You are on page 1of 25

HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

SOALAN 1
Kandungan di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah KBSR disusun di dalam empat bidang kegiatan iaitu menggambar,
membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan
mengenal kraf tradisional.

Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
I. pemerhatian secara aktif,
II. interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan dan alat,
III. apresiasi seni visual
IV. menghargai nilai.

Bincang dan huraikan bagaimana pengajaran dapat dilakukan secara
bersepadu melalui keempat-empat aspek tersebut.

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, seseorang
guru itu haruslah peka terhadap objektif pengajaran yang hendak dicapai
dengan berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Kementerian
Pendidikan Malaysia. Pendidikan Seni Visual secara amnya bertujuan
memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang
keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai
kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain
(Huraian Sukatan Pelajaran PSV, PPK KPM:2002)

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran adalah pemerolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap. Pembelajaran melibatkan cara baru membuat
sesuatu kerja. Ia berlaku dalam percubaan individu untuk mengatasi atau
menyesuaikan diri kepada situasi baru. Empat bidang kegiatan Pendidikan

1
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Seni Visual sekolah rendah disusun sesuai dengan tahap kognitif dan
pengalaman murid-murid bagi mencapai matlamat untuk melahirkan insan
yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni
visual. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bergantung kepada
guru untuk mengolah empat aspek utama di dalam organisasi kurikulum bagi
mencapai objektif pengajaran. Empat aspek berkenaan ialah

1. PEMERHATIAN SECARA AKTIF

Aspek yang pertama yang perlu diberi perhatian oleh guru untuk ditekankan
di dalam pengajaran ialah pemerhatian yang aktif. Pemerhatian secara aktif
yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain mengembangkan deria
penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan.
Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi.
Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui
kegiatan pemerhatian ini.

Pemerhatian yang aktif dapat meningkatkan kreativiti seseorang.
Pemerhatian dapat melatih pengamatan murid pada sesuatu perkara.
Melalui pemerhatian itu, murid-murid diminta membuat pengamatan dengan
menggunakan pelbagai deria yang ada seperti sentuhan, penglihatan dan
sebagainya. Guru boleh menyediakan bahan-bahan contoh untuk menarik
minat bagi melihat ataupun menyentuhnya. Seterusnya perbincangan murid-
murid dengan guru dibuat bagi mengolah idea mereka sebelum memulakan
sesuatu aktiviti seni. Melalui deria penglihatan, murid-murid diminta
mengaplikasikan bagaimana hal benda diolah menjadi motif.

2
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Aspek pemerhatian yang aktif di dalam pengajaran guru melibatkan
sensitiviti deria. Sebelum memulakan pengajaran atau semasa menyediakan
aktiviti, antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru ialah

1.1 Pengetahuan sedia ada murid
Guru Pendidikan Seni Visual haruslah peka sebelum memulakan
pengajaran berkenaan hal pengetahuan sedia ada murid. Hal ini penting
untuk memastikan objektif pengajaran dapat dicapai apabila murid dapat
melibatkan diri kerana bahan pengajaran guru berkesinambungan atau
berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada mereka.
Sebagai contoh guru yang hendak mengajar tentang Teknik Mozek
kepada murid haruslah memastikan murid telah mahir atau tahu
mengenai Kolaj.

Berdasarkan teori kognitif, proses pembelajaran berlaku apabila
seseorang itu menyerapkan ataupun menyesuaikan pengetahuan sedia
ada di otak dengan data-data yang diperoleh melalui persekitarannya.

1.2 Benda yang konkrit
Perkara yang hendak dipelajari oleh murid hendaklah benda yang
konkrit pada peringkat murid-murid sekolah rendah ini. Mengikut
Thorndike (1986), tindak balas seseorang itu adalah berdasarkan
rangsangan yang diterima. Oleh itu pada peringkat mereka, perkara
yang berada di persekitaran dan konkrit dapat dibuat dan bukan di
dalam imaginasi atau maya.

Sebagai contoh, apabila mengajar bidang kegiatan membentuk dan
membuat binaan- topeng, guru haruslah menggunakan benda yang
konkrit seperti watak haiwan, kartun dan bukannya imaginasi seperti
dewa ataupun alam khayalan.

