P. 1
MajalahIM-1

MajalahIM-1

4.86

|Views: 580|Likes:
MajalahIM Jan2008 by cikguiti
MajalahIM Jan2008 by cikguiti

More info:

Published by: Mohd Khairulnizam bin Mohd Salleh on Mar 11, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2014

pdf

text

original

2

MajalahIM’s CREW

Ketua Editor: Adly aka Labanon Editor Bersama: Zhafran aka Kaizen Rekaan Grafik: Zhafran aka Kaizen Nizam aka mysticmind Susun Atur & Layout: Zhafran aka Kaizen Pemasara Jenama: Team FlareBiz

Team FlareBiz Tazilan Irwan Dahnil Osman Affan Zamri Nanyan Syed Ikhwan SmartZul Mdpai Alang Shuth Kak G

Penerbit: FlareBiz Network (KT0236135-D) Pengedaran dan Langganan: www.MajalahIM.com Forum Perbincangan: www.wangcyber.com/forum Komplen dan pertanyaan: support@flarebiz.com

Dari Sidang Editor - 3 Perniagaan Internet & Rakyat Malaysia - 4 Kuasa Minda Adalah Karut - 6 Membina Senarai Nama di Internet - 8 Pengenalan Kepada Google Adsense - 10 Perniagaan Internet & Rayat Malaysia II - 11 Penulisan Artikel Dalam Pemasaran Internet - 13 Nak Bisnes Apa di Internet - 16 Cara Membuat Order Form - 17 Perniagaan Yang Belum Diteroka - 21 Adat Menuntut Ilmu Online - 22

Isi Kandungan

3

Sidang Editorial

EDITORIAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah syukur kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami Team FlareBiz menerbitkan emajalah(ezine) ini untuk membantu ramai lagi pengguna Internet lain untuk mengenali apakah perniagaan Internet. Terima kasih juga diucapkan kepada semua sifu-sifu perniagaan Internet kerana sudi bekerjasama dengan kami untuk menerbitkan ezine ini. Kami tidak mampu untuk menerbitkan ezine ini tanpa bantuan kalian semua. Apa-apapun kami berharap ezine ini mampu diterbitkan setiap bulan tanpa menghadapi sebarang masalah. Ezine ini sudah tentu bukan calang-calang ezine kerana para penulisnya terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang. Sesungguhnya inilah panduan yang lengkap untuk memantapkan ilmu pengetahuan anda tentang perniagaan Internet. Ezine ini merupakan edisi #1 yang semestinya masih tidak lengkap dan begitu banyak kekurang daripada segala segi. Namun Insyallah pada ezine-ezine akan datang kami akan memperbaiki mutunya. Kami pihak Team FlareBiz juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi mendownload ezine ini dan membacanya. Insyallah kepada yang masih buntu dengan perniagaan Internet di harap ezine ini dapat membantu anda. Sekali lagi diharap kerjasama anda semua untuk membantu kami menyebarkan berita tentang ezine ini kepada rakan-rakan anda yang memerlukan. Jika anda rasa ezine ini bagus mungkin anda boleh cadangkan kepada rakan anda untuk mendownload ezine ini kerana ia adalah PERCUMA. Sebagai penutup kami berharap anda sebagai pembaca dapat memberi feedback kepada kami dengan menghantar segala komen atau kritikan ke support@FlareBiz.com. Insyallah kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak anda. Sekian Selamat Membaca Team FlareBiz, http://FlareBiz.com

DARI SIDANG

4

PERNIAGAAN INTERNET
Oleh : Labanon FlareBiz (labanon@flarebiz.com)

D

ewasa ini, bidang perniagaan sudah mendapat perhatian umum. Setelah kejayaan demi kejayaan yang ditempa oleh para usahawan, masyarakat nampaknya sudah berminat untuk menceburi bidang perniagaan. Hal ini jelas membuktikan bahawa masyarakat kita memang minat berniaga namun dek kerana berada dalam keadaan zon selesa keinginan itu kebiasaanya hanya dibiarkan bersarang dalam fikiran tanpa sebarang tindakan. Zon selesa kerana berada di Negara sendiri yang aman damai dan sering menerima subsidi menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan berbanding bangsa dalam bidang perniagaan. Namun syukur kerana hari ini nampaknya sudah ramai rakyat Malaysia sedar tentang hakikat ini. Bagaimana pula penerimaan Perniagaan Internet bagi rakyat Malaysia? Perniagaan Internet masih merupakan perkara baru bagi rakyat Malaysia namun pengguna Internet terus meningkat dan meningkat setiap masa. Hal ini merupakan petanda baik bagi para usahawan Internet dan sewajarnya kita memanfaatkan peluang yang terbentang luas di hadapan mata kita. Dengan modal permulaan yang rendah membuatkan ramai yang ingin menceburi diri dalam bidang perniagaan Internet ini. Namun peratusan yang ditunjukkan 94% usahawan Internet gagal pada tahun pertama bukanlah suatu yang menyenangkan hati bagi yang baru ingin berjinak-jinak dalam perniagaan dalam talian ini.

&

Fokus 1

RAKYAT MALAYSIA

Anda bolehlah membaca ebook, membaca buku mengenai perniagaan Internet, menghadiri seminar, membaca report dan sebagainya dalam proses melengkapkan diri dengan ilmu tentang Perniagaan Internet. Faktor promosi juga memainkan peranan penting dalam menaikkan atau menjatuhkan seseorang usahawan Internet tersebut. Tanpa promosi yang berkesan sudah tentu seseorang usahawan akan gagal. Kegagalan bagi yang pertama kali mencubanya tentulah sesuatu mimpi buruk dan membuatkan seseorang itu trauma untuk menceburi bidang perniagaan lagi. Tidak kiralah sama ada perniagaan di dunia sebenar atau perniagaan dalam talian.

“Namun peratusan yang ditunjukkan 94% usahawan Internet gagal pada tahun pertama...”
Baiklah kini timbul pula persoalan adakah ramai rakyat Malaysia boleh menerima perniagaan Internet? Kini bagi saya masyarakat kita masih memandang sinis dengan perniagaan Internet dek kerana heboh satu ketika dulu dengan pelaburan haram melalui Internet. Ini menyebabkan segelintir masyarakat kita menyamakan perniagaan Internet dengan pelaburan haram. Pengalaman penulis sendiri di mana menjalankan perniagaan Internet. Apabila ditanya oleh rakan-rakan darimana dapat duit dan apabila penulis memberitahu mendapat wang daripada perniagaan Internet. Mereka berpendapat duit tersebut adalah duit haram dan sempat memperli “Takde kerja lain ke nak buat?”. Jelaslah minda segelintir masyarakat kita pada ketika ini masih belum dapat menerima tentang perniagaan Internet. Penulis juga tidak ingat dimana mendapat fakta ini namun berdasarkan fakta ini masih ramai yang

Sewajarnya angka peratusan tersebut janganlah hanya di anggap sebagai angka semata-mata tetapi ambilah iktibar. Peratusan itu menunjukkan ramai yang baru ingin berniaga melalui Internet membuat kesilapan. Sebaik-baiknya kita perlulah persiapkan diri kita dahulu dengan segala ilmu tentang perniagaan Internet sebelum memulakan perniagaan.

