You are on page 1of 4

A United World At Peace –Through Education

SEKOLAH SRI TENBY, SETIA ECO PARK


NAMA TINGKATAN
SUBJEK 4
TARIKH

MENATAP WAJAHNYA
A.SINOPSIS
Muliati ingin bertemu dengan guru kesayangannya, iaitu Cikgu Balkis setelah lama terpisah. Cikgu Balkis
enggan dan memberikan alas an bahawa suaminya melarang mereka meneruskan perhubungan. Muliati
bertambah dukacita. Muliati menganggap ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan Cikgu Balkis
bertindak sedemikian. Sewaktu zaman persekolahannya dahulu, Muliati yang cacat dan yatim piatu sering
dibantu dan diberikan perhatian oleh Cikgu Balkis. Ketika Muliati memperoleh ijazah di sebuah university,
dia menerima sekeping poskad daripada Cikgu Balkis yang mengucapkan tahniah sekali gus mengatakan
bahawa beliau akan menjalani pembedahan di London kerana menghidap penyakit ganjil.
B. TEMA
Ketabahan seorang gadis yatim piatu dan cacat fizikal menjalani pelbagai dugaan hidup serta pengorbanan
seorang guru yang sanggup membantu anak muridnya sehingga berjaya.
C. PERSOALAN
1 Kasih sayang
Cerpen ini mengisahkan persoalan kasih sayang Muliati terhadap gurunya. Ini dibuktikan dengan
hasratnya untuk menemui gurunya itu kerana perasaan rindu yang mendalam. Ini adalah kerana Cikgu
Balkis merupakan pemberi semangat dan ibu angkat yang telah banyak menyokongnya sehingga dia berjaya
di menara gading walaupun dia kurang sempurna.
2 Cemburu dan iri hati
Sikap segelintir manusia yang menaruh perasaan cemburu dan iri hati terhadap orang lain juga turut
dipaparkan dalam cerpen ini. Muliati dicemburui, dicemuh dan difitnah akibat hubungan rapatnya dengan
Cikgu Balkis oleh pelajar-pelajar lain. Ini berlaku kerana Cikgu Balkis member perhatian yang lebih kepada
Muliati kerana Muliati tidak mempunyai keluarga keculai neneknya. Niat Muliati dan Cikgu Balkis
disalahertikan oleh segolongan pelajar dan mereka gagala mencari rasional perhubungan mereka.
3 Kepentingan kawan sejati dalam kehidupan seharian.
Setiap orang memerlukan kawan yang mengerti perasaan dan keadaan hidup orang lain. Hakikatnya,
tiada siapa yang boleh hidup seorang diri sepanjang hayatnya. Dalam cerpen ini, Riani merupakan kawan
Muliati yang banyak membantunya bergerak di kampus. Tanpa Riani yang banyak membantunya daria segi
moral dan tenaga, mungkin Muliati gagal meraih ijazah yang diharapkannya.
4 Gangguan emosi menyebabkan hilang pertimbangan fikiran
Emosi yang tidak dapat dikawal boleh mengganggu ketenangan hidup seseorang, di samping menyebabkan
seseorang tidak dapat berfikir secara rasional. Muliati mengalami tekanan jiwa akibat kehilangan anggota
keluarga seterusnya kecacatan yang dialaminya.
5 Kecacatan bukan penghalang mencapai kejayaan

