You are on page 1of 26

Disediakan oleh Mohd Faidz Hj Ibrahim ( Moderator Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang

Selama )

SAMBUTAN HARI KO KURIKULUM 2009 PERINGKAT SK KG BOYAN

Tarikh : 07hb Nov 2009

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan Terbuka SK Kg Boyan

Aktiviti :

SK Kg Boyan telah mengadakan sambutan hari Ko Kurikulum 2009 peringkat sekolah yang berlangsung
di dewan terbuka sekolah. Terdapat berbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah pertandingan kawad
kaki, pertandingan memasak, mencari harta karun, sukaneka dan permainan. Kelas PPKI telah
mengambil bahagian dalam pertandingan memasak, pertandingan permainan dalam dan sukaneka yang
mana dipimpin oleh penyelaras dan guru – guru PPKI. Dalam acara pertandingan memasak, Kelas PPKI
telah mendapat Johan manakala acara permainan dalam (Permainan Congkak) telah dapat tempat
kedua.
Kemuncak sambutan Hari Ko Kurikulum SK Kg Boyan, Kelas PPKI telah mempersembahkan lagu
Gemuruh dendangan penyanyi Faizal Tahir dengan penuh bertenaga dan bersemangat.