu dan dekak-dekak suku kata. Saya menyediakan
dadu gambar, dadu suku kata kv dan dadu perkataan kvkv. Malah saya turut
menyediakan dekak-dekak gambar, dekak-dekak suku kata kv dan dekak-dekak
perkataan kvkv. Sesi pengajaran ini akan dijalankan sebanyak tiga kali.
Prosedur perlaksanaan
Di dalam intervensi Dadu Putar terdapat tiga aktiviti bagi meningkatkan kemahiran
murid membaca perkataan kvkv. Berikut adalah aktiviti yang akan dilaksanakan:
Aktiviti Dadu Putar 1
Aktiviti pertama ini dijalankan di dalam kelas. Murid diperkenalkan dengan
permainan menggunakan dadu dan dekak-dekak. Dadu yang disediakan bagi aktiviti
pertama ini ialah dadu yang mempunyai 4 gambar bagi perkataan kvkv. Seterusnya
murid diperkenalkan dekak-dekak yang mempunyai 4 suku kata kv. Murid
dikehendaki membaling dadu tersebut untuk menentukan gambar yang murid akan
dapat. Seterusnya murid akan memusing dan mencari gambar yang sama pada
dekak-dekak yang disediakan. Murid diminta memadankan gambar yang sama
dengan dadu yang telah diputar. Murid diminta menyebut gambar apa yang telah
mereka dapat. Langkah diteruskan dengan memutarkan dadu tersebut sebanyak 4
kali.
Rasional aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada
murid supaya perkara pertama yang murid perlukan dalam membaca perkataan
kvkv ialah dengan mengecam gambar dahulu sebelum perkataan. Hal ini kerana,
murid akan lebih mengingati gambar dahulu dan seterusnya mengaitkannnya
dengan perkataan kvkv. Ini akan membantu murid membaca perkataan kvkv melalui
gambar yang telah dilihat.

Aktiviti Dadu Putar 2
Pelaksanaan aktiviti ini dijalankan selepas perlaksanaan aktiviti pertama. Murid
ditunjukkan cara permainan Dadu Putar 2 ini. Cara yang perlaksanaan masih sama
dengan aktiviti pada langkah pertama. Namun begitu, aktiviti kedua ini melibatkan
dadu suku kata kv dan dekak-dekak suku kata kv. Perkara pertama yang perlu
dilakukan oleh murid ialah memutar dadu suku kata kv. Setelah mengenalpasti suku
kata kv yang mereka perolehi, murid diminta memusing dekak-dekak suku kata kv
yang sama dengan gambar yang diperolehi. Murid diminta menyebut suku kata kv
tersebut. Aktiviti diulangi sehingga kesemua suku kata kv diputarkan. Kemudian
murid akan menjawab soalan pada lembaran kerja berkaitan suku kata kv.
Rasional aktviti ini dijalankan adalah kerana murid perlu menguasai suku kata kv
terlebih dahulu sebelum dapat menguasai perkataan kvkv. Hal ini kerana, murid
secara tidak langsung dapat mengatasi masalah menggabungkan suku kata kv
menjadi perkataan kvkv.
Aktiviti Dadu Putar 3
Pada pelaksanaan aktiviti Dadu Putar 3 ini ialah. Murid ditunjukkan cara permainan
Dadu Putar 3 ini. Aktiviti ini adalah kesinambungan daripada aktiviti 1 dan 2. Cara
pelaksanaannya ialah aktiviti ini melibatkan dadu perkataan kvkv dan dekak-dekak
kvkv. Murid diminta memutar dadu perkataan kvkv. Seterusnya murid perlu
memusingkan kedua-dua dekak-dekak suku kata kv supaya setelah digabungkan
ianya akan menjadi perkataan kvkv. Malah murid perlu memusingkan dekak-dekak
gambar yang menunjukkan perkataan kvkv yang diperolehi. Selepas itu, murid
diminta membaca perkataan kvkv setelah menggabungkan dua suku kata kv.
Kemudian murid akan menjawab soalan pada lembaran kerja berkaitan perkataan
kvkv.
