i

M A N U A L
PENCEGAHAN HIV/AIDS BAGI
PENAGIH DADAH DI
BAWAH PENGAWASAN
CAWANGAN AIDS/STI
BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
BAHAGIAN RAWATAN DAN PEMULIHAN
AGENSI DADAH KEBANGSAAN
KEMENTERIAN DALAM NEGERI
ii
SENARAI PENYUMBANG
PENASIHAT
Dato’ Dr Faisal Ibrahim
En. Lasimon Matokrem
SIDANG PENGARANG
Dr Shaari bin Ngadiman
Dr Mahanim bt Mohd Yusoff
Dr Uma Salmah bt Abd Kadir
Dr Zaini bin Hussein
En Hassan bin Yusof
En Mohd Nor bin Hj Mansor
En Ramli bin Mohammad
En Shaharuddin Mahamad Yunus
En Wan A’denan bin Wan Mohd Nor
En Zainal Abidin bin Hj Mohd Jamil
PENYUNTING
Dr Abdul Rasid Kasri
Dr Anita Suleiman
Dr Fazidah Yusman
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diatas sumbangan mereka.
iii
SEKAPUR SIRIH
AIDS merupakan cabaran utama kesihatan awam dekad ini. Sehingga kini
masih belum ditemui lagi vaksin untuk mencegah dan ubat untuk
menyembohkannya. Pengetahuan tentang AIDS, pengesanan awal kes,
penjagaan kesihatan dan pengamalan carahidup sihat merupakan pertahanan
utama menghadapi ancaman wabak AIDS. AIDS bukan hanya isu kesihatan,
malah ia juga menyentuh isu moral dan sosial. Oleh itu, cara yang paling efektif
untuk menangani masalah AIDS seharusnya melibatkan kerjasama pelbagai
agensi terutama agensi yang terlibat secara langsung dalam usaha membendung
penagihan dadah yang sudah dikenalpasti merupakan faktor utama penularan
penyakit ini di Malaysia.
Penagihan dadah merupakan satu ancaman utama kepada keselamatan
dan kesihatan negara. Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan lebih
daripada 70% pengidap HIV di negara ini adalah dari kalangan penagih dadah.
Ramai juga dari kalangan penagih dadah ini ditangkap dan dimasukkan ke pusat-
pusat serenti diseluruh negara untuk menjalani rawatan dan pemulihan. Selepas
menjalani tempoh pemulihan di pusat serenti, penagih dadah tersebut akan
dibebaskan dan diletakkan dibawah pengawasan polis. Terdapat juga penagih
dadah yang tidak dimasukkan dan diletakkan terus dibawah pengawasan pihak
polis. Tempoh pengawasan ini adalah selama dua tahun. Didalam tempoh ini,
penagih-penagih dadah ini haruslah diberikan penjagaan komprehensif meliputi
sesi kaunseling, ceramah, perbincangan dan lain-lain yang bersesuaian didalam
mengubah tingkahlaku penagih serta mencegah jangkitan HIV atau penularan
penyakit tersebut.
Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Agensi Dadah Kebangsaan
diatas segala kerjasama dan komitmen dalam memerangi masalah HIV/AIDS di
negara ini. Saya juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
di atas sumbangan daripada pegawai-pegawai Agensi Dadah Kebangsaan dan
Kementerian Kesihatan yang telah menyediakan manual ini. Saya berharap
manual ini dapat membantu kaunselor dan pegawai Agensi Dadah Kebangsaan
di daerah serta Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan program pencegahan
dan kawalan HIV/AIDS bagi penagih-penagih di bawah pengawasan di seluruh
negara.
Sekian Terima Kasih.
Datu’ Dr Hj. Mohamad Taha Arif
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
iv
SEULAS PINANG
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia kerana memberi ruang kepada saya untuk merakam seulas
pinang di dalam manual ini. Sesungguhnya, manual ini merupakan hasil usaha
bersepadu dan kerjasama daripada Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Ma-
laysia dan Agensi Dadah Kebangsaan. Ianya bertepatan dengan usaha-usaha
yang sedang diambil untuk mengawal penularan jangkitan HIV di kalangan
penagih dadah di dalam masyarakat.
