You are on page 1of 21

KESULTANAN MELAYU

MELAKA

NAMA : MUHAMMAD SHAQIL
IMRAN
KELAS : 5 BUDIMAN
MATA PELAJARAN : KAJIAN TEMPATAN
GURU MENGAJAR : CIKGU CHE SALAWATI

Istana Kesultanan Melaka

Mukasurat 1
BIODATA

Nama : Muhammad Shaqil Imran
Kelas : 5 budiman
Umur : 11 tahun
Alamat : Blok b 4-4 Menara
Bangsar
Tarikh Lahir : 31 Dismber 1998
Tempat Lahir : Kuala Lumpur
Anak Ke : 2
Sekolah : SK Bukit Bandaraya
Hobi : Bermain Skuasy
Mata Pelajaran
Kegemaran : Matematik

ISI KANDUNGAN

INDEX MUKASURAT

Mukasurat 2
1. Tajuk, Nama, Mata Pelajaran Dan 1
Guru Yang Mengajar.

2. Biodata 2

3. Isi Kandungan 3

4. Pengenalan Kesultanan Melayu Melaka 4
 Kegemilang Melaka 5
 Pusat Perdagangan 7
 Kedatangan Kuasa Luar 8
 Penaklukan oleh Portugis 8
 Penaklukan oleh Belanda 10
 Penaklukan oleh British 10

5. Tokoh-tokoh pada zaman 11
Kesultanan Melayu
 Parameswara 12
 Sultan Muzzafar Shah 14
 Sultan Mansor Shah 15
 Sultan Alauddin Riayat Shah 18
 Bendahara Tun Perak 19

Pengenalan Kesultanan
Melayu Melaka

Mukasurat 3
Negeri Melaka dibuka oleh Parameswara, seorang putera raja dari
Palembang, Sumatera. Ketika di Palembang baginda telah kalah dalam
peperangan dengan Majapahit dan telah melarikan
diri ke Temasik [Singapura]. Di Temasik baginda telah membunuh wakil
kerajaan Siam, iaitu Temagi. Baginda telah melarikan diri ke Muar hingga
ke Bertam. Sewaktu berehat dibawah sepohon pokok, baginda telah
melihat seekor pelanduk telah menendang anjing buruan baginda
sehingga terjatuh kedalam sungai.

Parameswara yang ternampak peristiwa itu berasa amat kagum melihat
akan keberanian dan kekuatan pelanduk putih itu, Parameswara telah
menamakan tempat itu Melaka, sempena dengan nama pohon tempat
baginda berehat .

Kegemilang Melaka

Mukasurat 4
Kerajaan Melaka di ketuai oleh raja yang mempunyai kuasa tertinggi dan
hamper berkuasa penuh dalam pentadbiran negeri. Raja di bantu oleh majlis
tertinggi yang di anggotai oleh orang besar empat iaitu Bendahara,
Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Peranan Sulatan dan
Pembesar Empat Lipatan

a) Sultan
i. Pemerintah negeri, ketua pentadbiran, ketua agama Islam dan
ketua tentera
ii. Berkuasa penuh dalam pentadbiran negara
iii. Berkuasa penuh melantik pembesar menyelaras activiti
perdagangan dan menjalin hubungan diplomatic

b) Bendahara
i. penasihat utama dan pembesar terpenting sultan
ii. ketua eksekutif kerajaan
iii. ketua turus angkatan tentera dan ketua hakim
iv. dibantu oleh bendahari-bendahari Melaka dan syahbandar
v. menjadi pemangku sultan ketika sultan gering atau ketua Negara

c) Temenggung
i. ketua protokol istana
ii. mengetuai pasukan keselamatan (ketua polis dan ketua penjara
iii. menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri serta
keselamatan raja
iv. hakim kes jenayah di darat dan menjadi penguasa kota Melaka

d) Laksamana

Mukasurat 5
i. ketua seluruh angkatan tentera laut
ii. bertanggungjawab menghapuskan musuh
iii. mengawal keselamatan sultan
iv. ketua diplomat (utusan raja) ke seberang laut

e) Penghulu Bendahari
i. ketua bendahari
ii. mengendalikan perbelanjaan negeri
iii. mengutip cukai atau ufti serta bayaran lain yang di tentukan oleh
kerajaan
iv. ketua urus setia istana dan ketua syahbandar
v. dibantu oleh bendahari-bendahari dan syahbandar

