You are on page 1of 18

RINGKASAN EKSEKUTIF

Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga ladangcendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya
dicuba di Malaysiasejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri ini adalah lembap.
Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telingan kera danjuga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang
sesuai ditanam diMalaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut diusahakan secarakomersial kecuali cendawan jerami
padi.
Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan ialahkedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang
kurang baik, penerimaanproduk, ketahanan produk, persaingan, harga media dan harga jualan yang tinggi
Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan merupakanperusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun,
kejayaan sesuatuperusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara pengurusan, dan juga caramempromosi produk

1.0 PENGENALAN
Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan kerajaandalam menjana ekonomi negara. Sebagai
menyahut seruan kerajaan, saya telahbersepakat untuk menjadikan bidang pertanian sebagai satu kerjaya. Walaupun
sayamempunyai kelulusan sehingga ijazah dalam bidang kejuruteraan, ianya tidakmenghalang saya untuk menceburkan diri dalam
bidang ini. Walaupun sesuatu yangbaru, ianya tidak akan melunturkan semangat saya untuk meneruskan usaha ini.Ramai graduan
seperti saya telah berjaya dalam bidang pertanian.
Untuk itu, saya memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan. Ini adalahkerana, masih tiada pengusaha yang
menceburkan diri dalam bidang ini secara besar besaran khususnya di negeri Terengganu. Antara lima jenis cendawan yang
biasadiusahakan, cendawan tiram kelabu adalah menjadi pilihan saya. Ini adalahdisebabkan cendawan tersebut rasanya sedap
berbanding dengan cendawan-cendawanlain yang seharga dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawantiram
putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik apabiladimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai
rasa dan hanya terasa kenyalsewaktu dimakan. Di samping itu, saya lebih suka mengusahakan cendawan tiramkelabu berbanding
dengan cendawan tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahanlebih lama sedikit. Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan
telinga kera tinggiberbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi saya kurangberminat untuk mengusakannya
kerana permintaan terhadap cendawan tersebutadalah terlalu sedikit.
1.1 Tujuan Projek

Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa tujuan.

Antara tujuan utama projek ini ialah:
a)Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan bidang pertanian
b)Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama pendapatan
c)Menghasilkan cendawan secara besar- besaran bagi tujuan pemasaran
d)Mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri
e)Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi.

1.2 Lokosi Tanaman
Sebagai permulaan melaksanakan projek ini, saya telah memilih kawasansekitar rumah iaitu di Kampung Paloh untuk
membina bangsal cendawan. Pemilihanlokasi ini adalah berdasarkan kepada kos yang terlibat. Pembinaan sesebuah
bangsalmemerlukan kos yang tinggi. Justeru itu, saya menggunakan kayu dan tanah yangsedia ada bagi mengurangkan kos yang
terlibat. Ini merupakan faktor utamapemilihan tapak tersebut.
Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah rumah bagitanaman projek cendawan ini. Oleh kerana
keadaan rumah ini sangat tinggi, makaianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh, seorang pengusaha cendawandisekitar
Kuantan, Pahang telah berjaya dalam bidang ini walaupun menggunakanrumah tumpangan yang telah lama ditinggalkan. Lokasi
bukanlah sesuatu yangpenting dalam bidang pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaanseseorang.

1.3Latar Belakang Pengusaha


KETUA PROJEK
Mohd Lutfi Mohd Arshad
24 tahun
820412-11-5319
Ijazah Sarjana Muda Kej. Awam

OPERASI
Mohd Sauti Mohd Arshad
31 tahun
750731-11-5163
SPM

PEMASARAN
Mohd Hilmi Mohd Arshad
34 tahun
720701-11-5501
Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Maklumat

