You are on page 1of 14

1

TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA

PENGENALAN:
 Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi
 Dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan
 Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi
 Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifat-
sifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu
menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa
 Muncul bidang linguistik dan psikolinguistik
 Lingusitik - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian
yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala
dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui
pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa
 Psikolinguistik – kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmu-
ilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungsn bahasa dengan jiwa
manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan
perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan
fikiran dan jiwa penutur

TEORI HURAIAN BAHASA
 Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu
aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif
 Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran
bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut
 Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana
setiap aliran merupakan suatu kesinambungan

1.Teori Tradisional (Panini)]

 Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M)
 Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat
membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam
 Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika
 Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua
bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb)
 Noun kata yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan verb
menggambarkan tindakan (predikat)
2

 Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat
tersebut
 Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang
lengkap
 Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru
dan perintah
 Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan
keterangan
 Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada
pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika
dalam ayat
 Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa
tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang
dibuat berdasarkan makna

Ciri-ciri tatabahasa tradisional;

 Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep
formal atau struktur
 Terdapat campur aduk antara kategori semantic dan nahu
 Ketidaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan
sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur
 Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal
atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks,
sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau
tidak
 Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan
 Dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat
preskriptif, humanistik dan normatif ( bertujuan menetapkan
peraturan-peraturan untuk penggunaan yang betul)
 Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah
3

Kelemahan:

 terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam
tatabahasa dan penjenisan kata
 guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa
dalam pengajaran
 akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang
mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis
 analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategori-
kategori bahasa bersifat universal

2.Analisis Struktural (Bloomfield)

 dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’
 muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional
 tentangan utama ialah dasar nosional yang digunakan oleh aliran
tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan
anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal
 aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan
 data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh
penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji
 analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’- setiap bunyi
perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai
kepentingan linguistik
 setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu
bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem
linguistik
 analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem,
frasa,klausa dan aat serta unsur-unsur supra segmental
 ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan)
konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa,
subjek dan predikat
4

Fries menggunakan ‘hierachical bracketing’ seperti berikut:

Abu membeli baju adik saya
membeli baju adik saya
baju adik saya
adik saya
saya

Nida- menggunakan lambang-lambang anak panah untuk menandakan
hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat:

Abu membeli baju adik saya

Nelson Francis –menggunakan ‘Chinese box’ untuk menjelaskan hubungan
tersebut:

Abu membeli adik saya
baju

Rumusan:
 kajian dibuat secara objektif dan penggolongan kata serta
peraturannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek
fonologi,morfologi dan sintaksis
 menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak
melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang
tidak dapat difahami
 tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan
psikologi, logika dan metafizika
 tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa
5

 mengutamakan struktur permukaan sahaja iaitu penganalisisan ang
memecahkan bahagian-bahagian dalam aat kepada konstituen-
konstituennya

3.Teori Transformasi-Generatif (Chomsky)

 bermula pada tahun 1957
 menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus
 terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan
struktur permukaan
 rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada struktur dalaman dan
rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-aat
tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur permukaan
 komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu
ucapan dan komponen semantikk merujuk representasi semantikk. Oleh
itu bunyi dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang
berkait dengan struktur dalaman dan bertindak sebagai input kepada
peraturan fonologi si penutur dalam komunikasi/interaksi sosial
 rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah pohon yang
menunjukkan hubungan gramatis antara kata yang terdapat dalam
sesuatu dasar
 struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan
menjadi input kepada komponen rumus-rumus transformasi
 rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk menggugur,menambah
dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata itu
 penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru
yang diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan

Contoh ayat:
6

Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung

Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung
Dia dan isterinya masih di kampung

