You are on page 1of 31

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

Latar Belakang
Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah
Negara-negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama
iaitu Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di
Belgrade, Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan
Perdana Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu
Soekarno dan Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
Dalam pada masa yang sama, Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold
War) yang berlaku pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah
untuk memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara
berkecuali dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa,
perkauman dan pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa
serta kumpulan politik.
NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’
datangnya dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo,
Ceylon (Sri Lanka).
Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa
di mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
1. Hormati integri kawasan;
2. Saling tidak menceroboh antara Negara;
3. Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
4. Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
5. Mewujudkan keamanan.
Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan
dinamakan Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan
disinilah bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-
negara anggota tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin.
Secara tidak langsung negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan,
pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Tujuan Penubuhan Nam
• Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
• Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu
semasa.
• Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
• Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
• Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
• Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui
rundingan.
• Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini
dihormati.
Negara-Negara Anggota
• Afghanistan
• Algeria
• Angola
• Bahamas
• Bahrain
• Bangladesh
• Barbados
• Belarus
• Belize
• Benin
• Bhutan
• Bolivia
• Botswana
• Brunei Darussalam
• Burkina Faso
• Burundi
• Cambodia
• Cameroon
• Cape Verde
• Central African republic
• Chad
• Chile
• Colombia
• Comoros
• Congo
• Cote d’
• Cuba
• Democratic People’s Republic of Korea
• Democratic Republic of Congo
• Djibouti
• Dominican Republic
• Ecuador
• Egypt
• Equatorial Guinea
• Eritrea
• Ethiopia
• Gabon
• Gambia
• Ghana
• Grenada
• Guatemala
• Guinea
• Guinea – Bissau
• Guyana
• Honduras
• India
• Indonesia
• Iran
• Iraq
• Jamaica
• Jordan
• Kenya
• Libyan Arab Jamahiriya
• Madagascar
• Malawi
• Malaysia
• Maldives
• Mali
• Mauritius
• Mauritania
• Mongolia
• Morocco
• Mozambique
• Myanmar
• Namibia
• Nepal
• Nicaragua
• Niger
• Nigeria
• Oman
• Pakistan
• Palestine
• Panama
• Papua New Guinea
• Peru
• Philippines
• Qatar
• Rwanda
• St Lucia
• St Vincent and the Grenadines
• Sao Tome and Principe
• Saudi Arabia
• Senegal
• Seychelles
• Sierra Leone
• Singapore
• Somalia
• South Africa
• Sri Lanka
• Sudan
• Suriname
• Swaziland
• Syrian Arab Republic
• Thailand
• Timor Leste
• Togo
• Trinidad and Tobago
• Tunisia
• Turkmenistan
• Uganda
• United Arab Emirates
• Kuwait
• Lao Peoples’ Democratic Republic
• Lebanon
• Lesotho
• Liberia
• United Republic of Tanzania
• Uzbekistan
• Vanuatu
• Venezuela
• Vietnam
• Yemen
• Zambia
• Zimbabwe
Organisasi Dan Struktur NAM
Negara-negara Berkecuali mendapati akan berlaku kemusnahan terhadap Pergerakan ini
sekiranya mereka membina atau menstruktur semula Pergerakan secara formal seperti
pindaan Perlembagaan atau Piagam dan Sekretariat dalaman.
Perkara ini pernah dibentangkan berkenaan penglibatan dua atau lebih pihak yang dibuat oleh
Negara-negara anggota. Namun ia sukar dicapai kerana wujudnya perbezaan ideologi dan
matlamat yang dianggap tidak boleh membentuk satu struktur pentadbiran yang rasional bagi
melaksanakan polisi negara agar diterima umum.
Sidang Kemuncak Nam
• Persidangan Pertama – Belgrade, 1-6 September 1961
• Persidangan Kedua – Cairo, 5-10 Oktober 1964
• Persidangan ke–tiga – Lusaka, 8-10 September 1970
• Persidangan ke-empat – Algiers, 5-9 September 1973
• Persidangan ke-lima – Colombo, 16-19 Ogos 1976
• Persidangan ke-enam – Havana, 3-9 September 1979
• Persidangan ke-tujuh – New Delhi, 7-12 Mac 1983
• Persidangan ke-lapan – Harare, 1-6 September 1986
• Persidangan ke-sembilan – Belgrade, 4-7 September 1989
• Persidangan ke-sepuluh – Jakarta, 1-7 September 1992
• Persidangan ke-sebelas – Cartagena de Indias, 18-20 Oktober 1995
• Persidangan ke-dua belas – Durban, 29 Ogos – 3 September 1998
• Persidangan ke-tiga belas – Kuala Lumpur, 20-25 Februari 2003

Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)


Latar Belakang
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi ketika
memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa oleh puak Zionis. Tindakan biadab
puak Zionis itu mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan
antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh
dunia.
Objektif
Objektif OIC adalah seperti berikut:
• Memupuk perpaduan di kalangan negara anggota;
• Menyelaras kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial,
budaya, saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur
perundingan di kalangan mereka dalam pertubuhan antarabangsa;
• Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang
bentuk;
• Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan
keselamatan berasaskan keadilan;
• Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak
mereka; dan
• Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di
kalangan negara anggota dan dengan negara lain.
Keanggotaan
OIC kini mempunyai 55 anggota iaitu: Afghanistan, Albania, Algeria, Azerbaijan,
Bahrain, Bangladesh, Benin, Bosnia and Herzegovia, Brunei, Burkina Faso,
Cameroon, Chad, Comoros, Djibouti, Mesir, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea Bissau,
Indonesia, Iran, Iraq, Jordan, Kuawait, Kyrghstan, Lebanon, Libya, MALAYSIA
(PENGERUSI), Maldives, Mali, Mairitania, Maghribi, Mozambique, Niger, Nigeria,
Oman, Pakistan, Palestine, Qatar, Arab Saudi, Senegal, Sierra Leone, Somalia, Sudan,
Surinam, Syria, Tajikstan, Tunisia, Turkmenistan, Turki, Uganda, Emiriah Arab
Bersatu (UAE) Uzbekistan dan Yaman.
Struktur Institusi
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mempunyai tiga badan utama :
• Pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara Kerajaan OIC
• Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
• Sekretariat OIC.
Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC
Sidang Kemuncak Ketua-ketua Negara dan Kerajaan OIC merupakan badan pembuat
keputusan tertinggi bagi OIC. Sidang kemuncak ini menjadi forum bagi para pemimpin dunia
Islam menilai perkembangan yang berlaku di negara-negara Islam serta di peringkat
antarabangsa menurut perspektif Islam. Ia juga merupakan forum tertinggi bagi OIC untuk
mengatur strategi bagi melaksanakan dasar serta tindakan ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.
Persidangan Menteri-menteri Luar OIC
Badan pembuat keputusan kedua tertinggi bagi pertubuhan ini ialah Persidangan Menteri Luar
OIC . Pada mesyuarat ini, para menteri luar negara anggota akan membincangkan keadaan
sosio ekonomi di dunia Islam serta hubungan ekonomi antara negara-negara Islam dan negara
bukan Islam. Mereka juga membuat penilaian terhadap institusi Islam yang ditubuhkan bagi
meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan di kalangan negara anggota, di samping
meluluskan pelan tindakan bersama ke arah memajukan dan meningkatkan taraf hidup
penduduk di negara anggota.
Sekretariat
Sekretariat OIC yang berpejabat di Jeddah merupakan komponen institusi ketiga dalam OIC.
Ia diketuai seorang setiausaha agung yang pilih empat tahun sekali oleh Persidangan Menteri-
menteri Luar OIC. Sekretariat OIC bertanggungjawab melaksanakan semua keputusan yang
dibuat oleh Persidangan Islam.
Negara-Negara Pemerhati OIC