3
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

1.3 Minat, kecenderungan dan latar belakang murid
Perkara ini haruslah diambil berat oleh guru. Minat dan
kecenderungan murid yang berbeza perlu dipertimbangkan kerana ianya
amat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dengan
latar belakang murid, sama ada datangnya dari keluarga miskin,
sederhana ataupun mewah.

Minat dan kecenderungan yang lebih menjurus kepada kecerdasan yang
pelbagai ini seandainya dikesan oleh guru akan dapat melahirkan
kreativiti melalui pengamatan dan tanggapan dalam mengaplikasikan
pembelajaran bagi membantu murid-murid membina kemahiran
seterusnya memperoleh ilmu dan mengamalkannya.

Aktiviti dalam pendidikan seni visual boleh dijalankan dengan
memanfaatkan kepelbagaian minat dan kecenderungan yang terdapat
pada murid-murid dalam aktiviti berkumpulan ataupun aktiviti individu.

1.4 Bahan, bunyi, pergerakan dan aksi
Melalui pemilihan bahan yang melibatkan deria, guru dapat
menentukan rangsangan yang didedahkan kepada murid-murid dan
kesannya terhadap gerak balas yang dihasilkan. Perkara yang
melibatkan pergerakan, bunyi dan aksi akan mampu menarik perhatian
murid seperti nyanyian lagu ‘Burung Kakatua’ dan boneka burung akan
mampu meningkatkan minat murid untuk menjalankan aktiviti
menggambar menggunakan teknik catan cat air.

Media pengajaran yang digunakan adalah satu pengalaman yang
melibatkan penggunaan penglihatan dan/atau pendengaran seseorang
serta teknik-teknik pengajaran termasuk juga proses pengalaman,

4
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

persediaan dan perasaan (Ngui Kuan Sang, 1989). Ini bermakna ia
adalah satu proses pengalaman yang total.

1.5 Mencetus idea dan imaginasi
Hasil daripada pemerhatian yang aktif, murid-murid akan dilatih
membuat pemerhatian terhadap objek alam dan buatan manusia. Murid
akan dapat merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental.
Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea,
imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan
pemikiran abstrak.

Justeru itu cetusan idea dan imaginasi dapat dihasilkan untuk murid
menghasilkan karya yang kreatif melalui pemerhatian yang aktif ini.

Pemerhatian yang aktif ini dapat ditajamkan apabila guru peka terhadap
persekitaran pembelajaran murid. Sebagai guru pendidikan seni visual yang
berkesan, guru harus memastikan murid-muridnya bersedia untuk belajar.
Keadaan kelas yang tidak terurus dengan sampah sarap dan meja tidak
tersusun akan mengganggu pemerhatian murid terhadap bahan pengajaran
dan pembelajaran.

2. INTERAKSI YANG KRITIS DAN KREATIF DENGAN BAHAN

Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta terknik-teknik mudah.

5
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi
dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.

Aspek interaksi yang kritis dan kreatif dengan bahan melibatkan penerokaan
dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum
aktiviti penghasilan. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian oleh guru
di dalam menjalankan aspek ini ialah

2.1 Penerokaan
Melalui aktiviti penerokaan ini, murid-murid KBSR akan dapat
mendalami sesuatu perkara dan mencari penemuan baru. Penerokaan
ini boleh berlaku sama ada dalam bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.
Pelbagai bahan boleh digabungkan sehingga mewujudkan hasil seni
yang unik dan menarik.

Hasil daripada aktiviti penerokaan adalah penemuan yang akan dapat
memberikan rangsangan kepada murid-murid menjadi lebih kreatif.
Dalam usaha menemukan sesuatu yang baru, murid-murid perlu
berusaha mencari sesuatu kelainan yang bakal diperoleh hasil daripada
penerokaan, pemerhatian dan percubaan.