5
mempercayai untuk membeli secara online. Kajian yang dibuatkan masih ramai yang tidak percaya untuk membeli melalui Internet kerana takut barang tidak sampai, takut ditipu dan sebagainya. Namun saya cukup berterima kasih dengan Dr. Irfan Khairi kerana membawa imej Jutawan

Fokus 1
Perniagaan Internet yang sebenar sekaligus memberi sekali lagi kepercayaan kepada masyarakat tentang perniagaan Internet. Penulis berharap masyarakat kita akan terus percaya dengan perniagaan melalui talian ini dan jangan risau untuk membuat pembelian online. Salam cemerlang.. jumpa lagi.

6

Motivasi
Oleh: Mohd Zulfadli (www.SmartUsaha.com)

Kuasa Minda Adalah KARUT
Di dalam usaha perniagaan Internet, biasanya akan timbul persoalan “bagaimanakah untuk mendapatkan motivasi?”. Soalan ini biasanya akan dipersoalkan apabila mereka menghadapi masalah atau hilang semangat untuk meneruskan usaha perniagaan. Sebenarnya, persoalan ini pasti akan kurang dipersoalkan jikalau mereka memulakan usaha perniagaan Internet mereka dengan betul dan penuh dengan perancangan. Kebanyakan daripada kita hanya mencari motivasi semata-mata tatkala kita dirundung masalah, mengalami kerugian di dalam perniagaan, ‘diserang’ oleh individu yang tidak dikenali atau hilang arah dan semangat. Apabila masalah itu telah pergi dan selesai, maka kita kembali leka dan apabila didatangi lagi dengan masalah, maka pencarian motivasi kembali dilakukan. Namun, berapa ramaikah di antara kita yang sudah bersiap sedia dari awal agar motivasi terus kekal cemerlang dan tidak mudah kalah kepada ujian dan rintangan yang mendatang? Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan motivasi di peringkat awal ini dan agar ia terus kekal?

Kuasa Minda?

Kita sering mendengar panduan motivasi seperti berfikiran positif, kuasa minda, berani gagal, jangan takut dengan masalah dan lain-lain lagi. Ya, semua ini betul, tetapi adakah hanya itu sahaja teknik motivasi yang perlu dilakukan? Bagi saya, semua ini akan menjadi KARUT, GAGAL dan TIDAK MENJADI jika aspek atau unsur yang lain tidak diambil kira.

Faktor Luaran

Untuk terus bermotivasi di dalam perniagaan Internet, anda perlu mempunyai perancangan, pernyataan matlamat, tindakan yang betul dan pengurusan masa yang baik. Aspek-aspek ini akan memastikan anda terus bermotivasi kerana dengan adanya perancangan, anda akan melakukan usaha perniagaan dengan penuh gembira, bersemangat, teratur, seronok dan lancar. Bayangkan, jika anda tidak merancang dengan baik, sudah semestinya anda tidak tahu untuk melakukan apa yang perlu bukan? Akibatnya, anda akan hilang arah tujuan dan akhirnya anda tidak melakukan kerja yang sepatutnya. Kesannya, anda tidak mendapat hasil yang sepatutnya, perniagaan jatuh merudum dan akhirnya motivasi anda akan hilang begitu sahaja. Jelas, motivasi bukan hanya berkaitan dengan minda atau berfikiran positif sematamata. Ia adalah karut jika anda tidak melakukan persediaan luaran yang lain seperti mana yang dinyatakan di atas. Pendek katanya, motivasi diri bergantung kepada dua sumber iaitu motivasi dalaman (internal motivation)

“Bagi saya, semua ini akan menjadi KARUT, G A G A L dan TIDAK MENJADI jika aspek atau unsur yang lain tidak diambil

7
dan juga motivasi luaran (external motivation) seperti perancangan perniagaan, penetapan matlamat dan pengurusan masa. Sebab itulah jika anda melihat mereka yang tahu bermacam-macam perkara seperti motivasi kuasa minda atau seumpama dengannya tidak berjaya di dalam perniagaan kerana mereka tidak mengutamakan unsur motivasi yang lain tadi.

Motivasi
Mulakan Dengan Betul
Kesimpulannya di sini ialah, pastikan anda memulakan perniagaan Internet dengan BETUL seperti melakukan perancangan perniagaan, ada matlamat, pengurusan masa yang baik dan lain-lain aspek. Dengan gabungan daya fikir yang positif, penggunaan minda yang optimum dan kepercayaan diri yang tinggi, anda akan pasti memiliki kuasa motivasi yang berterusan yang mana ia akan menjadi bahan bakar dan momentum kepada usaha perniagaan anda. Ya, kuasa minda bukan lagi karut jika anda selarikannya bersama dengan tindakan dan perancangan yang tersusun rapi. Minda adalah anugerah Ilahi, tetapi ia tidak lagi berguna jika apa yang ada di dalamnya tidak sama dengan perancangan, sikap dan tindakan anda. Kuasa minda bukanlah kuasa ajaib, tetapi ia adalah satu kelebihan yang ada pada manusia untuk menetapkankan hala tuju diri sama ada untuk berjaya atau tidak. Apabila ia bukan kuasa ajaib, maka sudah pasti ia memerlukan daya gerak yang lain seperti yang dinyatakan di atas. Bayangkan, jika apa yang ada di dalam minda digabungkan dengan sikap dan tindakan yang bagus, apakah

hasilnya? Sudah pasti kejayaan yang melimpah-ruah. Pastikan apa yang ada di dalam minda (fikiran) anda dimanifestasikan dengan tindakan yang betul. Jika unsur dalaman (minda) dan unsur luaran saling bertentangan, maka itulah puncanya anda susah untuk berjaya.

Topik Seterusnya

Pastikan anda mendapatkan majalah IM pada edisi akan datang untuk membaca artikel mengenai satu formula yang akan menentukan sejauh dan selama mana anda akan bertahan di dalam usaha perniagaan Internet. Salam motivasi!

Mohd Zulfadli atau dikenali sebagai SmartZul adalah usahawan Internet sepenuh masa dan juga merupakan seorang penulis blog yang aktif dan prolifik. Anda boleh melawati blog beliau untuk mendapatkan tip dan panduan perniagaan Internet secara percuma di http:// blog.smartusaha.com.

