You are on page 1of 17

TAHAP – TAHAP DALAM PROSES KAUNSELING

PENGENALAN KAUNSELING

Seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, budaya , sosial ,
pendidikan dan sains dan teknologi di negara ini, perkhidmatan kaunseling, terutamanya
di persekitaran sekolahdan institusi pengajian tinggi, telah sampai ke tahap yang amat
menggalakkan. Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju
berteknologi tinggi, kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam
pelbagai keadaan.

Sungguhpun bidang kaunseling dianggap sebagai bidang yang masih baru; jika
dibandingkan dengan sosiologi, ekonomi dan psikologi pada keseluruhannya pengaruh
kaunseling sudah dapat dirasakan oleh sebahagian masyarakat , walaupun belum begitu
meluas.Biarpun individu yang datang berjumpa kaunselor untuk mendapatkan bantuan
menyelesaikan masalah dan mencapai hidup yang tenang dan berkualiti kian bertambah.

Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai, iaitu daripada masalah peribadi
yang dipersepsikan menganggu ketenteraman fikiran, hinggalah kepada maslah
interpersonal di tempat kerja, susah membuat sesuatu keputusan kerana menghadapi
kekeliruan dan termasuk malasah pembelajaran. Oleh yang demikian, profesion
kaunselor dalam masyarakat moden ini memainkan peranan yang penting. Tambahan lagi
, Malaysia kini sedang mengalami satu proses pembangunan yang pesat.

Pembangunan ini bukan sahaja menyentuh aspek ekonomi, sains dan teknologi,
tetapi juga aspek perpaduan negara dan kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum.
Perubahan masyarakat adalah satu hakikat yang mengiringi pembangunan sesebuah
negara. Kesan daripada perubahan-perubahan pesat dalam masyarakat, menjelma pula
pelbagai masalah sosial yang berlaku secara langsung atau tidak. Perubahan-perubahan
yang berlaku adalah seperti berikut:
• Penghijrahan anak-anak muda dari desa ke kota untuk mencari pekerjaan
yang semakin meluas
• Perpecahan system keluarga besar kepada system keluarga kecil
• Kemunculan organisasi besar dalam bidang swasta dan korporat, yang
kurang memberi perhatian kepada individu, lalu mendorong warganya
merasa terpinggir.
• Pengaruh media cetak dan elektronik ke atas pemikiran dan sikap
manusia, khususnya kanak-kanak dan muda-mudi yang bertembung
dengan nilai-nilai tradisional masyarakat.
• Kemewahan baru yang mendorong kepada penghakisan nilai-nilai murni
dalam individu dan masyarakat.

Kesan langsung akibat perubahan-perubahan ini kepada diri seseorang ialah
reaksi psikologikal dalam bentuk stress.Menurut kajian, stress boleh membawa kepada
pelbagai penyakit seperti penyakit jantung, darah tinggi dan gangguan emosi. Stres yang
mungkin timbul di peringkat persekolahan adalah seperti ekspektasi guru dan ibubapa
yang tidak realistic terhadap pencapaian pelajaran, suasana rumah yang sempit, atau
tekanan daripada rakan sebaya terhadap sesuatu norma tingkah laku. Di institusi
pengajian tinggi pula , stress berlaku akibat perlumbaan mencapai kejayaan akademik,
kekurangan wang perbelanjaan dan tekanan sosial.

Reaksi stress adalah berbeza di kalangan remaja dan kanak-kanak. Terdapat
remaja dan kanak-kanak yang melarikan diri dari rumah kesan daripada stress dengan
kekecohan yang berlaku dalam keluarga. Ada yang cuba menghilangkan atau melupakan
stress dengan cara mengambil dadah atau melibatkan diri dengan kegiatan jenayah.

