P. 1
Komplikasi Ekzema Atopik (Penyakit Kulit)

Komplikasi Ekzema Atopik (Penyakit Kulit)

|Views: 1,392|Likes:
Published by issa_ me_kay

More info:

Published by: issa_ me_kay on Nov 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2011

pdf

text

original

DIPLOMA PROFESIONAL PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK

TUGASAN

NAMA NO. PENDAFTARAN NO. I/C PENSYARAH MODEL

: NOR NURULHAYATI BINTI ARIS : DPAK 22-20 : 850812-14-5370 : PN. ZAINUN BINTI ISHAK : UEC 2007 : ASAS KESIHATAN DAN KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK

TAJUK

: 1. PENYAKIT BIASA DI ALAMI KANAK-KANAK 2. KEPENTINGAN IMUNISASI

TARIKH HANTAR

: 05 DISEMBER 2009

Pengenalan Pada masa kini tahap kesihatan manusia berada di peringkat yang membimbangkan, pelbagai jenis penyakit menyerang dengan begitu cepat dan sangat berbahaya kepada manusia serta boleh mengakibatkan maut. Fenomena ini juga mengundang banyak kesan buruk terhadap pembangunan sosial dan emosi masyarakat terutama sekali kepada tahap kesihatan kanak-kanak. Kanak-kanak merupakan golongan atau individu yang mudah di jangkiti oleh penyakit ini kerana sistem pertahanan badan mereka tidak begitu kuat untuk menghalang penyakit-penyakit tersebut. Diantara penyakit yang biasa di alami oleh kanak-kanak ialah sakit mata, selsema, batuk, cirit birit, lelah, kulit dan pelbagai lagi. Pelbagai faktor utama penyumbang berlakunya masalah ini diantaranya suasana persekitaran yang terdedah dengan pencemaran udara,pencemaran air, kurangnya perhatian ibu bapa terhadap penjagaan kesihatan anak-anak mereka, kurangnya penekanan terhadap tahap kebersihan diri dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini saya ingin mengupas salah satu jenis penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak iaitu penyakit kulit- Ekzema Atopik . Objektif Kajian Melalui kajian ini kita dapat mengenalpasti: 1. Definasi Ekzema Atopik dan Punca-puncanya 2. Tanda-tanda penyakit kulit 3. Rawatan 4. Kesan 5. Panduan langkah-langkah pencegahan 2

Definasi Ekzema Atopik (Penyakit Kulit) 1. Kulit merupakan organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh manusia, tidak hairanlah sebarang masalah yang timbul pada kulit boleh menyebabkan penghidapnya terpaksa menanggung kesengsaraan dan tekanan perasaan. 2. Ekzema atopik adalah sejenis penyakit kulit akibat tindak balas hipersensitif yang menyebabkan radang, gatal-gatal, kulit kering dan bersisik. 3. Penyakit yang berlaku pada pelbagai peringkat umur ini lebih kerap terjadi di kalangan kanak-kanak yang berusia kurang dua tahun. 4. Biasanya, bayi yang menghidap penyakit ini berumur antara enam bulan hingga dua tahun. Bayi yang menghidap ekzema akan menanggung kesengsaraan seperti rasa gatal yang berlebihan, pedih dan berasa resah. 5. Bagi kanak-kanak pula, biasanya ekzema membabitkan bahagian lutut, pelipat, siku, atas punggung, buku lali dan di belakang telinga. Pada peringkat bayi, biasanya masalah ini lebih kerap berlaku pada muka dan kulit kepala. 6 . Namun, apabila kanak-kanak ini berusia 18 bulan, ekzema ini lebih ketara pada bahagian pelipat siku dan belakang lutut.

3

Punca-punca 1. Penghidap ekzema atau juga dikenali sebagai ekzema atopik ini dipengaruhi penyakit genetik seperti asma dan resdung (rhinitis) yang diwarisi daripada ibu bapa mereka. 2. Ini termasuklah perubahan cuaca, tekanan emosi, hama, alahan terhadap sesetengah makanan atau perubahan cuaca yang cukup ketara.

Tanda-tanda penyakit kulit 1. Tanda-tanda utama seseorang menghidap penyakit ini ialah rasa gatal. Selain itu, lain-lain tanda yang dicirikan dengan penyakit ini termasuklah: 1. Mengelupas 2. Bersisik 3. Kemerah-merahan 4. Kulit yang kering 5. Penebalan kulit 6. Ada kalanya lepuhan juga terbentuk 2. Ekzema pada bayi lebih kerap berlaku pada kepala, muka dan tangan, manakala pada orang dewasa dan kanak-kanak di belakang lutut dan pelipat siku.

