You are on page 1of 54

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU




TUTORIAL

Tukarkan ayat-ayat aktif berikut
kepada ayat pasif
Ayat aktif

Guru disiplin yang garang itu
memarahi pelajar lelaki yang tidak
memakai lencana sekolah.



Ayat pasif
Pelajar lelaki yang tidak memakai
lencana sekolah sedang dimarahi
oleh guru disiplin yang garang itu.


Ayat aktif

Doktor yang berkaca mata tebal itu
sedang menjalankan pembedahan ke
atas pesakit tersebut.




Ayat pasif
Pembedahan ke atas pesakit tersebut
sedang dijalankan oleh doktor yang
berkaca mata tebal itu.

Ayat aktif

Awak belum menjelaskan yuran
keahlian persatuan Sains dan
Matematik.



Ayat pasif
Yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik belum awak jelaskan.



Ayat aktif

Saya telah melukis gambar
pemandangan di tepi pantai itu.


Jawapan
Gambar pemandangan di tepi pantai
itu telah saya lukis.



Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus
yang sangat besar.

Ayat pasif
Seekor tikus yang sangat besar
ditangkap oleh kucing jantan berbulu
lebat itu.



Tukarkan ayat-ayat pasif berikut
kepada ayat aktif
Ayat pasif

Negeri-negeri di Pantai Barat
Semenanjung Malaysia dihubungkan
oleh Lebuh Raya Utara.


Ayat aktif
Lebuh Raya Utara selatan
menghubungkan negeri-negeri di
Pantai Barat Semenanjung
Malaysia.

Ayat pasif

Perasaan gadis itu dipermainkan oleh
pemuda bermata keranjang yang
tinggal di bandar.




Ayat aktif
Pemuda bermata keranjang yang
tinggal di bandar
mempermainkan perasaan gadis
itu.


Ayat pasif


Ujian untuk memasuki kelas
memandu kereta telah saya duduki
pada awal bulan lalu.


Ayat aktif
Saya telah menduduki ujian untuk
memasuki kelas memandu kereta
pada awal bulan lalu.




Ayat pasif


Getah yang telah diproses itu telah
dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh
para pekerja di bahagian pemprosesan.



Ayat aktif
Para pekerja di bahagian
pemprosesan telah memasukkan
getah yang telah diproses itu ke
dalam bekas plastik.

Ayat pasif

Sebatang pokok kelapa di sebelah
rumah barunya sedang ditebang
oleh bapa saudara saya.


Ayat pasif
Bapa saudara saya sedang
menebang sebatang pokok kelapa
di sebelah rumah barunya.



Gabungkan ayat-ayat berikut
menggunakan kata hubung yang
bersesuaian
Ayat-ayat tunggal

(a) Budak lelaki itu duduk di atas
bangku.

(b) Budak lelaki itu adik saya.



Ayat majmuk
Budak lelaki yang duduk di atas
bangku itu adik saya.

Jenis: Ayat majmuk pancangan
relatif.
Ayat tungal:

(a)Kereta itu dijual olehnya.

(b)Kereta itu sentiasa rosak.


Ayat majmuk
Kereta yang sentiasa rosak itu dibaiki
lalu dijual olehnya.

Ayat ( a ) dan ( b ) digabungkan dengan
kata hubung lalu, sementara ayat( c )
dipancangkan melalui proses relatif ke
dalam ayat induk.
Ayat-ayat tunggal

(a) Masalah itu tidak sukar.
(b) Kami mengatasi masalah itu.



Ayat majmuk
Untuk kami mengatasi masalah itu tidak
sukar.

Ayat majmuk gabungan campuran.
Bahagian objek dalam ayat kecil, iaitu `masalah
itu berkongsi dengan bahagian subjek dalam
ayat induk, iaitu `masalah itu dalam ayat
komplemen dengan menggunakan kata hubung
komplemen `untuk.

Ayat-ayat tunggal

(a) Saya tidak hadir

(b) Saya dihidapi demam kuning.