Rajah pohonnya:

a. A

A1 KH A2

S P S P

FN FS FN FS

dan isterinya
dia

masih masih
di kampung di kampung

b.
transformasi
A
pengguguran predikat
7

frasa sendi nama

A1 KH A2

S P S P

FN FS FN FS

Ø dan isterinya
dia

masih
Ø= pengguguran di kampung

c. A

S
P

FN KH FN

masih di kampung

dia dan isterinya

4.Teori Fungsionalis (Halliday)
 kaji bahasa sebagai alat komunikasi dan juga perubahan bentuk bahasa
yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi
 bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang penuturnya
 eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis
8

 dari segi struktur bahasa Halliday menghuraikan unsur dalaman
berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagaialat berkomunikasi
 sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang
diutamakan
 dalam pengajran pembelajaran guru perlu menggunakan bentuk-bentuk
ujaran yang tepat untuk menjadi conteh/ model kepada pelajar
 penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat mempertingkat tahap
kemahiran berbahasa pelajar
 variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial
 pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi
tertentu

a. model bahasa yang sesuai:
 dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembangan
bahasa awal kanak-kanak
 membantu mereka menguasai fungsi bahasa

b. asas fungsi bahasa
 fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek
pengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling
hampir) sebagai model komunikasi

c. bahasa dalam persepsi sosial
 penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan
arah sosial danperubahan sosial yang berlaku
 pada peringkat awal bahasa berfungsi memindahkan budaya dari satu
generasi kepada generasi yang lain iaitu melalui beberapa jenis konteks
sosial seperti interaksi antara ibu dan anak
 dengan pendedahan bahasa yang digunakan sehari-hari itu dapat
membantu kanak-kanak mengaplikasikan bahasa secara efektif

d. fungsi semantik dan linguistik
 pengajaran bahasa bertujuan memberi pengetahuan kepada para
pelajar tentang prinsip struktur bahasa
 aspek yang perlu diketahui merangkumi bidang tatabahasa seperti
fonologi,morfologi,sintaksis,semantic dan laras bahasa
9

 pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan
mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian dan daalam
pelbagai situasi sosial

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA:

 Seseorang bayi yang sempurna dilahirkan bersama-sama alat-alat
artikulasi dan anggota fizikal lain untuk memperoleh bahasa
 Pemerolehan berlaku sedikit demi sedikit mengikut perkembangan
otak
 Penguasaan bahasa pertama kanak-kanak dengan cara memperoleh
(tidak formal) bukan secara pembelajaran
 Kajian menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun
adalah jangka masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah
menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka
 Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang bagaimana sesuatu
bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses pemerolehan
bahasa

1.Teori Behaviurisme/ Mekanis (Skinner)

 Bahasa adalah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian
turutan sebab dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak
balas
 Aliran ini menolaksebarang pendapat yang menghubungkan penghasilan
bahasa dengan operasi mental
 Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman
daripada otaknya
 Untuk mmemperoleh kemahiran bahasa latihan dan latih tubi perlu
dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai
kebiasaan
 Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan
10

 Kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui proses peniruan
 Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan
yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat
menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap
 Bloomfeild menyokong aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah
satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang
lain
 Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan
 Yang harus dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu
diujarkan
 Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan
pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada
kanak-kanak apabilamereka memberikan geraka balas yang betul
 Ganajaran akan dapat membentuk perlakuan berbahasa yang
dikehendaki dan berterusan.

Rumusan:
 Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia membentuk
satu kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh
pelajar dianggap kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau
tepat
 Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran
mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku
manusia
 Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabial adanya
rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan
pertuturan amat dipentingkan
 Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsur-unsur bunyi yang
dituturkan dan bukan sebagai himpunan makna yang memerlukan
operasi mental
 Kebiasaan berbahasa dapat diperolehi melalui latih-tubi diikuti dengan
pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat menwujudkan pengulangan
dan menggalakkan pelajar memberi gerak balas yang betul
 Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau structural. Ia dihuraikan
mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi,
morfologi dan sintaksis.
11

2.Teori Mentalis (Noam Chomsky)

 Teori Mentalis atau Teori Rasionalis beranggapan bahasa adalah
pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak
 Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan
semula jadi manusia
 Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan manusia
boleh menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka
 Disokong oleh Lenneberg (1967)- perkembangan bahasa adalah
mengikut jadual secara biologis bukan datang daripada rangsangan dan
gerak balas
 Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan
bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula
ketika bersuara hingga boleh mencipta ayat yang lengkap.
Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5
tahun
 Kanak-kanak memperoleh kebolehan memaham terlebih dahulu
daripada bertutur. Mereka memahami pertuturan orang lain sebelum
mereka sendiri boleh bertutur .
 Pada peringkat awal kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan
yang mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka
menyebut secara umum
 Contohnya: semua yang kecil disebut anak: anak lori,anak rumah,anak
buah dll sehinggalah penguasaan mereka menjadi sempurna
 Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan
mekanikal semata-mata