Mengenai Penulis Artikel

Membina

8

Online MLM
Oleh : Zamri Nanyan (www.ZamriNanyan.com)

SENARAI NAMA
Saya pasti anda akan diberikan tugasan untuk membuat senarai nama prospek anda sekiranya anda menceburi sebarang MLM. Saya tahu kerana pada permulaan saya berkecimpung di dalam MLM konvensional, itulah yang diajar kepada saya. Anda akan disuruh menyenaraikan 100 nama rakan dan ahli keluarga terdekat untuk dihubungi bagi mempromosikan perniagaan MLM ini.

di Internet Untuk MLM Anda

Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi

Dan jika anda sudah kehausan prospek, barulah anda memulakan cara lain untuk mencari prospek atau bakal pelanggan. Namun begitu, bagaimanakah anda membuat senarai nama di Internet dan apakah alatan yang diperlukan? Pertama sekali anda perlu tahu bahawa mencari prospek adalah perkara yang paling penting di dalam perniagaan MLM ataupun perniagaan Internet - lebih-lebih lagi sekiranya perniagaan anda lebih kepada menjual produk affiliate/MLM atau produk sendiri. Sekiranya anda dapat mengumpul sebanyak mungkin senarai nama prospek, kebarangkalian untuk anda berjaya adalah tinggi tetapi perlu juga diingatkan bahawa ada banyak pengusaha bisnes di Internet menggunakan cara yang tidak beretika semasa mencari prospek. Sebagai contoh, mengaut nama dan email orang yang “entah dari mana-mana” dengan menggunakan sebuah perisian dan mengahantar email kepada mereka. Inilah yang dinamakan “spam” dan silap haribulan, bisnes anda akan diberhentikan oleh syarikat MLM anda kerana terlalu banyak komplen yang menyatakan anda melakukan pemasaran email tidak beretika. Bagaimanapun, di sini saya ada jawapan kepada pemasaran email yang terbukti efektif dan semestinya beretika.

9

Online MLM

Peralatan pertama dan juga merupakan senjata maut anda di dalam membuat senarai nama dan juga pemasaran MLM anda di Internet ialah “AUTORESPONDER”. Tetapi bukan sekadar autoresponder biasa tetapi autoresponder yang membolehkan anda mengumpul nama dan email prospek, menghantar beberapa email kepada prospek anda secara automatik dan juga membenarkan anda menghantar email pada bila-bila masa kepada semua prospek anda sekali gus. Dengan menggunakan autoresponder, semua pengendalian penghantaran email dan promosi MLM anda akan menjadi lebih teratur dan ada kalanya promosi anda berjalan secara autopilot tanpa memerlukan anda menghubungi prospek anda secara manual. Jadi, tak mustahil sekiranya jika anda menggunakan autoresponder yang baik, anda dapat mendaftar ahli baru ke dalam MLM anda walaupun anda sedang tidur nyenyak di siang hari. :-) Ada kalanya syarikat MLM anda menyediakan perkhidmatan autoresponder kepada anda (sekiranya MLM anda menggunakan Internet) dan apa yang anda perlu lakukan ialah mempromosikan laman web yang membolehkan prospek anda meninggalakan nama dan email mereka untuk dihubungi oleh syarikat MLM anda bagi pihak anda. Di sini sekiranya anda tidak berminat untuk membina sistem mengumpul senarai nama anda sendiri, anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat MLM anda. Apa yang perlu anda buat adalah cuma mempromosikan laman web yang berfungsi untuk mengumpul nama dan email prospek anda dan lakukan promosi tersebut secara besar-besaran. Sekiranya anda seperti saya, anda mungkin ingin membina laman web untuk memulakan senarai nama anda sendiri dan anda bolehlah melanggan perkhidmatan autoresponder di laman web berikut: http://go.aweber.com http://www.GetResponse.com/index/enter Tanya kepada saya sekali lagi “apakah senjata maut di dalam online MLM?” dan saya akan berikan jawapan “autoresponder” pada bila-bila masa.

10

Adsense

Tidak lama dahulu Google (suatu enjin carian terbesar dan tersohor di dunia) telah memperkenalkan / me“released”kan apa yang dikenali sebagai program revolusi iaitu Program Adsense…
Laman web utama adsense : https://www.google.com/adsense/ Lawati program mereka : http://adsense.sitesell.com/adsense1.html#ADSENSE-TOUR

Secara asasnya, ia hanya meletakkan iklan Google Adwords di website-website kamu. Dengan itu, setiap klik ke atas iklan tersebut, kamu akan mendapat credit dari segi duit! (yakni kongsian dari apa yang Google terima dari pengiklan). Iklan AdSense sama seperti iklan Adwords sebagaimana yang kamu lihat di bahagian sebelah kanan di laman Goole Search Results… berbezanya ia di website kamu! Google menggunakan segala kecanggihan, kekayaan empier serta teknologi and juga algorithms mereka untuk menentukan isi kandungan setiap muka surat website kita. Ia kemudian akan menghantar iklan yang bersesuaian dengan website serta pengunjung website kamu. (Sebab itu, selalunya kita lihat iklan yang keluar di PAGE kamu adalah relevant dengan isi kandungan page semasa.) Seperti yang dikatakan oleh Google: “We go beyond simple keyword matching to understand the context and content of web pages. Based on an algorithm that includes such factors as keyword analysis, word frequency, font size, and the overall link structure of the web, we know what a page is about, and can precisely match Google ads to each page.” Dalam erti kata lain, jika kamu mempunyai website mengenai roket sains, tiada iklan yang akan keluar tentang “pengembaran ke Australia!”. Paham apa yang dimaksudkan? Maknanya, iklan AdSense hanya akan keluar iklan yang relevant sahaja.
What is Google AdSense? http://www.google.com/services/adsense_tour/ Google’s overview of the AdSense program is here... https://www.google.com/adsense/overview Is Google Right for Your Site?/Case Studies https://www.google.com/adsense/success

PENGENALAN KEPADA PROGRAM

Google
Adsense
Oleh : Syed Ikhwan (blog.jemput.com)