4

Rawatan 1. Pesakit akan dimaklumkan bahawa penyakit ini tidak boleh disembuhkan, tetapi boleh dikawal. Malah dalam keadaan tertentu, ia akan pulih dengan sendiri apabila pesakit meningkat dewasa. 2. Pada masa yang sama, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun yang mengandungi bahan pelembap (emollients). Ini kerana, sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan rosak 3. Ubat histamine (ubat menghilang rasa gatal) akan diberi kepada pesakit untuk mengelakkan pesakit menggaru. Sebaik-baiknya ubat ini diambil pada waktu malam kerana ia menyebabkan pesakit mengantuk. 4. Jika pesakit mendapat jangkitan sekunder, mereka akan diberi antibiotik. Ubat ini perlu diambil dalam sukatan yang betul, sekurang-kurangnya selama satu minggu. 5. Penggunaan ubat sapu (topikal steroid). Kekuatan ubat yang digunakan ini bergantung kepada tahap keseriusan dan umur kanak-kanak yang terlibat. Ini kerana, penggunaan ubat topikal steroid yang kuat iaitu yang tidak sesuai dengan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Sehubungan itu, pastikan ia diambil sesuai dengan peringkat umur pesakit. 6. Sebaik-baiknya, elakkan mengambil ubat-ubatan yang dimakan kerana ia mempunyai kesan sampingan kepada pesakit. Bagi kes-kes yang serius, ubat-ubatan seperti steroid, sitotoksik (azathioprine) dan phote kemoterapi (PUVA) boleh digunakan.

5

7. Dalam merawat masalah ekzema, mengurangkan jangkitan merupakan perkara yang paling utama. Ini kerana, bakteria lebih mudah membiak pada kulit mereka yang menghidap masalah ini. Jangkitan bakteria seperti staphylococcus dan streptoccocus adalah jenis yang sering berlaku dan menyebabkan ekzema seseorang penghidap menjadi lebih serius. 8. Virus herpes simplex yang biasanya menyebabkan kayap bunga juga boleh menyebabkan ekzema seseorang bertambah teruk. Sehubungan itu, ubatubatan antibiotik dan ubat-ubat antiviral ada kalanya perlu diberi semasa rawatan. Kesan 1. Ketahanan tubuh menjadi rendah, menyebabkan seseorang mudah diserang penyakit. Paling bahaya apabila dapat herpes simplex (kayap bunga). 2. Jangkitan serius yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mengakibatkan kematian. Apabila kulit kering dan digaru, seseorang boleh mendapat jangkitan sekunder - jangkitan kuman. 4. Sehubungan itu, elakkan mengguna sabun mandi biasa dan kulit tidak digaru bagi mengelakkan kulit kering. Penyakit ini boleh menjejaskan keseluruhan hidup penghidapnya seperti hubungan persahabatan, kerjaya dan waktu tidur. 5. Hanya sebahagian kecil pesakit saja yang alah pada telur dan bahan pengawet yang mengakibatkan keadaan mereka menjadi lebih serius. Sehubungan itu, jangan mudah menghalang anak-anak daripada memakan makanan tertentu sebelum benar-benar pasti yang mereka alah pada makanan tersebut.

6

Panduan langkah-langkah pencegahan 1. Pastikan anda tidak terdedah dengan bahan yang boleh memedihkan kulit. Sesetengah bahan seperti pembersih rumah, sabun, losen selepas bercukur, sabun mandi, gaslin, turpentin dan lain-lain solvent boleh menimbulkan rasa pedih pada kulit. 2. Pakai sarung tangan untuk melindungi kulit apabila anda melakukan sesuatu. Gunakan pakaian yang diperbuat daripada kapas atau campuran daripadanya. 3. Elakkan mengguna sabun mandi biasa kerana ia boleh menyebabkan kulit bertambah kering. Elakkan menggaru bahagian yang gatal kerana ia boleh merosakkan kulit dan mudah dijangkiti kuman. 4. Elakkan memakan makanan tertentu dan makanan yang mengandungi bahan awet jika alah pada bahan atau makanan tersebut. Banyakkan mengguna bahan pelembap kulit dan jangan biarkan kulit kering. Cepat berjumpa doktordan jangan biarkan keadaan bertambah teruk. 5. Pengambilan Evening Primrose Oil (EPO) dapat membantu sebahagian pesakit yang berada di tahap serius. Penutup Hasil dari kajian di atas kita dapat melihat dan mengenalpasti puncapunca utama berlakunya penyakit kulit dan cara-cara untuk mengatasinya. Selain itu, kita juga mengetahui dengan lebih terperinci tentang rawatan dan panduan langkah-langkah pencegahan. Justeru itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memberi rawatan awal dan peka terhadap tahap kebersihan serta pemakanan anak-anak mereka.

7

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->