Rasional aktiviti Dadu Putar 3 ini ialah murid dapat menguasai kemahiran
menggabungkan suku kata kv menjadi perkataan kvkv. Hal ini kerana, murid akan
dapat mengenal pasti suku kata kv seterusnya menguasai perkataan kvkv. Malah
dalam aktiviti ini murid dapat menguasai kemahiran membaca perkataan kvkv
dengan mengecam gambar, mengecam suku kata kv dan mengecam perkataan
kvkv. Ketiga-tiga ini apabila digabungkan dapat meningkatkan kemahiran membaca
perkataan kvkv murid.
CARA MENGUMPUL DATA
Borang skor
Guru akan membuat catatan skor murid untuk setiap sesi aktiviti yang dijalankan.
Guru telah menentukan tahap murid berdasarkan tahap pencapaian yang telah
dibuat di dalam skor yang mereka perolehi. Guru akan menandakan (/) pada
perkataan kvkv yang murid telah kuasai. Setiap tanda akan memberi mata. Jumlah
skor murid akan dipindahkan pada jadual tahap penilaian dan dipersembahkan
dalam bentuk graf palang. Penggunaan boring skor bertujuan mengukur tahap
prestasi murid sama ada meningkat ataupun sebaliknya.
Senarai semak
Senarai semak dibuat semasa aktiviti sedang dijalankan. Hal ini adalah bertujuan
untuk melihat tahap penguasaan murid. Guru akan menandakan tahap penguasaan
murid bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Malah guru akan membuat catatan
sekiranya murid tidak menguasai sesuatu perkataan kvkv.
Lembaran kerja
Lembaran kerja telah dijalankan semasa aktiviti Dadu Putar 2 dan 3. Semasa aktiviti
Dadu Putar 2, murid perlu memadankan suku kata kv yang sama. Seterusnya murid
diminta membulatkan suku kata kv yang telah diperolehi hasil putaran dadu. Semasa
aktiviti 3, murid perlu memadankan perkataan kvkv yang sama. Murid juga perlu
membulatkan perkataan kvkv yang telah diperolehi hasil putaran dadu. Markah hasil
lembaran kerja akan dipindahkan dalam bentuk jadual.





INTERVENSI
Sebagai langkah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh murid-murid
kelas Delima, saya bercadang untuk menggunakan teknik Dadu Putar dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dengan memberi
fokus kepada perkataan yang terdiri daripada gabungan suku kata kv. Teknik Dadu
Putar yang akan dilaksanakan ini melibatkan deria sentuh dan penggunaan lidah
dalam medium pertuturan bagi menyebut setiap suku kata mahupun perkataan kvkv.
Kaedah Dadu Putar ini juga terdiri daripada tiga aktiviti iaitu Dadu Putar 1, Dadu
Putar 2 dan Dadu Putar 3. Aktiviti-aktiviti tersebut telah saya jelaskan melalui
langkah-langkah tindakan yang telah dilaksanakan pada setiap minggu bagi setiap
aktiviti. . pelaksanaan kaedah ini melibatkan penggunaan dadu dan dekak-dekak.
Malah kaedah ini terdiri daripada tiga dadu dan satu set dekak-dekak. Dadu yang
dihasilkan ialah dadu gambar, dadu suku kata kv dan dadu perkataan kvkv.
Manakala set dekak-dekak juga merangkumi gambar, suku kata kv dan perkataan
kvkv.
Aktiviti yang dijalankan ini bercorak permainan di mana merupakan kaedah yang
paling berkesan dalam memberi kefahaman kepada murid. Selain itu, ianya
melibatkan penggunaan bahan bantu mengajar yang sememangnya memberi
kemudahan kepada murid untuk memahami sesuatu pengajaran yang diajar. Hal ini
jelas dibuktikan dengan menurut Mohd Sahandri Gani Hamzah penggunaan bahan
bantu mengajar membolehkan guru menyampaikan pengajaran dengan lebih
mudah, menarik dan kreatif manakala pelajar pula dapat dapat memahami pelajaran
dengan lebih berkesan. Oleh yang demikian jelaslah menunjukkan bahawa
penggunaan bahan bantu mengajar yang berkesan dapat memberi impak positif
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pengaplikasian kaedah Dadu Putar dalam proses pengajaran dapat membantu
murid meningkatkan kemahiran membatangkan perkataan yang melibatkan
gabungan suku kata kv menjadi perkataan kvkv sekaligus meningkatkan pencapaian
murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya.


