You are on page 1of 16

Cybernetics International

College of Technology

Assignment TKM2206
Asas Rangkaian Komputer
Tugasan
Jenis-Jenis Rangkaian

Nama Ahli : Mohd Izzat Ekhwan B.


Japlin (08060321)
Ahmad Syufiyan B. Mokhtar
(08030024)
Muhammad Syafiq Hamdi B.
Anuar
(08060325)
NOOR AIN BT ABU SHUKOR
(08070256)

Program: Dcit (C3)


Pensyarah: En. Azhar (j)
Isi Kandungan.
Tajuk
Isi kandungan
Penghargaan
Pengenalan
Rangkaian Pensuisan Bingkasan
Rangkaian Pensuisan Litar
Rangkaian ATM
Rangkaian Telefon Bersuis Awam
Public Network Data(PDN)
Kesimpulan

Penghargaan.

Terutama sekali Kami ingin mengucapkan syukur


Alhamdulilah kerana kami diberi kebenaran melakukan
assignment jenis- jenis rangkaian ini. Kami ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada En.
Azhar yang menjadi tulang belakang dalam melakukan
assignment ini dan dalam subjek TKM2206 yang kami ambil
ini pada semestar ini. Selain itu kami ingin berterima kasih
yang tidak mampu kami balas kepada ibubapa kami iaitu
yang sentiasa menyokong kami dari belakang . Selain itu
tidak lupa pada rakan-rakan sepejuangan di dalam program
DCIT(C3) tahun 2009 yang banyak memberi infomasi untuk
membuat tugasan ini. Serta kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam tugasan ini.
Bak kata perpatah ada ubi ada batas,lain hari kami
Sekempulan cuba balas......

Pendahuluan.

Maksud rangkaian komputer adalah satu sistem komputer


yang mengandungi beberapa komputer autonomi yang
disambungkan di antara satu sam lain. Dengan rangkaian
komputer kita boleh mencapai perisian dan pangkalan data
sama ada dari dalam organisasi yang sama, dari organisasi
lain atau sumber awam. Contoh- contoh rangkaian ialah
Rangkaian telefon bersuis awam, Rangkaian telefon bersuis
litar, Rangkain ATM, Rangkain X.25 serta banyak lagi
rangkaian yang ada. Selalunya rangkain- rangkain awam
digunakan untuk persendirian dan digunakan oleh organisasi
yang besar bagi mewujudkan satu rangkaian
‘enterprisewide’ khas untuk kegunaan mereka
sahaja.Rangkain awan atau sendirian akan menghubungkan
peranti –peranti DTE-Data Terminal Equipment . kebaikan
rangkaian komputer ialah mengurangkan kos dengan
membolehkan perkongsian perkakasan.Selain itu
berkebolehan yang tinggi dengan pembekalan dari sumber
yang lebih banyak.

1.0.Rangkain Pensuisan Bingkisan.

» Rangkaian pensuisan bingkisan ini, adalah satu sambungan yang esklusif tidak
perlu diwujudkan terlebih dahulu.
» Setiap Bahantara yang hendak dihantar melalui rangkaian ini akan dipecahkan
kepada bingkisan-bingkisan yang kecil oleh penghantar dan bingkisan- bingkisan ini
akan ditranmisi melalui rangkaian pada kadar dan laluan yang berlainan. Maksudnya
rangkaian ini akan menghantar sedikit- sedikit bahantara yang hendak penguna
sampaikan kepada penerima.

» Apabila bingkisan ini sampai ke penerima, bahantara akan disambung semula


menjadi satu kembali.

» Rangkaian ini menyediakan tatcara untuk mengawal ralat dan aliran (error and
flow control).

1.1.Kelebihan Rangkaian pensuisan bingkisan.

» Antara kelebihan mengunakan rangkaian pensuisan


bingkisan ini ialah seperti berikut-
1. Kecekapan talian adalah tinggi – Pautan nod kepada nod dapat dikongsi
oleh banyak bingkisan dalam satu jangkamasa.

2. Bertindak sebagai penukar kadar data – dua stesen yang mempunyai dua
kadar data yang berbeza boleh bertukar bingkisan.

3. Bingkisan sentiasa dapat menghantar walaupun beban trafik di dalam


rangkaian tinggi tapi mungkin Cuma berkemungkian lewat sampai ke
penerima.

4. Keutamaan boleh digunakan dimana bagi nod yang mempunyai bilangan


bingkisan yang banyak boleh diberikan keutamaan yang tinggi bagi
melakukan transmisi terlebih dahulu.

1.2.Teknik Pensuisan (Switching Technique).