Apabila wujudnya percubaan melibatkan eksperimentasi murid-murid,
tindakan spontan dan kesalahan semasa pembelajaran akan berlaku.
Percubaan membuat sesuatu dapat memberi pengalaman estetika
semasa menghasilkan produk. Ini penting kerana melalui pengalaman
itu, murid akan dapat menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada

6
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

yang sebelumnya. Secara tidak langsung melalui percubaan demi
percubaan dapat mendidik seseorang murid itu erti kesabaran

Antara aspek yang berkaitan dengan penerokaan ini yang seharusnya
guru prihatin bersesuaian dengan empat bidang yang disusun itu ialah
i. Aktiviti yang dijalankan oleh murid-murid adalah aktiviti yang kecil,
mudah difahami dan ringkas perlaksanaannya.
ii. Murid amat digalakkan untuk cuba mencuba dan berusaha agar
dapat suaikenal dengan bahan yang disediakan oleh guru
iii. Penemuan di dalam pembelajaran adalah oleh murid sendiri, dan
guru sebagai pemudah cara dan murid juga digalakkan untuk uji
menguji dengan menggunakan pelbagai teknik. Misalannya dalam
memberikan pendedahan kepada muridmurid tentang asas
mewarna, guru boleh menyarankan murid menggunakan pelbagai
medium seperti kertas tisu, kertas tandas, kertas kadbod dan
pelbagai jenis kertas yang memberikan kesan yang berlainan
apabila dibubuh warna air.
iv. Mencari alternatif di dalam menjalankan aktiviti mewarna, variasi
yang pelbagai dan kemungkinan lain. Contohnya penggunaan
bahan untuk capan boleh dipelbagai selain daripada flora boleh
juga digunakan bahan buangan seperti ronyokan kertas, plastik
dan seumpamanya.
v. Bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba
dan pastikan guru menggalakkan murid menggunakan kreativiti
sendiri dan tidak terikat kepada peraturan asal sekiranya ianya
masih tidak menyalahi tajuk dan objektif pembelajaran. Sebagai
contoh dalam memperkenalkan dan membuat kraf tradisional,
anyaman- murid yang tidak mempunyai bahan gantian kertas
warna boleh menggunakan kertas surat khabar berwarna selagi
bahan itu boleh membentuk anyaman apabila dijalinkan.

7
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

vi. Aktiviti pembelajaran yang aktif melibatkan pelbagai kecerdasan
murid yang perlu diberi perhatian oleh guru.
vii. Menggunakan kemahiran berfikir iaitu proses menggunakan
minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan atau keputusan dan
menyelesaikan masalah. Selain itu guru boleh juga menggunakan
kaedah pengurusan grafik untuk menggalakkan murid berfikir
secara kreatif dan kritis,

2.2 Penghasilan / membuat
Di dalam penghasilan dan membuat aktiviti, kepekaan pada
persekitaran perlu digalakkan kepada murid-murid. Contohnya murid-
murid perlu peka pada persekitaran mereka supaya dapat
memanipulasikan objek-objek di sekeliling mereka menjadi sudut hasil
seni. Murid-murid secara kreatif boleh memanipulasi bahan, ruang,
cahaya dan sebagainya untuk diaplikasikan dalam karya mereka. Guru
juga boleh memberi peluang kepada murid memberi idea bersama-sama
bagi mengembangkan bakat murid itu sendiri.

Melalui pendidikan seni visual juga guru dapat menjana minda murid-
murid untuk berfikir secara logik. Secara tidak langsung bahan yang
terbuang boleh digunakan semula dan ini dapat mengelakkan
pembaziran dan berlaku pencemaran alam sekitar secara berleluasa.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, interaksi antara murid-
murid dan guru memainkan peranan penting bagi menjamin kefahaman
murid-murid pada pengajaran yang disampaikan oleh guru. Suasana
pembelajaran juga banyak dipengaruhi oleh hubungan dua hala yang
menekankan pendekatan kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan
pelbagai aktiviti gerak kerja, peranan rangsangan dan gerak balas

8
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

memainkan peranan yang penting bagi menjana proses pembelajaran
murid-murid.

