You are on page 1of 25

Sekolah Bina Insan

MEMAKNAI ILMU, MEMBINA INSAN, MENCONTOH ADAB
II 1
II 1
3
7
9
10
11
12
13
14
14
19
20
21
22
23
24
MUADDIB SEKOLAH BINA INSAN
2 3
1.0 SEKOLAH BINA INSAN SELAYANG PANDANG
1.1 Sistem pendidikan pada masa kini cenderung memberi penekanan
terhadap aspek kecekapan dan kemahiran profesional dengan meletakkan
elemen agama sebagai kosmetik. Tradisi barat yang menjadi asas kepada
pendidikan sekular telah mendarah daging dan menjadi sebahagian
daripada kita, atas dasar pertimbangan bahawa arus perdana, modernisasi,
kegemilangan, pengiktirafan dan kecemerlangan ilmu datangnya dari barat.
Telah berdekad lamanya, bahkan semenjak Persidangan Pendidikan
Islam di Mekah, tahun 1977, umat Islam telah mengakui dan menyedari
bahawa sistem pendidikan di dunia Islam telah banyak dipengaruhi oleh
sistem pendidikan barat yang memisahkan antara tradisi ilmu Islam dan
ilmu moden dan dianggap telah menyimpang dari dasar atau kaedah pendi-
dikan Islam yang sebenar.
Justeru hari ini, pendidikan yang bersifat dualisme telah mewujudkan
masyarakat yang lebih mengutamakan kepentingan kebendaan berbanding
proses mentarbiyyah hati dan memberi adab pada diri, keluarga
dan masyarakat. Tambahan pula, pelbagai masalah sosial yang berlaku
terhadap semua lapisan masyarakat menunjukkan terdapat beberapa
kepincangan dalam sistem pendidikan pada hari ini.
ECWV- Eurocentric
Worldview
2 3
1.2 Pendidikan yang sebenar harus melalui proses berteraskan tawhid bagi
pembentukan insan beriman, beradab dan memiliki sahsiah yang baik
berdasarkan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah, namun tidak
meminggirkan ilmu-ilmu duniawi yang lain. Lanskap pendidikan hari ini
perlu menepati matlamat pendidikan Islam dan memberikan Tasawwur
Islam yang sebenar serta tidak bersumberkan kepada pandangan yang
eurocentric.
HAKIKAT PENDIDIKAN MASA KINI
4 5
Hakikatnya pendidikan sebenar wajib meletakkan teras keagamaan sebagai
paksi. Matlamat pendidikan dalam Islam yang sebenar adalah untuk
membina insan Bani Adam yang menyedari dan merasai kewujudan dan
kebesaran Allah SWT serta menyerahkan seluruh hidupnya hanya untuk
Allah SWT. Insan ini menjunjung ihsan yang akan mampu berperanan
sebagai khalifah dalam mengurus alam tanpa ada sekelumit rasa untuk
menyeleweng dari tanggungjawabnya sebagai hamba Allah SWT.
Oleh itu, pembinaan adab dan sahsiah pelajar menjadi teras dan merupakan
elemen terpenting untuk dibangunkan dalam sistem pendidikan kini
sebelum menggarap ilmu-ilmu lain.
1.3 Pendidikan dalam Islam bermula sejak dari alam rahim sehingga ke akhir
hayat. Melalui ungkapan masyhur: “Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke
liang lahad” membuktikan perkara ini memerlukan kepada satu sistem
pendidikan yang berterusan dari peringkat pra sekolah sehingga ke
pengajian tinggi.
Pihak MAIS sebagai pentadbir utama agama Islam negeri Selangor, pihak
JAIS sebagai pelaksana dasar-dasar MAIS dan KUIS sebagai institusi
pengajian tinggi Islam terpanggil untuk memikul amanah besar untuk
mengubah lanskap pendidikan Islam untuk menjadikannya sebagai arus
perdana pendidikan negara dari peringkat pendidikan primer sehingga ke
peringkat tertiari.
4 5
Atas dasar kesedaran, KUIS telah memulakan langkah awal dalam jihad
pendidikan melalui pelan dan agenda ‘Transformation of KUIS’ (ToK)
serta penubuhan Sekolah Bina Insan (SBI) di KUIS. Penubuhan Sekolah
Bina Insan menjadi wadah untuk mengembalikan kegemilangan syiar Islam
dalam mendidik khalifah yang bermatlamatkan keredhaan Allah SWT dan
kebahagiaan akhirat sebagai tujuan kehidupan sebenar.
Sekolah Bina Insan telah memperolehi Perakuan Pendafaran Sekolah
Agama Islam berstatus sebagai Sekolah Menengah Islam Persendirian pada
19 September 2012 sehingga 1 Mei 2017.
Mengambil iktibar dari sejarah Rasulullah SAW, SBI mengembangkan 3
unsur wajib pendidikan iaitu Iman, Islam dan Ihsan yang menekankan
pendidikan Rasulullah SAW di Mekah (13 tahun) dan Madinah (10 tahun).
Benih pemahaman keEsaan Allah SWT ditanam, disemai dan dibaja
sepenuhnya, sehingga ke arah menghidup dan melengkapkan syiar, konsep
dan falsafah peradaban seorang insan. SBI memberi penekanan kepada
‘anyaman dalaman dan luaran insan pelajar menerusi keupayaan akademik
dan sahsiah’, berlandaskan teras tauhid dan tazkiyyah diri.
6 7
DASAR TA’DIB SBI
1.4 Kelangsungan pendidikan peringkat tinggi KUIS (Asasi dan Sarjana Muda)
digarap untuk mencapai objektif pembentukan insan berakhlaq mulia dan
beradab, seawal keperluan penting proses pembentukan insan pelajar
menerusi pengisian pendidikan di peringkat pendidikan bina insan
(Sekolah Bina Insan). Formula Ta’dib ‘5+1+4’ pembentukan insan ta’dibi
iaitu 5 tahun di Sekolah Bina Insan, setahun di Pusat Asasi, KUIS dan 4
tahun pengajian Sarjana Muda di KUIS merupakan landasan utama insan
ta’dibi.
2.0 PELAN INDUK PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SELANGOR
(PIPINS)