 Didalam rangkain pensuisan bingkisan terdapat dua pendekatan yang


disediakan bagi mengendalikan bingkisan- bingkisan iaitu:
» Datagrams
» Litar Maya (virtual circuit)
 Didalam pendekatan ‘datagrams’, setiap bingkisan dilayan secara
berasingan di mana bingkisan –bingkisan akan ditransmisi secara
berasingan melalui laluan yang berlainan.

 Didalam pendekatan litar maya pula satu laluan dirancang terlebih


dahulu dan diwujudkan sebelum bingkisan dapat ditransmisi dan
setiap nod mempunyai lebih daripada satu laluan.

1.3. Saiz Bingkisan.

Oleh kerana rangkaian ini menggunakan bingkisan dalam proses


transmisi, maka saiz bingkisan merupakan satu isu yang penting kerana
ianya berkaitan dengan masa yang diambil untuk proses transmisi data.
Jadi ,saiz bingkisan yang sesuai perlu dipastikan kerana semakin kecil
saiz bingkisan semakin tinggi kelewatannya.

1.4.Penghalaan.

 Penghalaan juga merupakan aspek penting didalam mereka bentuk


Rangkaian Pensuisan Litar.
 Terdapat beberapa strategi penghalaan yang digunakan didalam memilih
laluan bagi mendapat prestasi yang terbaik.
 Strategi penghalaan yang biasa digunakan adalah:

1. Penghalaan Tetap (Fixed Routing).-contoh Strategi Penghalaan


Tetap.
2. Limpahan (Flooding)-contoh Strategi Penghalaan Limpahan.
3. Penghalaan Rawak (Random Routing).
4. Penghalaan Mudah Suai (Adaptive Routing).

1.5.Kawalan Kesesakan (Congestion Control).


 Kawalan ini diwujudkan bagi memastikan bilangan bingkisan di dalam
rangkaian dibawah paras yang boleh mengurangkan prestasi rangkaian.

 Kawalan trafik didalam Rangkaian Bingkisan adalah kompleks kerana


ianya melibatkan teori giliran (queue) dan terdapat beberapa kaedah yang
telah dicadangkan.

 Setiap nod mempunyai giliran, jika kadar ketibaan bingkisan melebihi


kadar transmisi bingkisan maka giliran akan bertambah dan akan
menyebabkan lengah(delay), begitu juga bila ketibaan bingkisan kurang
dari kadar transmisi.

Rangkaian Pensuisan Litar


• Di dalam rangkaian ini, satu sambungan yang esklusif
di antara dua nod yang ingin berkomunikasi mesti
diwujudkan terlebih dahulu dan sambungan ini tidak
boleh digunakan oleh nod lain semasa nod-nod
tersebut berkomunikasi.

• Oleh yang demikian, kadar data yang tetap dapat


disediakan kepada kedua-dua nod yang
berkomunikasi.

• Bagi mewujudkan sambungan esklusif ini, satu


jangkamasa diperlukan.

• Komunikasi melalui rangkaian ini melibat tiga fasa:

1. Pengujudan litar –Sebelum isyarat atau data boleh


ditransmisi, satu sambungan atau laluan dari nod
penghantar ke nod penerima mesti diwujudkan
terlebih dahulu.

2. Pemindahan data-Apabila sambungan telah wujud


maka data bolehlah ditransmisikan.

3. Pemutusan litar-Selepas beberapa tempoh transmisi


data, maka litar akan diputuskan oleh salah satu
nod atau kedua-duanya.

• Rangkaian ini kadang-kadang tidak cekap kerana keupayaan


saluran tetap diberikan kepada dua nod yang ingin
berkomunikasi walaupun ada ketika di mana tiada data atau
isyarat yang ditransmisikan.

• Di dalam rangkaian ini, apabila satu sambungan ingin


diwujudkan, maka ianya akan melibatkan lebih daripada satu
suis untuk membentukkan satu laluan atau sambungan dan
pemilihan laluan ini dilakukan menggunakan beberapa teknik.
Teknik pemilihan laluan

• Teknik-teknik laluan diwujudkan berdasar kepada kecekapan


iaitu meminimumkan bilangan switch dan berupaya mengatasi
masalah sambungan akibat kilat dan sebagainya.

• Teknik-teknik laluan di dalam Rangkaian Pensuisan Litar adalah:

1. Penghalaan ganti

2. Penghalaan mudah suai

Penghalaan ganti
• Dalam teknik ini, laluan yang berkemungkinan boleh
digunakan antara dua nod ditakrifkan terlebih dahulu di
dalam satu jadual laluan.