Penagih dadah merupakan golongan yang paling berisiko tinggi untuk
dijangkiti HIV. Ianya terjadi disebabkan tabiat mereka suka berkongsi jarum
suntikan serta hubungan seks secara rambang dikalangan mereka. Kajian yang
dilakukan keatas 6,324 orang penghuni di pusat serenti pada tahun 1998
mendapati lebih daripada 84% penagih dadah yang dijangkiti HIV terlibat dengan
aktiviti perkongsian jarum suntikan dadah dan 55% daripada mereka juga
mengamalkan seks rambang. Kajian ini juga mengesahkan bahawa penagih
dadah merupakan golongan “high transmitter” dan penularan jangkitan HIV di
kalangan penagih dadah bukan sahaja melalui perkongsian jarum tetapi juga
melalui hubungan seks bebas.
Saya penuh yakin dan percaya manual ini, dapat memberi panduan kepada
pegawai dan kakitangan dalam melaksanakan program pencegahan dan kawalan
HIV/AIDS bagi penagih-penagih di bawah pengawasan. Saya amat berharap
manual ini dijadikan rujukan utama dan dimanafaatkan sepenuhnya.
Akhir sekali saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Kementerian Kesihatan terutamanya Cawangan AIDS/STD dan
pegawai-pegawai dari Agensi Dadah Kebangsaan sendiri yang telah berusaha
bersungguh-sungguh bagi melahirkan manual ini.
Sekian Terima Kasih.
DATO’ HAJI WAN IBRAHIM BIN WAN AHMAD
Ketua Pengarah
Agensi Dadah Kebangsaan
Kementerian Dalam Negeri.
v
KANDUNGAN
MUKA
SURAT
Senarai Penyumbang ii
Sekapur Sirih iii
Seulas Pinang iv
Pendahuluan 1
Penagih dadah di bawah Pengawasan 2
Analisa situasi 2
Objektif Program 4
Strategi dan Aktiviti 4
Tugas dan Tanggungjawab: 7
Proses Kerja dan Carta Alir 8
Lampiran
© Senarai Nama Klinik Kesihatan yang mempunyai Pasukan 11
Pengurusan
© Reten Program Pencegahan HIV bagi Penagih dadah di bawah 12
Pengawasan Polis
© Aliran proses mendapatkan maklumat dari PDRM ke KKM 13
© Laporan Jangkitan HIV/AIDS/Kematian (HIV-97) 14
© Reten OKP pihak PDRM ke KKM 16
© Rujukan kes OKP untuk Ujian HIV 17
© Borang Pemberitahuan Penagih Dadah di Bawah Pengawasan 18
Glosari 19
1
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
PROGRAM PENCEGAHAN HIV DIKALANGAN PENAGIH DADAH
DIBAWAH PENGAWASAN
1. PENDAHULUAN
AIDS tidak hanya masalah kesihatan malah ianya meliputi juga masalah sosial yang
memberikan kesan kepada kehidupan semua manusia. Oleh itu semua pihak perlu
memainkan peranan masing-masing di dalam membantu mengawal serta mencegah
penularan penyakit ini. Ini lebih diperlukan dengan ketiadaan vaksin dan rawatan yang
khusus untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS.
Mengikut Sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI), sehingga bulan Oktober 2001,
seramai 220,524 penagih dadah telah dikesan di seluruh negara. Sementara itu, dalam
bulan Oktober 2001 sahaja, seramai 25,146 penagih dadah telah ditangkap dan
dimasukkan ke pusat serenti untuk menjalani pemulihan dan seramai 13,633 orang
pula telah diletakkan di bawah pengawasan polis dan menjalani pemulihan dalam
komuniti di bawah seliaan Pejabat Agensi Dadah Kebangsaan Daerah.
Statistik Kementerian Kesihatan mendapati sehingga penghujung tahun 2000, seramai
38,340 orang telah dijangkiti HIV dan lebih dari 70% daripadanya adalah dari kalangan
penagih dadah. Peratusan kes HIV positif dikalangan penagih dadah semakin meningkat
di mana pada tahun 1989 adalah sebanyak 2.64% meningkat kepada 10% pada tahun
1992 dan seterusnya 24.5% pada tahun 2000.
Menurut kajian yang telah dijalankan ke atas penghuni di 27 buah pusat serenti
mendapati 17% penagih dadah yang berada di sana dijangkiti HIV. Selepas menjalani
pemulihan selama 2 tahun di pusat serenti, penghuni-penghuni ini akan menjalani
pengawasan polis dan Pegawai ADK selama 2 tahun. Di dalam tempoh ini, mereka
akan mengikuti program pemulihan susulan meliputi sessi kaunseling, ceramah,
perbincangan dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian di dalam mengubah tingkahlaku
penagih serta mencegah penularan penyakit HIV.