Pusat Perdagangan

Mukasurat 6
Negeri Melaka terletak di Semenanjung Malaysia yang menghadap Selat
Melaka. Selat Melaka adalah jalan laut yang selamat di gunakan oleh
perdagangan barang-barang dari Timur dan Barat seperti pedagang-
pedagang Eropah, Asia Barat, Afrika Timur, Jepun dan China kerana ia
terlindung daripada tiupan angin Monsun. Melaka yang terletak di tengah-
tengah jalan perdagangan antara Timur dan Barat telah memberi kemudahan
dan menjimatkan masa pedagang-pedagang dari India dan China. Pedagang-
pedagang ini tidak perlu membuat perjalanan yang lengkap tetapi mereka
boleh singgah di Melaka. Kecekapan sistem pentadbiran pelabuhan Melaka
serta kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk pedagang-pedagang
menyebabkan pedagang-pedagang ini tertarik untuk datang ke negeri
Melaka.

Aliran Keluar Masuk Barang Dagangan Dari Melaka

Pedagang- Ke Melaka Dari Melaka
Pedagang
Pegu (Myanmar) Permata, Perak, Makanan. Kain, Tembikar.
Siam Beras, Ikan Kering, Permata, Hamba Kain, Minyak Wangi.
(Negeri Thai) Abadi.
China Kain Sutera, Tembikar, Tembaga. Biji Timah, Damar, Lada Hitam.
India Kain, Senjata, Bahan Pencelup, Lada Hitam, Kayu Cendana, Bijih
Minyak Wangi. Timah, Emas, Kain Sutera.
Jawa Beras, Rempah, Hamba Abadi. Kain, Alat-Alat Besi.
Filipina Emas, Makanan. Kain, Tembaga.

Kedatangan Kuasa Luar

Mukasurat 7
• Penaklukan oleh Portugis

Pihak-pihak yang menjajah Negara kita mempunyai tujuan tersendiri untuk
datang dan menjajah Negara kita. Orang Portugis datang ke Melaka pada
tahun 1509. Pada masa ini rempah yang banyak terdapat di Negara Asia
tenggara menjadi tarikan kepada orang Eropah ke Timur untuk merebut
peluang perdagangan rempah.

Pada masa ini, Melaka menjadi pusat perdagangan yang penting di Asia
Tenggara. Portugis juga datang ke Melaka untuk meyebarkan agama
Kristian. Pihak Portugis telah menghantar rombongan yang diketuai oleh
Lopez de Sequiera untuk berdagang di Melaka. Pihak Melaka telah
menangkap Lopez de Sequiera dan rombongannya kerana menyangka ia
hendak menguasai Melaka seperti yang dilakukan terhadap India. Peristiwa
ini menyebabkan Portugis menyerang Melaka.Pihak Portugis yang diketuai
oleh Alfonso de Albuquerque telah menyerang dan menawan Melaka pada
tahun 1511 dan mereka telah memerintah Melaka sehingga 1641. Sultan
Mahmud dan rakyatnya telah berjuang bermati-matian untuk
merpertahankan negeri Melaka tetapi mereka gagal kerana kekuatan kota A
Famosa yang dibina oleh Portugis untuk mengalahkan Melaka

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas
menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka,
Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi
menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu
utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka
(Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan
untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai
buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina
kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh
dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu
sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik
sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom
(bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-
menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las

Mukasurat 8
Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte
de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota
yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan
Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah
& Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan
Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.
Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17.
Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah
dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa

• Penaklukan oleh Belanda

Mukasurat 9
Orang Belanda datang ke timur pada abad ke-17 dengan tujuan untuk
menguasai perdagangan rempah.Kedatangan mereka ke timur adalah
disebabkan penutupan pelabuhan Lisbon di Portugal, iaitu tempat mereka
mendapatkan bekalan rempah.Kedatangan Belanda bertujuan untuk
menguasai kawasan perdagangan di Selat Melaka.

Orang Belanda tidak mahu Melaka yang telah dikuasai oleh Portugis
menjadi saingan kepada Pelabuhan Betawi.Orang Belanda telah menyerang
Melaka dengan bantuan dari Sultan Johor dan mereka telah berjaya
menakluki Melaka pada tahun 1641.