TAHUN
BIL NEGARA
SERTAI
1 Bosnia Herzegovina
1994
2 Afrika Tengah
1997
3 Thailand
1998
4 Rusia
2005
5 Turkish Cypriot State
1979
PERTUBUHAN/ORGANISAS
I MUSLIM

6 Moro National Liberation Front


1997
ORGANISASI-ORGANISASI
ANTARABANGSA

7 United Nations (UN) 1976


8 Non-Aligned Movement (NAM) 1977
9 League of ARAB STATES (LAS) 1975
10 The African Union (AU) 1977
ECONOMIC COOPERATION
11 Organization (ECO) 1995
KOMENWEL
Latar Belakang
Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury. Pertubuhan ini merupakan
pertubuhan Negara-negara yang pernah dijajah oleh Britain.
Syarat-syarat keahlian Komanwel mestilah sebuah Negara merdeka, persamaan taraf dan taat
setia kepada Raja Britain. Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.
Tujuan Penubuhan Komanwel
• Mengeratkan perhubungan dan perpaduan di kalangan negara anggota.
• Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai
bidang di kalangan negara anggota.
• Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
• Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama
untuk pasaran barangan negara anggota Komanwel di Britain.
• Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi
kepakaran negara anggota.
• Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan
Pelajaran Komanwel.
Negara-Negara Anggota
• Antigua and Barbuda
• Australia
• The Bahamas
• Bangladesh
• Barbados
• Belize
• Botswana
• Brunei Darussalam
• Cameroon
• Canada
• Cyprus
• Dominica
• Fiji Islands
• The Gambia
• Ghana
• Grenada
• Guyana
• India
• Jamaica
• Kenya
• Kiribati
• Lesotho
• Malawi
• Malaysia
• Maldives
• Malta
• Mauritius
• Mozambique
• NamibiaNauru
• New Zealand
• Nigeria
• Pakistan
• Papa New Guinea
• St Kitts and Nevis
• St Lucia
• St Vincent and the Grenadines
• Samoa
• Seychelles
• Sierra Leone
• Singapore
• Salomon Islands
• South Africa
• Sri Lanka
• Swaziland
• Tonga
• Trinidad and Tobago
• Tuvalu
• Uganda
• United Kingdom
• United Republic
• United Republic of Tanzania
• Vanuatu
• Zambia
Peranan Malaysia
• Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika
Selatan.
• Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar
apartheid dijalankan oleh orang kulit putih.
• Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
• Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia
telah membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan
Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar.
• Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam
getah kepada Sri Lanka.
• Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-
lain
Negara untuk belajar di negara kita.
Faedah Malaysia Menyertai Komenwel
• Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian
pertahanan dengan Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
• Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa
konfrantasi Indonesia.
• Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain
secara automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
• Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi
perlombongan dan perladangan.
• Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan
pelajaran ke Britain, Australia dan New Zealand.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Pengenalan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang
dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II.
Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya,
sebagaimana yang ditetapkan dalam piagam PBB, adalah untuk mengelakkan perulangan
pertikaian yang hebat, menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat
akan undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah
dibubarkan setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San
Francisco, akan tetapi PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak
1946.
Tempat persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (wikipedia)
Sejarah
Istilah "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" ("United Nations") dicetuskan oleh Franklin D.
Roosevelt sewaktu Perang Dunia II berlangsung untuk merujuk kepada Pihak Berikat yang
terdiri daripada dari 26 negara. Nama ini digunakan secara rasmi buat pertama kali pada 1
Januari 1942 dalam "Pengisytiharan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu". Pengisytiharan ini
bertujuan untuk mengikat ahli-ahli Pihak Berikat kepada prinsip-prinsip Piagam Atlantik serta
untuk menerima sumpah daripada ahli-ahlinya supaya tidak menuntut keamanan daripada
Kuasa Paksi. Selepas pengistytiharan itu, Pihak Berikat menggunakan nama Gagasan untuk
PBB telah diperincikan dalam pengisytiharan-pengisytiharan yang ditandatangani dalam
persidangan-persidangan Pihak Berikat di Moscow, Kaherah dan Tehran sewaktu masih
berperang pada tahun 1943. Dari Ogos sehingga Oktober 1944, wakil-wakil daripada
Perancis, Republik China, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet bertemu
untuk memperincikan rancangan-rancangan di Estet Dumbarton Oaks, Washington, D.C..
Perbincangan ini dan perbincangan yang kemudian menghasilkan cadangan-cadangan yang
menggariskan tujuan-tujuan pertubuhan itu, keahlian dan alat-alatnya, serta pengurusan untuk
memeliharakan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta kerjasama ekonomi dan sosial
antarabangsa. Cadangan-cadangan ini telah dibincangkan dan diperdebatkan oleh kerajaan-
kerajaan dan rakyat-rakyat sejagat.
Pada 25 April 1945, "Persidangan PBB tentang Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa"
bermula di San Francisco. Selain kerajaan-kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan,
termasuknya Kelab Lions Antarabangsa, telah dijemput untuk membantu menggubal piagam.
50 negara yang menghadiri persidangan ini menandatangani "Piagam Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu" dua bulan kemudian pada 26 Jun. Poland tidak menghadiri persidangan itu,
tetapi satu tempat telah diuntukkan kepadanya, dan ia kemudian menandatangani piagam itu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan secara rasmi pada 24 Oktober 1945, selepas
piagamnya telah diratifikasi oleh kelima-lima ahli tetap Majlis Keselamatan, iaitu Amerika
Syarikat, United Kingdom, Kesatuan Soviet, Perancis, Republik China serta kebanyakan
daripada 46 penandatangan yang lain.
Perhimpunan Agung pertama yang diadakan di Rumah Church, London, United Kingdom
pada 10 Januari 1946 disertai oleh 51 negara. Pada April 2004, sebanyak 191 negara telah
menyertai pertubuhan ini.
Piagam PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
• untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan
peperangan, yang dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang
tidak terkatakan kepada manusia, dan
• untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah
dan nilai manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-
negara besar dan kecil, dan
• untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan
yang tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain
dapat dipeliharakan, dan
• untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam
kebebasan yang lebih luas, dan untuk tujuan ini
• akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu
sama lain sebagai jiran-jiran yang baik, dan
• akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan
antarabangsa, dan
• akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah,
bahawa kuasa bersenjata tidak
• akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
• akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan
sosial untuk semua manusia,
Struktur Organisasi
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
• Perhimpunan Agung
• Majlis Keselamatan
• Majlis Ekonomi dan Sosial
• Majlis Peramanahan
• Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
• Sekretariat

Perhimpunan Agung
Perhimpunan Agung PBB (GA) terdiri daripada kesemua ahli-ahli pertubuhan ini dan bertemu
setiap tahun di bawah seorang presiden yang dipilih daripada wakil-wakilnya.
Sebagai alat PBB tunggal yang diwakili oleh kesemua ahli, Perhimpunan ini bertindak
sebagai forum untuk ahli-ahlinya membincangkan persoalan undang-undang antarabangsa
serta membuat keputusan tentang pengendalian pertubuhan ini.
Majlis Keselamatan