Kaunseling mungkin tidak dapat menghilangkan semua gejala penyakit sosial
yang berpunca daripada pembangunan ekonomi. Tetapi, demi kesejahteraan mental
masyarakat, ia mesti disediakan secukupnya di semua institusi yang berperanan dalam
pembangunan negara. Kaunseling tidak boleh lagi dianggap sebagai bidang ilmu yang
hanya dikhaskan kepada mereka yang berpenyakit gila, tetapi ia seharusnya ditawarkan
luas agar teknologinya dimanfaatkan juga oleh ahli masyarakat biasa dalam
menyelesaikan masalah harian yang ditempuhi

DEFINISI KAUNSELING
Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu
yang mempraktikkannnya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaan,
misalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang
belajar membuat pilihan, dan melaksanakan pilihan yang telah dibuat. Ada yang
menyatakan bahawa kaunseling adalah satu pembelajaran. Dalam kedua-dua definisi ini ,
unsure persamaan adalah perkataan ‘belajar’. Definisi pertama mengajar seseorang
membuat pilihan , dan yang kedua, pembelajaran secara umum. Berikut adalah beberapa
definisi kaunseling:

Krumboltz (1965)
Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan
oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan
tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Persatuan Bimbingan dan Personal Amerika (1980)
Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang laing
yang berkaitan dengan sains tingkah laku untuk membantu
mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat
keputusan berkenaan dengan pemilihan kerjaya, pertumbuhan kendiri,
perkahwinan, keluarga , atau perkara interpersonal lain.

Burks dan Stefflre (1979)
Kaunseling merujuk kepada perhubungan professional antara
kaunselor terlatih dan klien.Perhubungan ini biasanya bersifat person-
to-person, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua
orang. Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan
menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan
mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang
bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah yang
bersifat emosional dan interpersonal.

Zainal Abidin (2002)
Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang
terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami
kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan
meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan
seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Pepinsky & Pepinsky (1954)
Kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi
• di antara dua orang yang dipanggil kaunselor dan
kaunseli (klien)
• di satu setting yang professional
• hubungan dimudahcara
• untuk mewujudkan perubahan-perubahan tingkah laku
kaunseli

Definisi Kaunseling yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia menyatakan kaunseling adalah satu proses
perhubungan professional antara kaunselor dengan klien yang mempunyai
matlamat tertentu.
Proses pertemuan secara berhadapan antara dua pihak, kaunselor dan klien
agar klien dapat mengenali dan memahami dirinya dan perasaan serta dapat
berubah ke arah kesejahteraan diri.

TUJUAN KAUNSELING
 Menolong individu berasa lebih yakin dengan kekuatan dalam diri sendiri dan
sanggup merancang sesuatu.
 Menolong individu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang lain.
 Mengajar individu kemahiran tertentu serta membantu perkembangan minat dan
bakat.
 Memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif
 Membantu individu menyesuaikan diri dengan masyarakat melalui
perkembangan konsep kendiri.
 Membantu individu memahami diri sendiri dan menjadikannya berani
menghadapi pelbagai risiko dan cabaran hidup
 Menolong individu berfikir dengan lebih matang dalam menyelesaikan masalah
peribadinya
 Membantu individu memiliki kemahiran mengendalikan kehidupan sendiri
 Membantu individu berfungsi dengan sepenuhnya
 Membantu individu bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sendiri.