• Penaklukan oleh British

Sebelum menakluki Tanah Melayu, British telah menguasai sebahagian
besar India dan menjadikan Madras, Calcuta dan Bombay sebagai pusat
perdagangan.Orang British mula menduduki Pulau Pinang pada tahun
1786,namun Pulau Pinang tidak berkembang maju.

British bercita-cita menguasai pelabuhan Melaka dan kawasan biji timah di
Semenanjung Tanah Melayu.Pada tahun 1819 Orang British dibenarkan
menduduki Singapura setelah memperalatkan Tengka Hussein sebagai
Sultan Johor-Riau.Pada tahun 1824,Melaka telah diserahkan kepada British
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda.Orang British telah menggabungkan
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sebagai Negeri-negeri Selat pada tahun
1826.

Semasa pemerintahan British, negeri-negeri seperti Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah dipaksa untuk menerima seorang
Residen. Negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Johor juga dipaksa untuk menerima seorang Penasihat Inggeris.
Orang British telah menjajah Tanah Melayu sehingga 31 Ogos 1957

Tokoh - Tokoh Pada Zaman
Kesultanan Melayu
Mukasurat 10
KESULTANAN MELAKA

Tempoh Sultan

1400 – 1414 Parameswara

1414 – 1424 Sultan Iskandar Shah

1424 – 1444 Sultan Muhammad Shah

1444 – 1445 Sultan Abu Syahid

1445 – 1459 Sultan Muzaffar Shah

1459 – 1477 Sultan Mansor Shah

1477 – 1488 Sultan Alauddin Riayat Shah

1488 – 1511 Sultan Mahmud Shah

Parameswara

Mukasurat 11
Gambar Parameswara

Pemerintahan Kesultanan Melaka : 1400-1414
Gelaran : Putera Sriwijaya
Lahir : 1344, Palembang, Sriwijaya
Mangkat : 1414, Melaka, Kesultanan Melaka
Pendahulu : Paduka Seri Rana
Wira Kerma, Raja Temasek.
Pengganti : Megat Iskandar Shah
Kerabat diraja : Kerabat Diraja Melaka, Sriwijaya
Ayahanda : Paduka Seri Rana Wira Kerma

Parameswara (1344-1414) merupakan seorang Raja Temasek yang
berketurunan diraja Srivijaya yang menubuhkan kerajaan Melaka pada 1402.

Parameswara yang menjadi raja Melaka ketika itu dikatakan menyedari
bahawa usaha untuk memajukan Melaka adalah dengan emperkembangkan
Islam kerana pedagang dari Gujerat , India dan pedagang Arab dari Timur
Tengah ramai berdagang di Nusantara. Oleh itu, menurut cerita itu,
Parameswara berkahwin dengan Puteri Ratna anak Sultan Makhdum
Alaiddin Malik Muhammad Amin Syah II, Raja Perlak dan memeluk Islam
pada 1414.

Tanggapan yang umum itu berasal daripada tanggapan salah bahawa
Parameswara dan Sultan Megat Iskandar Shah adalah tokoh yang sama.

Mukasurat 12
Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua nama itu adalah dua tokoh
yang berasingan (Wang Gungwu, 1968). Sebenarnya, Parameswara telah
mangkat pada tahun 1414. Menurut laporan Ma Huan, Megat Iskandar Shah
memeluk Islam ketika berumur 72 tahun kerana mengahwini puteri Raja
Pasai dari Sumatera.

Melaka kemudiannya telah menjadi satu pelabuhan perniagaan yang
terpenting di Asia Tenggara di mana kapal-kapal perniagaan dari pelbagai
bangsa berhimpun.

Pengiktirafan armada Laksamana Cheng Ho terhadap Melaka semakin
menguntungkan Melaka. Cheng Ho atau Zheng He seorang yang berugama
Islam. Nama Islam Cheng Ho ialah Ma Sam Pao. Ma bermaksud Mohamad.
Ketika itu China ditadbir oleh Maharaja Yung Lo.