11

Fokus 2

Perniagaan Internet & Rakyat Malaysia
Kini perniagaan Internet tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Ramai yang sudah mengenali apa itu perniagaan Internet dan sudah ramai juga yang menjalankan proses jual beli melalui Internet. Ini merupakan satu petanda yang cukup baik bagi usahawan Internet Malaysia! Perniagaan Internet ialah sebarang jualan yang dilakukan menggunakan Internet sebagai pengantaraan di antara penjual dan pembeli. Semua perniagaan adalah sama, sama ada perniagaan Internet atau perniagaan di dunia nyata. Samalah seperti perniagaan di dunia nyata iaitu perniagaan Internet memerlukan premis jualan ataupun kedai untuk di letakkan produk-produk yang hendak di jual. Namun di dalam Internet ia tidak di panggil kedai tetapi ia dipanggil laman web. Ya di laman web inilah kita meletakkan produkproduk kita untuk di layari atau ditengok oleh pengguna Internet seluruh dunia tidak kira di mana mereka berada. Setiap masyarakat di seluruh pelusuk dunia boleh melawat laman web kita selagi mempunyai sambungan Internet. Itulah kelebihan perniagaan Internet kita akan mendapat lebih ramai pelanggan dan sudah tentu akan mendapat lebih banyak untung. Ketika masyarakat kita memberi kepercayaan beginilah anda sepatutnya mengambil peluang untuk bergiat dalam perniagaan Internet. Walaupun perniagaan Internet masih baru dalam masyarakat kita namun sudah ramai yang bijak mengambil peluang untuk membuka perniagaan Internet sendiri. Tamsilnya, jika sesorang itu merupakan pemborong kain apa salahnya dia membuka perniagaan Internet sebagai hasil pendapatan sampingan dahulu. Setelah perniagaan Internet yang diusahakan maju barulah kita boleh menumpukan sepenuhnya kepada perniagaan Internet. Bercakap dengan lebih lanjut lagi tentang perniagaan Internet. Adakah anda tahu bahawa produk untuk di niagakan terbahagi kepada dua?

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa produk di dalam perniagaan Internet terbahagi kepada dua. Pertama produk fizikal. Produk ini ialah produk yang dapat dirasa,dilihat dan disentuh oleh deria utama. Contohnya seperti hardware, telefon , sapu tangan ,kaca mata dan banyak lagi. Produk kedua ialah produk digital. Produk digital ialah produk yang tidak dapat dilihat

12
dan didengar tetapi dapat dirasa dan disentuh oleh deria-deria utama kita. Contohnya seperti rakaman audio, buku elektronik , video lagu, gambar dan sebagainya yang dapat dimuat turun ataupun dihantar melalui e-mel pelanggan anda. Kedua-dua produk ini jelas menunjukkan produk digital lebih menguntungkan kerana kos yang di keluarkan untuk membuat produk digital hanya sekali dan selepas itu jika pelanggan mahu anda hanya perlu copy dan hantarkan kepada pelanggan. Untuk memulakan perniagaan Internet adalah amat murah berbanding dengan perniagaan di dunia nyata. Untuk menjalankan perniagaan di dunia nyata, mungkin anda perlu membayar sewa bulanan RM1,000. Sekiranya anda menjalankan perniagaan Internet, “sewa” bulanan adalah cuma RM30* dan anda da

Fokus 2
pat mencapai pelanggan seluruh Malaysia, dan serata dunia! Sebagai penutup untuk artikel kali ini cuba anda lihat statistik di bawah: Jumlah pengguna Internet seluruh Malaysia: 10 juta pengguna. Jumlah pengguna Internet sedunia: 1 bilion pengguna! Dan jumlah tersebut akan terus meningkat dan meningkat. Kesimpulanya ceburilah dalam bidang perniagaan Internet kerana perniagaan melalui talian ini memberikan 1001 kebaikkan kepada kita. Sekian, zhafran@flarebiz.com

13

Pemasaran Internet
Memang tidak dapat dinafikan kepentingan penulisan dalam menjalankan perniagaan dan pemasaran internet. Malah seluruh internet adalah mengenai penulisan, kerana walaupun terdapat medium imej, video dan audio pada internet, penulisan atau teks merupakan medium utama pada internet. Penulisan dalam internet merangkumi teks pada laman web, blog, forum, laman jaringan sosial (social networking sites), direktori artikel dan iklan teks (text ads), email, chat, teks pada link dan berbagai platform lain yang menggunakan teks. Penulisan pada internet tidak hanya terhad pada teks rumi, tapi terdiri dari berbagai bahasa menggunakan bermacam jenis teks seperti tulisan Cina, Russia dan Arab. Salah satu bentuk penulisan yang penting di internet adalah penulisan artikel. Sesebuah artikel bertujuan memberikan maklumat dan penerangan mengenai sesuatu perkara seperti sebuah produk, perkhidmatan atau menyebarkan pengetahuan tentang sesuatu isu sama ada isu am atau peribadi. Penulisan artikel boleh dalam bentuk peribadi - seperti menceritakan pengalaman seseorang, politik – bagi menyeru pembaca mengetahui dan menerima pandangan penulis, akademik – lebih berbentuk fakta mengenai sesuatu bidang, cereka dan fantasi – artikel yang menceritakan sesuatu yang direka seperti sebuah cerpen pendek, ulasan (review) – artikel yang mengulas sesuatu produk atau perkhidmatan ataupun campuran dua atau lebih bentuk artikel yang dinyatakan. Sebelum memulakan penulisan artikel bagi tujuan pemasaran internet, seseorang penulis haruslah fikirkan:

Penulisan Artikel Dalam

Penulisan

Apakah topik atau maklumat yang ingin disampaikan tentukan isi-isi penting dan data yang ingin disampaikan kepada pembaca. Kenalpasti kata kunci bagi isi-isi tersebut.

Siapakah pembaca artikel tersebut adakah pembaca dikalangan golongan remaja atau peminat bolasepak ataupun pemilik kereta Honda …? Siapakah ‘target audience’ anda untuk artikel tersebut?

Apakah tujuan artikel tersebut Adakah ia bagi memperkenalkan sebuah perisian baru dan mengalakkan pembaca membelinya? Atau adakah ia memberi informasi terperinci mengenai sesuatu hobi bagi mengalakkan pembaca membacanya dan akhirnya klik pada iklan yang tertera di lama web tersebut? Atau adakah ia hanya untuk informasi umum sahaja tanpa sebarang nilai komersial?