• Dengan menggunakan jadual laluan yang telah


ditakrifkan, nod-nod akan cuba berkomunikasi di antara
satu sama lain.

• Jika cuma satu set jujukan laluan pilihan sahaja


ditakrifkan, ini diapanggil sebagai Penghalaan ganti tetap
dan jika terdapat beberapa set jujukan laluan ditakrifkan
maka ia dipanggil sebagai Penghalaan ganti dinamik.

Penghalaan mudah suai


• Dalam teknik ini, laluan ditentukan berdasarkan tindakbalas suis
terhadap bentuk trafik didalam rangkaian.
• Teknik memerlukan beban yang lebih di dalam pengurusan
rangakaian dan teknik ini boleh mengoptimumkan kegunaan
sumber di dalam rangkaian.

Teknik kawalan isyarat


• Selain daripada menentukan dan memilih teknik laluan,
Rangkaian Pensuisan Litar juga perlu mengurus dan
mengawal isyarat.

• Kawalan isyarat bermaksud cara bagaimana rangkaian ini


mewujudkan, mempertahankan dan memutuskan
komunikasi.

• Terdapat beberapa teknik kawalan isyarat iaitu:

1. Dalam saluran

2. Saluran sepunya

Dalam saluran
• Di dalam teknik ini, terdapat dua kaedah iaitu dalam jalur
dan luar jalur.

• Dalam jalur-Transmisi isyarat kawalan di dalam bahagian


frekuensi jalur yang sama dengan isyarat suara.
• Luar jalur-Transmisi isyarat kawalan di dalam talian yang
sama dengan isyarat suara tetapi menggunakan bahagian
frekuensi jalur yang berlainan.

Saluran sepunya
• Di dalam teknik ini pula, isyarat kawalan ditransmisikan
melalui saluran khas dan ianya boleh digunakan oleh
beberapa saluran suara.

Rangkaian ATM

• Rangkaian ini menggunakan teknologi ATM(Asynchronous Transfer


Mode) yang juga dikenali sebagai teknologi Geganti Sel (Cell relay) dan
ia mempunyai konsep yang sama dengan geganti bingkai.
• Teknologi ATM menyokong kadar data yang lebih besar daripada
teknologi geganti bingkai.
• ATM ini dibangunkan sebagai sebahagian daripada rangkaian Jalur Lebar
ISDN (ISDN Broadband network)
• ATM membenarkan beberapa sambungan logical dimultiplekskan ke atas
satu antara muka fizikal diamana setiap maklumat yang bergerak didalam
setiap sambungan logicaltersebut diurus mngikut saiz bingkisan yang tetap
dipanggil sel(cell).
• Piawaian bagi ATM diisukan oleh ITU-T adalah seperti yang ditunjukkan
di dalam gambarajah 34.
• Di dalam ATM,kadar data yang telah ditentukan adalah 155.52 Mbps dan
622.08 Mbps.
• Di dalam model rujukan protocol ATM,terdapat 2 paras yang berkaitan
dengan fungsi ATM:Paras ATM dan Paras Adaptasi ATM (AAL-ATM
Adaptation Layer).
• Paras ATM menghuraikan transmisi data dalam bentuk saiz sel yang tetap
dan juga sambungan logikalnya.
• Paras AAL pula memasukkan maklumat dari paras yang lebih tinggi ke
dalam sel ATM yang akan diangkut atau dihantar melalui rangkai ATM
• Model Rujukan Protokol ATM mewujudkan 3 perancangan yang
berasingan iaitu:
a) Perancangan pengguna (User Plane)-menyediakan maklumat
penghantaran bagi pengguna bersama kawalan (kawalan aliran dan
kawalan ralat).
b) Perancangan Kawalan (Control Plane)-menyediakan fungsi kawalan
panggilan dan kawalan sambungan.
c) Perancangan Pengurusan (Management Plane)-menyediakan fungsi
pengurusan seperti koordinasi antara perancangan,pengurusan paras
bagi parameter protokol.
• Sambungan logical dalam ATM dirujuk sebagai sambungan saluran maya
(VCC-Virtual Channel Connection) yang berfungsi seperti litar maya
didalam X.25 dan sambungan pautan data dalam Geganti Bingkai.
• VCC diwujudkan diaantara dua pengguna akhir dan sel bersaiz tetap akan
bergerak secara dupleks penuh (full dupleks) pada kadar yang berubah-
ubah.
• Sekumpulan VCC pula akan mewujudkan satu VPC (Virtual Path
Connection) dan konsep ini dibangunkan bagi mengurangkan kos kawalan
bagi rangkaian.