TAHAP – TAHAP PROSES KAUNSELING

Kaunseling adalah sati proses yang berkembang dan berubah dari satu tahap ke
tahap yang lain. Ia mesti ada permulaan, maju ke tahap lain, dan mesti mempunyai
kesudahan.
Menurut pakar- pakar teori dalam bidang kaunseling dan psikoterapi, tidak ada
persetujuan tentang berapa tahap yang mesti dilalui dalam proses kaunseling, atau apakah
cirri-ciri perlakuan yang ketara pada setiap tahap. Yang pasti dan yang nampak ada
persamaan pendapat di kalangan mereka dari segi proses kaunseling itu bergerak terus
mengikut urutan dengan teratur pada setiap tahap. Juga mereka bersenpedapat bahawa
aspek membina hubungan sentiasa hadir di sepanjang dan pada setiap tahap.
Tahap-tahap dalam proses kaunseling tidak berlaku secara berasingan, tetapi
berterusan dan ada masanya bertindan lapis. Aapbila kaunselor sedang berada pada satu
tahap dan sedang mengendalikan tema perbincangan untuk tahap itu, beberapa elemen
dari tahap yang lain juga hadir pada tahap yang sama. Contonnya, selepas mengalu-
alukan kedatangan seorang klien yang baru (tahap pertama), kaunselor mungkin juga
mempunyai banyak persoalan seperti,” Siapa agaknya orang ini? Bolehkah agaknya kita
bekerjasama?Bolehkah kita menolong orang ini menyelesaikan masalahnya? Berapa lama
agaknya kita akan mengambil masa berbincang dengan klien ini?
Pada tahap ini dapat dilihat penumpuan adalah kepada pelbagai persoalan yang
sepatutnya dibincangkan dalam tahap tertentu. Pada hal isu yang hendak diberikan
tumpuuan ialah berhubung dengan tahap pertama, iaitu hendak mengetahui tentang
klien.Masa yang harus diambil bagi melaksanakan setiap tahap bergantung kepada sejauh
mana kaunselor memikirkan sama ada dia patut berubah ke tahap seterusnya.
Oleh kerana tahap-tahap ini perlu berkembang dari awal hingga akhir, maka tema
perbincangan pada setiap tahap mesti disempurnakan dengan memuaskan sebelum
kaunseling bergerak ke tahap yang berikutnya.Sekiranya perbincangan tema pada tahap-
tahap awal tidak dibuat dengan memuaskan atau tidak sempurna , ia akan menyulitkan
proses kaunseling berlaku. Ertinya, lebih kemas dan sempurna perbincangan berdasarkan
tema bagi tiap-tiap kaunseling itu, maka lebih berhasil kesudahan kaunselingnya.
Seperkara lagi yang harus diingati oleh kaunselor berkaitan dengan perbincangan
tema pada tahap-tahap tertentu ialah kaunselor boleh mengubah fokus perbincangan ke
mana-mana tahap untuk membantu meransang perbincangan yang sedang berjalan.
Disamping itu, kaunselor boleh menyemak pemikiran dan perasaan klien, sama ada klien
konsisten atau tidak.

TAHAP MEMBINA HUBUNGAN
Untuk permulaan proses kaunseling, biasanya kaunselor belum mengenali klien.
Jadi untuk mendapat kerjasama daripada klien, perlu dibentuk satu hubungan yang baik
antara klien dan kaunselor supaya masing-masing mempunyai kepercayaan antara satu
sama lain. Tugas membina hubungan yang istimewa ini adalah tema tahap pertama dan
menjadi tumpuan perbincangan.Kaunselor dianggap berjaya mengendalikan tahap ini
apabila dapat melaksanakan empat tugas yang berkaitan iaitu:
• Mewujudkan suasana yang menggalakkan interaksi
• Menentukan matlamat awal kaunseling
• Menstruktur hubungan
• Membina kepercayaan
1. Mewujudkan Suasana Yang Menggalakkan Interaksi
Pada permulaan proses kaunseling , biasanya klien tidak begitu yakin dengan
dirinya sendiri, kaunselor dan kesan proses kaunseling. Tambahan pula terdapat klien
yang tidak begiru pasti akan masalahnya. Keadaan berhati-hati ini bermakna klien tidak
akan memberi respon kepada kaunselor dengan terbuka. Klien memerlukan rasa selamat,
atau rasa boleh percaya kepada orang lain (kaunselor), ada kejujuran dan rasa dihormati.
Sebagai kaunselor kita brertanggungjawab mewujudkan suasana atau keadaan yang akan
memudahkan rasa kerterbukaan, keikhlasan dan rasa mahu berkomunikasi.
Klien selalunya memerlukan rasa senang berkomunikasi dengan kaunselor,
merasakan dirinya diterima dan difahami dengan cara yang betul. Kaunselor perlu
berkomunikasi dengan rasa minat terhadap klien, memahami dan menghormati perasaan,
sikap dan masalahnya. Ini boleh dilakukan dengan cara:
• Menunjukkan anda sentiasa hadir dan memberi sepenuh perhatian
kepada klien dan menganggapnya sebagai seorang yang dihormati dan
dihargai .
• Mendengar secara intensif dan cuba merasakan bagaimana klien merasa
dan memikirkan masalahnya
• Memberi respon kepada klien dengan sepenuhnya.
Contohnya sebagai permulaan kaunselor menunjukkan raut wajah yang menunjukkan
rasa ingin berkongsi masalah dengan klien dan memahami perasaan mereka serta
menjiwai masalah klien.Kaunselor juga perlu memulakan soalan yang boleh membantu
ke arah keadaan rasa selamat , kejujuran dan rasa boleh percaya seperti: Apakah yang
boleh saya bantu saudara (seeloknya nama diketahui).Kaunselor juga perlu menunjukkan
air muka yang tenang ‘posture’ atau cara duduk semasa melayan klien, kesungguhan
ketika menjawab dan intonasi suara yang tidak mengancam.