Terdapat juga penagih dadah yang tidak dimasukkan ke pusat serenti sebaliknya
diletakkan di bawah pengawasan polis dan Pegawai ADK Daerah. Mereka juga perlu
mengikuti program pemulihan yang meliputi kaunseling ceramah, perbincangan dan
lain-lain aktiviti yang difikirkan perlu bagi memberi pendidikan pencegahan HIV/AIDS
di kalangan mereka.
Justeru itu, pegawai ADK daerah dan pegawai polis perlu diberikan satu panduan
mengenai aktiviti yang perlu dilakukan semasa tempoh pengawasan penagih tersebut.
Manual ini diharapkan dapat membantu pegawai-pegawai tersebut serta anggota
Kementerian Kesihatan di peringkat daerah untuk melaksanakan aktiviti pendidikan
dan kaunseling HIV/AIDS serta lain-lain aktiviti yang berkaitan.
2
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
2. PENAGIH DADAH DI BAWAH PENGAWASAN
Mengikut Akta 283 Akta Penagih Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) Pindaan 1018 Tahun
1998, terdapat 2 (dua) cara bagaimana penagih dadah dikehendaki mengikut program
pengawasan iaitu :
Penagih dadah yang telah dibebaskan daripada pusat serenti.
Penagih dadah yang telah dibebaskan dari pusat serenti dikehendaki menjalani
pengawasan di dalam komuniti selama 2 tahun. Dalam tempoh tersebut, ia hendaklah
melaporkan diri di balai polis yang ditetapkan pada setiap bulan. Di samping itu, ia
juga dikehendaki menjalani pemulihan dalam komuniti di bawah seliaan saorang
Pegawai ADK daerah.
Penagih dadah yang terus diletakkan di bawah pengawasan di dalam komuniti tanpa
dimasukkan ke pusat serenti.
Tempoh pengawasan kes ini pula ialah selama dua hingga tiga tahun. Kes-kes tersebut
juga di kehendaki melaporkan diri di balai polis yang telah ditetapkan pada setiap
bulan dan menjalani pemulihan dalam komuniti di bawah seliaan Pegawai ADK
daerah untuk diberikan khidmat nasihat serta aktiviti pemulihan yang lain di dalam
komuniti. Ini adalah untuk membantu mereka dalam proses integrasi semula ke dalam
masyarakat.
Program pengawasan ini memerlukan kerjasama terutamanya daripada ahli keluarga, majikan
dan masyarakat. Didalam memberikan perkhidmatan ini, penagih merupakan sasaran utama,
disamping ahli keluarga, majikan dan masyarakat. Kaunseling dan pendidikan kesihatan
juga diberikan kepada mereka samada secara individu, kolompok atau keluarga.
Semasa di bawah pengawasan, beberapa aktiviti yang perlu dilaksanakan, di dalam
pendidikan pencegahan HIV/AIDS adalah seperti berikut;
1. Pendidikan kesihatan dan kaunseling, termasuk kaunseling sebelum dan selepas ujian
serta kaunseling pencegahan.
2. Ujian Saringan HIV.
3. Penjagaan Kesihatan kes HIV dan rujukan kepada pegawai perubatan.
4. Notifikasi kes HIV positif serta susulan kontak jika perlu.
Nota : Perlu diingatkan supaya kerahsiaan kes perlu dipastikan pada setiap masa.
3. ANALISA SITUASI
3.1 Pelaksanaan Program
Sesaorang penagih dadah boleh menjalani program rawatan dan pemulihan di pusat serenti
atau terus menjalani program rawatan dan pemulihan dalam komuniti samada secara sukarela
atau melalui perintah mahkamah. Seperti yang telah di peruntukan di bawah Akta Penagih
3
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Bebas dari Pusat
Serenti
Sukarela
Dimasukkan Ke
Pusat Serenti
Dadah ( Rawatan dan Pemulihan ) 1983 ( Pindaan 1998 ), sesaorang penagih dadah
dikehendaki menjalani pengawasan di dalam komuniti selama 2 tahun setelah tamat
menjalani pemulihan di dalam pusat serenti. Di bawah akta yang sama, sesaorang penagih
dadah boleh juga menjalani program pengawasan dalam komuniti secara terus selama
dua hingga tiga tahun tanpa perlu dimasukkan ke pusat serenti. Program pencegahan
HIV/AIDS semasa menjalani pemulihan di pusat serenti atau pengawasan dalam komuniti
untuk kes-kes tersebut adalah seperti di dalam cartalir 1.