REFLEKSI PENGAJARAN
Membaca merupakan satu kemahiran yang perlu dikuasai untuk memenuhi
keperluan pembelajaran murid-murid dalam Bahasa Melayu. Zulkifley Hamid (1994)
dalam Husin Fateh Din(2011), kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh
seseorang pelajar melainkan setelah beliau mampu melakukan proses-proses
mengenali dan membezakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa.
Bagi mencapai tahap dalam kemahiran membaca, murid perlu menguasai
kemahiran asas seperti mengenal huruf dan suku kata. Sebagai mana yang kita
ketahui, masalah mengenal huruf dan suku kata menjadi penghalang utama dalam
membaca.
Saya telah menjalani praktikum selama tiga fasa di tiga buah sekolah masing-
masing di daerah Kuala Muda dan Kota Setar. Pada semester ini saya telah
ditempatkan di sebuah sekolah yang berada di daerah Kota Setar. Saya telah
diminta mengajar dua buah kelas iaitu Nilam dan Delima. Secara keseluruhannya
murid di kedua-dua buah kelas ini mempunyai bilangan murid diantara 4 hingga 5
orang. Kebanyakkan, murid tersebut mempunyai masalah lewat pembelajaran (slow
learner) dan yang selebihnya adalah cerebral palsy dan autism. Masalah
pembelajaran ialah kecacatan yang menghalang kemajuan akademik seseorang
individu yang bukan terencat akal dan bukan menghadapi masalah emosi (Slavin,
2003). Pada mulanya, saya telah menjalankan ujian diganostik bagi melihat sejauh
manakah tahap keupayaan murid. Ujian diganostik ini penting sebagai kayu
pengukur bagi guru dalam mengenalpasti tahap keupayaan murid. Hasil ujian
diagnostik yang telah dijalankan, murid masih belum boleh menguasai perkataan
kvkv. Oleh itu, saya telah memikirkan beberapa strategi dan kaedah yang boleh
digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengenal perkataan kvkv murid.
Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran saya telah menggunakan strategi
berpusatkan bahan. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof(2011) strategi berpusatkan
bahan menekankan lebih banyak kepada peranan penggunaan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan bahan ini akan dapat membantu tugas-tugas guru di dalam kelas atau
membantu murid untuk melaksanakan pembelajaran kendiri yang berkesan. Antara
bahan-bahan yang telah saya gunakan sepanjang pengajaran saya ialah kad
perkataan, kad gambar, terompah, puzzle, gelung dan lain-lain lagi. Jadi, saya
dapati bahan bantu mengajar dan penerangan guru amat penting.
Saya telah menjalankan strategi berpusatkan bahan iaitu mengajar dengan
menggunakan kad imbasan sebagai bahan bantu mengajar semasa sesi pengajaran
pertama. Kad imbasan ini merupakan kad gambar yang mempunyai gambar dan
perkataan kvkv. Saya menunjukkan kad gambar ini sambil menyebut perkataan
tersebut. Murid-murid dapat menyebut perkataan yang disebutkan berdasarkan kad
imbasan yang ditunjukkan. Namun begitu apabila saya menunjukkan gambar tanpa
menunjukkan perkataan, saya mendapati dua orang murid mempunyai masalah
untuk menyebut huruf pada perkataan tersebut. Saya juga turut menyediakan
lembaran kerja bagi melihat tahap keberkesanan pendekatan yang digunakan. Amat
mengecewakan apabila murid tersebut tidak dapat melaksanakan lembaran kerja
yang telah disediakan. Malah mereka memberi tumpuan hanya sekejap sahaja.
Seterusnya, semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kedua, saya telah
menggunakan aktiviti Kembara Suku Kata. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang
melibatkan permainan bagi memudahkan pemahaman murid. Ianya dapat dibuktikan
lagi dengan kata-kata oleh Choong Lean Keow(2008) iaitu aktiviti permainan dapat
meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa, kecekapan sosial, kreativiti,
imaginasi dan kemahiran berfikir murid. Aktiviti Kembara Suku Kata ini meliputi
aktiviti mencantumkan dua suku kata menjadi perkataan kv+kv dengan
menggunakan terompah. Seterusnya, murid diminta memancing kad perkataan
kv+kv dan melekatkannya di hadapan kelas. Apa yang saya perhatikan sepanjang
aktiviti ini murid hanya mengecam perkataan melalui gambar. Mereka mempunyai
masalah ketika memberi jawapan iaitu teragak-agak ketika memberi jawapan, dan
keliru jika tidak disertakan gambar. Timbul persoalan di fikiran saya mengapa
agaknya mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan sebutan yang betul
mengikut suku kata. Hal ini menyebabkan kemahiran membaca mereka amat lemah.