2. Menentukan Matlamat Awal Kaunseling.
Klien datang berjumpa kaunselor atas beberapa sebab. Antaranya ialah untuk
menyelesaikan konflik, menyelesaikan masalah , atau meminta pertolongan untuk
mendapatkan cara-cara menjadi seorang yang lebih berfungsi dengan lebih efektif.
Terdapat klien yang menyedari dengan jelas akan masalahnya, tetapi ada juga yang kabur
akan masalahnya, tentang mengapa dia berperasaan demikian, malah tentang kenapa dia
datang berjumpa dengan kaunselor.
Klien akan mengemukakan satu masalah awal pada kaunselor, tetapi bukan
masalah besar yang sebenarnya dihadapi.Kecenderungan untuk menyelesaikan
masalahnya mungkin lemah, pertengahan atau tinggi.Apapun, kaunselor mesti
memastikan bersama klien apakah matlamat yang hendak dicapai pada akhir sesi
kaunseling.
Matlamat awal mungkin sama-sama bersetuju untuk menyelesaikan masalah yang
dikemukakan pada waktu itu.Disamping itu, mendengar masalahnya, membantu dia
melihit dirinya sendiri, supaya dia lebih memahami tentang dirinya, dan dengan itu
diharap klien dapat mengenal pasti matlamat kaunseling yang lebih tepat.

3. Menstruktur Hubungan
Semua hubungan kaunselor dengan kliennya mesti mempunyai struktur supaya
klien akan nampak dengan lebih jelas ke arah mana hendak dituju dan memahami proses
kaunseling. Pada mulanya, klien agak sukar untuk mengambarkan apa yang akan terjadi,
bagaimana perubahan boleh berlaku dan meragui apakah semua itu akan dapat
membantunya.Sebagai kaunselor , kita dan klien mesti saling bersetuju tentang beberapa
perkera sebelum memulakan proses kaunseling.
• Kefahaman tentang proses kaunseling
Untuk memberi kefahaman kepada klien tentang proses kaunseling,
kaunselor harus memberitahu bagaimana kaunseling boleh membantu
dengan menjelaskan cara-cara berinteraksi dalam setiap sesi. Kaunselor
juga perlu memberitahu tentang peranan masing-masing sebagai kaunselor
dan kaunseling. Misalnya, kaunselor boleh berkata, “ Tugas saya sebagai
kaunselor adalah membantu anda memikirkan isu-isu yang terlibat dalam
membuat sesuatu keputusan.Kaunselor hendaklah mendapat seberapa
banyak maklumat yang diperlukan, meneliti dan menimbangnya, dengan
mengambil kira latar belakang dan nilai-nilai kaunselor.

• Penjelasan tentang perkara yang terlibat
Kaunselor perlu memberi penjelasan supaya klien dan kaunselor bersetuju
tentang beberapa perkara yang tidak perlu diulang, seperti masa bertemu,
berapa lama, jarak kekerapan bertemu, dan berapa lama proses kaunseling
keseluruhannya akan mengambil masa. Perkara lain yang perlu
diperjelaskan pada awal pertemuan ialah tempat bertemu, persefahaman
apabila berlaku pembatalan pertemuan, kecemasan dan hal-hal lain.
Contohnya, “Saudara Man , kita akan berjumpa pada setiap hari Khamis,
pada pukul tiga hingga tiga empat puluh lima petang, di bilik dua, Bilik
Kaunseling Sekolah. Kalau ada apa-apa hal berlaku, sila hibungi pejabat
dan minta sampaikan pesanan kepada saya. Kita boleh ubah masa kepada
yang sesuai untuk minggu itu.”
• Aspek kerahsian klien
Aspek kerahsian klien mesti diterangkan kepadanya. Contohnya, “
Perbualan kita dalam sesi ini akan dirahsiakan. Sesi ini saya rekodkan
supaya dapat dibincangkan kes anda dengan guru besar saya”.

