Guru-guru di sekolah saya kelihatan sibuk

membuat persediaan untuk mengadakan Kejohanan
Sukan Tahunan pada minggu hadapan.Saya dan
rakan-rakan berasa sangat teruja.Kejohanan Sukan
Tahunan ini julung-julung kali diadakan.Kira-kira dua
minggu untuk Kejohanan Sukan Tahunan semua
rumah sukan telah mengadakan mesyuarat bagi
membincang tentang kerja-kerja yang harus
dilakukan oleh murid-murid.
Saya dan beberapa rakan-rakan dipilih untuk
menolong cikgu rumah kuning iaitu Puan Low. Puan
Low memilih saya kerana saya hanya masuk acara
seratus meter.Puan Low menerangkan kerja kerja
yang akan dilakukan oleh kami dengan lancar
supaya kami memahami tugas kami. Beliau
menyuruh kami datang ke sekolah pada keesokkan
hari pada pukul .!! petang.
Pada keesokkan hari" kami tiba di sekolah pada
pukul .!! petang. Kami telah menyiapkan kerja
sekolah.Pada hari itu juga terdapat latihan sukan
untuk rumah kuning.Puan Low memberi kami sebuah
kertas untuk menulis murid yang layak untuk
memasuki beberapa acara-acara yang dicatat di
kertas itu. Kami berpecah ke tempat latihan acara
yang ditetapkan.Saya telah pun mengambil acara
larian #!! meter.Saya merekodkan masa yang
diambil oleh setiap peserta.
Selepas itu" kami menghias padang
sekolah.Saya mengantung belon dan bendera-
bendera yang berwarna-warni.Kami meletakkan
beberapa meja untuk para hakim" tempat untuk
letak hadiah dan tetamu kehormat. Saya juga
mengaturkan kerusi untuk para ibubapa dan murid-
murid.Kami menyapu daun-daun kering yang
berlonggok di beberapa tempat di padang seklah.
Kami juga menolong cikgu-cikgu rumah kuning
untuk mendirikan khemah untuk para tetamu.Selain
itu" kami juga membalut semua hadiah yang akan
disampaikan nanti. Puan Low membelikan kami
segelas air sirap dan sepinggan nasi goreng
kampung di kantin sekolah.Beliau mengucapkan
terima kasih kerana melaksanakan tugas masing-
masing dengan tekun.
Saya berasa sangat gembira dan sangat
teruja.Saya tidak sabar untuk menghadiri Kejohanan
Sukan Tahunan nanti.Saya pasti menjalankan latihan
dengan bersungguh-sungguh supaya dapat menang
hadiah nanti.