You are on page 1of 9

1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KLANG


UJIAN BULANAN 1/2011
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

MASA: 2.00 3.00 PETANG
1 JAM
TARIKH: 7 MAC 2011
NAMA: ________________________________ TINGKATAN 2 _____________
Arahan: Jawab semua soalan.
Soalan 1-7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.


1 Ibu sedang ________ kain sebelum menyidainya di ampaian di belakang rumah.
A memerah C memutar
B membilas D mengilas

2 Kak Alia tersenyum sendiri apabila terkenang __________ peristiwa lucu yang dilaluinya semasa
di kampus.
A dengan C pada
B akan D terhadap

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.






3 Abang memandu kereta dengan lebih berhati-hati di kawasan jalan yang sempit dan _________
itu.
A berapat-rapat C beralun-alun
B berpusu-pusu D berliku-liku

4 Nik berasa ________ apabila melihat Lily yang disangkanya telah meninggal dunia muncul
secara tiba-tiba di hadapannya.
A kaget C kagum
B takjub D pelik
2


5 Pihak polis melakukan ___________ di tempat yang dipercayai menjadi sarang persembunyian
perompak.
A tilikan C intipan
B risikan D lawatan

6 ____________ itu diadakan untuk pelajar cemerlang yang ingin mendapatkan biasiswa bagi
melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
A Soal balas C Temu duga
B Soal jawab D Temu bual

7 Tuanku Abdul Rahman merupakan _____________ yang telah berjaya menuntut kemerdekaan
Negara kita daripada British.
A negarawan C sejarawan
B bangsawan D cendekiawan

Soalan 8 14
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D. Pilih
jawapan yang paling sesuai.

8 Para penduduk mengkritik sikap pemimpin itu yang lupa kepada janji-janjinya untuk memajukan
A B C
kawasan ini. Tiada kesalahan.
D

9 Kami berharap agar atlet negara dapat menunjuk kesungguhan ketika beraksi dalam Sukan
A B C
Olimpik nanti. Tiada kesalahan.
D

10 Golongan siswazah dinasihati supaya tidak terlalu bergantung pada kerajaan untuk mendapatkan
A B
pekerjaan yang cucuk dengan kelulusan mereka. Tiada kesalahan.
C D

11 Pihak berkuasa disarankan agar menangguhkan projek mewah buat sementara waktu sehingga
A B
ekonomi Negara benar-benar pulih. Tiada kesalahan.
C D

12 Pihak polis berjaya memberkas tiga orang anggota kumpulan yang sering merompak dan meragut
A B C
mangsa yang berjalan bersendirian. Tiada kesalahan.
D

13 Jalan raya yang lebih lebar dan mudah kosnya itu baru sahaja diturap oleh pekerja-pekerja Jabatan
A B C
Kerja Raya. Tiada kesalahan.
D

14 Mak Leha amat terkejut bila disergah oleh cucunya yang nakal itu hingga terlepas senduk dan
A B C
pinggan yang dipegangnya. Tiada kesalahan.
D
3

Soalan 15 17
Pilih ayat ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
15 I Ibu tidak jadi membeli pakaian itu kerana jahitannya kasar.
II Harimau yang kelaparan itu menyerang mangsanya dengan kasar.
III Keuntungan kasar syarikat itu belum mencapai sasaran yang dihasratkan.
IV Walaupun perwatakannya lemah lembut tetapi suaranya agak kasar ketika berbicara.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B III dan IV sahaja D I, III dan IV sahaja

16 I Kawalan ketat di sempadan negara dilakukan untuk menghalang aktiviti penyeludupan.
II Sesetengah wanita suka berpakaian ketat.
III Azizah menyumbat mulut botol itu dengan gabus sehingga ketat.
IV Laluan ke ekspo hasil tani itu semakin ketat kerana pengunjungnya semakin bertambah.
A I dan II sahaja C I, II dan III sahaja
B II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja

17 I Bendera sekolah saya berkobar-kobar ketika ditiup angin.
II Peristiwa sedih yang dialaminya itu masih berkobar-kobar dalam ingatannya.
III Api yang berkobar-kobar memusnahkan gudang perabot yang baru beroperasi itu.
IV Semangat pesilat itu berkobar-kobar untuk menewaskan lawannya di gelanggang silat.
A I dan IV sahaja C III dan IV sahaja
B II dan IV sahaja D I, II dan III sahaja



Soalan 18 21
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

18 Angkasawan Negara menceritakan tentang pengalaman beliau ketika berada di angkasa lepas
dengan penuh keceriaan.
A bercerita pengalaman
B menceritakan pengalaman
C berceritakan tentang pengalaman
D menceritakan tentang pengalaman

19 Murid-murid sekolah itu sangat menghormati akan guru-guru mereka yang baik hati, penyayang
dan bertanggungjawab.
A hormat guru-guru mereka
B hormat pada guru-guru mereka
C menghormati guru-guru mereka
D menghormati akan guru-guru mereka

20 Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.
A Amat terindah
B Sungguh amat indah
C Amat sungguh terindah
D Sungguh amat terindah


4

21 Kata-kata aluan dalam buku program Majlis Anugerah Cemerlang itu membawa mesej yang amat
berkesan.
A Kata aluan
B Kata alu-aluan
C Kata-kata alu-aluan
D Kata-kata aluan

Soalan 22 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal.

22 Faizal mencadangkan agar kelasnya membuka gerai jualan makanan bersempena dengan
Hari Kantin Sekolah untuk menambahkan tabungan kelas.
A Bagi menambahkan tabungan kelas, Faizal mengesyorkan supaya kelasnya membuka gerai
jualan makanan semasa Hari Kantin Sekolah.
B Semasa Hari Kantin Sekolah, kelas Faizal disarankan membuka gerai jualan makanan untuk
mengisi tabungan kelas.
C Kelas Faizal bercadang untuk membuka gerai jualan makanan bersempena dengan Hari Kantin
Sekolah agar tabungan kelas bertambah.
D Gerai jualan makanan yang dicadangkan oleh kelas Faizal dibuka bersempena dengan Hari
Kantin Sekolah bertujuan untuk menambahkan tabungan kelas.

23 Banyak orang tidak kira lelaki atau wanita sanggup berbelanja lebih semata-mata untuk
kelihatan menawan.
A Hanya untuk kelihatan menarik banyak orang sama ada lelaki atau wanita rela berbelanja
lebih.
B Untuk kelihatan menawan semata-mata, banyak orang sama ada lelaki atau wanita perlu
berbelanja lebih.
C Dengan hanya berbelanja secara berlebihan, banyak orang tidak kira lelaki atau wanita akan
kelihatan menawan.
D Banyak orang sama ada lelaki atau wanita sanggup kelihatan menawan semata-mata dengan
berbelanja lebih.

24 Tolong tumpukan perhatian ketika saya mengajar, kata Cikgu Umi kepada para
pelajarnya.
A Cikgu Umi meminta para pelajarnya menumpukan perhatian ketika saya sedang mengajar.
B Cikgu Umi meminta para pelajarnya menumpukan perhatian ketika beliau sedang mengajar.
C Cikgu Umi berpesan kepada para pelajarnya supaya menumpukan perhatian ketika cikgu
sedang mengajar.
D Cikgu Umi menyuruh kamu menumpukan perhatian ketika beliau mengajar kita.