Majlis Keselamatan UN merupakan alat yang paling berkuasa dalam PBB. Ia


bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-negara.
Sedangkan alat-alat PBB yang lain hanya membuat cadangan kepada kerajaan ahli-ahli,
Majlis Keselamatan mempunyai kuasa di bawah Piagam PBB untuk memutuskan mana satu
kerajaan ahlinya harus melaksanakan keputusannya.
Keputusan-keputusan Majlis Keselamatan digelarkan "Ketetapan Majlis Keselamatan PBB".
Ahli-ahli Majlis Keselamatan bergilir-gilir memegang jawatan pengerusi setiap bulan.
Majlis Ekonomi dan Sosial

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) PBB membantu Perhimpunan Agung untuk
mempromosikan kerjasama dan perkembangan ekonomi dan sosial antarabangsa. ECOSOC
mempunyai 54 ahli yang dipilih oleh Perhimpunan Agung untuk tempoh tiga tahun.
Walaupun setiap ahli PBB berlayak untuk dipilih, ahli-ahlinya sentiasa menyokong ahli-ahli
daripada negara "Dunia Pertama".
Presiden ECOSOC dipilih untuk tempoh satu tahun daripada kalangan ahlinya yang
merupakan kuasa kecil ataupun tengah. ECOSOC bertemu setiap tahun pada bulan Julai untuk
sidang selama empat minggu. Sejak 1998, ia telah mengadakan lagi sebuah mesyuarat pada
setiap April untuk bertemu dengan menteri-menteri kewangan yang mengetuai jawatankuasa
utama dalam Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
ECOSOC berfungsi dengan cara yang serupa dengan organ-organ PBB yang lain,
termasuklah mengumpul maklumat, menasihatkan ahli-ahli negara, dan membuat cadangan.
Tambahan pula, ECOSOC adalah di dalam kedudukan yang baik untuk memberikan polisi
kepaduan dan menyelaraskan fungsi-fungi badan-badan subsidiari PBB yang bertindih;
dimana dalam peranan ini bahawa ia amat giat.

Majlis Peramanahan

Majlis Peramanahan PBB telah ditubuhkan untuk membantu memastikan bahawa wilayah-
wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan kepentingan penduduk-penduduk
serta keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kini, kesemua wilayah amanah ini —
kebanyakannya merupakan mandat Liga Bangsa-bangsa ataupun wilayah yang diambil
daripada negara-negara yang ditewaskan pada akhir Perang Dunia II — telah memperoleh
kerajaan sendiri ataupun kemerdekaan, baik sebagai negara tersendiri, mahupun melalui
penggabungan dengan negara jiran yang merdeka. Palau merupakan wilayah yang terakhir,
dan telah menjadi ahli PBB pada Disember 1994.
Selepas misinya telah siap, Majlis Peramanahan menggantungkan operasinya pada 1
November 1994, dan walaupun ia masih wujud pada kertas, penghapusannya yang rasmi
memerlukan penyemakan Piagam PBB. Bagaimanapun, pada Mac 2005, Setiausaha Agung
Kofi Annan mencadangkan reformasi yang meluas, termasuknya penghapusan Majlis
Peramanahan.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (dikenali dalam bahasa basahan sebagai "Mahkamah


Dunia" atau ICJ} merupakan alat kehakiman yang utama untuk PBB. Ia ditempatkan di Peace
Palace, Hague, Belanda.
Ditubuhkan pada tahun 1945, Mahkamah ini merupakan waris kepada Mahkamah Keadilan
Antarabangsa. Mahkamah ini harus tidak dikeliru dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(Belgium) yang juga mempunyai kuasa "sejagat". Bahasa Inggeris dan bahasa Perancis
merupakan bahasa rasminya.
Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang
diserahkan oleh ahli-ahli negara serta untuk memberi nasihat tentang soalan-soalan undang-
undang yang diserahkan oleh alat-alat dan agensi-agensi antarabangsa yang diberi kuasa.
Bilangan keputusan yang dibuat oleh ICJ masih tidak banyak, tetapi terdapatnya kesanggupan
yang lebih besar untuk menggunakan Mahkamah ini sejak tahun-tahun 1980-an, khususnya di
kalangan negara-negara membangun. Bagaimanapun, Amerika Syarikat telah menarik diri
daripada bidang kuasa wajib pada tahun 1986, dan kini hanya menerima keputusan
mahkamah mengikut budi bicaranya.

Sekretariat

Sekretariat PBB diketuai oleh Setiausaha Agung yang dibantu oleh sekumpulan kakitangan
awam antarabangsa. Piagam PBB mensyaratkan bahawa kakitangannya dipilih daripada
kawasan-kawasan yang meluas di seluruh dunia. Setiausaha Agung seorang diri sahaja
bertanggungjawab memilih kakitangan.
Sekretariat PBB membekalkan kajian, maklumat dan kemudahan yang diperlu oleh badan-
badan PBB untuk mesyuarat mereka. Ia juga melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Majlis
Keselamatan, Perhimpunan Agung, Majlis Ekonomi dan Sosial, dan badan-badan PBB yang
lain. Tugas-tugas Setiausaha Agung termasuk membantu menyelesaikan pertikaian
antarabangsa, mentadbirkan operasi penjagaan keamanan, mengatur persidangan
antarabangsa, mengumpul maklumat tentang pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis
Keselamatan serta berunding dengan kerajaan ahli-ahlinya terhadap pelbagai langkah yang
dimulakan oleh PBB.
Akiviti-Aktiviti PBB

Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:


• Persidangan antarabangsa
• Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
• Kawalan dan pelucutan senjata
• Penjagaan keamanan
• Hak asasi manusia
• Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
• Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
Persidangan antarabangsa

Ahli-ahli untuk PBB dan agensi-agensi khususnya memberi panduan dan membuat keputusan
tentang pelbagai persoalan substantif dan pentadbiran dalam mesyuarat biasanya yang
diadakan sepanjang tahun. Jika terdapatnya persoalan yang dianggap amat mustahak,
Perhimpunan Agung akan memulakan persidangan antarabangsa untuk menumpukan
perhatian sejagat dan memperoleh sepersetujuan untuk tindakan yang disatukan. Contoh-
contoh terkini termasuk:
"Persidangan Dunia mengenai Kecekapan Perdagangan" yang diadakan pada Oktober 1994 di
Columbus, Ohio: Ia menumpukan perhatian kepada penggunaan teknologi matlumat moden
untuk memperkembangkan perdagangan antarabangsa;

"Persidangan Dunia mengenai Pembangunan Sosial" yang diadakan di Copenhagen, Denmark


pada Mac 1995: Persidangan ini menegaskan tanggungjawab negara terhadap pembangunan
boleh kekal serta pelaburan dalam rancangan-rancangan pendidikan, penjagaan kesihatan, dan
peluang ekonomi untuk kesemua orang.
"Persidangan Dunia Keempat tentang Wanita" yang diadakan di Beijing, China, pada
September 1995;

"Persidangan PBB Kedua tentang Petempatan Manusia" (Habitat II), yang diadakan di
Istanbul, Turki pada Jun 1996.
Tahun-tahun Antarabangsa dan yang berkaitan

Rencana utama: Tahun-tahun Antarabangsa PBB


PBB mengisytiharkan dan menyelaraskan "Tahun Antarabangsa untuk ..." supaya dapat
menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan yang utama. Melalui perlambangan PBB,
logo yang direka bentus khas untuk tahun itu, serta infrakstruktur sistem PBB untuk
menyelaraskan peristiwa-peristiwa di seluruh dunia, pelbagai tahun itu telah menjadi faktor
mangkin untuk memajukan persoalan-persoalan utama pada skala sejagat.