Semasa aktiviti dijalankan, guru haruslah memberi kepercayaan
penuh kepada murid-murid menonjolkan minat masing-masing dengan
pelbagai kaedah pembelajaran sambil bermain tetapi dalam suasana
yang mampu dikawal oleh guru. Ini bertujuan mewujudkan suasana ceria
dan harmonis dan tidak mengongkong murid-murid itu. Di dalam
penghasilan dan membuat gerak kerja ini, murid-murid haruslah diberi
perhatian terutamanya berkaitan dengan
i. Penggunaan alat, bahan dan teknik yang dipilih haruslah
bersesuaian dengan bidang yang hendak diajar oleh guru.
Sebagai contoh bagi murid Tahun 1, bahan yang digunakan untuk
capan mestilah bersesuaian seperti batang pisang atau keratan
rentas bawang merah. Mengukir kentang untuk mengecap
pastinya tidak sesuai kerana psikomotor mereka belum mahir
melakukannya.
ii. Tatacara, langkah dan proses membuat seharusnya diterangkan
dan dibimbing dengan baik oleh guru pendidikan seni visual. Ini
untuk memastikan murid yang kita ajar akan dapat mengikuti dan
tidak ketinggalan sehingga mampu menimbulkan suasana yang
menyeronokkan. Apabila proses pembelajaran yang dijalankan
oleh guru tidak dapat diikuti dengan baik oleh murid maka aktiviti
itu tidak berulang kerana menimbulkan implikasi negatif kepada
diri murid dan seterusnya membantutkan proses pembelajaran
mereka.
iii. Amalan tatatertib kerja dan keselamatan semasa bekerja
perlulah dititk beratkan oleh guru untuk memastikan aktiviti
pembelajaran murid berjalan denegan lancar tanpa sebarang

9
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

masalah atau musibah seperti kecederaan ataupun gangguan
emosi.
iv. Penyampaian kandungan subjek, idea dan halbenda dengan
bentuk hasil hendaklah saling berkaitan.

3. APRESIASI

Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil
kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara
seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.

Antara objektif pengajaran seni visual ini ialah menyatakan perasaan, idea
dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar, mencorak, membuat
binaan dan kraf, justeru itu aspek apresiasi ini tidak boleh diabaikan oleh
guru apabila mengajar. Selain itu melalui kegiatan ini, murid-murid dapat
mengenali serta menghargai hasil kerja sendiri dan rakan.

Di dalam teori pembelajaran anjuran teori behaviorisme, guru harus beri
ganjaran pada respons pelajar yang betul atau yang berani memberikan
respons. Dalam sessi apresiasi ganjaran dalam bentuk penghargaan iaitu
menampalkan karya seni murid di sudut seni atau papan kenyataan dapat
meningkatkan harga diri murid dan memberikan keyakinan kepada mereka
akan kebolehan mereka.

Pujian kepada respons yang betul akan memberangsangkan minat murid-
murid supaya melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Peneguhan positif yang diberikan kepada murid atas hasil

10
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

yang menarik atau tingkah laku yang terpuji akan membantu murid
mengamalkannya sebagai pengulangan.

Melalui aktiviti apresiasi pendidikan seni visual ini, murid diperkenalkan
tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. Aspek ini melibatkan
pernyataan dan unsur afektif. Terdapat dua jenis utama aktiviti apresiasi.
Aspek pertama ialah yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aspek
kedua ialah aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Apresiasi
diri satu aspek yang penting dijalankan setelah murid-murid menyiapkan
kerja mereka. Slot ini penting agar murid tahu kekuatan dan kelemahan
hasil seni mereka. Mereka sudah tentulah akan memperbaiki hasil kerja
mereka pada sesi lain.

Dalam sessi apresiasi seni , guru boleh menanyakan bagaimana murid-
murid dapat hasilkan karyanya sebegitu, misalnya cara mewarna, bahan
yang digunakan, bagaimana proses membuatnya berjalan atau kekangan
yang boleh dimanipulasikan. Guru juga boleh memberi motivasi dengan
menggunakan perkataan yang dapat memberi semangat kepada murid
supaya mereka meningkatkan keyakinan dan minat mereka
terhadap matapelajaran PSV. Dalam sesi ini, guru perlu memberikan
perhatian kepada perkara berikut,

i. Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat
garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Ini
seharusnya dikuasai oleh murid bagi memastikan pengukuhan
dan guru perlulah membimbing murid memahami unsur seni yang
dipelajari.
ii. Aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda
seperti nilai, kaitan dengan pelajaran lain atau perkaitannya
dengan pengalaman hidup seharian.

11
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

iii. Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan
teknik yang digunakan sewaktu menjalankan aktiviti seni bersama
rakan-rakan.
iv. Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya. Ini
boleh dibantu oleh guru dengan menampalkan hasil seni yang
menarik di sudut tertentu agar timbul perasaan penghargaan diri
pada jiwa pembuat dan semangat berlumba atau cabaran pda diri
murid lain.
v. Perasaan, penghargaan dan refleksi diri. Konsep ini penting dan
guru boleh meminta murid menyatakannya atau memikirkannya
berpandukan soalan-soalan terbimbing dan dirancang.
vi. Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan
dengan kandungan isi pelajaran.

