You are on page 1of 4

1. Jelaskan tema novel yang telah anda pelajari.

[ 7 markah ]
Contoh Jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Novel ini mengemukakan tema kasih sayang.

Tema yang dipaparkan dapat dibuktikan melalui perasaan sayang yang mendalam terhadap
ahli keluarga menyebabkan Fuad sanggup mencari asal usulnya yang sebenar. Setelah menjalani
kehidupan baru, Fuad rindu akan ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Dalam
mengubati kerinduannya dia berusaha mencari pusara ibunya dan saudara sebelah ibunya.

Selain itu, kasih sayang Mariana terhadap anakna, Abdul Halim atau Fuad begitu mendalam
hingga menyebabkan hidupnya menderita apabila mendapat tahu anaknya dilarikan orang.Malahan
Mariana telah menjadi gila meroyan.

Seterusnya, perasaan sayang terhadap Pak Ismail dan Mak Salmah juga menyebabkan Fuad
sanggup membelikan sebidang tanah daripada Awang Sojar dengan menamakan Pak Ismail sebagai
pemiliknya. Fuad juga membelikan motosikal dan membawa mereka berdua mengerjakan umrah ke
Tanah Suci.

Bukti lain, disebabkan kasih sayang yang mendalam menyebabkan Fuad tidak melupakan
bapanya, Robert Lim dan bapa dan ibu saudaranya, iaitu Peter Lim dan Swee Lan serta adik-adik
sepupunya. Fuad telah membantu menyara persekolahan adik-adik sepupunya. itu.

2. Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan persoalan daripada novel tersebut.

a. Persoalan tanggungjawab terhadap keluarga.
Pak Ismail dan Mak Salmah bertanggungjawab terhadap Fuad. Mereka bimbang akan
keselamatan Fuad yang pulang lewat daripada mencari kayu di hutan.

b. Persoalan ketaatan kepada Tuhan dan ajaran agama.
Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir
dia menunaikan solat qasar.

c. Persoalan berbudi kepada tanah.
Fuad membeli sebidang tanah terbiar milik Awang Sojar yang bernilai RM 10,000.00 untuk
mengusahakan tanaman jagung.

d. Persoalan memberikan pertolongan kepada yang memerlukan.
Buktinya, Fuad membantu kawannya, Borhan dengan menghantar anak Borhan ke klinik
kerana demam pada suatu malam.
Fuad membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat
akan adik-adik Farhana.

e. Persoalan kesan kekacauan politik.
Kesan daripada zaman darurat telah memecahbelahkan keluarga. Fuad dipisahkan daripada
ibu kandungnya yang berbangsa Melayu setelah bapa kandungnya yang berbangsa Cina
meninggalkan ibunya.

f. Persoalan sikap mengenang dan membalas budi.
Fuad berusaha membalas kebaikan Pak Ismail dan Mak Salmah terhadapnya dengan
membelikan sebuah motosikal untuk kemudahan Pak Ismail dan Mak Salmah.
Fuad sanggup membiayai persekolahan adik-adik sepupunya, Mei Lin dan Ah Soh sebagai
membalas budi bapa saudaranya, Peter Lim yang telah membesarkannya selama ini.

g. Persoalan kasih sayang yang terhalang.
Kasih sayang antara Fuad dan Farhana terhalang setelah mengetahui bahawa mereka
sebenarnya adik-beradik.

h. Persoalan tidak amanah terhadap tugas.
Cikgu Zamani tidak menjalankan tugas sebagai guru dengan amanah dalam mendidik anak-
anak muridnya di Sekolah Menengah Seri Setia kerana sering masuk lewat ke kelas dan
mengabaikan anak-anak muridnya.

i. Persoalan tanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
Farhana melaksanakan tugas sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri
Setia dengan penuh rasa tanggungjawab.
Fuad tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak
muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

j. Persoalan menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang redha.
Mak Salmah menerima hakikat bahawa anak angkat kesayangannya, Sofia telah pergi
meninggalkannya untuk selama-lamanya.

k. Persoalan tabah menghadapi cabaran hidup.
Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya.

l. Persoalan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
Fuad dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, Borhan yang demam panas.

m. Persoalan menghormati orang yang lebih tua.
Fuad menghormati Pak Ismail dan Mak Salmah serta tidak pernah meninggikan suaranya
ketika berbicara dengan mereka.

3. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan perwatakan watak utama dalam novel
tersebut.

MELUNAS RINDU : WATAK UTAMA FUAD / ABDUL HALIM / JOSHUA

a. Fuad seorang yang baik hati.
o Fuad memberikan hasil tanaman iaitu jagung kepada guru-guru di sekolahnya dan Farhana.
o Fuad membelikan hadiah seperti pakaian kepada keluarga angkatnya, Peter Lim.
o Fuad memberikan hadiah dan membelanja Farhana keluar makan sempena ulang tahun
kelahiran Farhana.

b. Fuad seorang yang penyayang.
o Fuad menyayangi Pak Ismail dan Mak Salmah dengan memberikan tanah yang dibeli daripada
Awang Sojar.

o Fuad menyayangi ibunya dan mencari kubur ibunya dan saudara mara sebelah ibunya.