Kawalan senjata dan pelucutan senjata

PBB telah menubuhkan berbagai-bagai forum untuk menujukan persoalan-persoalan


pelucutan senjata berbilang hala. Forum-forum yang utama termasuk "Jawatankuasa Pertama
Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata PBB". Perkara-perkara dalam
agendanya merangkumi pertimbangan kebaikan dan keburukannya terhadap pengharaman
ujian nuklear, kawalan senjata angkasa lepas, usaha untuk mengharamkan senjata kimia,
pelucutan senjata nuklear dan senjata biasa, pengurangan peruntukan tentera, serta langkah-
langkah untuk mengukuhkan keselamatan antarabangsa.
Penjagaan keamanan

Pengaman-pengaman PBB dihantar ke kawasan-kawasan di mana pertikaian bersenjata baru-


baru sahaja tamat, supaya dapat menguatkuasakan syarat-syarat persetujuan keamanan serta
untuk tidak menggalakkan askar-askar daripada memulakan pertempuran, umpamanya di
Timor Timur sehingga kemerdekaannya pada tahun 2001. Pasukan-pasukan ini dibekalkan
oleh ahli-ahli negara PBB. PBB tidak mempunyai sebarang tentera sendiri. Kesemua operasi
penjagaan keamanan harus diluluskan oleh Majlis Keselamatan.
Pasukan pengaman PBB menerima "Hadiah Keamanan Nobel" pada tahun 1988. Pada tahun
2001, PBB dan Setiausaha Agung Kofi Annan memenangi Hadiah Keamanan Nobel "kerana
usaha-usaha mereka untuk mencapai dunia yang lebih teratur dan lebih aman."
PBB mengekalkan siri Pingat PBB yang dianugerahkan kepada ahli-ahli perkhidmatan tentera
yang menguatkuasakan persetujuan PBB. Pingatnya yang sulung ialah Pingat Perkhidmatan
PBB yang dianugerahkan kepada angkatan PBB yang menyertai Perang Korea. Pingat NATO
direka bentuk melalui konsep yang serupa dan kedua-duanya dianggap sebagai pingat
antarabangsa dan bukannya pingat tentera.
Hak asasi manusia

Perjuangan untuk hak-hak asasi manusia merupakan alasan yang utama untuk mencipta PBB.
Kekejaman Perang Dunia II dan pembunuhan kaum telah menyebabkan sepersetujuan serta-
merta bahawa pertubuhan baru harus berusaha untuk mencegah nahas yang serupa pada masa
akan datang.
Piagam PBB memerlukan kesemua ahli-ahli negaranya mempromosikan "rasa hormat sejagat
ke atas dan pematuhan kepada hak asasi manusia" serta mengambil "tindakan bersama dan
berasingan" untuk mencapainya. Suruhanjaya mengenai Hak Asasi Manusia PBB, di bawah
ECOSOC, merupakan badan PBB yang utama untuk mempromosikan hak asasi manusia,
khususnya melalui penyiasatan dan pemberian bantuan teknikal. Contoh yang baik ialah
sokongan PBB kepada negara-negara yang hendak berubah kepada sistem demokrasi.
Bantuan teknikal untuk menyediakan pilihan raya yang bebas dan adil, perbaikan struktur
kehakiman, bantuan mendraf perlembagaan, latihan untuk pegawai-pegawai hak asasi
manusia, serta pengubahan gerakan-gerakan bersenjata menjadi parti-parti politik nyata sekali
amat menyumbang kepada proses pendemokrasian di seluruh dunia.
PBB juga merupakan forum yang menyokong hak-hak wanita untuk penyertaan sepenuhnya
dalam bidang politik, ekonomi dan sosial di negara mereka.

Bantuan kemanusian dan pembangunan antarabangsa

Bersama-sama dengan pertubuhan yang lain, seperti Persatuan Palang Merah, PBB
membekalkan makanan, air minuman, tempat perlindungan dan perkhidmatan kemanusian
yang lain kepada penduduk-penduduk yang mengalami kebuluran, terpaksa berpindah akibat
perang, atau menderita disebabkan bencana yang lain.
Cabang kemanusiaan PBB yang utama termasuk Program Makanan Dunia (yang membantu
memberi makanan kepada lebih daripada 100 juta orang setiap tahun di 80 negara),
Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian dengan projeknya di 116 buah negara, serta projek
penjagaan keamanan di 24 buah negara. PBB juga terlibat dalam penyokongan perkembangan
ekonomi, umpamanya perumusan Matlamat Pembangunan Milenium. Program Pembangunan
PBB (UNDP) merupakan sumber berbilang hala untuk tabung bantuan teknikal di dalam
dunia. Pertubuhan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNAIDS dan Tabung Dunia untuk
Membasmi AIDS, Tuberkulosis dan Malaria ialah institusi-institusi yang utama dalam
pembasmian penyakit AIDS di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang miskin.
Tabung Kependudukan PBB yang merupakan pembekal utama untuk perkhidmatan
pembiakan telah membantu mengurangkan kematian bayi dan maternal di 100 negara.
PBB telah membantu menjalankan pilihan raya di negara-negara yang tidak mempunyai
banyak sejarah demokrasi, termasuknya pada masa kebelakangan ini, Afghanistan dan Timor
Timur. Ia juga menjalankan tribunal jenayah antarabangsa, termasuknya Tribunal Jenayah
Antarabangsa untuk Rwanda (ICTR) dan bekas Yugoslavia (ICTY), serta Mahkamah Khas
untuk Sierra Leone, dan Mahkamah Ad Hoc untuk Timor Timur.
Pada 9 Mac 2006 Setiausaha Agung PBB Kofi Annan melancarkan Tabung Pusat Gerak
Balas Kecemasan (CERF) untuk mereka di Tanduk Afrika yang diancam oleh kebuluran.[1]

Persetiaan dan undang-undang antarabangsa

PBB merundingkan persetiaan seperti Konvensyen PBB mengenai Undang-undang Laut


untuk mengelakkan kemungkinan pertikaian antarabangsa. Pertikaian mengenai penggunaan
lautan dihakimi oleh mahkamah khas.
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang merupakan mahkamah PBB yang utama
bertujuan untuk menghakimi pertikaian-pertikaian di antara negara-negara. Kes-kes terutama
yang dihakiminya termasuk:
Congo lawan Perancis: Republik Demokratik Congo menuduh Perancis kerana menyalahi
undang-undang disebabkan penahanan bekas ketua-ketua negaranya yang telah dituduh untuk
jenayah-jenayah perang;
Nicaragua lawan Amerika Syarikat: Nicagarua menuduh Amerika Syarikat kerana
mempersenjatai Contra secara haram (kes ini menyebabkan peristiwa Iran-Contra).
Senarai Badan PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam
piagamnya ialah :
• Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
• Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk
Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan
• Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
• Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
• Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
• Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
• Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
• Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
• Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Agensi-agensi sementara termasuk:
• Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan PBB (UNRRA)
• Pertubuhan Pelarian Antarabangsa (IRO) (tanggungjawabnya kemudian diambil alih
oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi
• PBB untuk Pelarian) (UNHCR)
• Agensi Bantuan dan Kerja untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA)

ZOPFAN
Latarbelakang
Sebagai blok yang boleh disifatkan bukan komunis di Asia Tenggara, ASEAN sebenarnya
lebih berpegang kepada dasar berkecuali. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan
'kawasan awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau
ZOPFAN) telah diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan
melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb. November, 1971.
Rasional
Beberapa faktor dan peristiwa penting yang telah berlaku di Asia Tenggara telah
mendorongkan timbulnya konsep ZOPFAN ini. Faktor-faktor dan peristiwa itu ialah:
(i) Kedudukan Asia Tenggara yang agak strategik kepada kuasa-kuasabesar dalam konteks
ketegangan politik Timur-Barat; pergolakan politik di Vietnam serta keputusan pengunduran
tentera-tentera British dari Asia Tenggara dan Amerika dari Vietnam pada awal 70an.
Perkembangan-perkembangan tersebut telah menimbulkan kecurigaan di kalangan negara-
negara ASEAN, kerana ianya mungkin menjejaskan kestabilan serantau.