PENYELIDIKAN
Rahimah Aini Mohd Arshad
23 tahun
831109-11
2.0 KAJIAN LITERATUR
Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan dan jugatanaman cendawan. Biasanya perusahaan
tanaman cendawan dan benih cendawan dinegara-negara maju seperti Jepun dan England dijalankan oleh pengusaha
yangberasingan. Perusahaan benih cendawan biasanya diusahakan oleh pihak swastaataupun persatuan peladang. Selain terlibat
dengan pengeluaran benih, syarikat-syarikat tersebut juga terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jeniscendawan
yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihandan memberi khidmat nasihat kepada petani-petani. Di
Malaysia, perusahaan benihcendawan diusahakan oleh pihak swasta.
2.1Status Perusahaan Cendawan
Cendawan ialah sajenis sayur-sayuran yang mengandungi zat makanan danvitamin yang tinggi berbanding dengan
sayur-sayuran lain. Menurut ahli perubatantradisional cina, cendawan dipercayai dapat mengubati berbagai-bagai jenis
penyakitsaperti anemia (kekurangan darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi.Cendawan jenisGanoderma sepertiG.applana
tum,G.lu cidum danG.japonicumsering digunakan dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga dikenalisebagai Ling
Zhi bagi orang cina.
Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan kawasan yangluas, tetapi memerlukan kemahiran teknik
yang khusus. Bahan sampingan pertanianataupun industri yang terdapat dengan murahnya boleh dijadikan substrat
penanaman.Penggunaan bahan sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanamancendawan di samping mengurangkan
masalah pencemaran. Selepas penanamancendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur tanah dan boleh
dijadikan sebagai makanan haiwan.
Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan ikilim di Malaysia iaitu
cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi(valvariella), telinga kera
(Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus sajor-caju), tiram putih (Pleurotusflorida), tiram kemerah-merahan (Pleurotus
flabellatus), dan shiitake (Lentinusedones). Sejak kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di Cameron
Highlands. Suatu masa dahulu, Penang Development Corporatiaon telahmengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di
dalam peti sejuk, tetapiprojek ini dihentikan kerana beberapa sebab.
2.2Pengeluaran Cendawan Dunia
Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan telahdikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis
cendawan utama yang diusahakan padaperingkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan jerami padi. Lebih 50%
daripadacendawan butang dujial dalam betuk segar. Sebahagian besar cendawan shiitakedikeringkan manakala sebahagian besar
cendawan jerami padi ditinkan.
Cendawan butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertamamenunjukkan cendawan tersebut di tanam di Paris
pada tahun 1650 dan merebak keEngland pada pertengahan abad ke-18. Dari England, penanaman cendawan butangmerebak ke
Amerika Syarikat pada tahun 1965. Pada tahun 1890, perusahaancendawan telah menjadi satu industri di Amerika Syarikat.
Kejayaan ahli sainsJ.N.Constatin dan L.Matruchot dalam penyediaan benih cendawan yang sterile(sterile mushroom spawn) pada
tahun 1894 merupakan detik-detik yang pentingdalam pembangunan perusahaan cendawan (Van Griensven 1987). Cendawan
shiitakepula buat pertama kalinya ditanam pada tahun 1000-1100 manakala cendawan jeramipadi pada tahun 1700 (Chang dan
Miles 1987).

2.3Khasiat Pemakanan Cendawan (100gram)
Pecahan Zat Makanan
Kandungan
Tenaga
37 kcal
Air
89.2 gm
Protin
3.6 gm
Lemak
0.7 gm
Karbohidrat
4.1 gm
Serat
1.8 gm
Kalsium
2 mg
Fosforus
88 mg
Zat Besi
1 mg
Natrium
6 mg
Kalium
195 mg
Vitamin B1
0.03 mg
Vitamin B2
0.45 mg
Niasin
1.9 mg
Vitamin C
9.4 mg