Ayat majmuk
Saya tidak hadir kerana dihidapi
demam kuning.

Ayat majmuk keterangan
menggunakan kata hubung kerana.


Ayat-ayat tunggal

(a) Amri memerhatikan keadaan
di sekelilingnya.

(b) Amri menikmati udara segar.



Ayat majmuk
Amri memerhatikan keadaan di
sekelilingnya sambil menikmati
udara segar.

* Ayat majmuk gabungan
menggunakan kata hubung sambil.


Cerakinkan ayat-ayat majmuk berikut
menjadi ayat tunggal.
Ayat majmuk
Pak Mail menyiang sementara
Cik Salma menggoreng ikan
parang.
Ayat-ayat tunggal
(a) Pak Mail menyiang ikan
parang.

(b) Cik Salma menggoreng ikan
parang.

Ayat Majmuk

Fatin bertungkus-lumus belajar
tetapi Rafiq bermain komputer
sejak petang semalam.




Ayat ayat tunggal
(a) Fatin bertungkus-lumus
belajar sejak petang semalam.

(b) Rafiq bermain komputer sejak
petang semalam.

Ayat majmuk


Halimah memilih bunga ros manakala
Zahidah mengambil bunga orkid
untuk hiasan rumah mereka.


Ayat-ayat tunggal

(a) Halimah memilih bunga ros
untuk hiasan rumahnya.

(b) Zahidah mengambil bunga orkid
untuk hiasan rumahnya.


Ayat Majmuk


Shafie atau Rizwan akan dipilih untuk
menyertai pertandingan bola sepak
peringkat antarabangsa minggu depan.



Ayat-ayat tunggal
(a) Shafie akan dipilih untuk menyertai
pertandingan bola sepak peringkat
antarabangsa minggu depan.

(b) Rizwan akan dipilih untuk menyertai
pertandingan bola sepak peringkat
antarabangsa minggu depan.


Tukar ayat-ayat di bawah kepada
ayat songsang tanpa mengubah
maksud asalnya

Ayat biasa

Syarikat pengedar komputer di
Malaysia tumbuh dengan pesat
kini.

Ayat songsang
Tumbuh dengan pesat kini syarikat
pengedar komputer di Malaysia.
Ayat biasa
Sudah dua tahun Azman menjadi
jurutera setelah menamatkan
pengajian di universiti.



Ayat songsang
Setelah menamatkan pengajian di
universiti sudah dua tahun
Azman menjadi jurutera.
Ayat biasa
Kami akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk
memenangi pertandingan itu.
Ayat songsang
Untuk memenangi pertandingan itu
kami akan berusaha dengan
bersungguh-sungguh


Baca petikan di bawah dengan teliti
dan gabungkan ayat-ayat dalam petikan
berikut menjadi ENAM (6) ayat
dengan mengekalkan susunan dan
maksud asalnya.


Langkah kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan barangan
tempatan amatlah dialu-alukan. Barangan tempatan mempunyai
mutu yang setanding dengan barangan import, cumamentaliti
segelintir rakyat yang belum berubah. Barangan tempatan seperti
kenderaan, pakaian,alat elektrik, dan kraf tangan mempunyai nilai
komersial yang mampu memberi kepuasankepada pelanggan dan
patut dikekalkan penggunaannya.
(i) Langkah kerajaan menggalakkan rakyat mengguna- kan
barangan tempatan amatlah dialu-alukan.

(ii) Barangan tempatan mempunyai mutu yang setanding dengan
barangan import.

(iii) Mentaliti segelintir rakyat belum berubah.

(iv) Barangan tempatan seperti kenderaan, pakaian, alat elektrik,
dan kraf tangan mempunyai nilai komersial.

(v) Barangan tempatan mampu memberi kepuasan kepada
pelanggan.

(vi) Barangan tempatan patut dikekalkan penggunaannya.

TAMAT

You might also like