Soalan 25 27
Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Aiman sedari dia perlu mengubah sikapnya jika ingin berjaya dalam pelajaran
II Zalina menyerahkan buku latihan karangannya kepada Cikgu Aina.
III Lisa mengesahkan penyertaannya dalam acara lumba lari itu.
IV Kakak menjahit sehelai baju kurung berwarna merah untuk adik.
A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

5

Emak : Kamu mesti memikirkan perkara itu dengan teliti sebelum mengambil sebarang
keputusan. Emak tidak mahu kamu berasa kecewa dengan keputusan kamu itu.
Hassan: Terima kasih, mak. Nasihat mak akan saya ingat selalu.
26 I Yang berkaca mata itu bijak berpantun dan bersyair.
II Buku-buku teks yang dibawanya itu penuh hingga satu beg.
III Rendang ayam yang dimasak itu telah habis dimakan adik tengah hari tadi.
IV Penggunaan pengangkutan awam ke tempat kerja mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas.
A I dan IV sahaja
B II dan III sahaja
C I, III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

27 I Mana pendapat puan tentang gejala buang bayi? tanya wartawan kepada wanita itu.
II Mengapakah kamu tidak berterus terang kepada saya? Tanya Liza.
III Sila jangan buat bising, tegur pengawas itu.
IV Alahai, lambat betul kakak bersiap! rungut Fatin.
A I dan III sahaja
B I dan IV sahaja
C II dan IV sahaja
D III dan IV sahaja


Soalan 28 30
Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.



28 Peribahasa di atas bermaksud
A jangan sengaja mencari kesusahan.
B untung dan malang silih berganti.
C ditimpa bencana berturut-turut.
D sengaja menyusahkan diri.

29 Mesin taip lama itu terbiar begitu sahaja kerana tidak digunakan lagi. Kini, kami sekeluarga hanya
menggunakan komputer. Keadaan ini samalah.....
A habis manis sepah dibuang.
B seperti kacang lupakan kulit.
C tiada rotan akar pun berguna.
D sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi.







30 Peribahasa yang sesuai dengan nasihat di atas ialah
A sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
B mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan.
C ingat sebelum kena, jimat sebelum habis.
D buang yang keruh, ambil yang jernih.





Sarang tebuan jangan dijolok
6


Soalan 31 35
Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

PANTUN MUHIBAH DAN PERPADUAN

1
Petang hari pergi ke pekan,
Pulang membawa sebungkus laksa;
Hidup muhibah perlu diamalkan,
Di negara Malaysia berbilang bangsa.
2
Cantik bergugus buah papaya,
Masak dipetik satu per satu;
Walaupun berlainan bangsa budaya,
Kerana muhibah hidup bersatu.
3
Air mengalir dalam terusan,
Mengairi sawah beratus relung;
Bekerjasama segala urusan,
Tanda bersatu bergotong royong.



31 Apakah yang perlu dilakukan oleh masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia?
A mengamalkan sikap muhibah
B tidak mengambil tahu akan bangsa lain.
C berbaik-baik sesama bangsa.
D bangga akan asal keturunan masing-masing.

32 Berdasarkan rangkap ketiga pantun, apakah bukti yang menunjukkan kesatuan masyarakat
Malaysia?
A bergotong-royong apabila diminta
B bekerjasama dalam semua perkara
C sentiasa ingat akan semua urusan
D bersatu padu sesama bangsa




33 Baris pantun di atas mempunyai unsur gaya bahasa.....
A simile C metafora
B sinkope D hiperbola

34 Pengulangan kata kebudayaan dalam rangkap kelima pantun ini ialah gaya bahasa...
A epifora C metafora
B anaphora D hiperbola

35 Pilih pernyataan yang benar tentang bentuk pantun di atas.
A berbentuk terikat
B rima akhirnya abba
C ada lima baris setiap rangkap
D ada empat rangkap keseluruhannya

4
Tuan Puteri dari kayangan,
Senyuman manis seperti madu;
Bermacam keturunan bukan halangan,
Untuk membina bangsa yang padu.
5
Enak nian air kelapa,
Penawar sakit mujarab sekali;
Kebudayaan asal tidak dilupa,
Kebudayaan nasional merekan banggai.