4. MENGHARGAI NILAI

Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,
murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuk memelihara
dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan
kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.

Sebagai contoh dalam aktiviti membuat kolaj, murid dididik supaya
menggunakan bahan terbuang supaya dapat menanamkan semangat
mencintai alam kehidupan. Begitu juga apabila tiba bulan kemerdekaan,
murid digalakkan membuat poster yang bertemakan cinta pada tanah air.

12
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Antara perkara yang berkait rapat dengan menghargai nilai ini ialah yang
perlu disepadukan oleh guru semasa menjalankan aktiviti dan kesan selepas
itu ialah,

i. nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara
lain di dalam kegiatan seni dijalankan di dalam bilik darjah iaitu
pada masa dan hari yang lain semasa menjalankan kegiatan
pembelajaran subjek berlainan.
ii. nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara
lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian seperti dengan
keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, apabila murid sudah
mahir mengenal warna dan jenis-jenisnya, dia boleh
mengaplikasikan pengetahuannya itu dengan menolong bapanya
memilih warna cat yang bersesuaian mengikut tona.
iii. tindakan susulan hasil daripada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas seperti
iv. mencintai alam kehidupan seperti mencintai sungai dan
keindahannya, hutan dan khazanahnya dan alam sekitar bersama
flora dan fauna yang terkandung di dalamnya.
v. nilai patriotisme dan nilai murni lain seperti semangat cintakan
negara atau semangat bermasyarakat dan seumpamanya dapat
diamalkan dan diterapkan secara bersepadu melalui aktiviti
pembelajaran yang berkesan. Selain itu murid diharapkan dapat
mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berkeyakinan
diri, kekemasan, kebersihan dan mengutamakan keselamatan
vi. kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan
persepsi yang terkandung dalam 4 aspek
vii. kritikan seni; huraian, analisis, interprestasi dan penilaian

13
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Teori behaviorisme adalah salah satu daripada teori yang diplikasikan ke
dalam pembelajaran murid-murid. Ianya boleh didefinisikan sebagai
‘kefahaman tingkah-laku’. Menurut ahli-ahli psikologi behaviorisme,
pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri seseorang yang
disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran adalah proses yang
dilalui oleh setiap individu semenjak dilahirkan sehingga ke akhir hayat.

Dalam teori ini mereka mengatakan peri laku dan gerak balas sebagai unsur
penting dalam sesuatu pembelajaran. Teori behaviorisme lebih menumpukan
perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan dan
diukur dengan pandangan mata kasar. Terdapat empat peringkat yang harus
dilalui iaitu hukum kesediaan, rangsangan, gerak balas dan peneguhan.
Apabila diteliti ianya tidak jauh berbeza dengan penekanan aspek di dalam
pengajaran pendidikan seni visual ini.

Ahli psikologi aliran behaviorisme berpendapat sebelum sesuatu
pembelajaran berlaku, ia perlulah ada kesediaan yang meliputi kesediaan
mental, fizikal dan rohani. Hal ini juga serupa dengan pemerhatian yang aktif
di dalam aspek yang telah ditekankan. Kemudian diikuti dengan rangsangan
bagi mendapatkan gerak balas iaitu bersamaan dengan interaksi yang kritis
dan kreatif dengan alat dan bahan. Gerak balas adalah percubaan pada
kejayaan sesuatu pembelajaran.

Pencapaian pembelajaran berkesan dan kekal lama sekiranya diberi
peneguhan. Peneguhan boleh diberikan bukan sahaja dalam bentuk
kebendaan malahan pujian, motivasi dan sebagainya. Begitu juga dengan
tumpuan utama pendidikan seni visual iaitu apresiasi seni secara mudah.
Dan diikuti dengan menghargai nilai murni.

14
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Seandainya keempat-empat aspek berkenaan dijalankan secara menyeluruh
oleh guru di dalam pengajaran dan pembelajaran, matlamat mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif
dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual pasti tercapai.