3.0 METHODOLOGI
Perlaksanaan projek ini dijalankan dengan menggunakan tenaga manusiasemaksima yang mungkin bagi mengurangkan
kos yang terlibat. Ini adalah keranasaya mempunyai sumber kewangan yang terhad dan kos untuk membeli mesin juga
adalah sangat tinggi. Untuk peringkat permulaan, saya terpaksa melakukan semuakerja secara manual tetapi ia hanyalah untuk
jangka masa yang pendek sementaramemperolehi kewangan yang cukup untuk membeli mesin.
Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada beberapa faktorpersekitaran yang penting seperti jenis
substrat, suhu, kelembapan, cahaya danpengudaraan. Berikut merupakan cara kerja bermula dari awal sehinggalah
cendawandapat dituai:
1.Pembinaan Rumah Cendawan
Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik tidakdiperlukan. Adalah lebih ekonomik jika menggunakan ruang-ruang yang
sedia ada dan hanya menambah rak-rak dan dibuatsedikit pengubahsuaian seperti memasang jaring di dindinguntuk mengelakkan
serangan perosak dan memasang paip airsupaya mudah membuat penyiraman.
Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan, memadai denganmenggunakan bahan-bahan terpakai dan bahan-bahan yangsedia
ada.
Namun demikian, untuk menjamin kelembapan rumah
cendawan, daun nipah boleh digunakan untuk atap dan dinding.
Tali digunakan sebagai tempat untuk meletakan beg cendawan.Tali digunakan sebagai menggantikan rak. Penggunaan taliboleh
memaksimumkan beg cendawan untuk setiap bangsal.
2.Penyediaan Beg Media Cendawan
Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat maisiliumcendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan ialah
habuk kayugetah, dedak halus, kapur pertanian (CaCO3) dan air. Peralatan yang
digunakan ialah beg plastik ( saiz 6 inci x 12 inci, tahan panas), leherdan penutup beg, kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara
penyediaan begcendawan adalah seperti berikut.
Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaulk pada
kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila
dikepal.
Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam beg plastik
dan hentak dengan tangan sehingga padat.
Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan sedikit
kapas)
Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis habuk kayu
yang telah dibancuh.
3.Pengukusan Beg Media Cendawan
Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu dijalankanuntuk membunuh segala organisma yang terdapat di dalam
habuk kayusupaya tidak berlaku pencemaran. Pengukusan dibuat denganmenggunakan tong dram, set dapur gas, pelapik dan
penutup tongdrum ( besen alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg mediacendawan adalah seperti berikut:
Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum
Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan tinggi
pelapi
Beg-beg media cendawan disusun secara menegak kedalam
tong dram dan tutup rapat dengan besen alluminium.
Kukus selama 6 jam
Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram dan
disejukkan selama 1 malam.
4. Penyuntikan benih
Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan benihdilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah penyuntikan benih
yngdijalankan di dalam bilik khas yang bersih supaya tidak berlakupencemaran. Bahan / peralatan yang diperlukan ialah benih
cendawan,pencungkil besi, lilin, marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntikbenih adalah seperti berikut.
Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih bersih
Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untukmembunuh semua organisma yang boleh menyebabkanpencemaran.
Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang telah
dilayur.
Mulut beg media cendawan dibuka dan benih cendawan
dimasukkan anggaran satu sudu besar.
Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher beg
media cendawan dipasang kembali.
Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawa
Beg media cendawan diperam selama 50 60 hari sehingga
maisilium cendawan memenuhi beg.
5.Penjagaan Beg Cendawan
Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu ruangan khas
untuk proses pemeraman sebelum dialih ke rak tali.
Keadaan suhu antara 28 C 32 C adalah sesuai bagi
pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.
Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk pertumbuhan
cendawan ialah 30 C 32 C.
Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan yangdiperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari iaitu pagidan petang.
Siraman dilakukan ke arah dinding, lantai, begmedia cendawan dan juga bumbung rumah cendawan.
Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg yangberwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan serta beg yangtelah
dimasuki oleh serangga dan berulat dimasukkan ke dalamplastik sampah dibuang atau dimusnahkan.
Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik dikeluarkan darirumah cendawan. Beg-beg ini boleh dikitar semula sebagai
bajakompos tanaman.
Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai dan
sampah sarap.
Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di sekelilingrumah cendawan untuk mendapatkan suasana redup dan suhuyang
rendah
Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan
cendawan yang subur.
Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang lemah danserata. Pancaran cahaya matahari yang terus kedalam
rumahcendawan akan membantutkan pertumbuhan cendawan.
6. Memungut Hasil.
Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 60 hari, kerjayang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara memungut
hasiladalah seperti berikut:
Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan, pindahkandan susun beg secara rebah di atas rak tali di dalam
rumahcendawan. Suhu yang sesuai di dalam rumah cendawan ialah30 C 32 C.
Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama akan
keluar dalam masa 3 5 hari setelah dibuka.
Iar disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg mediacendawan pada waktu pagi dan petang untuk meninggikankelembapan
dan merendahkan suhu.
Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum bahagian
tepi kelilingnya menjadi berombak dan pecah.
Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan direhatkanselama 7 10 hari sebelum dibuka semula untuk pengeluaranhasil
berikutnya.
Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 60 hari selepasmenuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah selepas 10
14 haribeg direhatkan. Sekali kutipan hasil boleh mencapai jumlah sebanyak60 80 g/beg dan satu beg media cendawan boleh
memberikan 5 6kali kutipan hasil untuk selama 3 4 bulan. Cendawan yang telahdipetik boleh disimpan dalam peti sejuk pada
suhu 5 C 10 C selama3 4 hari.
7.Pengawalan Perosak dan Penyakit.
Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan cukupiaitu sekurang-kurangnya 7 jam dengan menggunakan tongdram,
segala perosak dan penyebab penyakit didalam beg akanmati dan musnah.
Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan cukuppengudaraan boleh mengurangkan serangan perosak dankejadian
penyakit.
Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora sp. yangberwarna merah jingga biasanya menyerang di peringkat awal.Jika ini
berlaku, beg-beg yang yang diserang dimasukkan kedalam plastik dan dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-ruang di dalam
rumah cendawan disembur dengan larutanDettol 10% atau klorok.
Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan berwarnakehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-beg
tersebutdimasukkan kedalam plastik dan dibuang atau dimusnahkan.
Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang dankelopak cendawan berwarna perang dan berlendir. Untukmengelakkan
penyakit ini, rumpun cendawan segera dicabutdan ditutup serta direhatkan. Siraman air akan dikurangkan dansistem pengudaraan
dalam rumah cendawan dibaiki.
Serangan serangga boleh dielakkan dengan memasang jaring disekeliling dinding rumah cendawan supaya rumah cendawankalis
serangga. Jika terdapat ulat di dalam beg mediacendawan, beg-beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dandimusnahkan.
Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan semut, racunyang berbentuk umpan atau perangkap digunakan. Dengan
ini,pencemaran racun tidak akan berlaku ke atas cendawan