14
Sebuah artikel yang baik harus ada:

Penulisan

1. Pengenalan pengenalan kepada topik yang ingin disampaikan. Kata kunci pada topik boleh diperkenalkan secara umum. 2. Isi-isi penting bahagian ini boleh merangkumi beberapa perenggan, satu isi setiap perenggan atau dua isi penting setiap perenggan. Sebaik-baiknya isikan kata kunci spesifik berkaitan topik dan isi yang ingin disampaikan pada setiap perenggan. 3. Kesimpulan dan penutup kesimpulan kepada isi-isi yang disampaikan dan kata-kata penutup. Bagi penulisan artikel di internet, sebaik-baiknya artikel ditulis adalah diantara 400 – 600 patah perkataan. Artikel yang terlalu pendek mungkin akan kelihatan tidak lengkap tetapi artikel yang melebihi 1,000 patah perkataan pula mungkin terlalu panjang untuk menarik perhatian pembaca untuk membaca keseluruhan artikel tersebut (terutamanya pada sesebuah blog). Ketika menulis sesebuah artikel untuk dipamerkan ke internet, fikirkanlah tentang gaya dan susunan ayat dan format artikel tersebut pada sesebuah laman web. Sebagai contoh, sebuah blog yang mempunyai ruangan posting yang sempit mungkin memerlukan anda mengubah perenggan anda seperti meletakkan hanya satu atau dua ayat sahaja di dalam satu perenggan. Penulisan artikel pada forum yang mempunyai ruangan yang lebar pula mungkin memerlukan anda mengubah susunan ayat dan ruang antara perkataan supaya kelihatan lebih menarik. Fungsi ‘previu’ (preview) pada blog atau forum adalah penting bagi melihat susunan ayat pada artikel anda sebelum meletakkan ia di internet. Penulisan artikel di internet juga bagi tujuan direktori artikel bagi menambahkan trafik dan ‘back-links’ seperti menulis untuk ezinearticles.com dan sebagainya. Sebelum menghantar artikel anda ke direktori artikel, pastikan anda membaca terma dan syarat yang dikenakan bagi mengelakkan artikel anda ditolak. Berbeza dari menulis artikel untuk majalah atau akhbar, penulisan artikel di internet membolehkan anda menggunakan berbagai warna font, meletakkan link, gambar dan video. Sungguhpun begitu, apa yang anda tambahkan pada artikel anda haruslah berkaitan dengan topik yang ingin disampaikan dan disusun agar tidak menganggu kelancaran pembacaan dan tema blog atau laman web anda. Anda harus menilaikan secara bijak tentang unsur-unsur yang ada pada artikel anda. Jika artikel anda terlalu dipenuhi dengan link affiliate, mungkin pembaca akan merasa bosan dan tidak mahu meneruskan pembacaan mereka. Sebelum anda menghantar artikel anda untuk diletakkan di sesebuah laman web, blog, forum atau direktori artikel, pastikan anda menggunakan ‘spell-check’ dan memastikan ejaan dan tatabahasa yang digunakan adalah betul. Jika anda menggunakan perkataan teknikal, pastikan anda juga menyediakan maksud bagi terma-terma yang anda gunakan. Pastikan juga segala maklumat yang disampaikan adalah tepat dan tidak lapuk (outdated).

15

Penulisan

Penulisan artikel adalah penting bagi tujuan pemasaran internet dan tidak harus dipandang remeh. Jika anda melaksanakan semua perkara yang disebut diatas dan rajin belajar menulis artikel, lama-kelamaan anda juga boleh menulis artikel yang baik.

Kak G (www.InternetMelayu.com)

Ditulis Oleh :

16

Idea Bisnes

Nak Bisnes Apa Di Internet?
Oleh : Tazilan Ibrahim(www.tazilan.com)
Assalamualaikum dan salam sejahtera… Ini pertemuan kita yang pertama dalam Majalah IM ini dan saya amat berterima kasih serta berbesar hati diberi peluang oleh Team Flarebiz untuk berkongsi info, minda dan pendapat dengan anda semua. Di dalam majalah online bulanan ini, saya diberi tugasan untuk mengendalikan ruangan ‘Idea Bisnes’. Saya kira topik ini amat relevan kerana rata-rata masih ramai lagi yang keliru, tak pasti dan samar-samar bagaimana untuk memiliki dan memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Dilema yang sering timbul ialah tidak tahu apakah produk atau perkhidmatan yang ingin dijual! Pemilihan laman-laman web ini nanti bukan sahaja terhad kepada laman web tempatan, bahkan juga akan menampilkan laman-laman web luar negara yang telah mencipta kejayaan mereka yang tersendiri. Pendedahan laman-laman web ini diharapkan agar bukan sahaja memberi manfaat atau sebagai pencetus idea, tetapi boleh juga dijadikan ‘case studies’ bagi merangka perniagaan internet anda nanti.

Saya mengharapkan agar artikel dan laman-laman web yang akan saya paparkan di dalam ruangan ini akan membuka mata kita semua bahawa skop perniagaan internet itu luas dan tidak terhad kepada model tertentu sahaja. Anda akan dapat melihat bagaimana minat, pengetahuan dan kemahiran anda boleh dieksploitasi untuk meraih Tambahan pula fenomena perniagaan internet pendapatan yang lumayan di internet. di Malaysia ini masih baru, maka kebanyakan jenis perniagaan internet yang ada pada ketika Semoga perkongsian kita ini akan memberi inini adalah berasaskan produk informasi atau pen- spirasi dan idea bisnes kepada semua. Oh ya, sila jualan ebook. Lantaran itu, ramai yang menda- baca artikel saya di muka surat 23 sebagai sampat salah tanggapan bahawa perniagaan internet bungan kepada artikel ini. Jumpa anda disana! itu adalah menjual ebook semata-mata. Lebih memudaratkan lagi, ramai yang memilih jalan mudah dengan menyertai skim pelaburan di internet yang tidak pasti kesahihannya! Namun hakikatnya perniagaan di internet bukanlah terhad kepada penjualan ebook, program affiliate, penjualan software ataupun menyertai program Google Adsense semata-mata. Sesungguhnya perniagaan di internet adalah universal dan melepasi batas sempadan. Yang penting, anda tahu bagaimana mengenalpasti pasaran atau ‘niche’ yang tepat. Oleh yang demikian, di dalam ruangan ‘Idea Bisnes’ dalam edisi pertama ini dan juga dalam edisi-edisi yang akan datang, saya berhasrat untuk berkongsi informasi tentang laman web dan jenis perniagaan di internet yang telah menempa kejayaan.

Sebarang maklum balas, penulis boleh dihubungi di tazilan.netbiz@gmail.com

17

Cara Membuat

“Order Form”
Oleh : mdpai(www.mdpai.com)

Web Tutorial

Pada isu Majalah IM kali ini, saya akan memberikan tutorial terperinci berkenaan asas membina “Order Form” anda sendiri. Diingatkan bahawa tutorial ni adalah tutorial asas untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia programming. Untuk “Order Form” kita boleh membahagikan code kita kepada dua bahagian utama, bahagian borang atau form di mana user/customer akan mengisi maklumat yang kemudiannya akan diemailkan kepada kita, dan juga bahagian kedua, bahagian di mana kita akan memproses data yang diisi oleh user/customer kita tadi dan seterusnya dimasukkan ke dalam email yang bakal dihantar.
Bahagian 1 <html> <head> <title>Untitled Document</title> </head> <body> <form action=”<?php echo $_SERVER[PHP_SELF]; ?>” method=”post” name=”loginform”> <table border=”0” cellpadding=”0” cellspacing=”0”> <tr> <td><?php echo $msg; ?></td> </tr> <tr> <td>Nama:</td> <td><input type=”text” name=”name” id=”name”/></td> </tr> <tr> <td>Email:</td> <td><input type=”text” name=”email” id=”email”/></td> </tr> <tr> <td>Tarikh:</td> <td><input type=”text” disabled=”disabled” name=”date” id=”date” value=”<?php echo date(“d/m/Y”); ?>”/></td> </tr> <tr> <td>Cara Bayaran:</td> <td><select name=”bayaran” size=”1” id=”bayaran”> <option value=”maybank” selected=”selected”>maybank</option> <option value=”paypal”>paypal</option> <option value=”cek”>melalui cek</option> </select></td> </tr> <tr> <td><input type=”hidden” name=”submitted” value=”yes” /></td> <td><input type=”submit” value=”Submit” /></td> </tr> </table> </form> </body> </html>