Kandungan kurikulum yang bersepadu berupaya membantu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembanngunan diri, keluarga, masyarakat dan negara
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

15
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

SOALAN 2
Jika keempat-empat aspek di atas (pemerhatian secara aktif, interaksi
yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual
secara mudah dan menghargai nilai murni) dikaitkan dengan
pembelajaran ukiran kayu Melayu, bagaimanakah setiap kreativiti yang
berikut dapat dilakukan.

2.1 Pergaulan
2.2 Penemuan
2.3 Percubaan
2.4 Pemerhatian
2.5 Manipulasi sesuatu
2.6 Mencari kebenaran dan keesahan

Di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual, aspek
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan
bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai murni
perlulah disepadukan untuk mencapai objektif pembelajaran yang
menyeluruh. Guru haruslah memainkan peranannya bagi memastikan murid
benar-benar memperolehi perubahan tingkah laku seperti yang dikehendaki.

Apabila guru hendak mengajar perkara yang berkaitan dengan pembelajaran
ukiran kayu Melayu, banyak perkara yang perlu dikuasai oleh guru. Ukiran
kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi tradisi
dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Pelajaran seni ukir akan
memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran
Melayu Tradisi. Bagi menghasilkan sesebuah karya seni ukir, perlu ada
kemahiran memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran
sehinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali.

16
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Ukiran kayu Melayu ini diajar kepada pelajar-pelajar Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) iaitu pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.

2.1 Pergaulan
Di dalam pergaulan, kreativiti dapat dikembangkan menggunakan
aspek pemerhatian yang aktif hasil daripada pengetahuan sedia ada
terhadap ukiran kayu Melayu. Melalui pemerhatian secara aktif yang
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan
terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Guru boleh menanyakan
kepada murid mengenai pengalamannya berkenaan tajuk contohnya
seperti pernah tinggal di rumah datuk yang mempunyai ukiran kayu,
perabot di rumahnya yang mempunyai kesenian ukiran kayu, ukiran
dinding dan mimbar masjid dan seumpamanya.

Hasilnya murid dapat mengimbas pergaulan bersama bahan yang
akan dipelajari atau dibuat berasaskan pengetahuan sedia ada dan
pengalaman. Selain mengembangkan deria penglihatan ia juga
melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti
ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang
asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan
pemerhatian ini.

Guru juga boleh mengunakan bahan bantu mengajar yang
menunjukkan ukiran kayu seperti gambar-gambar bangunan yang
berkaitan dengan tajuk.

2.2 Penemuan
Aspek penemuan ini dapat dikembangkan melalui pembelajaran
ukiran kayu Melayu ialah apabila terdapat unsur-unsur inkuiri penemuan
di dalam menjalankan strategi pengajaran oleh guru. Kaedah ini

17
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

merupakan satu kaedah saintifik yang digunakan yang merujuk kepada
proses penyoalan, mencari pengetahuan dan maklumat atau mengkaji
sebab sesuatu fenomena itu berlaku. Kaedah ini memberi tumpuan
kepada penyelesaian masalah.

Antara kaitannya dengan ukiran kayu Melayu ialah sejarah awal
mengenai ukiran kayu di Malaysia yang boleh diketahui setelah kita
membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Antara isi
kandungan yang boleh dipetik ialah

“ Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad
ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina
istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun
1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat
Melaka sebagai 'Istana Hawa Nafsu'. Seni ukir di negara ini telah
berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun
tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai
seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan
mengenai seni ukir di istana yang terletak di Pulau Indera Sakti,
sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul Ridzuan semasa
pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (tahun 1756-1780).
Ukiran kayu zaman dahulu dapat bertahan beratus-ratus
tahun kerana pengukirnya menggunakan kayu-kayu terbaik untuk
menghasilkan ukirannya. Antara kayu-kayu yang tahan lama ialah
kayu cengal, kayu merbau, kayu kempas, kayu penak, kayu bacang
hutan dan kayu-kayu baik yang lain. Ukiran-ukiran kayu
kebiasaannya menghiasi pintu, tingkap, cucuran atap, kisi-kisi
tingkap, tiang seri dan beberapa bahagian dalam rumah. Perabot
juga diukir untuk memperlihatkan kemewahan. “

Elemen yang dapat diperhatikan di sini ialah
a) Masalah – ukiran kayu Melayu
b) Latar belakang maklumat – sumber buku rujukan, internet
c) Bahan – apakah jenis kayu yang digunakan
d) Soalan memandu – terdiri daripada soalan yang dijangkakan akan
ditanya oleh guru untuk mengarahkan proses pemikiran pelajar

18
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

e) Hipotesis – dibentuk hasil daripada perbincangan dan soalan
memandu
f) Memungut data dan analisis – jalankan kerja-kerja amali. Beri
penekanan kepada proses pembuatannya
g) Kesimpulan – buat kesimpulan dan generalisasi berdasarkan kerja
amali yang dijalankan.