Kekuatan Kerajaan Melayu Melaka semakin terserlah di zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446 - 1459) .Tenteranya berjaya
menyekat serangan-serangan tentera Siam. Keadaan negara negara menjadi
tenang dan kedudukan politiknya pula stabil.

Sultan Muzaffar Shah

Mukasurat 13
Sultan Muzaffar Shah atau nama sebenarnya Raja Kassim ialah Sultan
Melaka ke-5. Baginda memerintah dari 1446 hingga 1459. Sultan Muzaffar
Shah bertanggungjawab menggubal Undang-undang Laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka.

Melaka menjadi pusat pengajian agama Islam dan Islam diisytiharkan
sebagai agama rasmi negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah.

Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka mula
memperluas kuasanya.Kawasan yang berjaya dikuasai adalah Pahang,
Inderagiri dan Kampar.Tindakan bijak Sultan Muzaffar Shah membolehkan
kerajaan Melaka memperluas kuasanya.Antaranya ialah:

• Tun Perak dihantar untuk menghadapi serangan Siam terhadap
Melaka.
• Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China.Kesannya ialah
Melaka diiktiraf bukan sahaja oleh sebuah kuasa yang besar seperti
China tetapi juga oleh kerajaan-kerajaan lain dirantau Asia Tenggara.
• Kebijaksanaan baginda menyelesaikan perbalahan antara orang
Melayu dengan orang India-Muslim di istana. Kesannya ialah wujud
keamanan dalam negeri yang membolehkan baginda menumpukan
usaha kepada perluasan kuasa.

Sultan Mansor Shah

Mukasurat 14
Sultan Melaka Keenam

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka: 1459-1477

Pendahulu Sultan Muzaffar Shah

Pengganti Sultan Alauddin Riayat Shah

Kerabat diraja Kerabat Diraja Melaka

Sultan Mansor Shah (memerintah 1459-1477) adalah gelaran kepada Raja
Abdullah, baginda menaiki tahta Kesultanan Melayu Melaka selepas
kemangkatan bapanya Sultan Muzaffar Syah. Menurut Tom Pires yang
menulis Suma Oriental. Mansor Shah mula memerintah dengan bijaksana di
atas kerajaannya, bermesyuarat dengan orang-orang tua untuk pemerintahan
yang baik dalam perkara-perkara keadilan serta keselamatan negeri; baginda
menyatukan rakyatnya.

Dalam pemerintahannya, baginda menjalankan dasar peluasan wilayah.
Banyak negeri di bawah taklukan Melaka seperti Selangor, Bernam,
Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau sekitarnya.

Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak
menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Kampar dan Siak juga
ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru. Dikatakan negeri ini
mempunyai hulubalang yang tiada tandingannya. Sebaliknya, Inderagiri dan
Siantan diberi percuma oleh Majapahit setelah Mansor Shah berkahwin
dengan puteri Batara Majapahit itu.

Perkahwinan untul kesenangan

Antara tindakan bijak baginda ialah menawan raja negeri yang ditawan dan
mengislamkan mereka, kemudian memberikan seorang puteri Melaka
sebagai permaisuri untuk raja tersebut. Misalnya anak raja Siak dikawinkan
dengan puteri Mansor Shah bernama raja Mahadewi. Di beberapa negeri lain
seperti Pahang dan kampar, pembesar Melaka akan mentadbir sementara
sehingga diambil alih oleh putera-putera Mansor Shah yang telah besar.
Tindakan ini dianggap perkahwinan untuk kesenangan dan antara penyebab
pengembangan Islam secara meluas di kawasan kepulauan Melayu.

Mukasurat 15
Baginda juga mengahwini puteri-puteri dari negeri tawanan seperti Puteri
Wanang Seri dari Pahang, Radeh Galoh Candra Kirana dan anak-anak
menteri seperti Tun Putih Nur Pualam. Malah baginda juga mengambil
puteri-puteri berbagai bangsa seperti Hang Li Po dan lain-lain sebagaimana
catatan Tom Pires:

“Baginda mengambil semua puteri-puteri yang cantik-cantik daripada
saudagar-saudagar Parsi dan Keling, dan menjadikan gundik baginda,
mengislamkan mereka sebelum kahwin, dan mengahwinkan pula mereka
dengan anak-anak menteri dan disertakan emas kahwin; dan adat
perkahwinan berlainan kaum tidak menghairankan di Melaka”