Cartalir 1: Perlaksanaan Program
Penagih dadah ditangkap
Arahan Mahkamah
3.2. Organisasi dan Sumber Manusia
Berdasarkan Pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1998 yang telah
diwartakan pada 19 Mac 1998, menetapkan bahawa pengawasan diletakkan di bawah
tanggungjawab polis dan penagih-penagih dadah diminta supaya melaporkan diri ke balai
polis yang telah ditetapkan sekali sebulan. Sementara itu, mereka juga dikehendaki
menghadirkan diri di Pejabat ADK Daerah untuk mengikuti program pemulihan dan
menjalani ujian-ujian air kencing yang telah ditetapkan di bawah seliaan seorang pegawai
ADK daerah.
3.3. Kemudahan fizikal Unit Kesihatan
Mulai tahun 1999, terdapat sebanyak 33 buah Klinik Kesihatan yang melaksanakan
pengurusan pengidap HIV (Rujuk Lampiran 1). Perkhidmatan yang disediakan bolehlah
dirujuk kepada buku ‘Manual Pengurusan Pengidap HIV di Peringkat Jagaan Asas terbitan
KKM, Januari 2000.
Aktiviti Pencegahan & Kawalan AIDS
• Ujian saringan HIV
• Pendidikan Kesihatan
• Penjagaan kes HIV
(Rujuk Manual Program Pencegahan HIV/AIDS di Pusat
Serenti
Tidak dimasukkan
Ke Pusat Serenti
Aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS
• Tindak susul kes
• Pendidikan kesihatan dan kaunseling
• Rawatan dan rujukan sekiranya perlu
• Ujian saringan HIV
4
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
4. OBJEKTIF
Objektif program pengawasan HIV di kalangan penagih dadah di bawah pengawasan adalah
seperti berikut :
• Memberi pengetahuan dan pendidikan tentang jangkitan HIV/AIDS
• Mencegah penularan HIV dikalangan penagih dadah
• Memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penagih dadah yang HIV positif
5. STRATEGI DAN AKTIVITI
5.1 Pengesanan awal
Pengesanan awal melalui perlaksanaan ujian saringan seperti yang dinyatakan didalam pekeliling-
pekeliling yang sediada:
a. Plan of Action for the Prevention of AIDS 1988.
b. Recommendation of AIDS Task Force on issues for the management and Control of HIV
positives (including Haemophiliacs) Bil. (121) dlm. KKM -171 (99) Bhg. 11, bertarikh
19/9/89.
c. Peningkatan dan Perluasan Ujian Saringan HIV / AIDS di kalangan golongan yang
berisiko tinggi di semua Institusi Pemulihan dan Hospital. Bil.(2) dlm. KKM - 171(99)
Bhg. 11 bertarikh 26 September 1989.
d. Guideline for Management of HIV infected inmates in Correctional Institutions, bertarikh
27/4/1990
e. Prosedur Rujukan Tahanan Pusat Pemulihan yang dijangkiti HIV / AIDS. Bil. (8) dalam
KKM (7) (99) Bhg. 17 bertarikh 15/1/1991.
f. Prosedur Perlaksanaan Program Penyaringan Darah untuk AIDS dan Hepatitis ‘B’ di
kalangan penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan di Institusi-Institusi
Pemulihan.Bil.(65) dlm. KKM-171(177), bertarikh 15 Ogos 1991.
g. Protokol Baru Mengenai Proses dan Prosedur Ujian Saringan HIV Bil.(55) dlm. KKM-
87 (467) Bhg. 18, bertarikh 27/2/1995.
5.1.1 Prosedur perlaksanaan ujian saringan HIV bagi kes OKP
a. Ujian saringan HIV untuk semua penagih dadah yang dimasukkan terus dibawah
pengawasan dalam masa 2 minggu selepas perintah dan diulangi 6 bulan kemudian
sekiranya ujian pertama didapati negatif.
b. Bagi penagih dadah yang dibebaskan daripada Pusat Serenti dan masih negatif, disarankan
supaya mereka dilaksanakan ujian HIV sekiranya masih melakukan aktiviti-aktiviti
berisiko.