Rumusannya teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang
dihasilkan oleh satu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan
dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera
 Penguasaan bahasa ada kaitan yang erat dengan kebolehan mental.
Kebolehan mental digambarkan melalui pemikiran iaitu kebolehan
manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas
 Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai
bahasa
 Dua perkara yang penting memainkan peranan dalam penguasaan bahasa
ialah ‘competence’ dan ‘perfomance’ iaitu kebolehan untuk membuat
12

rumus dan keupayaan menggunakan apa yang diketahui tentang bahasa
itu.
 Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi- generatif yang
mengandungi struktur dalaman dan luaran. Struktur dalaman ialah
rumus-rumus yang terhasil dalam otak ataupun pemikiran sementara
struktur luaran ialah bentuk penglahiran daripada struktur dalaman
 dalam proses pengajaran pembelajaran bahasa, kesalahan pelajar dalam
membentuk rumus dianggap bukan kegagalan sebaliknya sebagai
percubaan hipotesis mereka. Apa yang ditekankan ialah pemikiran dan
makna.

3.Teori Kod-Kognitif (Piaget)

 teori ini menekankan fungsi otak/fikiran dalam proses pembelajaran
 kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam otak
yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar
 pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu
pembentukan kebiasaan (mekanikal)
 perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku
dalam diri manusia
 proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan
untuk menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep,
membuat kesimpulan atau mendapatkan pengertian baru
 terdapat empat faktor yang membezakan penguasaan bahasa kanak-
kanak

a. peringkat deria motor (sejak lahir hingga berumur 2 tahun)
 belum mampu menggunakan otaknya
 belum menguasai lambang-lambang bahasa untuk memberi norma atau
nilai kepada benda-benda
 menggunakan deria motornya untuk berinteraksi
13

 pada peringkat akhir deria motor kanak-kanak sudah mampu sedikit
sebanyak keupaaan berbahasa kerana mereka sentiasa berinteraksi
dengan persekitaran

b. peringkat olahan ( 2 tahun hingga 6 tahun)
 dapat menguasai bahasa dan konsep dengan cepat
 menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan
persekitaran
 umur 4-6 tahun sudah dapat bertutur dengan fasih dan
perbendaharaan bahasa mereka seperti orang dewasa

c. peringkat olahan konkrit (6 tahun –12 tahun)
 sudah boleh menggunakan pemikiran logik,warna dan memahami konsep
pembalikan
 mula membaca,menulis dan mengira serta suka bertutur/ bertanya
 perlu kepada objek dan peristiwa konkrit dalam menyelesaikan masalah
 mereka sudah dapat menerima pendapat orang lain melalui pengunaan
bahasa yang lebih luas

d. peringkat olahan formal ( 12 tahun ke atas)
 peringkat kognitif kanak-kanak mencapai kemuncak
 memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara logik dan
abstrak juga dpat menyelesaikan masalah verbal yang kompleks dan
mengkaji perasaan dan pemikiran

4.Teori Interaksionalis (Halliday)
 kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan
bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanak-
kanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin
penglahiran dlambentuk bahasa
14

 kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik
 kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk beinteraksi
dalam situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan
mereka
 seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan
semata-mata untuk berinteraksi bahkan untuk menyampaikan
maklumat kepada orang lain
 pada peringkat ini mereka mula menyedari bahawa pentingnya
pengetahuan tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami
oleh orang lain
 situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan
interaksi sosial pula penting untuk membentu kanak-kanak menguasai
peraturan-peraturan bahasa

Rumusan:
 pembelajaran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan
menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan
makna diutamakan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru
perlu menyediakn situasi dan bahan pengajaran yang bermakna dan
berkesan
 dalam pembelajaran bahasa penyampaian makna lebih diutamakan
daripada struktur
 struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar
menjalankan aktiviti dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan
sehari-hari
 teori ini menekankan komunikasi lisan berasaskan pendekatan
komunikatif