Selain daripada membuat inkuiri penemuan, program lawatan ke
kilang perabot juga boleh dijalankan untuk melihat dengan lebih dekat
bahan dan jenis ukiran yang akan dibuat. Lawatan ke tempat-tempat
yang mempunyai unsur kesenian itu seperti Istana Kayangan, Kuala
Kangsar yang penuh dengan ukiran tradisional juga boleh diuruskan.

Antara perkara yang perlu dilakukan oleh guru ialah memperkenalkan
dahulu motif ukiran. Ini melibatkan bahan pengajaran yang merujuk
contoh mahupun model.

Antara hasil ukiran adalah berunsurkan motif-motif persekitaran.
Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan kepada ajaran
kesufian. Misalnya reka corak bermula pada suatu tempat dalam ruang
yang hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan
alam ini berasal dari satu kejadian; seluruh kehidupan melalui tahap-
tahap perkembangannya dan menabur zuriat (Hassan Mohd Ghazali :
1993)

Antara perkara yang perlu diterangkan oleh guru mengenai Ukiran Kayu
Melayu ialah

Bentuk-bentuk Ukiran Kayu
a) Ukiran Tebuk / Papan

19
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

b) Ukiran Arca
c) Ukiran Larik
d) Ukiran Kayu Hanyut
Bentuk-bentuk Silat
a) Silat Belah Rotan
b) Silat Dada Tuma
c) Silat Serong
d) Silat Leper
e) Silat Minangkabau
Pola Ukiran Kayu Melayu
a) Pola lengkap
b) Pola Pemidang
c) Pola Bujang atau Pola Putu
Jenis-jenis bunga ukir
a) Awan larat
b) Awan silang atau kerawang
c) Awan bentuk huruf
d) Larik
e) Simetri

2.3 Percubaan
Melalui percubaan ini murid merasa sendiri bagaimana cara membuat
ukiran kayu Melayu. Aktiviti ini boleh dilakukan di bilik pertukangan yang
mepunyai peralatan yang berkaitan dengan ukiran kayu seperti pisau
wali, pahat kuku, ketam kayu, gergaji kecil atau kikir pari.

Aktiviti ini boleh dibuat dengan menggunakan kayu yang sebenar dan
terpilih iaitu kayu cengal, kayu sena, kayu merbau, kayu nyatoh dan kayu

20
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

jelutung. Jika terdapat kesukaran mendapatkan kayu berkenaan boleh
juga digunakan kayu lembut yang boleh ditempah khas oleh guru.

Alatan yang digunakan juga haruslah diterangkan fungsi dan
kegunaannya. Prosedur dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
diamalkan semasa menjalankan aktiviti tidak harus dilupakan untuk
memastikan murid tidak tercedera atau bermasalah sewaktu gerakerja
berjalan.

Alatan Dan Bahan
(Sumber) : Pendidikan Seni Visual SPM : Hassan Mohd Ghazali

Melalui percubaan ini, murid dapat merasai sendiri pengalaman
membuat dan mengukir kayu dan pembelajaran dengan bahan maujud ini
akan kekal dalam ingatan jangka panjang. Hasil yang dibuat tentunya
menimbulkan rasa bangga dan menghargai nilai seni itu.

21
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

2.4 Pemerhatian
Pemerhatian ini lebih berfokus kepada aktiviti murid menjadi
pemerhati kepada aktiviti yang dijalankan oleh orang lain. Ianya sama
ada ditunjuk cara oleh guru atau mereka yang mahir di dalam seni ukiran
kayu ini. Aktiviti ini juga boleh dibuat apabila terdapat murid lain yang
membuat gerakerja, maka pemerhatian dapat dilakukan.