4. Memberi Kepercayaan
Seorang kaunselor mesti menunjukkan sifat dan tingkah laku yang beretika tinggi
sepanjang menjalankan proses kaunseling. Pada peringkat permulaan kaunseling,
kaunselor seharusnya sudah menjelaskan tentang tuntutan kerahsiaan dan taraf kemahiran
yang dipunyai oleh kaunselor. Semua isu ini boleh diperjelaskan pada masa
pengstrukturan yang telah dibincangkan. Pada hakikatnya, kaunselor mesti memikirkan
soal tingkah laku yang beretika di sepanjang proses menjalinkan hubungan dengan klien
dan disepanjang perjumpaan dengan klien dalam sesi-sesi yang lain. Ini bertujuan untuk
mendapatkan kepercayaan klien.

TAHAP PENEROKAAN
Pada tahap penerokaan , kaunselor harus membantu klien dengan menumpukan
perhatian terhadap meneroka, memahami, menganalisis persepsi tentang diri dan persepsi
klien berkenaan dengan masalahnya.Untuk memahami klien dan cara pemikirannya
kaunselor harus meneliti beberapa perkara seperti berikut:
• Meneroka seluas-luasnya skop masalah klien dalam alam nyata yang
dihadapi sekarang.
• Menganalisis aras perfungsian klien dalam alam nyata hidupnya.
• Memahami cara klien berfikir dan cara dia berubah, dan memahami
sejauh mana dia sukar membuat perubahan.
• Memahami kekuatan dalaman yang ada pada klien dan bagaimana dia
boleh mendapatkan kekuatan luaran.
Pada tahap ini kaunselor dapat membantu klien dengan mengubah kesedaran
mudahnya tentang masalah yang dihadapi kepada kesedaran yang lebih mendalam yang
memerlukan bantuan kaunseling.
a. Skop masalah
Tugas utama kaunselor pada tahap ini ialah untuk memahami sebab-sebab
mengapa klien datang berjumpa dengan kaunselor.Untuk melicinkan proses
penerokaan, kaunselor dan klien hendaklah
• mengenal pasti sama ada myang dihadapi sekarang merupakan masalah
sebenar
• mengenalpasti konteks dan persekitaran pada masa dan di mana masalah
itu berlaku
• menilai keadaan, teruk atau tidak, dan berapa lama masalah itu berlaku
• menilai sejauh mana masalahnya telah melibatkan orang lain terutama
kepada orang yang terdekat dengannya
• membuat anggaran apakah kesannya kepada orang yang terdekat dalam
hidupnya, sekiranya ia membuat sedikit perubahan
Proses penerokaan ini akan lebih berhasil sekiranya kaunselor mendengar secara
aktif, memberi penjelasan kepada isu-isu yang dikemukakan, menyokong dan memberi
galakan kepada klien serta menganggap klien sebagai orang yang dihargai. Soalan yang
dikemukakan kepada klien juga mestilah soalan yang bercorak terbuka dan berhati-hati
agar klien tidak menunjukkan sifat bergantung kepada kaunselor. Seperkara lagi,
kaunselor harus tidak menunjukkan cara yang mirip kepada sifat interogatif.
b. Aras Perfungsian Klien
Untuk memahami cara pemikiran klien ( client’s internal frame of reference),
biasanya boleh dilihat dari segi cara dia berfungsi dan menangani masalah
dalam hidupnya pada masa lepas.Apabila klienmeluahkan ceritanya dalam
penerokaan kendiri, kaunselor bolehlah membuat kesimpulan secara
professional, sama ada kliennya telah:
• menjalani perkembangan hidup dengan masalah yang minimum;
• telah berjaya memenuhi keperluan fisiologikal,psikologikal dan sosial
dengan berkesan;
• berfungsi pada aras kognitif yang sesuai;
• mempunyai hubungan yang positif terhadap orang dekat dengannya;
• penyesuaian diri yang baik apabila menghadapi konflik, kekecewaan dan
sebarang cabaran hidupnya; dan
• sentiasa mempamerkan pola tingkah laku yang sesuai.
Melihat tingkah laku klien dari beberapa sudut akan memberi cekil akal
(insight)kepada kaunselor dan juga klien dengan keupayaan klien berfungsi dalam
beberapa dimensi kehidupan
c. Pola Sejarah Klien
Seorang kaunselor mungkin ingin membantu klien dengan meneroka sambil
memahami cara klien mengatasi masalah yang pernah dialami sebelum ini
dengan masalah yang sama yang sedang dihadapi pada masa sekarang.
Misalnya, kaunselor boleh mendapatka maklumat daripada klien dalam hal dia
mencuba menyelesaikan msasalahnya terdahulu, pernahkah dia berbincang
dengan orang yang terdekat dengannya,mencari maklumat yang lebih
terperinci untuk menjelaskan isu-isu tertentu,mencuba sesuatu pengalaman
baru, mengubah persekitarannya, atau pernahkah klien mengambil risiko bila
mendapati sesuatu yang kurang jelas dalam menhadapi masa depan.
Proses penerokaan ini boleh menyerlahkan keengganan klien menangani
masalah,atau kesukarannya menempuhi proses penyelesaian masalah.Dalam
proses penerokaan ini,kaunselor memikirkan cara sementara atau tentative dan
menyediakan rancangan atau strategi untuk membantu klien pada tahap yang
lain
d. Kekuatan dan Sumber Kekuatan
Kekuatan dalaman yang ada pada seseorang klien dan daripada mana dia
mendapatkan kekuatan ini perlu diterokai. Untuk memahami skop kekuatan klien,
klien perlu menerima hakikat bahawa dia memang mengalami masalah, bahawa
dia bertanggungjawab untuk mengatasinya,sedar akan kekuatandan kelemahan
yang ada padanya dan mengetahui sumber-sumberluaran yang boleh memberi
kekuatan dalamandalam menghadapi masalahnya.
Membantu klin mendapatkan kesedaran bahawa dia mempunyai
tanggungjawab untuk mengatasi masalahnya adalah amt penting dalam
kaunseling. Cara kaunselor melayani dan memberi respon kepada klien akan
mempengaruhi penerimaannya terhadap pemikiran, perasaan dan pelakuannya.
Sekiranya klien menerima kaunselor sebagai seorang yang benar-benar
mengambil berat, boleh dipercayai, klien akan sedikit demi sedikit menjadi
kurang defensif, dan lebih terbuka kepada penerokaan kendir dan memahami diri
sendiri.

TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN
Bagi tahap membuat keputusan, terdapat dua tugasan yang berkaitan yang mesti
dilaksanakan iaitu pertama , matlamat kaunseling mesti sudah sama-sama dipersetujui
oleh kaungselor dan klien, dan kedua, kaunselor telah membuat keputusan perdekatan
mana serta apakah strategi yang hendak digunakan.
Matlamat yang mula-mula dibuat pada tahap pertama dan kedua mungkin perlu
dirombak atau diperhaluskan lagi. Adalah penting bagi kaunselor dan klien
mempersetujui matlamat yang hendak dicapai pada akhir proses kaunseling nanti. Jika
tiada persetujuan, pergerakan ke arah pencapaian matlamat akan terganggu kerana kita
sebagai kaunselor menumpukan perhatian untuk menyelesaikan satu perkara sedangkan
klien merasakan maslah lain lebih penting untuk diselesaikan terlebih dahulu.
Membuat keputusan tentang matlamat apa yang hendak dicapai tidaklah begitu
mudah. Ada klien yang mengemukakan pelbagai isu yang membuatkan dia tidak dapat
berfungsi dengan efektif.Kaunselor digalakkan menumpukan perhatian kepada masalah
yang difikirkan menghalang klien berada dalam keadaan selesa.
Tugas untuk mencapai matlamat kaunseling hanya boleh berjaya sekiranya tugas-
tugas pada tahap-tahap sebelumnya telah disempurnakan dengan baik. Ada beberapa
angkubah tentang klien , kaunselor dan persekitaran yang boleh mempengaruhi matlamat
kaunseling dan strategi khusus yang digunakan.
a. Angkubah Klien
Ciri-ciri klien yang sangat mempengaruhi matlamat kaunseling dan
pemilihan pendekatan kauseling merangkumi:
• Jenis masalah klien
• Pola cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini
• Faktor Demografi
• Ciri-ciri personaliti
• Latar budaya
b. Angkubah Kaunselor
Angkubah kaunselor yang mempengaruhi pemilihan kaedah atau
pendekatannya merangkumi:
• Pengetahuan dalam bidang kognitif
Contohnya , teori-teori dan kaji selidik berkenaan dengan
motivasi,kognisi, perhubungan, penyesuaian, tingkah laku dan
personaliti.
• Pengetahuan dan pengalaman menggunakan pelbagai pendekatan
kaunseling
Contohnya, pendekatan behaviorisme,pendekatan pemusatan klien, atau
eksistensialisme.
• Aras dan kemahiran berkomunikasi menolong, memberi respon secara
lisan, dan kemahiran berkomunikasi bila memainkan sesuatu peranan.
c . Angkubah Persekitaran.
Setting atau tempat bertugas sebagai kaunselor (sekolah, universiti,Pusat
serenti atau hospital) boleh mempengaruhi sedikir sebanyak matlamat kaunseling
dan strategi yang digunakan. Kaunselor yang bekerja di sesebuah institusi tertentu
agak terbatas menggunakan pelbagai matlamat kerana tertakluk kepada tugas
asas, iaitu mencapai matlamat kaunseling yang dituntut oleh institusi tersebut.
Contohnya, kaunselor sekolah yang mempunyai klien yang tidak boleh belajar
kerana bapanya seorang pemabuk di rumah, menjadikan matlamat kaunselingnya
supaya klien boleh belajar dengan efektif disekolah.