(ii) Peperangan-peperangan di Korea dan di Vietnam telah menyakinkan ASEAN bahawa


campurtangan dan sokongan tentera kuasa-kuasa besar dalam pertelingkahan negara-negara
kecil Asia Tenggara sering menjejaskan kestabilan di rantau ini.

(iii) Semangat 'regionalisma' masa itu telah menghasilkan pertubuhan kerjasama ekonomi
serantau ASEAN yang dapat digunakan sebagai jentera untuk mencapai tujuan ZOPFAN.
Objektif
Objektif ZOPFAN adalah untuk menjadikan Asia Tenggara satu kawasan yang aman, bebas
dan berkecuali daripada pertelingkahan politik kuasa-kuasa besar khususnya Amerika
Syarikat, Russia dan Republik Rakyat China.

Strategi Pelaksanaan
Antara strategi-strategi utama yang telah digubal dan dilaksanakan untuk mencapai objektif
tersebut adalah:-
(i) Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar tentang objektif
atau usaha menjadikan

(ii) Mengundurkan tentera asing dari kawasan Asia Tenggara dalam jangka panjang.

(iii) Menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan yang bebas daripada senjata nuklear.
Dapat dirumuskan bahawa ZOPFAN tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa kesanggupan
kuasa-kuasa besar untuk mengiktiraf dan menjamin ZOPFAN dan sokongan padu kesemua
anggota negara-negara ASEAN. Walau bagaimanapun, usaha ASEAN mencari penyelesaian
politik di Kampuchea berdasarkan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Deklarasi
Persidangan Antarabangsa mengenai Kampuchea (1981) mencerminkan tekad ASEAN untuk
terus berusaha mencapai konsep ZOPFAN.
RANCANGAN KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA
Latarbelakang
Kabinet telah bersetuju pada 25hb. Julai 1979 untuk mewujudkan rancangan Kerjasama
Teknikal Malaysia (MTCP). Rancangan ini ialah merupakan suatu manifestasi Malaysia
dalam konteks kerjasama di antara negara Selatan-Selatan (South-South) dan lain-lain negara
yang sedang membangun. Rancangan kerjasama ini diwujudkan di atas andaian bahawa
negara-negara yang sedang membangun boleh mempelajari pengalaman dan kepakaran dalam
pembangunan negara daripada negara-negara yang sedang membangun sendiri. Di dalam
rancangan ini, negara-negara ASEAN, negara-negara Anggota Persidangan Islam dan juga
negara-negara Kepulauan Pasifik, Asia serta negara-negara yang mundur di Asia dan Afrika
diberi keutamaan dalam menerima bantuan. Untuk mengendalikan rancangan ini, suatu
Jawantankuasa Utama yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri di Jabatan Perdana Menteri
ditubuhkan. Ahli-ahli lain termasuk Y.B. Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha
Perbendaharaan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Kementerian Luar
Negeri dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Dalam perkara ini, Unit Perancang
Ekonomi menjadi urusetia.

Rasional
Dalam meningkatkan moral dan maruah Malaysia di kalangan antarabangsa, Malaysia
haruslah memperlihatkan satu sikap yang positif untuk membantu dan bekerjasama dengan
negara membangun yang lain untuk menyediakan dan menawarkan satu asas pengalaman dan
kepakaran dalam negeri kepada negara membangun yang lain. Rancangan kerjasama teknikal
Malaysia ini haruslah juga dilihat dari faedah sampingan yang diperolehi seperti
mempereratkan perhubungan Malaysia antara negara-negara lain serta mempertingkatkan
hubungan perdagangan dua hala Malaysia dengan negara yang berkenaan.
Objektif
Tujuan Malaysia mengadakan rancangan ini adalah seperti berikut:-
(i) untuk mengeratkan lagi perhubungan Malaysia dengan negara-negara yang sedang
membangun;

(ii) mempertingkatkan lagi perhubungan perdagangan di antara Malaysia dengan negara-


negara yang sedang membangun, seperti perdagangan langsung dan pasaran untuk barangan
Malaysia sendiri;

(iii) memberi peluang kepada pihak swasta Malaysia untuk menceburkan diri dalam
pelaburan di negara-negara tersebut; dan

(iv) untuk membantu negara-negara yang mundur dan yang sedang membangun, diatas dasar
perikemanusiaan tanpa mendapat apa-apa balasan.

Adalah diharapkan bahawa pada masa-masa yang akan datang, negara-negara yang menerima
bantuan akan menyokong Malaysia didalam forum-forum antarabangsa. Di samping itu,
persefahaman serta kerjasama di antara negara-negara yang sedang membangun diharap dapat
dipertingkatkan.

Strategi Pelaksanaan
Sehingga sekarang, Malaysia telah melaksanakan rancangan ini melalui 4 cara yang berikut:-
(i) Malaysia menanggung semua kos bantuan tersebut;

(ii) Malaysia dan negara penerima bersama-sama menanggung kos bantuan tersebut;

(iii) Malaysia menyediakan segala kemudahan dan negara penerima akan menanggung kos
bantuan tersebut;

(iv) Malaysia menyediakan semua kemudahan dan pihak-pihak tertentu seperti UNDP,
CETC dan lain-lain lagi membiayai kos penyertaannya.

Di bawah rancangan ini, bantuan dan kemudahan yang diadakan adalah seperti berikut:-
(i) Biasiswa dan hadiah latihan untuk peserta-peserta yang mengikuti
berbagai kursus di universiti-universiti dan institusi-institusi latihan di Malaysia;

(ii) Kemudahan-kemudahan lain untuk berlatih di berbagai institusi


latihan di Malaysia;

(iii) Lawatan sambil belajar serta penempatan di agensi-agensi


kerajaan. (Dalam program diatas, peserta-peserta dibayar elaun sara hidup, lojing, tiket
kapalterbang pergi-balik. Mereka juga diberi kemudahan kesihatan dan pergigian dan tidak
dikenakan yuran pengajian semasa menjalani latihan atau berkursus).