Terdapat beberapa kebaikan penggunaan laluan maya(Virtual path) iaitu:-
a) Memudahkan seni bina rangkaian.
b) Meningkatkan prestasi dan kebolehpercayaan rangkaian.
c) Mengurankan masa pemprosesan dan pengujudan sambungan yang
singkat.
d) Menambahkan perkhidmatan rangkaian.
• Paras Adaptasi ATM (AAL) diwujudkan bagi menyokong protocol
transmisi maklumat yang tidak berdasarkan ATM seperti PCM (Pulse
Code Modulation)
• Perkhidmatan yang disediakan AAL adalah seperti:-
a) Mengendalikan ralat transmisi.
b) Segmentasi dan himpunan semula bagi membolehkan blok data yang
lebih besar dibawa dalam sel ATM.
c) Mengendalikan keadaan kehilangan dan tersilap selit sel.
d) Kawalan aliran dan kawalan masa.
• Secara umumnya perkhidmatan AAL dikelaskan kepada 4 seperti yang
ditunjukkan didalam jadual.

• Di dalam ATM, kawalan kesesakan dan trafik adalah penting bagi


mengelakkan ingatan penimbal di dalam suis (switch) ATM daripada
penuh dan ini boleh menghilangkan data.
• Bagi kawalan trafik, ATM menyediakan beberapa fungsi seperti:-

a) Pengurusan sumber rangkaian.


b) Kawalan pemberian sambungan.
c) Kawalan penggunaan parameter
d) Kawalan keutamaan.
e) Pngurusan sumber segera.
• Manakala bagi kawalan kesesakan pula, ATM menyediakan 2 fungsi
iaitu:-
a) Selective Cell Discarding.
b) Explicit Forward Congestion Indication.

Rangkaian Telefon Bersuis Awam

Orang Ramai Berubah Rangkaian Telefon (PSTN) Satu rangkaian


telekomunikasi domestik biasanya didatangi oleh telefon-telefon, sistem-
sistem telefon utama, batang-batang ibu sawat swacawangan, dan susunan-
susunan data. Nota: Penyiapan litar antara pemula panggilan dan penerima
panggilan dalam satu PSTN memerlukan rangkaian isyarat dalam bentuk dail
itu nadi atau multifrekuensi menyegarkan. (Kerana dijelaskan dalam FS-1037-
C). Jika anda tinggal di Amerika Utara, anda miliki mengakses untuk Public
Switched Telephone System (PSTN).
Tempoh PSTN sudah biasa merujuk untuk sistem komunikasi awam
yang menyediakan setempat yang tempatan, lanjutan dan perkhidmatan
telefon jarak sejauh untuk majoriti Amerika Syarikat dan Amerika Utara.
Sistem ini adalah dibuat boleh didapati untuk orang awam melalui sekumpulan
komunikasi-komunikasi biasa pembawa-pembawa seperti syarikat-syarikat
telefon sebagai orang Amerika dan Kanada yang telah bersetuju bagi
pertukaran panggilan-panggilan dan hubungan-hubungan atas bagi pihak
pelanggan-pelanggan mereka diberi mandat oleh undang-undang antarabangsa
dan undang-undang negara di mana urusan perniagaan mereka dan
menyediakan perkhidmatan telefon. Sesiapa yang melanggan untuk
perkhidmatan awam ini mungkin membuat panggilan kepada sesiapa yang telah
membeli mengakses untuk sistem telefon melalui sebarang pembawa lain.

Kesimpulan.

Kesimpulannya terdapat pelbagai jenis rangkaian yang


wujud. Contohnya seperti Rangkaian ATM, Rangkaian
Geganti Bingkai,Rangkaian integrasi analog dan digital serta
pelbagai lagi jenis rangkaian yang ada. Setiap rangkaian
mempunyai kegunaan serta kelebihan tersendiri yang
membantu manusia untuk memudahkan urusan. Pada
kebiasaannya semua rangakain yang wujud di bangunkan
oleh Syarikat telekomunikasi untuk di sewakan kepada
pengguna serta organisasi yang ingin mewujudkan
Rangkain yang luas bagi kemudahan organisasi tersebut.
Dengan rangkaian komputer kita boleh mencapai perisian
dan pangkalan data sama ada dari dalam organisasi yang
sama, dari organisasi lain atau sumber awam.Kebaikan
rangkaian komputer mampu mengurangkan kos dengan
menggunakan rangkaian yang berasaskan mikrokomputer
bagi mengganti kerangka utama terutama pelajar dan
pembangun teknologi terkini yang semakin mencabar.