(Dipetik daripada Pantun Muhibah dan
Perpaduan, antologi Gema Sepi Gadis
Genius, Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan
Pustaka.)
Senyuman manis seperti madu
7

Soalan 36 40
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Anakku tersenyum manis. Dia menyisir rapi rambutnya yang pendek. Wajah perempuannya tetap
terserlah, biarpun rambutnya pendek seperti rambut anak lelakiku yang lain.
Manisah namanya. Dia amat comel dan selalu tersenyum. Lalu kupanggil dia Manis. Manis
anak yang baik dan paling mudah tersenyum, walaupun sedang sakit. Manis selalu pening kepala.
Kadang-kadang Manis pitam. Kasihan Manis, kerana itu aku lebih senang Manis berambut pendek.
Anak perempuanku seorang...anakku yang manis.
Abah saya tukang gunting rambut. Rambut saya ni, abah yang guntingkan, ujar annakku
bangga.
Aku seperti selalu terdengar kata-katanya yang itu. Hai, anak yang manis! Abah sudah tua
untuk menggunting rambutmu lagi. Usia abah dah enam puluh lima tahun. Kau juga di ambang
dewasa. Dah bergelar anak dara.
Bila agaknya rambutmu akan panjang? Sempatkah abah membelai rambutmu itu? Atau abah
akan terus menggunting rambutmu hingga terpamer leher jengjangmu?
Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda orang kampung panggil abah, Mat Gunting.
Abah saya cukup terkenal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh,
Kadang-kadang orang-orang kampung panggil abah saya Uda Ahmad. Sekarang abah saya
peneroka FELDA, tapi abah masih seorang penggunting rambut. Abah ambil upah gunting rambut
apabila balik kerja dari lading.
Itulah yang selalu diulang-ulang oleh anak perempuanku setiap kali orang bertanya siapa
ayahnya.
Aku masih ingat kali pertama dia ke tadika. Dia menangis. Katanya, kawan-kawan ketawakan
dia: Anak penggunting rambut! Puas aku memujuknya. Dia terlalu sedih. Jauh di sudut hati, aku turut
bersedih. Barangkali anakku belum memahami harga sehelai rambut. Aku bercerita kepada Manis,
betapa susahnya mencari wang di kampung. Aku mengambil upah bekerja di kebun kelapa.
Pendapatan yang diperoleh tidak seberapa.
Aku terpaksa berusaha mencari pendapatan sampingan. Pekerjaan menggunting rambut inilah
yang sedikit sebanyak membantuku sebelum merantau ke tanah FELDA.

(Dipetik daripada cerpen Anak Penggunting Rambut, karya Nor Hidayah Asari,
antologi Gema Sepi Gadis Genius, Tingakatan 2, DBP, halaman 68 69.)


36 Mengapakah bapa Manis lebih suka anaknya itu berambut pendek?
A kerana Manis lebih comel berambut pendek
B kerana bapa Manis lebih suka jika anak perempuan berambut pendek
C kerana bapanya berasa kasihan melihat Manis yang selalu pening kelapa
D kerana bapanya berasa kasihan melihat Manis yang terpaksa berambut panjang

37 Apakah pekerjaan sampingan bapa Manis?
A peladang
B peneroka
C petani
D penggunting rambut







8





38 Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam ayat di atas ialah...
A simile.
B inverse.
C hiperbola.
D personifikasi.

39 Yang berikut merupakan perwatakan bapa Manis yang terdapat dalam petikan cerpen, kecuali...
A gigih.
B penyedih.
C penyayang.
D bertanggungjawab.

40 Plot dalam cerpen Anak Penggunting Rambut banyak menggunakan teknik...
A imbas kembali.
B imbas muka.
C saspens.
D kejutan.











SOALAN TAMAT












DISEDIAKAN OLEH: DISEMAK OLEH:

.................................................. ........................ ...................
(CIK CIK ZAWIYAH RAZALI) (PN. NORIZAN TORGI)
Guru Bahasa Melayu Pen. Panitia Bahasa Melayu

Seperti rambut anak lelakiku yang lain
9

You might also like