(iv) Kepakaran serta khidmat nasihat dalam bidang-bidang yang


Malaysia mempunyai kepakaran tertentu.
Selain daripada itu, rancangan kerjasama ini juga boleh dipertimbangkan dalam bentuk
kebendaan dan peralatan-peralatan tertentu kepada negara-negara yang dikenalpasti
memerlukannya.
Rumusan
Rancangan Kerjasama Teknikal Malaysia ialah satu rancangan yang praktikal di mana
pengalaman-pengalaman dan idea dalam pembangunan negara dapat dikongsi bersama oleh
negara-negara yang sedang membangun. Dengan ini juga diharap negara-negara berkenaan
dapat meringankan beban dan masalah dalam pembangunan negara masing-masing. Adalah
juga diharapkan negara-negara sedang membangun yang lain juga akan menurut jejak langkah
Malaysia dalam memberi bantuan di dalam bidang-bidang yang mereka mempunyai
pengalaman dan kepakaran. Dengan ini kerjasama di antara negara-negara sedang
membangun akan lebih erat lagi.
AFTA
Pengenalan
AFTA atau Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (ASEAN Free Trade Area) adalah
perjanjian yang dibuat oleh Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) untuk
pengeluaran tempatan semua negara-negara yang terlibat.
Ketika perjanjian AFTA ditandatangani secara rasmi, ASEAN memiliki enam buah negara
anggota iaitu, Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Vietnam
bergabung pada 1995, Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja (Kampuchea) pada 1999.
AFTA sekarang terdiri dari sepuluh buah negara ASEAN. Keempat-empat buah negara-
negara anggota baru tersebut diwajibkan menandatangani perjanjian AFTA untuk menyertai
ASEAN. Namun begitu, kelonggaran waktu telah diberi untuk memenuhi kewajiban
pengurangan tarif AFTA.
Tujuan Perjanjian AFTA
Antara tujuan perjanjian AFTA dibuat adalah untuk meningkatkan daya saing ASEAN
sebagai pangkalan pengeluaran dalam pasaran dunia melalui penghapusan halangan tarif dan
bukan tarif dalam ASEAN. Selain itu, dengan wujudnya AFTA, ia mampu menarik pelaburan
asing langsung ke ASEAN. Pada masa yang sama, pengguna dapat memperoleh barang
dagangan dari pengeluar yang lebih cekap di ASEAN serta mewujudkan perdagangan intra-
ASEAN. Seiring dengan peningkatan persaingan harga dalam industri-industri pembuatan dan
saiz pasaran yang lebih besar, pelabur-pelabur dapat menikmati pengeluaran secara besar-
besaran.
Perlaksanaan AFTA
Menurut Deklarasi Singapura 1992 (28 Januari 1992), Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
ditubuhkan menggunakan Skim CEPT sebagai mekanisme utama mulai 1 Januari 1993
dengan tarif istimewa asas dari 0% hingga 5% dalam linkungan masa 15 tahun. Satu Majlis
yang bertaraf kabinet juga ditubuhkan untuk mengawasi, menyelaras, dan meninjau
perlaksanaan Perjanjian Skim CEPT untuk AFTA.
Pada 31 Januari 2003, perjanjian AFTA dan CEPT dipinda dalam perkara yang berkaitan
dengan penghapusan duti-duti import. Antara perkara-perkara yang disentuh adalah:
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Brunei Darussalam, Indonesia,
Malaysia, Philippines, Singapura, dan Thailand akan dihapuskan tidak lewat daripada 1
Januari 2010.
Duti import produk dalam Senarai-senarai Termasuk Kemboja, Laos, Myanmar, dan Vietnam
akan dihapuskan tidak lewat daripada 1 Januari 2015. Namun, penghapusan duti import bagi
produk-produk sensitif dibenarkan tidak lewat daripada 1 Januari 2018.
Antartika
Latarbelakang
Y.A.B. Perdana Menteri menimbulkan isu Antartika ketika berucap di sessi ke 37 Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bulan September 1982. Isu ini ditimbulkan sekali lagi
dalam sidang kemuncak Negara-Negara Berkecuali dalam bulan Mac 1983 di mana Malaysia
telah berjaya mendapatkan pengesahan dan sokongan negara-negara tersebut untuk
menghendaki PBB membuat satu kajian menyeluruh mengenai Antartika dalam sessi ke 38
PBB. Lanjutan daripada desakan itu satu ketetapan telah diambil dalam sessi ke 38 PBB
supaya Setiausaha Agong membuat satu kajian yang menyeluruh mengenai isu Antartika
termasuk 'Antartika Treaty System' dan pengagihan sumber-sumber asli yang terdapat.
Dalam bulan November 1984 Malaysia berjaya mendapatkan ketetapan PBB untuk
memasukkan isu pengagihan sumber-sumber asli Antartika dalam agenda PBB yang akan
datang. Namun begitu, disebabkan bantahan daripada negara-negara 'Antartika Treaty
System', terutamanya Amerika Syarikat dan Rusia, Malaysia telah tidak berjaya mendapat
ketetapan untuk penubuhan Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu bagi menggantikan
'Antartika Treaty System' yang ada.
Malaysia mengganggap benua Antartika sebagai penting dari segi pengaruhnya terhadap
'ecology' dan alam keliling dan cuaca dunia. Di Antartika misalnya terdapat 90 peratus
daripada air tawar dunia yang terdapat dalam bentuk air batu dan salji. Ia juga mengandungi
potensi bekalan bahan-bahan makanan dan bahan-bahan mentah galian seperti besi, arang,
uranium, pelambam, nikel, kobalt, zeng, tembaga, timah, emas, perak, platinum, kromium,
minyak dan gas. Di Antartika juga terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang terdapat di
tempat-tempat lain. Benua Antartika juga dianggap strategis dari segi perhubungan
memandangkan kedudukannya yang dikelilingi oleh empat buah lautan. Berdasarkan kepada
fakta-fakta tersebut, Malaysia menyeru supaya Benua Antartika dijadikan warisan bersama
untuk faedah bersama (common heritage for the common benefit) bagi seluruh dunia.
Rasional
Pada masa ini pengurusan mengenai hal ehwal Antartika dibuat oleh wakil-wakil negara-
negara yang menjadi ahli Antartika Treaty (December 1959). Malaysia berpendapat sistem
tersebut hanya menguntungkan segolongan kecil ahli-ahli Antartika Treaty System. Struktur
keahlian yang bercorak dua tingkatan (two-tier) adalah tidak adil kerana keputusan hanya
boleh dibuat oleh 16 buah negara, ahli asal perjanjian tersebut, sungguh pun 12 buah negara
lagi adalah menjadi ahli bersama. Sebaliknya 12 buah negara-negara ini hanya dibenarkan
membuat kajian tanpa mempunyai kuasa untuk mengundi atau membuat keputusan. Ini
adalah bertentangan dengan matlamat asal perjanjian asal di mana Antartika sepatutnya diurus
oleh satu rejim antarabangsa untuk faedah manusia seluruhnya. Lagi pun, kedudukan dalam
tahun 1959 semasa Antartika Treaty System diputuskan adalah jauh berbeza dengan
kedudukan sekarang. PBB pula masa ini terdiri daripada 160 negara di mana kebanyakan
daripada mereka adalah terdiri daripada negara-negara sedang membangun. Oleh itu, hak-hak
dan aspirasi-aspirasi serta pandangan-pandangan mereka juga patut diberi pertimbangan
dalam rejim antarabangsa Antartika.
Pengurusan mengenai Antartika yang berdasarkan sistem keistimewaan ini adalah tidak
memuaskan. Negara-negara ahli asal telah mengadakan beberapa mesyuarat tertutup untuk
penubuhan rejim bahan-bahan galian (minerals regime) untuk tujuan perlombongan bahan-
bahan galian di kawasan-kawasan tertentu mereka. Negara-negara bukan ahli tidak diberitahu
langsung tentang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat-mesyuarat tertutup ini. Dengan
adanya Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu (Sea-Bed Convention on
the Law of the Sea) dan cadangan mendirikan satu Jawatankuasa Antarabangsa 'Sea-Bed'
(International Sea-Bed Authority), maka rejim galian (Minerals Regime) yang dicadangkan
oleh ahli-ahli perjanjian di Antartika adalah didapati bertentangan dengan kebanyakan negara-
negara lain.
Pada pendapat Malaysia, rejim galian (Mineral regime) ini adalah satu lagi percubaan oleh
ahli-ahli perjanjian untuk memperluaskan lagi kuasa mereka. Lagipun, aktiviti-aktiviti
perlombongan bahan-bahan galian, jika tidak dikawal dengan rapi, boleh dan mungkin
merosakkan sistem 'ecology' yang terdapat di situ, dan ini akan melibatkan dunia
keseluruhannya.
Objektif
Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-
• Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.
• 'Ecology' dan alam sekitar dipertahankan.
• Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-lain.
• Antartika digunakan untuk menggalakkan 'disarmament', 'denuclearisation' dan
'demilitarisation'.
Strategi Pelaksanaan
Selain daripada ahli-ahli 'Antartika Treaty Sistem', negara-negara yang lain telah memberi
sokongan kepada pendirian Malaysia. Ini terbukti dengan kejayaan Malaysia memasukkan
isu pengagihan bahan-bahan galian di Antartika dalam agenda Pertubuhan Bangsa-Bangsa
yang akan datang pada tahun 1985. Pada pendapat ahli-ahli perjanjian, percubaan untuk
menukarkan sistem yang telah diuruskan selama 24 tahun mungkin akan menimbulkan
ketidak-stabilan di Antartika.
Rumusan
Adalah diharapkan bahawa pendirian serta cadangan Malaysia untuk membuat Antartika
sebagai Warisan Bersama untuk faedah bersama seluruh benua akan mendatangkan faedah
pada pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tahun ini.