Menurut Pires lagi, Sultan juga membina masjid yang cantik di kaki Bukit
Melaka berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Melaka. Baginda
menyuruh menurunkan cukai ke atas barang dagangan. Ini menyebabkan
para pedagang berminat singgah di Melaka. Sistem Cukai Keutamaan
(Preferential Tariff System) diperkenalkan dan bagi pedagang sebelah barat
(misalnya India, Arab dan lain-lain) dikenakan cukai 6 %, pedagang
tempatan sekitar 3% tetapi peliknya bagi negeri-negeri dari timur seperti
China, Jepun dan Jawa tidak dikenakan cukai.

Tenaga kerja dan buruh mahir mudah diperolehi. Apabila istana Sultan
terbakar, tenaga mahir dari beberapa negeri berdekatan datang membantu
membina istana dalam tempuh yang singkat pula

Cinta agama

Sultan Mansor Shah turut memuliakan alim ulama sambil mendalami ilmu
agama hingga ke tahap ilmu tasawuf. Apabila kitab Ad Darrul Manzum
karangan Maulana Abu Ishak diarak dari kapal sampai ke balairung, baginda
datang sendiri berguru dengan Maulana Abu Bakar. Kemudian menitahkan
pula supaya kitab itu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu di Pasai oleh
Makhdum Patakan. Dalam banyak hal keagamaan, baginda lebih suka
merujuk ke Pasai kerana negeri itu lebih kanan dalam segi agama. Kanun
undang-undang Melaka dikatakan mirip kepada keislaman dan qadhi melaka
ketika itu ialah Sayid Yusof iaitu anak kepada Sayid Abdul Aziz yang telah
mengislamkan Melaka.

Mukasurat 16
Pendek kata zaman baginda, Melaka sampai puncak kegemilangannya
kerana diperintah oleh raja yang berilmu, adil dan pencinta agama.
Tambahan pula ada pembantu-pembantu negara seperi Paduka Bendahara
Tun Perak dan para hulubalang. Kata Tom Pires lagi:
“..tidak diragui lagi bahawa Melaka begitu penting dan beruntung sekali,
nampaknya bagi saya tiada bandingannya dalam dunia.. barang siapa
menjadi raja Melaka meletakkan tangannya ke kerongkong Venice..”

Isteri

1. Raden Galoh Cendera Kirana
2. Puteri Hang Li Poh
3. Puteri Lela Wangsa (anakanda Maharaja Dewa Sura)

Anakanda

1. Raja Ahmad
2. Raja Bakal (kakanda perempuan Raja Husain)- hasil bersama Raden
Galoh Cendera Kirana
3. Raja Husain (Sultan Alauddin Riayat Syah)- hasil bersama Raden
Galoh Cendera Kirana
4. Paduka Mimat - hasil bersama Puteri Hang Li Poh
5. Paduka Seri Cina - hasil bersama Puteri Hang Li Poh

Istana Kesultanan Melaka

Istana Kesultanan Melaka ini
merupakan sebuah replika Istana
Sultan Mansor Shah yang
memerintah Melaka dari 1459 hingga
1477. Muzium ini dibuka secara
rasminya pada 17 Julai 1986.

Sultan Alauddin Riayat Shah

Sultan Alauddin Riayat Shah

Mukasurat 17
Sultan Melaka Ketujuh

Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka: 1477-1488

Gelaran Marhum Berdarah Putih

Dikebumikan Pagoh, Johor

Pendahulu Sultan Mansor Shah

Pengganti Sultan Mahmud Shah

Kerabat diraja Kerabat Diraja Melaka

Sultan Alauddin Riayat Shah yang menggantikan Sultan Mansor Shah
merupakan seorang pemimpin yang warak dan mementingkan pentadbiran
negeri.Baginda memerintah Melaka mulai tahun 1477-1488. Menurut buku
Sejarah Melayu, baginda juga seorang yang gagah. Baginda adalah seorang
sultan yang cekap dan adil dalam pemerintahan.