18
Bahagian 2 <?php $msg = “”; $ok = true; if ($_POST[“submitted”] == “yes”) { //initialize vars reset ($_POST); while (list ($key, $val) = each ($_POST)) { if ($val) $$key = $val; } // name validation if($name == “”){ $msg .= “Sila isi nama anda.<br/>”; $ok = false; }

Web Tutorial

// email validation if(!eregi(‘^([._a-z0-9-]+[._a-z0-9-]*)@(([a-z0-9-]+\.)*([a-z0-9-]+)(\.[az]{2,3})?)$’, $email)) { $msg .= “<b>Email anda tidak valid.</b><br/>”; $ok = false; } // sending email if($ok == true){ $emailAdmin = “info@mdpai.com”; $headers = ‘From: “Khidmat Pelanggan Mdpai.Com”<info@mdpai. com>’ . “\r\n” . ‘X-Mailer: PHP/’ . phpversion(); $subject = “Makluman tentang Mdpai.Com”; //ini merupakan msg anda $message = “Nama : “.$name.”\n”; $message .= “Tarikh : “.$date.”\n”; $message .= “Email : “.$email.”\n”; mail (“$emailAdmin”,”$subject”,”$message”,”$headers”); $msg .= “Terima Kasih. Email berjaya dihantar.<br/>”; }

} ?>

19

Web Tutorial

Oleh kerana ini adalah tutorial untuk mereka yang benar-benar baru dan ingin mencuba membina order form sendiri, saya akan terangkan satu persatu kod-kod di atas. Diingatkan bahawa kod ini adalah untuk tujuan pembelajaran dan jika anda mahu menggunakannya untuk laman web anda, ia adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri. Kod sebenar untuk Order Form ini lebih panjang, tetapi telah saya pendekkan untuk tujuan pembelajaran (walaupun begitu, saya tidak katakan yang kod di dalam tutorial ini tidak akan berjaya). Jika anda memerlukan pertolongan untuk mengimplementasikan kod ini di dalam laman web anda, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada saya. Mari bermula dengan Bahagian 1.
<html> <head> <title>Untitled Document</title> </head> <body>

Semua page berformat HTML wajib mempunyai tag <html> dan <body>, dan semua tag-tag ini mestilah ditamatkan dengan </html> atau </body>.
<form action=”<?php echo $_SERVER[PHP_SELF]; ?>” method=”post” name=”loginform”>

Ini adalah tag <form> yang digunakan untuk mengumpul maklumat dari user. Untuk tujuan ini, kita perlu menetapkan beberapa attribute yang perlu seperti action, method dan name. Semua data yang diisi oleh user akan dihantar ke page yang ditetapkan oleh attribute action (cth di sini =”<?php echo $_SERVER[PHP_SELF]; ?>” ; PHP_SELF membawa maksud page itu sendiri. Jadi data yang diisi oleh user akan dihantar kembali dan akan diproses di dalam Bahagian 2.).
<table border=”0” cellpadding=”0” cellspacing=”0”>

Kita membina satu table yang digunakan untuk menyusun field-field yang bakal diisi oleh user. Untuk mereka yang tidak mahir di dalam HTML, di dalam table, kita menggunakan tag <tr> untuk menambah line dan tag <td> untuk menambah column.
<?php echo $msg; ?>

Untuk memaparkan mesej dari Bahagian 2. Contoh seperti “Email tidak valid” atau “Email Berjaya dihantar”. Ini penting untuk member makluman kepada user apa yang sedang berlaku ketika itu.
<input type=”text” name=”name” id=”name”/>

20
Gunakan ini jika anda mahu user mengisi text field. (Lihat contoh)

Web Tutorial

<select name=”bayaran” size=”1” id=”bayaran”> <option value=”maybank” selected=”selected”>maybank</option> <option value=”paypal”>paypal</option> <option value=”cek”>melalui cek</option> </select></

Gunakan ini jika anda mahu user memilih dari list yang anda tetapkan. (Lihat contoh)

Jika anda mahu menambah jumlah field yang ada, anda hanya perlu copy code yang sedia ada dan paste di tempat yang anda mahu. Contoh ; katakan anda mahu menambah field Alamat ;
<tr> <td>Alamat:</td> <td><input type=”text” name=”alamat” id=”alamat”/></td> </tr>

Senang bukan? Baiklah, saya telahpun selesai menerangkan secara terperinci bahagian 1. Pada keluaran bulan depan, saya akan teruskan dengan bahagian 2. Sehingga berjuma lagi.

Wan Mohd Fairuz Wan Ismail mdpai http://www.mdpai.com wanmohdfairuz@mckk9903com

21

Keusahawanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perniagaan Yang Belum Diteroka
Oleh : Irwan Dahnil (IrwanDahnil.com)