3.1 Carta Alir Gerak Kerja Projek
PERANCANGAN

PENYEDIAAN KAWASAN
PENANAMAN
PENJAGAAN/ PENYELENGGARAN
PENUAIAN
PEMASARAN

4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN PROJEK
Sebagai peringkat permulaan, saya telah menanam kira kira 15000 beg
cendawan. Walaupun hasil pertama kami tidak begitu banyak, tetapi permintaan
adalah amat memberangsangkan. Daripada tinjauan yang dibuat, permintaan adalah
melebihi 50kg sehari. Namun demikian, hasil yang kami perolehi hanya sekitar 10 -
15kg sehari.
Justeru itu, saya merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg cendawan
dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi ruang yang ada iaitu
kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2007 bagi memenuhi permintaan pelanggan.
4.1Laporan Projek
Berikut merupakan projek yang telah berjalan setakat ini.
Rumah 1
Keluasan rumah cendawan:
10 kaki x 25 kaki
Tinggi
:10 kaki
Rak
:Besi
Kapasiti
:6000 bantal
Kapasiti sekarang
:6000 bantal
Rumah 2
Keluasan rumah cendawan:
20 kaki x 20 kaki
Tinggi
:10 kaki
Rak
:Besi
Kapasiti
:9000 bantal
Kapasiti sekarang
:9000 bantal
Anggaran Perbelanjaan Penanaman Cendawan Tiram ( 15000 beg )