6 7
3.0 CARTA ORGANISASI JEMAAH PENGURUSAN SEKOLAH BINA
INSAN
8 9
4.0 CARTA ORGANISASI SEKOLAH BINA INSAN
8 9
5.0 KONSEP PEMILIHAN NAMA SEKOLAH BINA INSAN
‘Sekolah Bina Insan’ dipilih sebagai nama sekolah adalah berdasarkan
kepada penggunaan meluas konsep dan terma perkataan tersebut dalam
bidang pendidikan serta pembangunan negara sejak satu dekad yang lalu.
Perkataan ‘bina’ berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu bina’un ( )
atau bun-yanun ( ) yang merujuk kepada sesuatu yang fzikal seperti
bangunan dan bukan fzikal seperti dalam lembaga atau organisasi atau
konsep dalaman dengan merujuk kepada frman Allah S.W.T:
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk
membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka
sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
As-Saf (61): 4
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT membuat perumpamaan
orang-orang yang berjihad pada jalanNya seperti binaan yang kukuh.
Seharusnya untuk menjadi binaan yang kukuh memerlukan asas binaan
yang kuat di mana ia bermula dari peringkat akar umbi. Justeru itu,
penggunaan ‘bina’ adalah merujuk kepada menjadikan sesuatu bermula dari
peringkat asas agar hasilnya akan menjadi kuat. Nailul Murad Mohd Nor
dan Hanapi Md Noor (2002) menyatakan bahawa ayat al-Saf berikut boleh
ditafsirkan sebagai satu istilah yang merujuk kepada penyuburan dan
pemurnian. Sabda Rasullullah SAW:
Maksudnya :
Daripada Ibn Umar r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
dibina Islam itu atas lima perkara; Penyaksian tiada tuhan yang disembah
melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah dan mendirikan solat dan
mengeluarkan zakat dan menunaikan haji dan puasa di bulan Ramadhan.
10 11
Berdasarkan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang masyhur ini men
jelas bahawa Rasulullah SAW menggunakan perkataan ‘bunia’ (di bina)
kepada perkara asas dalam Islam iaitu Rukun Islam. Ia merangkumi dari
bermula keyakinan dan kepercayaan kepada Allah SWT sehingga amalan
fardhu yang merealisasikan penghambaan insan kepada Allah SWT. Inilah
syarat untuk kejayaan di dunia dan di akhirat.
Manakala Kamus Dewan (1998:187) mendefnisikan perkataan ‘membina’
sebagai usaha mewujudkan atau membentuk sesuatu, memajukan dan
meninggikan mutu dan taraf serta memperkukuh kedudukan sesuatu yang
mendatangkan kebaikan.
6.0 FALSAFAH SEKOLAH BINA INSAN
‘Pendidikan adalah satu usaha berterusan berdasarkan Al-Quran dan
As-Sunnah bagi membina insan yang seimbang dan harmonis dari segi qalbu,
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Usaha ini adalah bagi melahirkan
khalifah yang berakhlaq mulia, berilmu pengetahuan, berkemahiran,
bertanggungjawab, amanah, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara bagi mencapai keredhaan
Allah SWT serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.’
10 11
7.0 OBJEKTIF SEKOLAH BINA INSAN
i. Menyediakan sistem Pendidikan Islam yang berpaksikan al-Quran dan
al-Sunnah.
ii. Menjadikan masjid sebagai nukleus pendidikan dasar ta`dib.
iii. Menyediakan satu sistem menyeluruh bermula dari pendidikan awal kanak-
kanak, asas, primer, bina insan, tertiari dan sepanjang hayat.