c. Fuad seorang yang alim / taat dan patuh kepada ajaran agama.
o Fuad sering mengerjakan solat di Danau Seberang dan belajar mengaji dengan Pak Ismail.
o Fuad rajin ke surau untuk bersolat berjemaah.

d. Fuad seorang yang tabah / gigih dan cekal.
o Fuad gigih mendidik murid-murid di SM Seri Setia. Dia berusaha mencari kaedah pengajaran
yang sesuai kepada murid-muridnya.
o Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau, Raub, Pahang
untuk mengesan lokasi kubur arwah ibunya.

e. Fuad rajin dan suka berbudi pada tanah.
o Fuad membantu membuat kerja-kerja harian di rumah Pak Ismail dan Mak Salmah seperti
mencari kayu api di hutan berhampiran serta mengusahakan tanaman jagung di tanah yang
dibelinya daripada Awang Sojar.

f. Fuad seorang yang mengenang budi .
o Fuad menziarahi apak dan mamanya yang telah membesarkannya untuk bertanyakan khabar.
o Fuad membiayai persekolahan adik-adik saudaranya.

g. Fuad seorang yang bijak.
o Kaedah yang digunakan oleh Fuad dapat membantu Panitia Bahasa Inggeris menangani
masalah penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid di SM Seri Setia.

h. Fuad ikhlas / suka membantu orang lain.
o Fuad membantu Borhan menghantar anaknya yang demam panas untuk mendapatkan rawatan
di Kuala Terengganu walaupun hari sudah lewat malam.

i. Fuad seorang yang kemas dan bergaya.
o Fuad memakai pakaian dan jam tangan berjenama seperti John Master, Alain Delon dan Rolex
di sekolah.

j. Fuad seorang yang pemurah.
o Fuad menanggung perbelanjaan perkahwinan Borhan dan Masnah.
o Fuad membelikan motosikal untuk Pak Ismail agar dia mudah pergi kenduri dan ke surau.
o Fuad membelikan sebidang tanah dan menamakan Pak ismail sebagai pemiliknya.

k. Fuad bersikap setiakawan
o Fuad sentiasa membantu Farhana melakukan pelbagai aktiviti sekolah demi meningkatkan
pencapaian murid di sekolah.

l. Fuad seorang prihatin.
o Fuad membelikan nasi bungkus untuk Farhana semasa Farhana menjaga ibunya di hospital.

m. Fuad seorang yang bertanggungjawab.
o Fuad bertanggungjawab dalam memastikan anak muridnya berjaya dalam mata pelajaran
bahasa Inggeris


Contoh Jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Watak utama dalam novel Melunas Rindu ialah Joshua, Abdul Halim atau Fuad.

Perwatakan watak utama dalam novel tersebut ialah Fuad seorang yang murah hati.
Buktinya, Fuad memberikan hasil tanaman yang diusahanya, iaitu jagung kepada rakan-rakan guru
termasuk Farhana. Fuad juga memberikan hadiah dan membelanjakan Farhana keluar makan sempena
ulang tahun kelahiran Farhana.

Selain itu, Fuad seorang yang seorang penyayang. Misalnya, Fuad sayang akan Pak Ismail
dan Mak Salmah dengan menamakan Pak Ismail sebagai pemilik tanah yang dibeli daripada Awang
Sojar. Fuad juga seorang yang penyayang terhadap ibu kandungnya sehingga sanggup mencari kubur
ibunya dan saudara mara sebelah ibunya.

Seterusnya, Fuad seorang yang taat akan suruhan dan perintah agama. Sebagai contoh,
Fuad sering mengerjakan solat di Danau Seberang dan belajar mengaji Al-Quran dengan Pak ismail .
Fuad juga rajin ke surau untuk bersolat berjemaah.

Selain itu, Fuad juga seorang yang bertanggungjawab. Sebagai contoh, Fuad
bertanggungjawab dalam memastikan anak muridnya berjaya dalam mata pelajaran bahasa Inggeris


3. Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang
telah anda pelajari, huraikan perwatakan satu daripada watak sampingan tersebut.
[ 7 markah ]
Contoh jawapan:

Novel yang yang telah saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Melunas Rindu karya Hartini
Hamzah. Terdapat beberapa watak sampingan dalam novel Melunas Rindu yang berperanan
membantu menghidupkan lagi sesebuah novel yang ditulis oleh pengarang. Watak sampingan yang
saya pilih ialah Farhana.

Perwatakan Farhana dalam novel Melunas Rindu ialah Farhana seorang yang dedikasi serta
komited dengan tugasnya sebagai seorang guru. Buktinya, Farhana dengan kerjasama Fuad,
berusaha meningkatkan pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah
Menengah Seri Setia.

Selain itu, Farhana seorang yang bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.
Misalnya, Farhana segera pulang ke Kuantan untuk menziarahi dan menjaga ibunya yang sakit lelah
dan dimasukkan ke Hospitan Ampuan Afzan, Kuantan.

Seterusnya, Farhana seorang berani serta berpendirian tegas. Sebagai contoh, walaupun dia
perempuan, Farhana berani berhadapan serta berhujah dengan Cikgu Zamani yang selalu ponteng kelas
dan suka mengkritiknya.