1. Modal Tetap
a) Bangsal Cendawan
ruang penyediaan
-RM 1840
rak Besi
-RM
4350
-----------
-RM 6190
b) Peralatan
4 dapur
-RM
200
4 tong drum
-RM
100
2 tong gas dan kepala
-RM220
2 gelung paip getah
-RM60
2 keping papan lapis
-RM30
-------------
RM 610
2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen-
RM 2000
Dedak halus 1000 kg @ 60 sen
-RM600
1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen
-RM 20
Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00-
RM1080

Tutup, leher 15000 set @ 10 sen-
RM 1500
Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50
-RM1350
Penggunaan air 6 bulan
-RM250
Pelbagai
-RM750
-------------
RM 7550
Anggaran Hasil Pulangan
Purata hasil / beg
-150 gram
15000 beg x 150 gram
-2250 kg
Harga pasaran
-RM10
2250kg x RM 10.00
-RM22500
Pendapatan kasar hasil cendawan-
RM 22500
Modal berubah
-RM7550
-------------
pendapatan bersih / musim
RM 14950

4.2 Pemerhatian
Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua aspek dilakukan
bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta hasil yang akan diperoleh
pada masa akan datang. Berikut merupakan aspek yang penting sepanjang tempoh
projek ini berjalan:

Penyediaan dan pemeraman
Rumah cendawan
-Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan hendaklah
gelap sedikit sementara pada peringkat penuaian, keaadaan rumah
perlulah cerah tetapi jangan biarkan cahaya matahari terus
mengenai beg cendawan. Ini adalah kerana misilium akan cepat
bergerak dalam keadaan gelap.
-Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk yangbertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak disampinghasil yang
banyak berbanding dengan suhu biasa. Kandungankelembapan yang paling sesuai untuk rumah cendawan ialah80%.
-Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi hasil
cendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya adalah sama
tetapi untuk pengeluaran seterusnya, keadaan yang bersih akan
menjamin kuantiti cendawan yang banyak.
Media
-Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan proses
pergerakan misilium manakala air yang sedikit menyebabkan
pergerakan misilium yang cepat tetapi risiko kerosakan adalah
tinggi dan hasilnya juga adalah sedikit.
-Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan misilium.
Dedak yang banyak akan mempercepatkan pertumbuhan
misilium tetapi risiko untuk menerima jangkitan kulat lain adalah
tinggi. Antara kulat yang biasa menyerang ialah kulat hitam,
merah dan kuning.
-Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi pertumbuhan
misilium. Media yang terlalu padat akan melambatkan
pertumbuhan misilium. Kepadatan yang sederhana adalah yang
paling sesuai.
Benih
Benih memainkan peranan yang paling penting dalam
perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil. Benih
yang baik akan menjamin mutu dan hasil pengeluaran setiap beg
cendawan disamping mempengaruhi pertumbuhan misilium.
Benih yang terlalu matang dan terlalu muda tidak sesuia
digunakan. Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya
benih terlalu matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah
dalam lingkungan sebulan selepas waktu matang.
Cuaca
-Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil cendawan.
Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti yang banyak
semasa musim hujan. Masalah akan timbul pada musim panas
kerana pertumbuhan cendawan sering terbantut. Lantai rumah
cendawan hendaklah disiram 2-3 sekali bagi mengurangkan
masalah ini.
Hasil
Waktu buka
-Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media cendawan
untuk kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari tarikh benih
disuntik. Pada masa ini, misilium adalah benar-benar matang dan
biasanya kertas punutup beg cendawan akan pecah dan cendawan
akan keluar dengan sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan
seterusnya, beg cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari
selapas tuaian hasil sebelumnya.
Tuai
-Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7 hari beg
cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu kerana
pertumbuhan cendawan sentiasa bergantung pada keadaan cuaca
dan sekeliling.
Pemasaran
-Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai seharusnya
dipasarkan dengan segera. Ini adalah kerana cendawan
merupakan sejenis tumbuhan yang tidak tahan lama selepas
dipetik. Cendawan akan biasanya akan dapat bertahan selama 5-7
hari didalam peti dan hanya 1-2 hari dalam keadaan biasa.
Pasaran
Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan akan sentiasa
meningkat. Daripada pemerhatian yang dibuat, terdapat banyak
kedai-kedai makan baru yang tumbug seperti cendawan selepas
hujan. Kebanyakan kedai-kedai tersebut adalah berasaskan
makanan ala Thai dimana cendawan merupakan antara keperluan
untuk masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadap
cendawan segar akan sentiasa meningkat.
Potensi
Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam zaman
kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan mungkin dapat
dihasilkan daripada cendawan. Seperti yang kita lihat sekarang.
Pelbagai makanan yang berasaskan cendawan dapat dihasilkan
seperti nugget cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan
lain-lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan mampu
untuk membuat jus cendawan.
4.3 Pemasaran
Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan aspek yang
terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa pemasaran yang
berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami masalah sekaligus akan
memusnahkan impian untuk maju dalam perniagaan. Justeru itu, sebelum
menceburkan diri dalam tanaman cendawan ini, tinjauan terhadap permintaan terlebih
dahulu dilakukan. Cendawan mudah rosak, oleh itu, sistem pemasaran yang cekap
diperlukan. Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang selalu
digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara terus ataupun melalui
orang tengah. Berikut merupakan hasil tinjauan awal saya terhadap permintaan
cendawan tiram kelabu sekitar Kuala Terengganu untuk satu hari.
Pasaraya
:10kg
Kedai makan
:15kg
Pemborong
:30kg
Pasar
:15kg
Terus kepada pengguna
:20kg
Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak menentu dansentiasa berubah-rubah mengikut cuaca
selain hasil yang agak sedikit, maka kamiterlebih dahulu mensasarkan untuk menjual produk kami terus kepada pengguna.
4.4Masalah masalah Yang Dihadapi
Benih
Benih cendawan amat sukar didapati. Tempahan biasanya dibuat melalui
Pejabat Pertanian dan selalunya memakan masa yang lama untuk diperolehi.
Selain itu, benih cendawan tidak tahan lama iaitu kira-kira sebulan sahaja
selepas waktu matang.
Kerosakan
Terdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh pelbagai
punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya kerosakan pada cendawan adalah disebabkan persekitaran, kerosakan benih,
kebocoran plastik
dan kecuaian semasa mengukus dan menyuntik benih.
Persaingan
Kemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang sangatmurah iaitu antara RM3 RM4pada harga borong
sedangkan harga yangkami jual adalah sekitar RM10 sekilogram
Penyediaan
Masa untuk membungkus dan memadat media cendawan memerlukan masa
yang lama untuk disiapkan dengan menggunakan cara manual
Hasil
Hasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung kepada cuaca
menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.
Penerimaan produk
Oleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru dikalangan
masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu dan india, maka
penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai antara pengguna tempatan
tidak tahu cara memasak cendawan dan belum mencuba memakan cendawan.
Masih ramai pengguna yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan
tempatan untuk dimakan.