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA 1


A United World At Peace –Through Education

Manusia tidak pernah terlepas daripada dugaan. Cabaran sentiasa menghantui manusia dalam pelbagai
bentuk. Namun, apa yang diperlukan ialah semangat juang yang tinggi dan tidak mudah berputus asa.
Muliati dalam cerpen ini pada mulanya berputus asa dan hilang keyakinan diri kerana kecacatan anggota
badannya. Namun, setelah dia diberi keyakinan dan diberi suntikan semangat oleh Cikgu Balkis dia terus
berjuang sehingga melangkah masuk ke university.
C WATAK DAN PERWATAKAN
MULIATI
- Pelajar pusat pengajian tinggi  semasa cerpen ini diceritakan.
- Dalam imbas kembali  semasa tingkatan 2 dia kehilangan ibu bapa
- Semasa Tingkatan 5  kehilangan keupayaan diri  menjadi cacat.
- Gadis kecil molek = licah = cergas dalam sukan, ringan tulang sebelum cacat
- Mempunyai tiga orang adik – beradik tetapi mereka + ibu bapanya terkorban dalam kemalangan.
- Tinggal bersama neneknya
- Kecacatannya adalah  tempang kedua-dua kakinya + tangan kirinya kudung
Cekal + gigih
Muliati merupakan gadis yang cekal + gigih menghadapi dugaan hidup. Kehilangan kesemua ahli
keluarganya di usianya yang muda iaitu semasa Tingkatan Dua dan kekurangan sifat fizikal akibat
terjatuh gaung semasa mengikuti ekspedisi Kelab Kembara di Tingkatan Lima merupakan dugaan
hidup yang hampIr mematahkan semangatnya. Dia tetap melanjutkan pelajarannya ke universiti
dengan suntikan semangat oleh Cikgu Balkis. Dia juga tabah menghadapi cemuhan dan fitnah
daripada kawan-kawannya yang cemburu dengan hubungan rapatnya dengan Cikgu Balkis.
Sabar + menerima qada dan qadar Tuhan
Muliati sabar menghadapi cemuhan kawan-kawannya semasa di sekolah dan mengharungi hari-
harinya di universiti. Dia bertawakal dan reda dengan keadaan dirinya yang kekurangan sifat fizikal
dan berpegang kepada kata-katanya “selagi hidup, selagi itulah perjuangan tidak akan tamat.”
Menghargai jasa orang lain
Muliati menghargai jasa Cikgu Balkis telah banyak memberikan suntikan semangat dalam hidup
setelah menjadi yatim piatu. Muliati juga mengenang jasa nenek yang telah menjaganya setelah
kehilangan ahli kelaurganya. Muliati buktikan semua itu dengan kejayaannya meraih segulung
ijazah.
CIKGU BALKIS
- Sudah berumahtangga hampir 5 tahun
- Mengambil Muliati sebagai anak angkat
- Belum mempunyai anak
- Hujung cerita ini berada di London  rawatan penyakit ganjilnya
- Dikurnikan anak setelah Muliati dijadikan anak angkat
- Mempunyai sifat keibuan dan penyabar
Penyayang + prihatin
Cikgu Balkis menyayangi Mulaiti sehinggakan dia sanggup membela gadis yang bernasib malang
itu. Dia memberi semangat dan membiayai pelajaran Muliati hingga ke universiti. Dia menganggap
Muliati seperti anak sendiri meskipun bukan darah dagingnya sendiri.

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA 2


A United World At Peace –Through Education

Perahsia
Cikgu Balkis tidak mahu Muliati mengetahui tentang penyakit yang dihadapinya bertahun-tahun lalu
merahsiakannya sehinggalah dia akhir nya memberitahu Muliati yang dia berada di London untuk
menjalani rawatan penyakitnya itu. Apabila Muliati ingin menemuinya, Cikgu Balkis mengelak
dengan pelbagai alas an sehinggakan Muliati berasa kecewa.
D LATAR
TEMPAT
-Sekolah
-Universiti
-Rumah Nenek
MASA
-Siang
-Malam
-Peristiwa berlaku dalam masa empat tahun

MASYARAKAT
-Masyarakat sekolah
-Masyarakat kampus
-Masyarakat kampung
-Masyarakat yang mementingkan pendidikan, belas kasihan, prihatin, dan mengenang jasa

E GAYA BAHASA
Hiperbola
Contoh - Semangatku seakan-akan luruh (hlmn 61)
Kasihku tertumpah melebihi selautan buat cikgu (hlmn 61)
Metafora
Contoh - aku anak emas Cikgu Balkis (hlmn 64)
...dalam marak api kerinduan pada cikgu (hlmn 66)
Personifikasi
Contoh - Masing-masing mengepung perasaan yang bergelora
...hati ini selalu memberontak ...

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA 3


A United World At Peace –Through Education

F. NILAI
Kasih sayang – Cikgu Balkis dan nenek Muliati menyayangi Muliati
Keikhlasan – Cikgu Balkis ikhlas membantu Muliati
Ketabahan – Muliati tabah menghadapi dugaan hidup
Tolong-menolong – Riani membantu Muliati di kampus

G. PENGAJARAN
Seseorang murid hendaklah mengenang jasa guru.
Kita hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain demi kebaikan bersama
Kita hendaklah membantu orang yang dalam kesusahan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup

BM T4 KOMSAS / CERPEN MENATAP WAJAHNYA 4

You might also like