TAHAP PERLAKSANAAN
Tahap pelaksanaan yang dimaksudkan di sini ialah melaksanakan pendekatan
kaunseling yang sesuai. Tugas utama di tahap ini ialah membantu klien menyelesaikan
masalah dan membimbingnya agar dapat berfungsi dengan lebih efektif. Klien
memerlukan sokongan emosi,galakan dan pengukuhan terhadap sesuatu yang baru yang
dipelajari. Kaunselor mungkin akan menggunakan satu pendekatan yang khusus, atau
beberapa jenis pendekatan yang kaunselor telah mahir.
Bagaimanapun, pendekatan yang hendak digunakan mestilah berasaskan strategi
tertentu yang memberi penekanan kepada peningkatan aras berfungsi mental
klien,kesejahteraannya, keadaan emosinya, atau pun menaikkan aras keupayaan klien
berkelakuan dengan lebih sesuai. Yang demikian,strategi kaunseling yang digunakan
mungkin memberi fokus kepada kognitif(pemikiran), afektif(perasaan) atau perlakuan.
Sekiranya kaunselor merasakan kliennya memerlukan bantuan untuk mendapatka
maklumat yang bersifat fakta, atau klien memerlukan pertolongan untuk membuat
sesuatu keputusan,atau klien menunjukkan proses pemikiran yang tidak munasabah,
maka penekanan dalam kaunselinghendaklah diberi kepada penekanan kognitif.
Jika klien banyak menunukkanpelakuan kurang percaya kepada diri
sendiri,merasa dirinya terpinggir, mengalami kesukaran menangani masalah sikap ,
kepercayaan, emosi dan nilai-nilai dalam hidupnya, maka penekanan hendaklah diberikan
kepada soal ‘afek’ atau pada perasaan. Masalah yang datangnya daripada tingkah laku
klien intu sendiri; seperti bersifatlangsang,mulut celupar dan sebagainya, mungkin boleh
dibantu oleh kaunselor dengan memberi fokus kepada ketingkahlakuan. Pada
keseluruhannya, kaunselor akan menggunakan ketiga-tiga domen manusia, iaitu kognitif,
afektif dan ketingkahlakuan pada sepanjang sesi kaunselingnya.
Selain itu, dalam tahap perlaksanaan ini, terdapat beberapa perkara yang tutur
mempengaruhi keberkesanan proses kaunseling yang lebih efektif, iaitu pengaruh orang
terdekat, sumber bantuan lain dan penyediaan risalah.
1. Orang yang terdekat
Frasa “orang yang terdekat” banyak ditemui dalam bab ini. Biasanya
orang yang terdekat adalah orang yang mempunyai pengaruh terhadap klien dan
adalah penting bagi kaunselor mengingatinya dalam sesi-sesi kaunseling. Orang
yang terdekat dimaksudkan ialah ibu, bapa, adik beradik, kekasih, anak , isteri,
suami dan lain-lainindividuyang penting dalam hidup klien.
2. Sumber bantuan lain
Sungguhpun cara ini belum dilaksanakan secara meluasnya di Malaysia,
harus difikirkan oleh umum tentang potensi kebaikan yang boleh didapati dengan
meniungkatkan penglibatan institusi lain sebagai sumber bantuan
tambahan.Sumber bantuan lain mempunyai potensi yang positif dalam proses
kaunseling.Klien boleh dirujuk keinstitusi lain dalam komuniti seperti hospital,
pejabat agama, dan lain-lain untuk mendapatkan bantuan khusus jika
dikenaklpasti bahawa klien memerlukan bantuan mereka. Universiti-universiti
tempatan yang mempunyai pakar-pakar kaunseling atau pakar pendidikan khas,
juga boleh memainkan peranan sebagai sumber bantuan lain. Contohnya, menjadi
sumber rujukan kepada kaunselor sekolah.
3. Penyediaan risalah
Alat-alat bacaan dan rujukan boleh memainkan peranan membantu
kaunselor dalam proses kaunseling.Potongan daripada surat-surat khabar,
buku,buku, dan majalah berkenaan dengan topik tertentu membantu klien
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi.Kaunselor
juga hendaklah rajin membaca dan menyediakan risalah-risalah yang dianggap
boleh membantu klien di suatu masa nanti.