iv. Membentuk sistem pendidikan yang berteraskan tawhid.
v. Membina insan ta`dibi.
vi. Membentuk konsep kesatuan ilmu ke arah pembentukan insan kafah.
vii. Meneruskan pewarisan ilmu bersanad talaqqi.
viii. Mengimarahkan marhalah pendidikan Rasulullah SAW.
ix. Membentuk guru `Muaddib` sebagai pelentur yang terunggul.
x. Membangunkan 3 komponen utama Dasar Ta`dib iaitu Al-Qudwah
Al-Hasanah, Al-Mas`uliyyah dan Al-Bi`ah Al-Solehah.
xi. Membangunkan sistem pendidikan bersifat 24 jam (7 hari seminggu).
12 13
8.0 NICHE SEKOLAH BINA INSAN
Niche SBI meletakkan insan yang terdidik adalah insan beradab yang
merangkumi perkara berikut:
a. Sistem pendidikan berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
b. Haruman me’wangi’kan Sistem Pendidikan Islam di negeri Selangor.
c. Pembinaan insan ta’dibi.
d. Sistem pendidikan berteraskan Tasawwur Islam sebenar.
e. Kesinambungan kurikulum berasaskan ‘menta’dibkan insan’ daripada
pendidikan awal.
9.0 KURIKULUM SEKOLAH BINA INSAN
Pemilihan dan penggubalan struktur kurikulum Sekolah Bina Insan adalah
berdasarkan kepada falsafah yang telah direkabentuk dengan
mempertimbangkan model-model kurikulum yang dieklektikkan dari
pakar-pakar terkenal dalam pendidikan Islam seperti Ibnu Sina, Al Ghazali
serta Ibnu Khaldun.
12 13
Struktur kurikulum yang dibangunkan dari pelbagai rangka atau model
kurikulum ini adalah bagi memastikan pakej kurikulum yang diaplikasikan
dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai keperluan dan
matlamat pendidikan sekolah dengan memperkasakan pendekatan pelbagai
dalam pengajaran dan pembelajaran yang tidak tertakluk hanya di dalam
bilik darjah yang konvensional tetapi berkisar dalam kondisi biah solehah
yang kondusif dan masjid sebagai qalbu pendidikan.
Pakej kurikulum bagi sekolah ini dibangunkan dengan pertimbangan
kepada domain-domain penting dalam proses pembelajaran seperti ruh,
akal dan jasmani dan akhlaq yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Ia
digabungjalinkan dalam bentuk subjek-subjek dan aktiviti-aktiviti di dalam
dan di luar kelas melalui konsep pembelajaran Islami 24 jam yang bersifat
berkesinambungan bagi ketiga-tiga peringkat prasekolah, sekolah dasar dan
menengah. Kurikulum keseluruhan Sekolah Bina Insan berpaksikan
Formula Ta’dib dan Sistem Penilaian Ta’dib yang bermatlamatkan untuk
pembentukan insan ta’dibi Sekolah Bina Insan.
Teras pendidikan (core curriculum) bukan tertumpu kepada
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah sahaja, bahkan konsep
Al-Qudwah
Al-
Mulahazah
wa Al-
Mutaba’ah
Al-Nasihah
Ath-Thawab
wa al-Iqab
Al-I’tiyad
14 15
pendidikan dalam biah solehah diutamakan melalui aktiviti-aktiviti
berkonsepkan penghayatan ilmu, iman dan amal. Masjid asas
kecemerlangan rohani & jasmani pelajar. Segala aktiviti seharian pelajar
berpaksikan kepada masjid sebagai pusat pengajaran & pembelajaran dan
merupakan qalbu pendidikan Sekolah Bina Insan.
10.0 STRUKTUR KURIKULUM & KO KURIKULUM


