5
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
c. Ujian saringan ini boleh dilaksanakan oleh pegawai-pegawai ADK Daerah atau dirujukkan
kepada klinik kesihatan (Rujuk Carta Alir 2)
(*kebenaran hendaklah diperolehi sebelum ujian ini dijalankan)
5.2 Pencegahan Penularan Jangkitan HIV
Di samping pengawasan (surveillance) untuk jangkitan HIV bagi penagih-penagih dadah,
pencegahan penularan jangkitan HIV juga tidak kurang pentingnya. Antara aktiviti yang akan
dilakukan adalah seperti berikut:
5.2.1 Mempertingkatkan program pendidikan kesihatan.
Dalam usaha meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai HIV/AIDS di kalangan
penagih-penagih dadah dan anggota pusat serenti, aktiviti aktiviti seperti berikut adalah
dicadangkan :
i) Pakej pendidikan kesihatan HIV/AIDS diserapkan ke dalam agenda /aturcara minggu /
bulanan.
ii) Modiul pendidikan HIV/AIDS hendaklah dimasukkan sebagai salah satu modul wajib di
dalam kursus kaunselor.
iii) Setiap anggota ADK hendaklah diberi pendidikan kesihatan mengenai HIV/AIDS
terutamanya mengenai ‘Standard Precautions’ sekurangnya kurangnya sekali dalam
setahun.
iv) Setiap ADK Daerah hendaklah menubuhkan pusat sumber yang dilengkapi dengan bahan
bahan pendidikan kesihatan seperti risalah, poster, video, kaset serta buku rujukan yang
berkaitan dengan HIV/AIDS.
5.2.2 Khidmat Kaunseling
Oleh kerana HIV/AIDS adalah merupakan penyakit yang berkaitrapat dengan tingkahlaku
berisiko, maka adalah penting setiap pelatih diberikan kaunseling yang berkesan. Kaunseling
perlu dilaksanakan sebelum dan selepas ujian saringan.
i) Kaunseling Pra-Ujian
Kaunseling ini perlu dilakukan oleh anggota Unit Kesihatan atau Kaunselor Pegawai
ADK . Kandungan kaunseling adalah saperti di dalam modul yang telah ditetapkan.
ii) Kaunseling Selepas Ujian
Kaunseling ini boleh dibahagikan kapada 2 kumpulan berdasarkan keputusan ujian,
iaitu samada HIV seropositif atau seronegatif. Bagi pelatih yang seropositif, kaunseling
6
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
hendaklah dilakukan secara individu oleh anggota kesihatan/kaunselor/Pegawai ADK
yang dilatih, sementara pelatih yang seronegatif pula, kaunseling boleh dilakukan secara
berkumpulan oleh kaunselor atau unit kesihatan. Bagi pelatih seropositif, notifikasi kepada
pasangan hendaklah dilakukan oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 24 jam selepas
keputusan diterima.
5.2.3 Mencegah Penularan HIV/AIDS Melalui Kegiatan Berisiko
• Perubahan tingkahlaku kepada tidak berisiko
• Mengamalkan konsep ‘Standard precaution’ didalam amalan harian
• Menyediakan kemahiran kendiri
• Pengisian ilmu keagamaan
• Lain-lain kemahiran yang difikirkan perlu
5.3 Penjagaan Kesihatan
5.3.1 Memperkukuhkan sistem rawatan dan rujukan penyakit HIV/
AIDS
Semua OKP yang didapati HIV positif perlu dirujuk dan diperiksa oleh pegawai perubatan.
Jika perlu rujuk Manual Pengurusan Pengidap HIV di Peringkat Jagaan Asas, KKM, Jan. 2000.
i) Pegawai Perubatan perlu membuat notifikasi kes HIV positif menggunakan borang
HIV/AIDS-97( Rujuk Lampiran 4)
ii) Membuat pengesanan awal penyakit TB, terutama dikalangan pelatih HIV positif.
5.4 Pembangunan Sumber Manusia Melalui Latihan
Bagi memastikan aktiviti pencegahan dan kawalan HIV/AIDS berjalan dengan jayanya, setiap
kakitangan hendaklah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi. Oleh kerana
itu, latihan perlu diberi kepada kakitangan seperti di bawah:
i) Latihan Kaunseling Serta Pendidikan Kesihatan
Latihan kaunseling perlu diberi kepada semua anggota yang terlibat iaitu pegawai
perubatan, anggota paramedik dan kaunselor pusat serenti serta Pegawai ADK. Latihan
ini diberi semasa didalam perkhidmatan dengan menggunakan modul sediada (seperti
didalam buku panduan kaunseling).
ii) Pendidikan Kesihatan
Bagi kakitangan auksilari samada di unit kesihatan atau anggota pusat serenti/ADK,
pendidikan kesihatan terutamanya tentang ‘Standard Precautions’ dan penyakit TB
hendaklah diberikan dari masa kesemasa dengan menggunakan garispanduan yang
sediada.
7
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
5.5 Kerjasama antara agensi
Kerjasama antara agensi perlu erat untuk memantapkan program pencegahan dan kawalan HIV/
AIDS. Antara agensi yang boleh dilibatkan bersama adalah seperti berikut :
i) Agensi Dadah Kebangsaan.
ii) Jabatan Agama Islam Negeri.
iii) Polis Diraja Malaysia.