Pengenalan
Pengenalan

ASEAN adalah singkatan bagi Association of Southeast Asian Nations yang dikenali dalam
bahasa Malaysia sebagai Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara. Ia ditubuhkan pada 8
Ogos 1967.
ASEAN yang dianggotai 10 negara mempunyai penduduk berjumlah kira-kira 515 juta orang
yang terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama dengan jumlah keluasan lebih
kurang 4.5 juta kilometer persegi.
Negara-negara Pengasas ASEAN
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.
Negara Anggota ASEAN Dan Tarikh Kemasukan
Malaysia 8 Ogos 1967
Indonesia 8 Ogos 1967
Filipina 8 Ogos 1967
Singapura 8 Ogos 1967
Thailand 8 Ogos 1967
Brunei Darussalam 7 Januari 1984
Vietnam 28 Julai 1995
Laos 23 Julai 1997
Myanmar 23 Julai 1997
Kemboja 30 April 1999
Sejarah
ASEAN atau Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara ditubuhkan pada 8 Ogos 1967
selepas satu sidang kemuncak diadakan di Bangkok dan dihadiri oleh perwakilan Kerajaan
Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam sidang kemuncak ini satu
deklarasi telah ditandatangani, iaitu Deklarasi Bangkok. Deklarasi ini telah menjadi asas
kepada pembentukan ASEAN. Pengisytiharan ASEAN telah ditandatangani oleh Tun Abdul
Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S.
Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N.
Ramos (Setiausaha Luar Filipina).
Rantau ASEAN mempunyai populasi penduduk kira-kira 500 juta orang, dengan keluasan
4.5 juta kilometer persegi dan jumlah keluaran domestik bersama kira-kira US$ 737 billion.
Penyertaan Malaysia dalam ASEAN adalah berdasarkan keazaman Negara ini untuk
menyelesaikan perbezaan politik dengan Filipina dan Singapura. Di samping itu, Malaysia
berhasrat untuk menjalin hubungan yang erat dengan Indonesia yang dipimpin oleh Presiden
Suharto. Pertikaian dan perbalahan politik semasa yang wujud di kawasan serantau dan
keperluan untuk menyelesaikan masalah ini merupakan motif utama dalam menentukan
kewujudan ASEAN. Ini diperkukuhkan lagi menerusi persefahaman bersama di kalangan
lima buah Negara kawasan serantau mengenai sokongan pihak luar (dirujukkan kepada
Negara China) bagi pemberontakan dalam negeri oleh pihak komunis.
Matlamat Penubuhan ASEAN
• Mempercepat pertumbuhan ekonomi, pembangunan sosial dan kemajuan budaya di
rantau ini melalui kerjasama ke arah melahirkan komuniti Asia Tenggara yang aman
dan makmur.
• Memupuk keamanan dan kestabilan serantau dengan menjungjung tinggi keadilan dan
keluhuran undang-undang dari segi hubungan antara negara di rantau ini, di samping
berpegang teguh pada prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam Bangsa-bangsa
Bersatu.
• Memupuk kerjasama serta semangat bantu-membantu dalam bidang pendidikan,
professional, teknikal dan pentadbiran.
• Bekerjasama dengan lebih berkesan bagi memajukan bidang pertanian dan industri,
meningkatkan perdagangan termasuk dengan membuat kajian mengenai perdagangan
komoditi antarabangsa, memajukan kemudahan pengangkutan dan komuniksi serta
memperbaiki taraf hidup penduduk.
• Memperbanyakkan lagi kajian mengenai Asia Tenggara.
Kerjasama Dalam Bidang Politik dan Keselamatan
Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada
peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik
dan keselamatan ialah:
• ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
• Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
• Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
• Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
• Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.
Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi
Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakana oleh ASEAN ialah:
• Projek Industri ASEAN 1976.
• Skim Pelengkap INdustri ASEAN 1981.
• Skim Usahasama Perindustrian ASEAN 1983.
• Kawasan PErdagangan Bebas Asean (afta) 1992.
• Skim Keutamaan Tarif Sama Rata Berkesan (CEPT) 1993.

Sidang Kemuncak ASEAN dan Negara Tuan Rumah


• Sidang Kemuncak Pertama – Bali, Indonesia (1976)
• Sidang Kemuncak Kedua - Kuala Lumpur, Malaysia (1977).
• Sidang Kemuncak Ketiga – Manila, Filipina (1987).
• Sidang Kemuncak Keempat – Singapura (1992).
• Sidang Kemuncak Kelima – Bangkok, Thailand (1995).
• Sidang Kemuncak Keenam – Hanoi, Vietnam (1998).
• Sidang Kemuncak Ketujuh – Bandar Seri Bagawan, Brunei (2001)
• Sidang Kemuncak Kelapan – Phnom Penh, Kemboja (2002).

Sidang Kemuncak ASEAN Dengan Rakan Dialog


• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Pertama – Kuala Lumpur, Malaysia (1997).
• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kedua – Bangkok, Thailand (1998).
• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Ketiga – Manila, Filipina (1999).
• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keempat – Singapura (2000)
• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Kelima – Bandar Seri Begawan, Brunei (2001).
• Sidang Kemuncak ASEAN+3 Keenam – Phnom Penh, Kemboja (2002).