Kita mesti ucapkan tahniah kepada Team Flarebiz kerana menghasilkan Majalah IM berbentuk digital! Sesiapa yang pernah terlibat dengan penerbitan mesti tau betapa pedihnya nak buat sebuah majalah. Saya dulu terlibat juga, tapi buat majalah sekolah je :) Bila majalah baru ni, semua orang akan mula excited untuk mengetahui apa isinya. Nama majalah pun IM, tentunya banyak perkara yang disentuh mengenai pemasaran internet. Baiklah pada keluaran ezine yang pertama ini saya ingin dedahkan beberapa fakta yang menarik kepada semua pembaca. 1) 11.7 billion SMS dihantar antara Januari dan Mac 2007 2) Pengguna telefon bimbit mencecah 20.8 juta dengan purata SMS dihantar adalah 563 dalam tempoh tersebut. 3) Berbelanja ke arah SMS hiburan menjadi sesuatu perkara yang membimbangkan Tidak menghairankan kerana manusia suka berhibur. Jadi kalau ada anak-anak yang membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk hiburan SMS, jangan salahkan anak-anak. Atau adakah sebenarnya orang yang suka berhibur ini adalah orang dewasa? Sebenarnya bisnes SMS ini terlalu tertumpu kepada perniagaan berbentuk hiburan sehinggakan seolah-olah tidak nampak apakah model perniagaan yang lain. Cuba fikir sejenak : 1. Maybank2U menggunakan SMS sebagai nombor TAC keselamatan 2. Polis menggunakan SMS untuk Rakancop 3. JKR menggunakan SMS untuk Sistem Aduan 4. Memeriksa Saman Kenderaan 5. Sistem SMS Bersepadu Dr Tuah Adakah aplikasi ini suatu hiburan? Tidak. Aplikasi ini memang aplikasi yang digunakan oleh orang dewasa. Tetapi fakta yang menarik yang tidak diketahui oleh ramai orang adalah lebih 70% telefon bimbit dimiliki oleh orang dewasa dan belia! Jadi mengapa tidak tumpukan kepada perniagaan SMS yang mempunyai jumlah pengguna yang lebih besar ? Mungkin disebabkan skop pandangan kita yang terlalu kecil yang melihat industri hiburan semata-mata sehingga terlupa peluang yang lebih besar. Kalau anda tengok kedai makan, rata-rata menawarkan makanan yang sama. Goreng-goreng yang sama. Seolah-olah tiada resepi atau citarasa baru! Atau cuba lihat perniagaan cyber cafe yang rata-rata menawarkan online gaming untuk tarik perhatian kanak-kanak untuk datang bermain. Bahkan dalam seminar perniagaan SMS, saya terpaksa ‘memancing’ minat dengan perniagaan SMS hiburan. Tetapi sekiranya ada yang sedar, saya ‘putarkan’ supaya lebih ramai menceburi perniagaan SMS untuk golongan pasaran yang lebih besar. Terpaksa! Lupakan hiburan seketika… Mungkin ramai yang tiada pengalaman atau pengetahuan, menyebabkan industri perniagaan ini seolah-olah hanya dalam ruang lingkup bisnes hiburan sahaja. Tetapi saya percaya, berikan sedikit masa. Senario ini akan berubah. Biasanya kalau berhibur ini, ada masanya akan jemu dan bosan. Maka manusia akan berubah angin pula ke hiburan yang lain. Itulah manusia!

22

Adab Menuntut Ilmu Online
Oleh : Osman Affan (OsmanAffan.com)

Tips

(Bahagian 1)

Setinggi penghargaan diucapkan kepada Team FlareBiz kerana sudi menjemput saya untuk menjadi salah seorang penulis di majalah elektronik ini. Baiklah hari ini saya terpanggil untuk sekali lagi menulis mengenai adab menuntut ilmu secara online. Saya menulis satu artikel pada tahun 2006 mengenai perkara ini dan beberapa maklum balas yang saya dapat ialah maklum balas yang membidas saya semula. :) Antara email dan maklum balas yang saya terima mengatakan, saya sebagai guru perlu sabar dan berfikiran positif. Jangan buruk sangka. Orang-orang yang tidak mengikut etika atau adab itu tidak bermaksud melakukannya. Dan banyak lagi…. Nampak macam saya pula yang buat salah. Maklum balas ini semua tidak melihat mesej yang saya cuba sampaikan. Apabila saya menulis tentang perkara ini, ia bukan bermaksud saya merungut. Saya tak suka merungut. Daripada saya merungut, lebih baik saya tidak tulis posting atau saya delete sahaja mana-mana komen yang yang saya tidak suka atau melampau batas. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah Kalau majoriti pelajar atau orang dewasa mahu belajar sesuatu dengan cara tidak beradab, mereka akan rugi kerana orang tidak akan mahu berkongsi ilmu dengan mereka. Maksud saya, kalau di laman web ini cara begitu digunakan, di laman web lain apatah lagi. Perumpamaannya, bayangkan ada seorang tiba-tiba masuk rumah anda, tanpa diundang, tanpa memberi salam dan tanpa mengetuk pintu. Kemudian, dia berkata kepada anda, “Eh, TOLONG AJAR SAYA MACAM MANA NAK TULIS SURAT!”. Agaknya, apa reaksi anda? Kalau ada orang yang buat begini, adakah anda akan tegur dia supaya dia lebih beradab atau anda tegur tuan rumah supaya berfikiran lebih positif. (Kata pada tuan rumah, “sabar, dia tak ada niat nak biadab, awak kena berfikiran positif.”) Kebanyakan pelajar atau orang dewasa sangat bersopan jika mereka bertanya atau menuntut ilmu secara berdepan tetapi apabila secara online, mereka lupa segalanya. Mereka sangka kerana wajah mereka tidak dapat dilihat, adab mereka tidak perlu dijaga. Mereka mungkin lupa, ilmu tetap ilmu. Secara online atau offline, ia masih perlu dimiliki dengan cara yang baik agar kita mendapat rahmat yang berkekalan. Ada yang menghantar email email atau sms seperti semua orang sedang bekerja di bawah mereka. Saya sangka mungkin hanya saya sahaja yang ada masalah begini, rupa-rupanya hampir semua sahabat saya yang ada berkongsi ilmu secara online menghadapi situasi yang sama. Contohnya banyak email yang hadir begini, “Kenapa saya nervous sangat sampai tak ingat semua apa yang saya belajar?” Hmmm… bayangkan, itu sahaja yang tertulis dalam emailnya. Kadang-kadang, tajuk email pun tak ada. Banyak juga saya terima terima email yang tidak ada hujung pangkal begini.

Sedar atau tidak, banyak ilmu yang dikongsikan online adalah secara percuma. Disebabkan ia percuma, ada segelintir pelajar atau orang dewasa yang melayan tuan punya ilmu seperti pekerja mereka. Jadi, ayat-ayat mereka juga berbunyi seperti seorang boss mengarah pekerjanya. “Tolong emailkan saya benda ni”.”Tolong jawab dan emailkan kepada saya. Saya nak segera!”. Ini semua contoh benar yang saya pernah terima. Ada satu yang saya terima setelah orang ini download ebook saya. “Saya dah download ebook ni. Tolong berikan dan emailkan kepada saya maklumat motivasi pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Saya mahu sebarkan kepada pelajar.” Hmm… saya terfikir, bila masa pula saya bekerja dengan orang ni? (jika ayat mengarah, perkataan ‘tolong’ tidak akan dapat membantu melembutkan maksud ayat tersebut.) - bersambung...

23

Review

BuddyPetWagon.com
Your Malaysian Pet Online Store

Bisnes Pilihan Bulan Ini :

Pada hari ini, semakin ramai rakyat Malaysia berasa selesa membuat pembelian secara online hanya dari keselesaan rumah ataupun pejabat mereka. Membeli komputer, gajet elektronik, buku, pakaian, aksesori dan sebagainya secara online kini semakin menjadi kebiasaan! BuddyPetWagon.com merupakan laman web pembekal keperluan haiwan peliharaan (online pet store) yang pertama di Malaysia yang menawarkan penghantaran percuma ke rumah anda. Dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh laman web ini, pemilik haiwan peliharaan kini mempunyai pilihan menerima bekalan makanan dan keperluan haiwan kesayangan mereka dihantar ke hadapan pintu rumah dengan hanya klik pada tetikus komputer mereka! Tiada lagi masalah kesesakan jalanraya, kesukaran mendapatkan petak letak kereta dan tidak perlu lagi berebut-rebut dengan pemilik haiwan peliharaan lain. Malah tak perlu lagi bersusahpayah memikul bungkusan makanan haiwan peliharaan yang berkilo-kilo beratnya ke rumah!