Pada peringkat Daerah mesyuarat koordinasi perlu dijalankan antara Pegawai Kesihatan Daerah
dengan Pegawai Agensi Dadah Kebangsaan.Di peringkat Negeri mesyuarat Jawatankuasa Pro-
gram Pencegahan HIV/AIDS perlu dijalankan yang di pengerusikan oleh Pengarah Kesihatan
Negeri.
Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh agensi-agensi tersebut termasuklah penerapan
nilai-nilai murni, sokongan moral dan sosial selepas dibebaskan serta tindakan susulan ke atas
kes selepas dibebaskan dari pusat serenti.
6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Setiap agensi perlu memainkan peranan mereka bagi menentukan keberkesanan program ini.
Tugas dan tanggungjawab setiap agensi adalah seperti berikut:
6.1 Kementerian Kesihatan
PERINGKAT TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. KEMENTERIAN Membuat polisi program
2. NEGERI Merancang dan menyelaras program
3. DAERAH Mengetuai program di peringkat daerah
Menyelaras pelaksanaan program di peringkat
daerah
Mengenalpasti masalah dan memberi maklumbalas
pelaksanaan di peringkat daerah
Mengumpul dan menghantar maklumat untuk daerah
4. KLINIK KESIHATAN Menjalankan ujian saringan HIV
Memberi maklumbalas pelaksanaan (rujuk carta alir 3)
Mengendalikan kes HIV positif termasuk merujuk kes
ke institusi yang berkaitan
Membuat notifikasi kes-kes HIV positif mengikut peraturan
yang sedia ada menggunakan Borang HIV-97
8
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
6.2 Agensi Dadah Kebangsaan
PERINGKAT TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. IBUPEJABAT Membuat polisi program
2. NEGERI Merancang dan menyelaras program
3. DAERAH Menyelaras pelaksanaan program di peringkat daerah
Mengumpul maklumat berkaitan yang diperlukan
6.3 Kementerian Dalam Negeri (Polis Di Raja Malaysia)
PERINGKAT TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
1. IBUPEJABAT Membuat polisi program
2. NEGERI Merancang dan menyelaras program
3. DAERAH Menjalankan pengawasan kes-kes.
4. BALAI POLIS Mengarahkan OKP menghadiri program .
Mengeluarkan arahan kepada OKP
9
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
CARTA ALIR 2: PROSEDUR UJIAN SARINGAN HIV DI KALANGAN
PENAGIH DADAH DI BAWAH PENGAWASAN
OKP
Jabatan polis
ADK Daerah
Klinik Kesihatan
Rapid Test
Tidak
Reaktif
Reaktif
Ujian
Pengesahan
Negatif
Positif
Rujuk FMS / Peg. Perubatan
• Kaunseling
• Pendidikan Kesihatan
• Rujukan (lampiran 6)
Ulang selepas 6
bulan
Kaunseling Sebelum
Ujian
Ulang selepas 6
bulan
• Kaunseling Selepas Ujian
• Pendidikan Kesihatan
• Notifikasi kes (lampiran 4)
• Maklum kpd. ADK (lampiran 7)
Nota:
• Kes-kes dadah di bawah pengawasan akan terus berurusan dengan
pihak ADK / Polis dalam tempoh terbabit
• Ujian saringan (rapid test) perlu dirujuk ke klinik kesihatan
• Ujian pengesahan akan dijalankan di klinik kesihatan.
10
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
CARTA ALIR 3: PENGURUSAN MAKLUMAT UJIAN SARINGAN
HIV BAGI KES-KES PENAGIH DADAH DI BAWAH PENGAWASAN
POLIS (PK 1/01)
A
Klinik Kesihatan
Pejabat Kesihatan Daerah
Jabatan polis
Caw. AIDS/STI KKM
Tamat
Lakukan ujian saringan
Isi format PK 1/01 (setiap bulan)
KES OKP
11
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 1
SENARAI NAMA KLINIK KESIHATAN YANG MEMPUNYAI PASUKAN PENGURUSAN HIV.