Rakan dialog ASEAN terdiri daripada China, Jepun, Korea Selatan dan India.
Fungsi-Fungsi Kerjasama ASEAN
Fungsi-fungsi Kerjasama ASEAN
Fungsi-fungsi kerjasama ASEAN dibentuk berdasarkan kepada Rancangan-rancangan
berikut:
• Rancangan Pembangunan Sosial ASEAN
• Rancangan Kebudayaan dan Maklumat ASEAN
• Rancangan Sains dan Teknologi ASEAN
• Rancangan Persekitaran Strategik ASEAN
• Rancangan Kawalan Penyalahgunaan Dadah ASEAN
• Rancangan Memerangi Jenayah Antara bangsa ASEAN
Pentadbiran ASEAN
Pentadbiran ASEAN
Pada November 1968, hubungan diplomatik Malaysia-Filipina putus dan kegiatan ASEAN
terhenti buat seketika. Pada 16-17 Disember 1969, Persidangan Menteri-menteri ASEAN
yang ketiga berlangsung di Cameron Highlands, Malaysia bagi memulihkan hubungan kedua-
dua negara. Dalam persidangan ini juga, pelbagai projek telah dirangka terutamanya dalam
bidang industri, pelancongan, perkapalan, pengangkutan dan perkhidmatan komunikasi, lalu
lintas udara dam kebudayaan. Menteri-menteri ASEAN juga telah menandatangani perjanjian
bagi penubuhan Yayasan ASEAN untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang media
massa. Beberapa rancangan telah dibuat bagi melicinkan pentadbiran ASEAN, iaitu dengan
mengadakan:
1. Persidangan ketua-ketua Kerajaan ASEAN
2. Persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN
3. Penubuhan Jawatankuasa Tetap dan Sekretariat Tetap
Kerjasama Dalam Bidang Politik
Kerjasama dalam Bidang Politik
Perjanjian Kerjasama dan Keamanan Asia Tenggara (The Treaty of Amity and Cooperation –
TAD) menetapkan bahawa dialog dan kerjasama keselamatan dan politik ASEAN hendaklah
bertujuan untuk mencapai dan meningkatkan kestabilan politik rantau Asia. Ini berasaskan
kepada prinsip-prinsip keyakinan diri, kebergantungan diri (self-reliance), perasaan saling
hormat-menghormati, kerjasama dan semangat perpaduan, di mana semua faktor ini menjadi
pemangkin kepada kewujudan masyarakat ASEAN yang kuat dan seterusnya
memperkukuhkan politik ASEAN.
Persetujuan Yang Dicapai Dalam Politik
Persetujuan Yang Dicapai Dalam Politik
• Deklarasi ASEAN, Bangkok , 8 Ogos 1967
• Deklarasi Zon Aman, Bebas dan Berkecuali, Kuala Lumpur, 27 November 1971
• Deklarasi Concord ASEAN, Bali, 24 Februari 1976
• Kerjasama Keamanan Asia Tenggara , Bali, 24 Februari 1976
• Deklarasi ASEAN Ke atas Laut China Selatan, Manila, 22 Julai 1992
• Kerjasama Ke Atas Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara, Bangkok, 15
Disember 1997
• Visi ASEAN 2020, Kuala Lumpur, 15 Disember 1997
• Deklarasi Concord ASEAN II, Bali, 7 Oktober 2003
Deklarasi Kuala Lumpur
Deklarasi Kuala Lumpur
Persidangan Pertama Menteri-menteri Luar ASEAN telah diadakan pada November 1971 di
Kuala Lumpur. Dalam persidangan ini, Deklarasi Kuala Lumpur telah diluluskan dengan
beberapa ketetapan, iaitu:
1. Kawasan rantau Asia Tenggara hendaklah menjadi sebuah zon yang aman dan selamat.
2. Mengadakan hubungan baik dengan semua kuasa termasuk Kuasa-kuasa Besar tanpa
mengira ideologi politik mereka.
3. ASEAN hendaklah mengamalkan dasar berkecuali.

Kemuncak ASEAN Ke Sebelas (11th ASEAN SUMMITS)


Kemuncak ASEAN Ke Sebelas (11th ASEAN SUMMITS)

Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi ASEAN SUMMITS dan RELATED
SUMMITS kesebelas yang diadakan pada 12 – 14 Disember 2005
bertempat di The Twin Towers, Kuala Lumpur.

Tema

SATU VISI, SATU IDENTITI, SATU KOMUNITI

Logo

Menara Berkembar (The Twin Towers) dipilih sebagai logo kerana


melambangkan mercu tanda bandaraya Kuala Lumpur dan juga sebagai
memperlihatkan pertumbuhan negara-negara ASEAN yang progresif dan
bergerak bersama dalam mencapai objektif penubuhan ASEAN.

• Dua mercu tanda Menara melambangkan perkembangan fizikal,


semangat dan pembangunan Malaysia.
• Logo ASEAN di antara dua mercu tanda itu melambangkan
kesepakatan Negara-negara ASEAN untuk mencapai pembentukan
komuniti ASEAN di dunia.
• Logo ASEAN juga menggambarkan integrasi setiap bahagian dan
ASEAN sebagai penggerak hubungan dengan rakan-rakan dialog
yang lain.
• Jambatan gantung melambangkan jurang pembangunan yang
mendatar di kalangan negara-negara anggota ASEAN.
• Secara tidak langsung, Menara Berkembar juga melambangkan
angka sebelas iaitu bersamaan dengan Kemuncak ASEAN yang
kesebelas.

Mesyuarat-Mesyuarat Kemuncak ASEAN


Mesyuarat-Mesyuarat Kemuncak ASEAN
• Mesyuarat Kemuncak ASEAN Pertama – Bali, 23-24 Februari 1976
• Mesyuarat Kemuncak ASEAN Kedua – Kuala Lumpur, 4-5 Ogos 1977
• Mesyuarat Kemuncak ASEAN Ketiga – Manila, 14-15 Disember 1987
• Mesyuarat Kemuncak ASEAN Keempat – Singapura, 27-29 Januari 1992
• Mesyuarat Kemuncak ASEAN Kelima – Bangkok, 14-15 Disember 1995
• Kemuncak Tidak Rasmi Pertama – Jakarta, 30 November 1996
• Kemuncak Tidak Rasmi Kedua – Kuala Lumpur, 14-16 Disember 1997
• Kemuncak ASEAN Keenam – Ha Noi, 15-16 Disember 1998
• Kemuncak Tidak Rasmi Ketiga – Manila, 27-28 November 1999
• Kemuncak Tidak Rasmi Keempat – Singapura, 22-25 November 2000
• Kemuncak ASEAN Ketujuh – Bandar Seri Begawan, 5-6 November 2001
• Kemuncak ASEAN Kelapan – Phnom Penh, 4-5 November 2002
• Kemuncak ASEAN Kesembilan – Bali, 7-8 Oktober 2003
• Kemuncak ASEAN Kesepuluh – Vientiane, 29 -30 November 2004
• Kemuncak ASEAN Kesebelas – Kuala Lumpur, 12-14 Disember 2005
Acara-acara Sampingan Kemuncak ASEAN
Acara-acara Sampingan Kemuncak ASEAN
Beberapa acara sampingan bersempena dengan Kemuncak ASEAN Ke Sebelas, Kuala
Lumpur adalah seperti berikut:
• Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ke Tiga ASEAN
• Forum ke Dua Perniagaan ASEAN-Rusia
• Pameran Perniagaan Asia Timur
• Setem-setem Peringatan
• Syiling-syiling Peringatan
• Kemuncak Masyarakat Awam ASEAN
• Forum Pelaburan Pelancongan ASEAN