You are on page 1of 1

Keutamaan Bersedekah

1. Sedekah sebagai pembersih dan pensuci diri dan sedekah akan
menyuburkan rezeki.
2. Sedekah memenuhi perintah Allah dan Rasul-Nya.
3. Orang mukmin mendapatkan perlindungan dengan bersedekah pada
hari Kiamat.
4. Sedekah melindungi dari bahaya dan musibah serta menolak su'ul
khatimah (kematian/pengakhiran yang buruk.)
5. Sedekah merupakan bukti di atas kebenaran iman.
6. Sedekah menyelamatkan seorang muslim dari belenggu hati.
7. Allah akan menggantikan harta orang yang bersedekah seperti
keterangan dalam satu hadis: Nabi menerangkan setiap awal pagi,
semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada
manusia di bumi. Yang satu menyeru. ‘Ya Tuhanku,
kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan
hartanya kerana Allah.’ Yang satu lagi menyeru ‘Musnahkanlah
orang yang menahan hartanya (kedekut).’
8. Pahala sedekah sentiasa mengalir kepada orang yang bersedekah
walaupun selepas dia meninggal dunia.
9. Sedekah menghapus kesalahan (dosa) dan menjauhkan kita dari api
neraka seperti keterangan dalam hadis Nabi s.a.w.: “Sedekah itu
menghapus dosa sebagaimana air memadam api.” Nabi juga
bersabda: “Takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji
tamar.”
Bersedekah adalah antara amalan paling utama dalam Islam. Untuk
mengetahui selok belok bersedekah dan sedekah yang bagaimana yang
dituntut, bacalah ebook, “Rahsia Rezeki: Rahsia Memperolehi Rezeki
Melimpah Ruah dan Diberkati.”
Di http://rahsiarezeki.com