5.0 PERINGKAT PERANCANGAN
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, hasil yang hanya diperolehi
daripada beg cendawan yang ada hanyalah sekitar 10kg sahaja sehari. Oleh yang
demikian, kami dalam proses menambah 15 000 beg cendawan lagi menjelang
September 2006. Kami mensasarkan untuk terus menambah beg cendawan selagi
terdapat permintaan yang tinggi dari pengguna.
Berikut merupakan anggaran kos bagi 15000 beg cendawan menjelang Mac
2007.

1. Modal Tetap

a) Bangsal Cendawan
1 ruang penyediaan12 kaki x 40 kaki
Bangsal besi boleh pindah
-RM 5650
Rak Besi
-RM4120
-----------
-RM 9770

2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen-
RM 2000
Dedak halus 1000 kg @ 60 sen
-RM600
1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen
-RM 20
Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00-
RM1080
Tutup, leher 15000 set @ 10 sen-
RM 1500
Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50
-RM1350
Penggunaan air 6 bulan
-RM250
Pelbagai
-RM750
-------------
RM 7550
Anggaran Hasil Pulangan

Purata hasil / beg
-150 gram
15000 beg x 150 gram
-2250 kg
Harga pasaran
-RM10
2250kg x RM 10.00
-RM22500
Pendapatan kasar hasil cendawan-
RM 22500
Modal berubah
-RM7550
-------------
pendapatan bersih / musim
RM 14950
Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi menjamin
kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang keperluan yang penting adalah:

1.Rumah cendawan (RM 10000)
2.Mesin pembancuh (RM 8000)



3.Mesin Pengisi / pemadat (RM 35 000)
1 unit
4.Alat pengukus (RM 8000)
1 unit
Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat menambah beg
cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari. Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk
memasarkan cendawan melebihi 50kg sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek
ini akan menerima bantuan sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan
bidang pertanian.

5.1Sasaran
Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat menguasai pasaran
cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Terengganu dimana rata-rata peniaga runcit
dan pasaraya memperoleh cendawan dari Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha
untuk memberi pendedahan kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram
kelabu memandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam pada
itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan goreng yang kini
begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga sedang berusaha untuk
mengumpul seberapa banyak resipi yang yang berasaskan cendawan untuk diedarkan
kepada pelanggan kami. Ini kerana ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan
yang sesuai bagi cendawan.
6.0 KESIMPULAN
Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita. Namun demikian,kita boleh lihat, hanya berapa orang
sahaja yang betul-betul berminat untukmenceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi sekarang tidak berminat untukmenceburi
diri dalam bidang ini. Sebagai contoh, ramai muda-mudi sekarang tidakbekerja malah graduan juga ramai yang tidak dapat bekerja.
Mereka beranggapanbahawa bidang pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusandalam jurusan lain.
Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu untukmenceburkan diri dalam bidang ini sehingga
berjaya. Dengan kelulusan yang kamiada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan mutu pertanian negara sejajardengan
hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap berjaya mencapaimatlamat asalnya. Walaupun pada peringkat
awal kami mempunyai banyak masalahdan kesukaran, namun dengan kerjasama dan kesepakatan yang kami ada, segalamasalah
dapat diatasi dengan berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga,amat sukar untuk kami berjaya. Segala nasihat dan
tunjuk ajar yang diberikan akankami guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telahdiberikan. Diharap
juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami untuik mencarisumber pendapatan.
7.0 CADANGAN
Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu dalam
menjayakan projek tanaman cendawan saya.
Jabatan pertanian seharusnya menyediakan kursus atau pendedahan
yang lebih mendalam dalam teknik penanaman cendawan.
Penyelidikan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi mencari
formula terbaru untuk meningkatkan kadar keluaran cendawan untuk
setiap musim.
Pihak yang terlibat seharusnya menyediakan bantuan kepada
pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang betul-betul bersungguh
dan gigih untuk memajukan industri ini.
Pihak Jabatan Pertanian juga seharusnya memantau setiap perjalanan
projek bagi memberi keyakinan dan semangat kepada pengusaha