NEGERI NAMA KLINIK KESIHATAN
1. Perlis K.K Padang Besar
K.K Arau
K.K Kangar
2. Kedah K.K Bandar Alor Setar
K.K Bandar Sungai Petani
K.K Kuah
K.K Changloon
3. P.Pinang K.K Tasik Gelugor SPU
K.K Berapit,SPT
4. Perak K.K Lintang
K.K Changkat Jering
5. Selangor K.K Semenyih
K.K Rawang
K.K Cheras Bt 9
6. N. Sembilan K.K Seremban
K.K Titi
7. Melaka K.K Ayer Molek
K.K Mesjid Tanah
K.K Merlimau
8. Johor K.K Larkin
K.K Tampoi
K.K Parit Jawa
9. Pahang K.K Jaya Gading
K.K Jerantut
K.K Benta
10. Terengganu K.K Marang
K.K Batu Rakit
Poliklinik Dungun
11. Kelantan K.K Pengkalan Chepa
K.K Jeli
12. Sabah K.K Luyang
13. Sarawak Polikinik Jalan Mesjid Kuching
Poliklinik Jalan Oya Sibu
12
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 2
PK 1/01
Laporan Program Pencegahan HIV/AIDS
Bagi Penagih Dadah Di Bawah Pengawasan Polis
Daerah :
Negeri :
Bulan :
Tahun :
1. Ujian Saringan HIV
Bil
1. Bil. OKP hadir
2. Bil. OKP Menjalani Ujian Saringan HIV
3. Bil. OKP Reaktif (Rapid Test)
4. Bil. OKP Di Sahkan Positif
(Kes-kes yang menjalani ujian saringan HIV akan diberi Pakej Perkhidmatan berikut :
Kaunseling Pra Ujian, Kaunseling Selepas Ujian dan Jagaan kesihatan)
2. Aktiviti Pendidikan Kesihatan AIDS
Bil Aktiviti Pendidikan Kesihatan Jumlah
1 Bilangan sesi
2 Bilangan liputan OKP
Jantina
Jumlah
Lelaki Perempuan
13
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 3
ALIRAN PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT KES-KES OKP
DARIPADA PDRM KE KKM
Pihak KKM meminta maklumat dari PDRM
Pihak PDRM menerima permintaan pihak KKM
Pihak PDRM menghantar maklumat seperti borang
PDRMKKM/OKP (di lampiran) ke KKM
Pihak KKM menerima reten dari PDRM dan
mengedarkan maklumat tersebut ke negeri (JKN)
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menerima reten
KKM
PDRM
Tamat
PDRM
KKM
JKN
14
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 4
LAPORAN JANGKITAN HIV / AIDS / KEMATIAN AIDS
15
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
16
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 5
Borang PDRMKKM/OKP
RETEN OKP (ORANG KENA PENGAWASAN) PIHAK PDRM KE KKM
Tahun : ..................... Tempoh ...........................
PERKARA NEGERI BILANGAN JUMLAH
1. Bilangan kes dibebas dari Pusat SerentiPerlis
Kedah
P.Pinang
Perak
Selangor
N.Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
W.Persekutuan
2. Bilangan kes diletak dibawah pengawasan Perlis
tanpa dimasukkan ke Pusat Serenti (atas Kedah
perintah mahkamah) P.Pinang
Perak
Selangor
N.Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
W.Persekutuan
3. Jumlah keseluruhan kes dibawah Perlis
pengawasan Kedah
P.Pinang
Perak
Selangor
N.Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sabah
Sarawak
W.Persekutuan
Tandatangan Pegawai : ...............................
Nama Pegawai : .......................................
Jawatan : .........................................
Tarikh: ...............................
Lelaki Wanita
17
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 6
Tarikh:........................................
Pegawai Perubatan dan Kesihatan
Klinik Kesihatan..............................
Tuan/Puan,
Per: Rujukan Kes OKP untuk Ujian HIV
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, diharapkan pihak tuan dapat
menjalankan ujian HIV kepada penama berikut.
Nama : ...........................................................
Umur :...........................................................
Alamat :............................................................
.............................................................
Di atas kerjasama tuan/puan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
....................................
(tanda tangan)
Nama :................................................
Pegawai Perkhidmatan Luar
Agensi Dadah Kebangsaan ( Daerah).
s.k fail
18
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
Lampiran 7
SULIT
BORANG PEMBERITAHUAN
PENAGIH DADAH DI BAWAH PENGAWASAN
Daripada : Kepada :
Pegawai Kesihatan Daerah Pegawai Perkhidmatan Luar
Pejabat Kesihatan Daerah Agensi Dadah Kebangsaan (Daerah)
MAKLUMAT TENTANG KES HIV PENAGIH DADAH DI BAWAH PENGAWASAN :
1. Nama :
2. Umur : Tahun
3. Jantina : P L
4. Kad Pengenalan : Baru - -
Lama
5. Keputusan Ujian HIV : Positif Negatif
6. Tarikh Keputusan:
Tandatangan
Nama:..................................................................