24

Review

menjual makanan dan aksesori haiwan peliharaannya sendiri. Namun beliau mendapati perniagaan sebegini menghadapi persaingan yang amat sengit. Selain banyak perniagaan seumpama ini dibuka di bandar-bandar besar, modal permulaannya juga agak besar memandangkan beliau terpaksa menyewa premis kedai bagi perniagaan jenis ini.

Dengan perniagaan jenis ini yang semakin berkembang di seluruh negara, Julienne sedar bahawa jika ingin berjaya, dia perlu menawarkan suatu kelainan atau keistimewaan berbanding para pesaingnya. Lantas Julienne membuat keputusan untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran (delivery services) kepada pelanggan yang kebanyakannya sentiasa sibuk! Bermula sejak awal 2007, laman web Buddy Pet Wagon pada mulanya menawarkan hanya 3 jenama makanan haiwan peliharaan. Atas permintaan pelanggan, kini laman web ini menawarkan 9 jenama makanan haiwan berlainan dan 200 pelbagai produk sampingan yang terdiri daripada makanan tambahan kesihatan, aksesori, majalah, pakaian dan alat permainan untuk haiwan peliharaan.

Fakta Menarik mengenai BuddyPetWagon.com
Pendaftaran keahlian adalah percuma. Dengan setiap pembelian, ahli akan mendapat mata bonus. Mata bonus ini tiada tarikh luput dan ianya boleh dikumpul dan ditebus sebagai diskaun tunai dalam pembelian seterusnya. Sejak dilancarkan pada awal 2007, laman web ini telah memperolehi ribuan ahli di seluruh negara dengan sebahagian besar daripadanya merupakan pelanggan tetap yang membuat pembelian ulangan setiap bulan!

25

Review

Pemilik laman web ini tidak pernah membuat promosi atau pengiklanan. Hampir semua ahli dan pelanggan diperolehi dari promosi mulut ke mulut di kalangan ahli sendiri i.e. email, blog dan forum yang berkaitan penjagaan haiwan peliharaan. Stok makanan dan aksesori haiwan peliharaan ini diperolehi dari pembekal tempatan dan ada juga yang diimport. Kebanyakan urusan pembelian dan pengambilan stok ini juga dilakukan secara online! Percayakah anda bahawa perniagaan BuddyPetWagon.com ini beroperasi sepenuhnya dari rumah pemiliknya di Petaling Jaya? Tiada kedai, tiada stor. Ianya 100% beroperasi dari rumah dan dibantu oleh ahli keluarganya! Sejak ianya mula beroperasi tak sampai setahun lalu, ‘business turnover’ atau perolehan laman web ini telahpun mencecah 6 angka! Sungguh hebat sambutan pemilik haiwan peliharaan terhadap laman web ini! Sekiranya anda berminat mendapatkan info lanjut mengenai laman web ini dan produk jualannya, sila layari http://www.buddypetwagon.com

Ulasan
Laman web BuddyPetwagon.com ini dikategorikan sebagai kedai maya (online store) yang menjual barangan berbentuk fizikal. Pelanggan boleh membuat pilihan produk yang mereka perlukan dari katalog yang disediakan, membuat bayaran secara online dan produk tersebut dihantar kepada pelanggan dengan pos atau perkhidmatan kurier. Laman web ini juga menyediakan kemudahan ‘shopping cart’ bagi memudahkan proses pembelian. Antara formula utama kejayaan laman web yang belum pun mencapai usia setahun ini adalah disebabkan minat, pengetahuan dan kepakaran yang dimiliki oleh pengasasnya sendiri, Julienne Seet. Berikut adalah analisis saya mengapa laman web BuddyPetWagon.com ini begitu berjaya dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para pemilik haiwan peliharaan: Dengan kelebihan dirinya sendiri sebagai seorang pencinta haiwan peliharaan, Julienne amat memahami dan pandai mengeksploitasi pasaran yang mempunyai pertalian emosi di antara pemilik dan haiwan peliharaan mereka. Pasaran sasaran ini biasanya fanatik terhadap haiwan peliharaan kesayangan mereka dan menganggapnya sebagai sebahagian kehidupan dan keluarga mereka sendiri! Laman web ini menyediakan segala keperluan mereka.

26

Review

Memahami kesibukan, permasalahan dan kesukaran pemilik haiwan peliharaan untuk membeli bekalan yang sama setiap bulan. Dalam hal ini, Julienne sekali lagi menawarkan penyelesaian kepada masalah pelanggan dengan perkhidmatan tempahan secara online dan penghantaran percuma ke rumah pelanggan. Memahami kehendak dan keperluan pelanggan yang sentiasa ingin membelai dan memanjakan haiwan peliharaan mereka tetapi menghadapi kekangan masa untuk mengunjungi kedai seumpamanya. Laman web ini bertindak seperti pusat sehenti (one stop centre) dengan sentiasa menyenaraikan produk, majalah dan aksesori terbaru lagi terkini bagi kegunaan haiwan-haiwan peliharaan ini. Khidmat ini unik dan belum ditawarkan oleh mana-mana pihak lain lagi. Tiada persaingan secara langsung kerana kedai menjual makanan dan keperluan haiwan peliharaan biasa tidak menawarkan khidmat penghantaran ke rumah. Pelanggan berpeluang mengumpul mata bonus dengan setiap pembelian dan menebusnya sebagai diskaun tunai. Ini mampu dilakukan kerana kos operasi yang minimum. Tak perlu sewa kedai, semuanya dijalankan di rumah! Khidmat ini unik dan belum ditawarkan oleh mana-mana pihak lain lagi. Tiada persaingan secara langsung kerana kedai menjual makanan dan keperluan haiwan peliharaan biasa tidak menawarkan khidmat penghantaran ke rumah. Atas fakta yang telah dinyatakan di atas, maka tidak hairanlah perniagaan BuddyPetWagon. com begitu berjaya dalam waktu yang begitu singkat. Tahniah Julienne! Mungkinkah anda sudah mendapat inspirasi dan idea dari artikel ini? Sebarang maklum balas, penulis boleh dihubungi di tazilan.netbiz@gmail.com

27

Iklaneka

www.akademisms.com/ebook.htm

www.ftpcaramudah.com

www.modelbisnesinternet.com

www1.bisnesdigital.com

28

Iklaneka

www.internetmelayu.com

www.smartstudy.com.my

www.rahsiaonline.biz

www.mdpai.com

29

Iklaneka

www.tipadsense.com

www.galerikaftan.com

www.rapidfirestudio.com

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->