Selain itu, semasa sesi pengajaran ketiga saya telah menggunakan aktiviti Gelung
Suku Kata. Aktiviti ini juga masih melibatkan permainan yang memerlukan murid
bergerak dan bertindak untuk menghasilkan jawapan. Aktiviti ini dimulakan dengan
murid memilih satu sampul yang berisi gambar dan perkataan kvkv. Sebagai contoh
murid telah mengambil sampul yang berisi perkataan buku. Murid diminta melompat
ke dalam gelung pertama untuk mengambil puzzle suku kata kv pertama iaitu bu,
melompat ke dalam gelung kedua untuk mengambil puzzle suku kata kv ku untuk
dicantumkan menjadi buku. Seterusnya murid melompat ke dalam gelung ketiga
untuk mengambil gambar bedasarkan perkataan yang diperolehi. Akhir sekali, bagi
aktiviti ini, murid perlu melekatkan kesemua gambar dan suku kata kv yang
dicantumkan menjadi perkataan kvkv di atas kad manila yang telah disediakan.
Murid juga diminta membaca kembali perkataan kvkv yang telah dilekatkan di atas
kad manila. Sepanjang aktiviti yang dijalankan murid mempunyai masalah dalam
menggabung suku kata kv menjadi perkataan kvkv. Apabila sampai di gelung yang
kedua murid keliru untuk mengambil suku kata kv bagi membentuk perkataan kvkv
yang lengkap. Malah murid tidak mampu membaca perkataan kvkv dengan baik
apabila selesai melekatkan perkataan kvkv di atas kad manila. Hal ini sekaligus
menunjukkan masalah utama murid ialah membaca perkataan kvkv. Setelah
menjalankan tiga kali sesi pengajaran dan pembelajaran saya mendapati murid
daripada kelas Delima menghadapi masalah dalam bahasa iaitu kemahiran
membaca perkataan kvkv.
Terdapat jurang antara pengajaran lalu dengan kepercayaan saya terhadap
keberkesanan penggunaan kad imbasan dan Kembara Suku Kata yang digunakan
untuk mengajar tajuk mengenal suku kata kv dan perkataan kv+kv. Saya percaya
satu kaedah baru perlu dilaksanakn bagi membantu meningkatkan kemahiran
membaca perkataan kv+kv murid. Carlopio(1998) dalam Noriati A. Rashid(2010),
perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk
meningkatkan pencapaian melalui penambahbaikkan dalam perlaksanaan dan
amalan.
Setiap murid berhak mendapat pembelajaran yang sewajarnya dan berterusan
dalam memperkembangkan potensi diri seseorang murid itu. Hal ini jelas dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengatakan bahawa Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara. Oleh yang demikian saya akan mengenal pasti kaedah
yang sesuai dalam meningkatkan kemahiran membaca murid.
Setelah membuat beberapa pembacaan awal, saya telah membuat keputusan untuk
menggunakan kaedah Datar dalam intervensi saya. Bagi memantapkan
pengetahuan saya dalam intervensi tersebut, pembacaan secara meyeluruh dan
terperinci telah dijalankan terhadap kajian-kajian lampau mengenai latih tubi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraini Idris(2009) kaedah latih tubi
melibatkan pelajar melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang sehingga
dapat secara automatik, menyebut, mengingati serta membuat semula perkara
tersebut apabila disuruh berbuat demikian. Malah ianya dapat dikukuhkan lagi
dengan Teori Behavioris oleh Skinner yang mengatakan bahawa tingkah laku yang
diikuit oleh pengukuh akan meningkatkan keberangkalian berlakunya tingkah laku
yang sama pada masa depan.
Lantas daripada itu, mereka perlu menjalani satu kaedah ansur maju bagi mengenal
pasti suku kata kv terlebih dahulu. Oleh sebab itu, saya telah mereka cipta satu
intervensi yang saya rasa dapat membantu guru dalam melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran murid dalam
membaca perkataan kvkv. Intervensi yang dimaksudkan adalah melalui teknik
Rantai Suku Kata.

You might also like