Bagida mementingkan keamanan negeri sehinggga sanggup menyamar
untuk menangkap penjenayah.Keamanan yang dicapai pada zaman tersebut
membolehkan baginda menumpkan perhatian penuh kepada usaha-usaha
perluasan kuasa. Pada masa pemerintahan baginda,undang-undang Islam
dilaksanakan dengan tegas. Kemenangan besar yang dicapai oleh baginda
adalah ke atas Aru. Laksamana Hang Tuah memainkan peranan yang
penting dalam peperangan tersebut.

Isteri
• Tun Senaja (anakanda Tun Ali dan Tun Kudu)

Anakanda
• Raja Zainal
• Raja Munawar
• Raja Hitam
• Raja Mahmud
• Raja Fatimah

Bendahara Tun Perak

Mukasurat 18
Tun Perak mula menjadi Bendahara semasa pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah.Tun Perak merupakan salah seorang pembesar yang berperanan
penting dalam usaha memperluaskan kuasa kerajaan Melaka. Beliau berjaya
menghalang serangan Siam pada tahun 1445.

• Ketika itu beliau adalah penghulu Klang.
• Strategi beliau ketika itu ialah mengarahkan pengikutnya membawa
keluarga masing-masing berpindah ke Melaka.Ini menaikkan
semangat tenteranya untuk mempertahankan Melaka.

Semasa beliau menjadi Bendahara Melaka, serangan Siam sekali lagi dapat
dipatahkan. Strategi beliau untuk mematahkan serangan Siam adalah
dengan:

• Menggunakan perhu kecil. Ini menyukarkan pihak Siam mengejar
tentera Melaka
• Mengikat jamung di pokok bakau. Ini dapat mengelirukan tentera
Siam yang beranggapan Melaka memiliki bilangan tentera yang ramai
lalu berundur.

Satu lagi kejayaan Tun Perak adalah menakluki Pahang yang dikuasai Siam
pada ketika itu.Tun Perak adalah seorang pembesar yang amat setia kepada
sultan.
• Kesetiaan beliau dapat dibuktikan oleh peristiwa pembunuhan
anaknya Tun Besar oleh putera Sultan Mansor Shah, iaitu Raja
Muhammad
 Bendahara Tun Perak tidak menuntut bela tetapi hanya
meminta agar Raja Muhammad tidak dilantik menjadi
pengganti sultan.
 Raja Muhammad akhirnya dihantar ke Pahang dan menjadi
raja di sana.
• Tindakan Tun Perak berjaya mewujudkan keamanan dalam kerajaan
Melaka. Kesetiaan rakyat Melaka kepada sultan juga berjaya
dikekalkan oleh beliau.

Bendahara Pembina Empayar

Mukasurat 19
Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu
Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun
lanjut usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak
melantik Tun Perak sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan
perbalahan antara pembesar yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran
negara, baginda mengahwinkan Tun Ali dengan Tun Kudu Tun Perpatih
Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri baginda sendiri. Baginda
yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima keputusan yang
dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar
Paduka Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat,
diantik sebagai Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.

Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk
negeri-negeri di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan
Inderagiri di pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan
Perak yang menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka
manakala Kedah pula menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka
telah menjadi sebuah empayar yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain
apabila Melaka membangun sehingga mencapai kekuatan dari segi politik,
sosial, dan ekonominya. Kepesatan pembangunan di Melaka telah menarik
banyak pedagang asing dari China, India, Timur Tengah, serta negara-
negara jiran yang lain.

Pelantik Raja

Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa
untuk melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang
mempunyai perkaitan persaudaraan dengannya. Sebaga contoh, Sultan
Alauddin Riayat Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan
Perak menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan
itu dibuat berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak
Tun Perak dalam satu permainan sepak raga.

Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera
sulung baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetap baginda
hanya dilantik sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang

Mukasurat 20
lebih muda yang juga merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah
dilantik sebagai Sultan Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan
Mahmud Syah setelah bernaung di bawaah empat pemerintahan sultan iaitu
Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah
dan Sultan Mahmud Syah. Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik
Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.

Anakanda

1. Tun Zainal Abidin
2. Tun Pikrama
3. Tun Telanai
4. Tun Besar

Sahabat

1. Hang Ujal (gelaran: Tun Bija Setia)
2. Sang Naweng
3. Hang Busu (gelaran: Tun Bija Pikrama)
4. Hang Tulus (gelaran: Tun Rakna)

Mukasurat 21