Program lawatan ke kilang perabot juga boleh dijalankan untuk
melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana ukiran kayu dibuat. Proses ini
akan kekal lebih lama di dalam ingatan mereka kerana mereka
mengalami sendiri proses berkenaan. Selain mereka dapat melihat
prosedur yang sebenar, hasil yang pelbagai pastinya dapat menarik
minat mereka untuk menghasilkannya sendiri.

2.5 Manipulasi Sesuatu
Selain menggunakan papan atau kayu untuk menjalankan aktiviti,
guru juga boleh memanipulasi bahan-bahan yang lain dapat dikaitkan
dengan ukiran kayu. Idea boleh diberikan oleh guru mahupun murid
mengutarakan idea mereka yang kreatif.

Sebagai contoh, oleh kerana kayu adalah media yang keras dan agak
sukar untuk diukir padanya, guru boleh mencadangkan murid
menggunakan sabun cap kapak. Sabun yang agak panjang ini boleh
didapati di kedai-kedai runcit dalam ukuran lebih kurang 1 kaki. Sifatnya
yang lembut sudah pasti mudah dibentuk dan murid pasti merasa selesa
dan selamat untuk mengukirnya.

Menerusi manipulasi alatan dan bahan juga guru boleh
mencadangkan penggunaan kertas kadbod keras dan ditebuk dengan
pola-pola ukiran kayu yang telah dipelajari atau diterangkan. Selain itu

22
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

gunakan plastisin untuk membentuk motif bunga seperti motif bunga
raya, motif bunga cempaka dan seumpamanya.

Pengaruh Motif Ukiran
(Sumber) : Pendidikan Seni Visual SPM : Hassan Mohd Ghazali

2.6 Mencari kebenaran dan keesahan
Mencari kebenaran dan keesahan ini perlu dilakukan oleh murid sama
ada membuat rujukan daripada buku-buku teks yang menerangkan
mengenai ukiran kayu Melayu ataupun buku-buku rujukan yang
berkaitan. Mereka juga digalakkan membuat kaji selidik mengenai topik
yang berkenaan dengan merujuk bahan-bahan yang ada di internet.
Maklumat perlu diperolehi daripada pelbagai sumber.

Pastikan sumber yang mereka dapati itu sahih dan jika tidak pasti,
boleh dirujuk kepada guru. Sekiranya perlu lawatan ke tempat yang

23
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

menyimpan khazanah yang berkaitan seperti ke Istana Raja Besut yang
terdapat di Muzium Negeri Terengganu pasti mendatangkan manfaat.

Temuramah dengan pihak yang membuat ukiran itu sendiri juga boleh
membuktikan kebenaran dan kesahihan. Contohnya menemuramah
tokoh kraf yang terkemuka sebagai pengukir ukiran kayu iaitu Encik Latiff
b Long yang mewarisi bakat ayahnya yang berasal dari keturunan tukang
kayu yang handal. Beliau pernah memenangi tempat pertama dalam
pertandingan ukiran kayu jenis silat dalam pameran ukiran kayu yang
berlangsung di Balai Seni Lukis Negara. Melalui temuramah dengan
beliau, pasti banyak bahan dan pengalaman yang boleh dikongsi
bersama dengan murid-murid.

Penutup

Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang
berkesan, peranan yang dimainkan bukan hanya daripada pihak guru
sahaja. Murid harus dilibatkan sama secara langsung atau tidak langsung
agar matlamat dan objektif pengajaran tercapai disamping memberi peluang
kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi
kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta
kaitannya dengan mata pelajaran lain.

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan & Ainon Abdullah. (2003). Mendorong Kreativiti Kanak-
kanak. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications & Distributors Sdn
Bhd

24
HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Chang Hon Woon. 1992). Panduan Dinamik PMR Pendidikan Seni
Tingkatan
1&2 KBSM. Selangor Darul Ehsan: Pustak Delta Pelajaran Sdn Bhd

Hassan Mohd Ghazali. (2007). Pendidikan Seni Visual Tingkatan 4&5. Kuala
Lumpur: Creative Enterprise Sdn Bhd

Md. Nasir Ibrahim & Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni
Untuk Maktab dan Universiti. Selangor Darul Ehsan: PTS Publications
& Distributors Sdn Bhd

Rousliluddin Ambia & rakan-rakan. (2007). HBAE1103 Pengenalan
Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Meteor Doc. Sdn Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Modul Pengajaran dan
Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Seni Visual KBSR. Kuala Lumpur

http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukirkayu.htm

25