-








Tarannum
14 15














16 17

































Bahasa
Mandarin
16 17








Struktur Kokurikulum Berfalsafah Sekolah Bina Insan
• Bahasa utama yang akan digunakan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan
Bahasa Inggeris
• 6 bulan pertama murid diajar al-Quran, fardhu ain, kemahiran belajar, adab,
asas Bahasa Arab dan asas Bahasa Inggeris.
Selain daripada menawarkan kurikulum KBSM, KSSM, JAIS, Sekolah
Bina Insan menawarkan subjek ’niche’ SBI dan menggunakan sistem
penilaian yang ditetapkan SBI. Subjek ‘niche’ SBI adalah Sirah, Tarannum,
Akhlaq, Tajwid, Peta Ilmu (Map of the Knowledge), Al-Mantiq, Al-Maqasid
Al-Syar’iyyah, Ta’lim al-Muta’allim dan Bahasa Mandarin.
11.0 SISTEM PENILAIAN SEKOLAH BINA INSAN
Penilaian Sekolah Bina Insan (PSBI) mengambil kira dari sudut, adab dan
akhlaq, akademik, kepimpinan, sumbangan dan kemahiran murid. Penilaian
ini dinamakan Sistem Penilaian Ta’dib (SPT).
Tidak seperti sistem pendidikan arus perdana masa kini yang hanya menilai
Sukan/ Rekreasi
Khidmat Ummah
18 19
pelajar berdasarkan kepada pencapaian akademik semata-mata, pelajar-
pelajar SBI akan dinilai secara menyeluruh yang merangkumi:
a. Sistem Penilaian Ta’dib (SPT)*
b. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
c. Sijil Peperiksaan Malaysia
d. Penilaian Antarabangsa
12.0 PELUNJURAN PELAJAR

Berikut adalah pelunjuran pelajar SBI di KUIS:
(a) Mulai Januari 2012 pihak KUIS telahpun memulakan pengambilan
pelajar bagi Pra Asasi II (bersamaan Tingkatan 5) dan setakat ini
seramai 48 pelajar telahpun memulakan pembelajaran di KUIS. Pada 1
Mac 2012, pengambilan pelajar bagi Pra Asasi I (bersamaan Tingkatan 4)
seramai 37 pelajar telah mendafar untuk kursus ini menjadikan jumlah
pelajar SBI seramai 85 orang.
Pada tahun 2013 Sekolah Bina Insan (SBI) memulakan sesi
persekolahan dengan pengambilan pelajar tingkatan 1. Unjuran
pengambilan pelajar adalah seramai 830 orang dengan nisbah 550 orang
untuk pelajar tingkatan satu dan 140 orang, masing-masing untuk pelajar
tingkatan 4 dan 5.











18 19
13.0 LOKASI SEKOLAH BINA INSAN
Sekolah Bina Insan terletak dalam kawasan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
20 21
14.0 SYARAT PENGAMBILAN PELAJAR





















































-






















Lulus PMR, sekurang-kurangnya C bagi
matapelajaran Sains, Matematik dan
Bahasa Inggeris
20 21
15.0 MUADDIB SEKOLAH BINA INSAN
a. 46 orang guru-guru Sekolah Bina Insan.
b. 30 orang guru-guru tasmi’ al-Quran.
c. 6 orang warden asrama.
d. Seorang penyelia asrama.
16.0 HARAPAN
Tidak berpada dengan keindahan yang ada pada nama ‘Sekolah Bina Insan’,
SBI diharapkan mampu mengorak langkah memulakan pecutan
menyambut seruan hijrah menerusi ta’dib pendidikan. SBI diasaskan untuk
memenuhi syarat pendidikan negara melalui asas pendidikan KBSM juga
mempunyai niche KUIS yang memberi pendidikan formal, informal dan
non-formal. Niche ini juga diharapkan akan menapak dan mendasari sistem
pendidikan kebangsaan dan pendidikan Islam. Untuk itu gabung jalin dan
sulaman doa, kesabaran, keimanan, sokongan, semangat gigih serta
kerjasama ikhlas daripada semua pihak perlu dipasak dalam diri semua
warga SBI. Seterusnya SBI diyakini mampu membina insan SBI sebagai
insan ta’dibi khususnya dan SBI sebagai contoh dan qudwah pendidikan
Islam terbaik menerusi Formula Ta’dib 10 Tahun umumnya.
22 23
Berikut disertakan senaraikan nama, nombor telefon sambungan dan
alamat e-mel Pengurusan Sekolah Bina Insan sebagai rujukan dan sebarang
pertanyaan berkaitan SBI.
USTAZ IMRAN KAMAL BASAH
Pengerusi
Jemaah Pengurusan Sekolah Bina Insan
03-89254251 sambungan 1204
imrankamal@kuis.edu.my
PUAN KHAIRUNNISA ISMAIL
Pengarah
03-89117279 sambungan 3403
khairunnisa@kuis.edu.my
PUAN SUZIANA HANINI SULAIMAN
Timbalan Pengarah Kurikulum
03-89117279 sambungan 3404
suziana@kuis.edu.my
USTAZ MAHMUD LUTFI ABDUL HADI
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar
03-89117279 sambungan 3373
mahmudlutf@kuis.edu.my
ENCIK SHAHARIZAL HASSAN
Timbalan Pengarah Ko Korikulum
03-89117279 sambungan 3374
shaharizal@kuis.edu.my
MOHD. RIJAL JAMALUDDIN
Penolong Pegawai
03-89117279 sambungan 3205
mohdrijal@kuis.edu.my
22 23