TAHAP PENAMATAN SESI KAUNSELING
Tahap kelima yang terakhir ini amat penting kerana di sini perlu ditumpukan
kepada tiga perkara yang mesti berjaya dicapai:
a. Kemajuan selama menjalankan kaunseling salama ini mesti dirumuskan
dan dinilai kesan-kesannya.
b. Isu-isu lain yangmesti diselesaikan pada masa ini hendaklah dikemukakan.
c. Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah ditamatkan
kaunseling
Perasaan klien dan tingkah laku yang banyak menunjukkan kebergantungan
terhadap kaunselornya mesti ditangani dahulu sebelum proses menamatkan kaunseling
berlaku. Jelaslah bahawa tidak semua isu dapat diselesaikan. Harus diingit, klien tidak
akan dapat berfungsi sepenuhnya dalam semua aspek hidupnya. Tetapi, setelah semua
matlamat kaunseling yang dipersetujui oleh kaunselor dan klien tercapai proses
menamatkan kaunseling bolehlah dimulakan.
Tugas terakhir dalam proses penamatan ini ialah menyediakan satu kaedah
dimana pertumbuhan dan perubahan yang berlaku dapat diteruskan oleh klien sendiri.
Caranya ialah :
• Mengadakan pertemuan susulan dan
• Membentuk satu rancangan yang boleh dipantau sendiri dan membuat
latihan bersama bagaimana rancangan ini dipantau sendiri.
Tahap menamatkan kaunseling ini biasanya langkah yang sukar diambil, namun
bila semua tugasan telah diambil pada tahap ini, klien akan bersedia untuk berhenti.
Dalam tahap ini klien hendaklah diberitahu bahawa hubungan mereka bukannya
ditamatkan, tetapi sebenarnya perjumpaan ditangguhkan. Klien adalah digalakkan untuk
kembali berjumpa sekiranya dia memerlukan pertolongan .

TAHAP MENGALAMI KESUKARAN
Pada pendapat saya tahap yang akan mengalami kesukaran bagi saya adalah pada
tahap membuat keputusan kerana sebarang panduan yang diberikan kepada klien untuk
menentukan hala tuju keputusan yang bakal klien ambil adalah berpandu arah kepada
langkah-langkah tahap penamatan yang diberikan oleh kaunselor. Kesukaran bakal
dihadapi oleh kaunselor pada tahap ini adalah boleh jadi kaunselor secara tidak langsung
terlibat dalam proses klien membuat keputusan. Justeru, tahap ini memerlukan penelitian
dan cara olahan oleh kaunselor dengan sejelasnya bagi membolehkan klien membuat
keputusan yang betul yang membawa faedah kepada semua pihak terutama klien itu
sendiri.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya kaunselor dapat mengendalikan seseorang klien itu
berdasarkan tahap-tahap yang telah dijelaskan. Untuk menghasilkan sesi kaunseling yang
berjaya , seseorang kaunselor tidak semestinya mengendalikan klien untuk tempoh yang
lama.Terdapat kes-kes yang mudah dikendalikan dan memberi kesan yang amat
memuaskan terhadap klien. Bagaimanapun adakalanya kaunselor terpaksa berhadapan
dengan klien yang degil dan tidak mahu bekerjasama. Klien yang seperti inilah biasanya
memerlukan masa dan strategi atau pendekatan yang sesuai untuk didekati dan
dikendalikan.Klien seperti inilah yang merupakan cabaran bagi seseorang keunselor
dalam usaha mengasah pengalaman untuk menjadi seorang kaunselor yang professional.