Pegawai Kesihatan Daerah
Pejabat Kesihatan Daerah....................................
19
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
GLOSARI
AIDS (Acquired Immune Penyakit akibat dari virus HIV yang menyerang system
Deficiency Syndrome) ketahanan badan melawan penyakit. Seorang dengan AIDS
rentan terhadap penyakit-penyakit lain yang boleh dirawat
tetapi AIDS belum ada rawatan.
Antibodi Ialah bahan yang dihasilkan oleh sel darah putih hasil
tindakbalas antigen. Antibodi berfungsi melawan bacteria,
virus dan organisma lain yang boleh menyebabkan penyakit.
Bagi jangkitan HIV, antibodi yang dihasilkan tidak berkesan
untuk melawan virus. Antibodi yang dihasilkan terhadap vi-
rus HIV juga digunakan sebagai petanda untuk ujian HIV.
Antibodi HIV Positif Ini bermakna seseorang telah terdedah kepada HIV dan sys-
tem ketahanan badan telah menghasilkan antibody. Ujian
antibody HIV akan menghasilkan keputusan positif apabila
antibody HIV dikesan.
Biseksual Mereka yang mempunyai kecenderong seks terhadap lelaki
dan wanita.
Heteroseksual Kecenderongan seks kepada jantina yang berlainan jenis
Homoseksual Kecenderungan seks seseorang kepada jantina yang sama
contoh ‘gay’ (lelaki yang melakukan hubungan seks dengan
lelaki) dan ‘lesbian’ (perempuan yang melakukan hubungan
jenis dengan perempuan)
Pembawa HIV Seseorang yang telah dijangkiti virus HIV tetapi tidak
menunjukkan apa-apa tanda penyakit. Mereka kelihatan sihat
dan boleh menyebabkan jangkitan kepada orang lain jika
mereka melakukan zina, menderma darah, menderma or-
gan atau berkongsi jarum suntikan dadah. Pembawa HIV
hanya boleh dikesan melalui ujian HIV
“ Window period” Jangkamasa daripada virus masuk ke dalam badan hingga
pembentukan antibodi (Peringkat Acute Seroconversion).
Tempoh ini biasanya 3 hingga 6 minggu dan mungkin
berpanjangan sehingga 6 bulan. Di masa ini, walaupun vi-
rus ini wujud di dalam tisu badan dan pesakit berupaya
memindahkan jangkitan, keputusan ujian HIV adalah negatif.
Pengesanan kontak HIV Adalah salah satu langkah pengesanan dan pengawalan
(pemberitahuan kepada HIV. Ia dilakukan untuk mengesan orang-orang yang ada
pasangan) hubungan dengan mereka yang dijangkiti HIV dengan segera
supaya langkah-langkah pencegahan dapat dilakukan
kepada kontak tersebut
20
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN
GLOSARI
Perlakuan berisiko tinggi Istilah yang digunakan untuk menerangkan aktiviti tertentu
yang akan meningkatkan risiko jangkitan terhadap HIV.
contoh
perhubungan seks dengan pelacur
perhubungan seks dengan berbagai pasangan
berkongsi jarum suntikan dadah
melakukan ‘oral sex’
melakukan liwat
menerima darah atau organ dari orang yang tidak di ketahui
latar belakangnya
Ujian Antibodi HIV Adalah ujian yang dilakukan bagi mengesan antibody
terhadap virus HIV. Jenis-jenis ujian termasuk ujian ELISA, ujian
PA dan ujian LIA
Ujian Antigen HIV Ujian makmal yang dijalankan terhadap sampel darah untuk
mengesan virus HIV. Ujian dapat mengesan virus HIV lebih
awal dari ujian antibody HIV. Ujian ini hanya dijalankan di
Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sahaja
Ujian HIV ELISA Adalah ujian yang mengesan antibodi terhadap HIV. Ia
(Enzyme-linked digunakan sebagai ujian saringan. Ujian ELISA yang reaktif
Immunosorbent Assay) menunjukkan teradapat antibodi terhadap virus HIV.
Virus HIV (human Adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS. Pada
immunodeficiency virus) awalnya virus ini di kenali sebagai HTLV-III (human Tcell
lymphotrophic virus type III) dan ARV (AIDS related retrovirus).
Ia menyerang sistem ketahanan badan manusia dan
menyebabkan ia terdedah kepada jangkitan opportunistik dan
kanser tertentu
21
MANUAL PENCEGAHAN HIV/AIDS DI BAWAH PENGAWASAN

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful