You are on page 1of 7

Panduan Menulis Skrip (Filem / Drama

)
Posted by gerakalam - 2009/05/25 16:16
_____________________________________

Panduan Penulisan Skrip - Siri 1
Pengenalan

Skrip adalah satu penulisan perjalanan sesebuah LAKON LAYAR. Ia menentukan arah tuju ke mana sesebuah cerita itu
akan bergerak. Bermula dari titik pertama, titik pertengahan hinggalah ke titik akhir. Di dalam erti kata lain skrip adalah
lakaran perjalanan hidup bagi watak dan sekitarnya di dalam sesebuah LAKON LAYAR.

Apa itu LAKON LAYAR?

Menurut Syd Field (1982) di dalam bukunya yang bertajuk SCREENPLAY : The Foundation Of Script-writing, LAKON
LAYAR ialah cerita bergambar.

Dari lakon layar ini, maka apabila ia divisualkan ia akan menjadi FILEM. FILEM itu pula merupakan medium visual yang
menceritakan sesuatu jalan cerita asas yang dramatik. Filem ini bergerak mengikut lakaran-lakaran jalan cerita yang
telah tercatat di dalam skrip.

Oleh itu, dengan mudah kita boleh menyatakan bahawa filem yang baik itu terhasil dari skrip yang baik. Namun begitu
ada juga skrip yang baik tidak dapat divisualisasikan dengan baik kerana pelbagai faktor. Tetapi pada asasnya mudah,
skrip yang baik INSYAALLAH akan mampu membentuk sebuah suratan perjalanan hidup yang baik di dalam filem itu.

Format

Terdapat pelbagai jenis format penulisan skrip sama ada filem mahu pun drama tv. Bagi pendapat saya, kesemua format
ini boleh digunakan. Terpulang kepada penulis, ibarat kata SIFU saya Abang Zulkifli M.Osman, “Kita tidak boleh
menyatakan format yang digunakan oleh seseorang penulis skrip itu salah. Terpulanglah mengikut keselesaan mereka,
tapi sebaik-baiknya biarlah mengikut format yang standard”

Namun bagi saya suka menggunakan format Screenplay FINAL DRAFT. Bagi saya ia lebih mudah dan berkesan. Oleh
yang demikian, saya ingin mencadangkan kepada penulis dan bakal penulis skrip agar mendapatkan software Final
Draft untuk memudahkan kerja anda….

* p/s: Betulkan jika saya silap di ruangan komen... Sama-sama kita belajar…

Panduan Penulisan Skrip - Siri 2

Struktur Linear Lakon Layar

Paradigma adalah sebuah model, corak dan skema konseptual. Di dalam erti kata yang mudah, paradigma adalah asas
kebiasaan kepada sesuatu. Sebagai contohnya, ialah meja. Rata-rata kita mengetahui bahawa meja mempunyai empat
kaki. Biar bagaimana pun bentuk meja tersebut, sama ada bulat, bujur, memanjang mahupun empat segi, kesemua meja
sememangnya mempunyai empat kaki.

Rata-rata kita telah diajar di sekolah konsep membuat karangan. Cikgu kita telah mengajar kita bahawa struktur yang
perlu ada di dalam karangan itu adalah PENGENALAN, ISI dan KESIMPULAN. Ini adalah struktur bagi sesebuah cerita.
Setiap cerita itu mesti ada konsep ini untuk melengkapkannya. Inilah struktur linear yang menjadi paradigma bagi
sesebuah cerita.
Struktur Linear adalah asas yang menjadikan sesebuah cerita itu berdiri. Begitu juga dengan LAKON LAYAR. Di dalam
sesebuah LAKON LAYAR struktur linear yang menjadi paradigmanya adalah PERMULAAN, KONFRONTASI dan
RESOLUSI. Ia adalah struktur yang tetap dan sememangnya tidak boleh diubah lagi.

Di dalam keterangan di bawah saya akan menjelaskan konsep struktur tersebut dengan mengikut format Screenplay
FINAL DRAFT. Dengan menggunakan format ini, konsepnya sangat mudah. Anggaran perkiraan minit bagi setiap skrip
itu adalah SATU HALAMAN bersamaan dengan SATU MINIT.

Andaikan durasi standard bagi sesebuah filem itu ialah 120 minit. Ini bermakna skrip anda haruslah mempunyai 120
halaman.

PERMULAAN

Permulaan bagi sesebuah filem itu boleh diolah dengan pelbagai cara yang kita rasakan menarik. Pada kebiasaannya
permulaan ini akan mengambil masa 30 minit. Di dalam permulaan yang dikenali sebagai SETUP ini, menjadi
tanggungjawab kepada penulis skrip untuk melakarkan perjalanan pembukaan cerita yang menarik. Ini adalah untuk
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
memberikan pemahaman kepada penonton berkenaan apakah cerita yang kita buat itu.

Pada kebiasaannya, apabila kita menonton sesebuah filem itu kita akan mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk
membuat penilaian sama ada kita suka sesebuah filem itu ataupun tidak. Apabila sesebuah filem itu bermula, pada 10
minit yang pertama ini kita juga harus memperkenalkan WATAK UTAMA di dalam cerita itu dengan cara yang paling
menarik. Ini bertujuan untuk menarik minat penonton untuk mengetahui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Pada akhir permulaan ini terdapat sebuah titik plot I. Titik plot yang pertama adalah pencetus kepada konflik yang akan
berlaku berikutnya. Dalam erti kata lain titik plot yang pertama ini adalah satu insiden atau kejadian yang akan
menganjakkan filem ini untuk terus ke hadapan. Pada kebiasaannya ia berlaku pada minit / halaman yang ke 25-27.

KONFRONTASI

Ia merupakan bahagian yang paling besar di dalam LAKON LAYAR. Pada kebiasaanya terletak pada halaman 30
hingga ke 90. Pada asasnya kita telah mengetahui bahawa asas dramatik di dalam filem itu adalah KONFLIK.
Konfrontasi ini adalah konflik yang berlaku selepas tercetusnya titik plot yang pertama.

Di dalam KONFRONTASI ini kita bertanggungjawab untuk meletakkan perjalanan konflik / plot utama / subjek dengan
cara yang penuh dramatik bersesuaian dengan konsep cerita yang kita bina itu. Harus tidak dilupa juga sub plot yang
akan mewarnai perjalanan sesebuah filem itu agar ia menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

Sekiranya kita terlalu tertumpu kepada plot utama sesebuah cerita di dalam penulisan kita, ini akan menjadikan
sesebuah filem itu amat membosankan penonton. Asasnya mudah, plot utama itu adalah sayur yang kita hendak masak.
Sub plot pula adalah perencah atau bahan-bahannya. Jika tidak ada rencahnya manakan masakan kita itu menjadi
sedap?

Setelah itu, kita akan bertemu dengan TITIK PLOT II yang pada kebiasaannya berlaku pada minit yang ke 85-90. TITIK
PLOT II ini berfungsi sebagai pencetus kepada RESOLUSI. Senang kata biasa yang kita tengok dalam filem bila Si Hero
mendapat idea untuk menyelesaikan konflik yang berlaku. Hehehe…

RESOLUSI

Resolusi biasanya tercetus selepas TITIK PLOT II berlaku. Biasanya pada minit yang ke 90 hingga ke 120. Ini adalah
kesimpulan kepada cerita. Kita harus memikirkan bagaimanakah sesebuah cerita itu berakhir. Persoalan yang selalu
dimainkan adalah apakah yang berlaku kepada watak utama?

Garapan pengakhiran yang perlu dibuat haruslah mempunyai nilai dramatik yang baik. Ini bertujuan untuk memberikan
kesan yang mendalam kepada penonton. Sebaiknya pengakhiran sesebuah cerita itu haruslah sesuatu yang diluar
jangkaan penonton.

*Penerangan

Namun begitu, apa yang saya terangkan di sini adalah paradigma biasa bagi sesebuah filem. Perlu kita ketahui juga,
terdapat juga segelintir pengarah yang mengubah konsep ini. Sebagai contoh tentu kita pernah menonton drama VICE
VERSA terbitan ACE MOTION PICTURES.
Di dalam drama ini, Pengarahnya iaitu Aziz M.Osman telah menggunakan satu teknik yang dikenali sebagai Teknik NON-
LINEAR yang bertentangan dengan konsep Struktur Linear biasa ini. Cerita di dalam drama itu juga dapat digarap
dengan baik dan menarik. Bagi saya itu satu idea yang bijak dari Aziz M.Osman.

*p/s: Betulkan jika saya silap… Kita sama-sama belajar….

Panduan Penulisan Skrip - Siri 3
SUBJEK

Apa itu SUBJEK? Setiap kali kita ingin memulakan penulisan, apa yang terlintas difikiran kita? Jawapannya pastilah
cerita apa yang kita nak buat. Seterusnya kita akan terfikir siapa watak di dalam cerita kita itu. Kemudian kita terfikir pula
kenapa dan bagaimana ia berlaku. Akhir sekali kita akan memikirkan bila masanya ia berlaku.

Di dalam pencarian SUBJEK, persoalan ini biasa berlaku dan sememangnya sering kali terlintas di dalam fikiran kita.
Namun begitu, apa itu subjek? Adakah kita tahu? Ya, kita sebenarnya telah pun tahu apa itu subjek. Subjek ialah cerita
apa yang hendak kita tulis di dalam skrip kita. Ia sebenarnya memperihalkan tentang AKSI dan WATAK. Ia juga dikenali
sebagai PLOT.

Saya suka mengambil contoh sebuah filem arahan Mamat Khalid yang bertajuk ‘Zombie Kampung Pisang’. Jika kita
menonton file mini, apa subjek yang kita nampak. Subjeknya sangat jelas bagaimana Orang Kampung (WATAK)
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
menangani permasalahan kampung mereka yang diserang Zombie (AKSI).

Namun begitu, memikirkan SUBJEK ini sebenarnya adalah satu perkara mudah kerana kita boleh mendapatkan subjek
ini dari mana-mana seperti melalui pembacaan, menonton berita, pengalaman diri, pengalaman rakan dan sebagainya.
Apa yang menjadikan ianya sukar ialah bagaimana kita ingin menggarap subjek ini dengan elemen-elemen dramatis
untuk menjadikan ia menarik. Ini yang selalu membelenggu pemikiran penulis.

Kebanyakan penulis mengetahui tentang apa yang hendak mereka tulis ini di dalam keadaan samar-samar. Ini
menjadikan mereka sering kali terhenti apabila sampai di separuh jalan. Kemudian mereka akan merasa putus asa dan
terus berhenti menulis.

Sebab itu amat penting kita membuat lakaran subjek kita dahulu. Buat storyline yang akan menjadi panduan supaya kita
tahu apa yang hendak kita tulis. Jika kita nak mudah, kita boleh menggunakan kaedah graf atau peta minda. Lakukan
ikut kreativiti kita sendiri.

Ketahui subjek kita dengan jelas kerana jika kita tidak tahu cerita apa yang kita hendak buat, kita nak mengharapkan
siapa lagi untuk mengetahuinya?

WATAK

Di dalam melakarkan subjek, WATAK merupakan satu elemen penting yang perlu ada di dalam subjek itu. Tanpa
WATAK, subjek tidak akan lengkap kerana kita memerlukan WATAK dan AKSI untuk melengkapkan subjek.

Rata-rata kita telah tahu apa itu watak, kerana kita adalah watak di dalam hidup kita dan merupakan satu watak di dalam
dunia ini. Di dalam menghasilkan skrip, sebagai seorang penulis, tanggungjawab kita ialah MEMBINA WATAK yang
akan memainkan peranan di dalam LAKON LAYAR kita.

Kita perlu memahami watak utama di dalam cerita kita. Saya suka mengambil contoh di dalam filem arahan Mamat
Khalid yang berjudul MAN LAKSA. Ini adalah contoh yang paling mudah. Soalannya siapakah WATAK UTAMA di dalam
filem itu? Tentulah Man Laksa yang utama, seterusnya kita lihat pula watak-watak yang terlibat di dalam filem tersebut
dan bagaimana mereka memainkan peranan mereka. Cuba kita kenal pasti setiap watak-watak yang muncul di dalam
filem tersebut.

Perlu kita ingat di sini bahawa di dalam usaha kita membina watak di dalam cerita kita, perkara yang paling asas ialah
kita perlu kenali watak tersebut dan bagaimana sikap serta pengetahuannya. Segalanya perlu logik dan seelok-eloknya
berkaitan dengan cerita. Jangan sekadar kita membina watak itu mengikut kesukaan kita.

Kita lihat pula contoh di dalam filem BULI arahan Afdlin Shauki. Bagaimana karektor yang ada pada watak utama iaitu
Nordin, dari segi fizikal, gaya, cara, sikap dan segalanya yang ada pada dia jelas menunjukkan bahawa Nordin di dalam
filem itu adalah seorang yang tidak mempunyai keyakinan diri dan sememangnya wajar diBULI. Kenapa Afdlin Shauki
tidak meletakkan watak Nordin itu sebagai seorang yang macho lagi gagah perkasa? Sebab orang yang macho dan
gagah perkasa, ada ke sesiapa yang berani nak buli? Inilah yang digelarkan sebagai LOGIK WATAK.

Jadi, sebelum kita melakar terus cerita kita, pembinaan watak ini tidak harus kita ketepikan kerana Watak inilah yang
akan memainkan Aksi untuk membentuk Subjek.

Terdapat dua jenis watak iaitu Protagonis dan Antagonis. Protagonis adalah watak baik dan Antagonis pula adalah
watak jahat. Filem BULI adalah salah satu filem yang jelas perbezaan watak Protagonis dan Antagonisnya. Begitu juga
dengan filem Man Laksa. Cuba tonton filem ini semula dan lihat bagaimana mereka memainkan watak mereka.

Jika kita ingin membina watak cuba kita kaji tiga perkara penting di dalam watak terdahulu.

1) Profession - Apakah pekerjaannya? Pekerjaan mestilah bersesuaian dengan cerita kita. Sebagai contoh di dalam
filem BULI, Nordin bekerja sebagai seorang programmer di Syarikat IT. Kenapa? Kenapa Afdlin tidak memperkenalkan
Nordin sebagai seorang yang bekerja di bidang lain? Jawab sendiri setelah kita melihat filem ini sekali lagi.

2) Personal - Adakah watak tersebut masih bujang? Atau pun telah berkahwin? Lihat sekali lagi di dalam filem MAN
LAKSA, kenapa MAN LAKSA masih bujang? Sebab apa Mamat Khalid tidak meletakkan Man Laksa sebagai seorang
yang dah berkahwin.

3) Peribadi - Apakah sifat-sifat yang ada di dalam diri watak? Pada masa lapang, apa yang gemar dilakukan oleh watak?
Adakah dia suka mengumpul setem? Kalau ya, apa kaitannya dengan cerita yang kita buat itu? Kita lihat pula filem ‘Baik
Punya Cilok’ arahan Afdlin Shauki. Apa hobi watak utama di dalam cerita tersebut dan cuba kita fikirkan, apa kaitannya
faktor peribadi watak di dalam filem tersebut.
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
4) Keperluan Dramatik - Apakah yang ingin dicapai oleh watak tersebut? Merompak? Berjaya di dalam kerjaya? Atau
pun mendapatkan cinta seseorang?

Kebanyakan kelemahan penulis skrip di Malaysia ini ialah kita seringkali tidak mengenali watak yang kita bina secara
keseluruhannya. Terutama peribadi watak yang kita bina itu sehinggakan kita tidak tahu apa yang mereka lakukan pada
masa lapang. Ini telah menyebabkan kita buntu untuk membina Subjek. Maka dengan kebuntuan itu penulis sering kali
mengambil jalan mudah dengan mewujudkan scene ‘MAKAN’ dan scene ‘MINUM’ berulang kali sehingga ianya
membosankan penonton. Ini kerana kelemahan kita di dalam mewujudkan watak yang bertenaga dan MULTIDIMENSI.

AKSI

Aksi adalah apa yang dilakukan oleh watak. Ia terdiri dari dua elemen iaitu Fizikal dan Emosi. Pilih sebuah difilem dan
kenalpasti aksi-aksi yang dilakukan oleh watak melalui fizakal dan emosi. Jika kita telah mengenali watak kita, pada
kebiasaannya kita akan tahu aksi apa yang dia lakukan.

Sebagai contoh di dalam filem BULI. Apakah aksi-aksi yang dilakukan oleh Nordin (Protagonis) sebagai seorang yang
dibuli dan apa pula aksi yang dilakukan oleh Roy (Antagonis) sebagai seorang kaki buli.

Aksi-aksi ini akan mewujudkan elemen-elemen dramatik di dalam Lakon Layar kita. Aksi-aksi yang memainkan perasaan
seperti yang mewujudkan rasa suspense, sedih, seram, lucu, takut, teruja dan sebagainya inilah yang akan menjadi
tarikan penonton.

Untuk mewujudkan perasaan itu, aksi memainkan peranan penting. Di dalam sesebuah lakon layar, elemen aksi ini lebih
penting daripada dialog kerana sesebuah filem yang baik amat bergantung kepada kekuatan aksi yang dapat memberi
pemahaman yang jelas kepada penonton dan dialog pula berperanan untuk menguatkan lagi aksi. Ini kerana filem
bergerak di atas visual cerita.

Untuk mewujudkan Aksi ini, watak haruslah memainkan peranan penting dan berinteraksi dalam tiga cara.

1) Mengalami konflik di dalam mencapai kehendak-kehendak dramatik mereka.
2) Berinteraksi dengan watak-watak lain.
3) Berinteraksi dengan diri sendiri.

Tiga elemen ini akan menggerakkan aksi watak untuk membuat Lakon Layar kita terus bergerak kehadapan.

Sekarang, cuba kita membuat lakaran aksi yang boleh menghidupkan watak yang kita bina. Ini secara tidak langsung
kita akan dapat membentuk subjek

Panduan Penulisan Skrip - Siri 4
Dialog

Seperti yang telah saya maklumkan, topik kita yang berikut adalah DIALOG. Rasanya semua telah mengetahui apa itu
dialogkan? Ia sebenarnya merupakan fungsi sesuatu watak. Jika kita memahami watak kita, dialog akan mudah
membantu menghuraikan cerita atau lakon layar kita.

Dialog berfungsi untuk membawa penceritaan kita bergerak kehadapan. Sememangnya kita tahu bahawa filem atau
drama bergerak di atas visual cerita, namun tidak dapat dinafikan bahawa dialog juga memainkan peranan penting di
dalam proses penceritaan untuk memastikan filem atau drama kita dapat menarik minat penonton dan bergerak ke
hadapan dengan sebaik mungkin.

Setiap mesej yang hendak kita sampaikan kepada penonton sebenarnya tidak semestinya kita menggunakan dialog
untuk menyampaikannya, ini kerana selain daripada dialog kita juga boleh menyampaikan mesej melalui aksi dan
tingkah laku non-verbal.

Sebenarnya dialog juga dapat mencerminkan elemen dramatik di dalam skrip kita. Oleh yang demikian di dalam memilih
dialog sememangnya kita tidak boleh melupakan elemen dramatik supaya dialog itu akan menjadi salah satu faktor
kekuatan bagi filem atau drama tersebut. Ini kerana kesilapan pemilihan dialog sebenarnya boleh menyebabkan ia
menjadi faktor kelemahan filem atau drama tersebut.

Kadangkala di dalam pemilihan dialog kita akan menghadapi permasalahan di mana kita tidak tahu memilih kata-kata
yang sesuai untuk dituturkan oleh watak sehinggakan kita berasa janggal dengan dialog yang telah kita buat itu.

Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
Jangan khuatir, dengan masalah ini kerana pada kebiasaannya sememangnya kita akan berasa begitu pada awalan
penulisan kita. Lama kelamaan kita akan biasa dengan perkara tersebut dan sedikit demi sedikit kita akan dapat
memperbaiki dialog skrip kita itu.

Perlu diingatkan di sini, bahawa dialog yang kita buat itu seelok-eloknya janganlah terlalu panjang dan meleret-leret
kerana ia hanya akan membosankan penonton. Kadang kala, saya sendiri sering kali melakukan kesilapan ini tanpa
saya sedari kerana terlalu asyik menulis. Oleh yang demikian, saya selalu mengingatkan diri saya pada setiap kali ingin
memulakan penulisan.

Sekarang apa yang perlu kita buat ialah cuba kita melihat beberapa buah filem dari genre yang berbeza dan cuba
membuat perbandingan perbezaan dialog di dalam filem-filem tersebut. Kemudian cuba kita perhatikan pula orang-orang
di sekitar kita menuturkan kata-kata mereka. Paling bagus cuba kita pergi ke pusat membeli belah, warung, restoran
atau pun taman-taman rekreasi dan cuba kita lihat bagaimana mereka berkomunikasi cara verbal dan non-verbal…

Panduan Penulisan Skrip - Siri 5

Lupakan Istilah Teknikal Di Dalam Skrip Anda

Kebanyakan penulis baru yang ingin mula menulis sering kali terkeliru kerana saya difahamkan bahawa terdapat satu
‘version’ fahaman teknik menulis skrip dengan istilah-istilah teknikal yang mengarut dan sememangnya tidak perlu ditulis
oleh penulis skrip kerana ini bukannya bidang tugas penulis skrip.

Bayangkanlah betapa cacatnya skrip tersebut apabila di’semak’kan dengan istilah teknikal shot kamera dan sebagainya
seperti CU (Close Up), BCU (Big Close Up) dan macam-macamlah up-up yang lain. Ini sebenarnya hanya akan
menyusahkan kita sebagai seorang penulis.

Sememangnya tidak salah sekiranya kita sebagai penulis mengetahui dan mengambil tahu semua istilah-istilah teknikal
ini sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan. Tetapi tidak perlulah kita masukkan istilah-istilah ini di dalam skrip kita
kerana ia sememangnya itu bukanlah tugas kita sebagai penulis skrip. Namun begitu, jika setakat sedikit-sedikit yang
mungkin kita rasakan perlu, boleh letak, saya tidaklah mengatakan ia tidak boleh langsung.

Sebenarnya dengan terlalu memikirkan istilah-istilah teknikal ini, akan mengakibatkan kreativiti anda untuk mengolah
perjalanan cerita yang lebih menarik akan terbantut dan terjejas. Oleh yang demikian, saya mengesyorkan agar kita
semua bebaskan diri kita dari belenggu istilah-istilah teknikal yang akan menjadi bebanan kita sebagai seorang penulis.

Bebaskan diri anda daripada perkara-perkara yang hanya akan menyusahkan diri anda… Jangan terperangkap di antara
perkara yang penting dengan perkara yang terpenting… Menulislah dengan sepenuh hati… Selamat Berjaya…

Panduan Penulisan Skrip - Siri 6
Format

Apa yang perlu ada di dalam menulis sebuah skrip? Bagaimana rupa bentuknya? Pada asasnya, format sesebuah skrip
filem atau drama tv itu haruslah mempunyai elemen seperti berikut.

1) Scene Heading
2) Action
3) Character
4) Parenthetical
5) Dialogue
6) Transition

1) Scene Heading
Ini dikenali sebagai Scene Heading kerana ia merupakan permulaan sesuatu scene. Di dalam istilah bahasa kita ialah
‘Kepala Babak’. Ia juga merupakan pemisah antara satu scene dengan scene yang lain.

Contoh-contoh Scene Heading adalah seperti berikut:

INT. BILIK TIDUR ARYON, RUMAH BANGLO - NIGHT
EXT. BANGUNAN FAKULTI - DAY
I/E. KERETA ARYON - MOMENTS LATER

Penerangan.

INT. EXT. I/E - Merupakan istilah yang mewakili keadaan lokasi sama ada di dalam (INT.), di luar (EXT.) atau pun kedua-
Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
duanya sekali (I/E.)

Di tengah-tengah Scene Heading selepas kedudukan penentu lokasi ialah LOKASI. Contohnya RUMAH BANGLO
ARYON, BANGUNAN FAKULTI dan KERETA ARYON, JALAN RAYA.

Di hujung Scene Heading ialah kedudukan bagi petunjuk waktu sama ada siang, malam, bersambung, sebentar
kemudian dan banyak lagi. Di antara istilah yang biasa digunakan ialah DAY, NIGHT, MORNING, AFTERNOON,
EVENING, CONTINOUS, LATER, MOMENTS LATER & THE NEXT DAY. Jika anda lebih selesa menggunakan istilah
Bahasa Melayu, silakan…

2) Action
Selepas menulis Scene Heading, kita memulakan penulisan skrip kita dengan memasukkan elemen Action yang akan
menerangkan Aksi yang akan berlaku di dalam skrip kita itu.

Contohnya:

Di dalam sebuah bilik yang hanya diterangi oleh cahaya lampu tidur, kelihatan di atas katil keadaan bantal dan selimut
yang tidak teratur.

Di atas lantai turut kelihatan beberapa helai pakaian kotor yang bersepah.

Di satu sudut lain, kelihatan Aryon sedang berdiri di tingkap sambil memandang keluar. Jelas kelihatan wajahnya
menunjukkan kesedihan yang teramat sangat.

Kemudian kedengaran bunyi pintu biliknya di buka. Kelihatan di pintu bilik, Pak Kassim berdiri sambil tersenyum.

Penerangan.

Di bahagian Action ini apa yang perlu dicatatkan ialah hanyalah Aksi Watak dan juga keadaan sekitarnya. Tidak perlulah
meletakkan istilah-istilah sastera seperti ‘angin sepoi-sepoi bahasa’, bayu bertiup lembut dan sebagainya kerana ia
sememangnya tidak diperlukan. Tidak perlulah kita menulis ayat-ayat yang tidak boleh digambarkan atau dirakamkan
dengan kamera.

Nyatakan aksi yang anda gambarkan dengan jelas dan ringkas. Buat penegasan di tempat-tempat yang perlu diberi
perhatian dengan meletakkan huruf besar pada perkataan tersebut.

3) Character
Character atau Watak di dalam skrip ini ialah Aryon dan Pak Kassim. Kedudukan Watak di dalam format skrip adalah
seperti berikut.

PAK KASSIM

Berada di bahagian tengah untuk membezakan dengan elemen lain. Ini akan memudahkan pembaca skrip tersebut
mengetahui bahawa itu adalah watak bagi skrip tersebut.

4) Parenthetical
Merupakan rujukan kepada tingkahlaku atau aksi. Biasanya digunakan untuk aksi-aksi yang tidak memerlukan
pergerakan yang banyak atau pun boleh juga digunakan untuk reaksi atau perasaan.

Kedudukannya adalah selepas character dan sebelum dialog.

ARYON
(sedih)

Atau pun selepas dialog.

Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47
ARYON
Saya tak terfikir pula…
(kepada Mak Siti)

5) Dialogue
Berfungsi sebagai kata-kata yang dituturkan oleh watak. Seharusnya dialog itu tidaklah terlalu panjang kerana filem atau
drama bergerak di atas visual. Dialog yang panjang akan membuatkan situasi yang bosan. Dialog mestilah sentiasa
membawa penceritaan bergerak kehadapan.

Kedudukannya adalah seperti berikut.

ARYON
Saya tidak terfikir pula…

6) Transition
Transition merupakan pengakhir sesuatu babak. Ia juga berfungsi sebagai pemisah di antara babak.

Kedudukannya adalah di bahagian kanan muka surat di di bahagian bawah scene.

Contohnya adalah seperti berikut:

CUT TO:

Istilah-Istilah yang biasa digunakan adalah CUT TO: INTERCUT TO: FADE IN: FADE OUT. FADE TO: DISSOLVE TO:
BACK TO: MATCH CUT TO: JUMP CUT TO: FADE TO BLACK.

Gunakanlah kegunaan pada tempat yang kita fikirlan sesuai.

Oleh
Zaini Kosnin (Iniaz, K.)
============================================================================

Re:Panduan Menulis Skrip (Filem / Drama)
Posted by fathir najmi - 2009/05/27 01:04
_____________________________________

:P laa...salah la rupanya skrip yg aku masok petandingan aritu....eheheh..jauh sangat..mmg xda
chase..tp...resultnye,..xtau bl plak kuar....
============================================================================

Re:Panduan Menulis Skrip (Filem / Drama)
Posted by gerakalam - 2009/06/02 11:26
_____________________________________

yang penting ada smgt nak masuk dan mencuba.. x gitu s'jan?
============================================================================

Suara Alam Forum - Suara Alam ( Persatuan Kebudayaan Suara Alam Shah Alam FireBoard
) Forum Component version: NEW VERSION GOES HERE Generated: 30 July, 2009, 16:47